Tuesday, January 12, 2010

13 tahun dah

Wahh...Aku dah masuk 13 tahun pada 13 Januari ini.Memang aku cukup suka pada pagi ini sebab mungkin dapat sesuatu hadiah yang boleh membuatkan aku tersenyum.

Walaupun agak malang siang tadi kerana yang pertama jatuh ketika hendak ke sekolah hinggakan lidah aku berdarah kerana gigi aku yang tajam ini tersentak ketika jatuh dan tergigit lidah lalu berdarah lidah aku ini ketika hendak ke sekolah.

Sebenarnya tak ada apa-apa pun yang menyeronokkan pada hari yang bersejarah ini iaitu kemerdekaan yang ke-13 aku pada 13 hari ini.

Aku memang cukup suka angka 13 ini tak tahu sebab apa walaupun ia angka sial bagi masyarakat Cina dan angka bertuah buat orang Yahudi diseluruh dunia.Bukan mengatakan aku seorang Yahudi.

Pada hari ini juga aktor popular dari Amerika yang terkenal menerusi filem box office Amerika iaitu Pirates Of the Carribean yang dibintangi oleh seorang lelaki bernama Orlando Bloom yang tarikh lahirnya juga hari ini.

Jadi pada hari ini iaitu pada 13 Januari 2010 ini aku telah menyambut ulang tahun lahir aku ke 13 selepas kawan-kawan aku yang lahir belum 13 Januari.Harap-harap dapat hadiah yang menyeronokkan.

Sedikit informasi tentang tarikh lahir, mengikut kajian yang dilakukan oleh para pengkaji.Mereka menyatakan bahawa setiap orang didunia mempunyai 70 juta orang yang sama tarikh lahir dengan anda.

Seperti yang aku kata pada artikel yang lalu, masa tidak akan kembali lagi dan aku sendiri mengakui yang mesin merentas masa tidak akan dibina.Ini bermaksud sekali sahaja anda menyambut tarikh lahir setiap tahun.

Akhir kata, aku ingin memberikan sedikit quote yang aku suka dengar untuk anda semua sementara aku mendengar lagu Cindy Lauper bertajuk "Time After Time" ini.

Six hour in sleep is enough for youth and age.Perhaps seven for the lazy, but we allow eight to no one.

dan

Time is what we want most, but... What we use worst.

Hargailah masa muda sebelum masa tua

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen