Wednesday, December 29, 2010

Lagi Peminat Mengeluh Stadium Penuh

Tidak dapat tempat duduk dalam stadium

SELURUH rakyat Malaysia berbangga dengan kemenangan 3-0 pasukan bola sepak kebangsaan ke atas Indonesia dalam pertandingan akhir pusingan pertama Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil malam Ahad lalu. Syabas dan tahniah diucapkan.

Saya merupakan antara puluhan ribu penyokong yang hadir ke Stadium Nasional dengan harapan besar untuk memberikan sokongan kepada skuad kebangsaan. Namun apa yang mengecewakan ialah tempat duduk yang disediakan di dalam stadium tidak mampu menampung para penyokong yang hadir.

Terdapat ribuan penyokong terpaksa berdiri di laluan masuk ke tempat duduk di seluruh bahagian stadium disebabkan kesemua tempat duduk di semua tingkat telah dipenuhi. Ada juga antara mereka terpaksa duduk di lantai luar kawasan yang dikhaskan.

Bagaimana perkara ini boleh berlaku? Berapa banyak tiket yang diperuntukkan sebenarnya untuk perlawanan tersebut? Adakah pihak pengurusan Stadium Nasional tidak membuat perhitungan sewajarnya?

Saya kira pihak stadium telah tersilap membuat perhitungan dan perkara ini telah membuatkan ribuan penyokong terpaksa berpuas hati duduk di tangga-tangga dan kaki-kaki lima stadium. Terdapat begitu banyak kerusi kosong yang menjadi pembahagi antara penyokong Malaysia dan Indonesia yang tidak dipenuhi atas faktor keselamatan.

Syukur tidak ada insiden buruk yang berlaku. Namun, dengan jumlah penonton yang melebihi kapasiti sebenar stadium, tidak mustahil sesuatu musibah boleh berlaku. Saya dapati jambatan yang menghubungkan dua bahagian di Stadium Nasional juga dipenuhi dengan para penyokong dan perkara ini sangat berbahaya.

HANIF MOHSEIN MOHD. FAUZI

( UTUSAN MALAYSIA )

Monday, December 27, 2010

Malaysia 3 - 0 Indonesia : Stadium Penuh, Peminat Bediri

Aku baru sahaja pulang dari Stadium Nasional Bukit Jalil, menyaksikan perlawanan akhie pertama bola sepak diantara Malaysia dan Indonesia dimana Malaysia menang 3-0 hasil jaringan Safee Sali dan Mohd. Ashari Samsudin.

Bekalan selesa itu bakal membawa harapan cerah kepada pasukan Malaysia untuk memenangi piala Suzuki AFF di stadium Gelora Bung Karno di Indonesia. Namun itu bukanlah perkara yang aku nak ulas.

Aku ingin mengulas tentang kepenuhan tempat duduk di Stadium Nasional Bukit Jalil. Setahu aku, Stadium Nasional Bukit Jalil boleh memuatkan 87,000 orang. Ini membuatkan stadium ini stadium ke-26 terbesar di dunia.

Aku membeli tiket pada awal pagi hari Sabtu dan malam tadi aku ke Stadium. Masalahnya ketiadaan tempat duduk menyebabkan aku terpaksa berdiri sepanjang masa. Bahkan pada separuh masa pertama aku terpaksa melihat permainan dari luar tempat duduk stadium.

Setahu aku, sebanyak 70,000 keping tiket telah dijualkan untuk penyokong Malaysia manakala 15,000 tiket dikhaskan untuk penyokong Indonesia. Keseluruhan tiket adalah 85,000 orang. Persoalannya mengapakah tempat duduk penuh.

Ketika berada disana, penulis perhatikan ada satu blok akan memisahkan antara penyokong Malaysia dan Indonesia dikosongkan. Dalam pemerhatian aku, terdapat 6 blok telah dikosongkan iaitu diatas dan ditepi tempat duduk VIP dikosongkan. Manakala terdapat tiga lagi blok dikosongkan diantara tempat duduk penyokong Malaysia dan Indonesia.

Jika setiap blok itu boleh memuatkan 2,000 orang. Kira-kira 12,000 tempat duduk telah dikosongkan bagi mengelak penyokong Indonesia dan Malaysia bergaduh. Jikalau FAM benar-benar menjual 85,000 ribu tiket ini bermaksud seramai 10,000 orang tidak mempunyai tempat duduk.

Ini kerana kapasiti tempat duduk Stadium Nasional Bukit Jalil adalah 87,000. Jumlah penonton yang hadir adalah 85,000 dan tempat duduk yang dikosongkan adalah 12,000 kerusi. Jadi sebanyak 10,000 orang tidak dapat duduk.

Persoalannya adakah pihak FAM tersalah dalam membuat kira-kira ataupun sengaja ingin meraih keuntungan lebih dengan menjual lebih tiket dari tempat duduk. Dalam masa yang sama, aku langsung tidak melihat penyokong Indonesia terpaksa mencangkung dari belakang untuk menonton permainan.

Kepenuhan tempat duduk penyokong Malaysia hinggakan penyokong Malaysia terpaksa duduk dikawasan penyokong Indonesia. Ini benar-benar terjadi hinggakan polis mengarahkan mereka supaya beredar dari situ.

Bukan 20-30 orang yang duduk dikawasan penyokong Indonesia tetapi lebih 200 orang duduk dikawasan Indonesia. Ini menunjukkan bahawa penyokong Malaysia begitu terdesak untuk mencari tempat duduk hinggakan melupakan risiko diganggu penyokong Indonesia.

Aku berfikiran tempat duduk penyokong Indonesia memang cukup malangnya ribuan penyokong Malaysia terpaksa berdiri didalam kesesakan orang ramai untuk melihat perlawanan bola sepak.

Mungkin aku patut menyalahkan diri aku sendiri kerana masuk lewat ke stadium akibat aku menunggu ketibaan Presiden FAM, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah. Tetapi jika jumlah tiket yang dikeluarkan adalah cukup-cukup. Maka tiada penyokong tidak dapat duduk.

Aku begitu berharap agar FAM mengira balik keratan tiket yang dikoyakkan ketika penonton masuk supaya memastikan adakah keratan tiket lebih dari jumlah tiket yang dijual. Jika cukup pastikan apakah masalah FAM supaya perkara seperti ini tidak berlaku lagi.

Namun kekecewaan besar aku dapat diubati oleh dua perkara ketika aku berada disana. Pertama Malaysia menang besar untuk membawa bekalan selesa ke Stadium Gelora Bung Karno.

Walaupun berhimpit-himpit diantara satu sama lain. Tetapi setiap gol yang dijaringkan lebih membawa banyak kegembiraan berbanding kesakitan berdiri dan bersesak dengan orang ramai. Kemenangan itu mengubati kesusahan aku berdiri dengan orang ramai.

Keduanya tugas aku sebagai Photographer berjaya apabila kesemua gambar orang kuat bola sepak negara dapat aku tangkap. Masa ketibaan mereka aku tak dapat tangkap banyak gambar tetapi masa balik lebih longgar peraturannya.

Bodyguard-bodyguard Sultan Ahmad Shah lebih hebat mengalahkan Timbalan Perdana Menteri. Ini kerana aku lihat lebih tiga biji kereta dimuatkan hanya dengan bodyguard Sultan sahaja.

Tan Sri Muhyiddin punya bodyguard pun cukup ramai tapi aku tak kisah sangat. Tapi Sultan Pahang punya bodyguard lebih hebat berbanding Sultan yang lain pernah aku jumpa. Perkara yang aku perasan kebanyakkan bodyguard Sultan Pahang adalah perempuan.

VIP-VIP yang hadir pada malam tadi dapat aku tahu adalah Sultan Pahang, Tengku Mahkota Pahang yang juga Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah, Setiausaha Agung FAM, Left.Jeneral ( B ) Dato' Azzudin Ahmad.

Turut hadir ialah Menteri Belia dan Sukan, Dato' Ahmad Shabery Cheek. Bekas pemimpin UMNO dan juga presiden bola sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa juga kelihatan menghadiri perlawanan akhir pertama.

Penyerang veteran negara yang juga bekas pemain Selangor, Zainal Abidin Hassan dan juga jurulatih Pahang, Dollah Saleh juga kelihatan berada di Stadium untuk menonton permainan ini.

Tan Sri Annuar Musa sungguh disanjungi oleh penyokong-penyokong Kelantan apabila membuatkan Kelantan memenangi piala Malaysia tahun ini. Sehinggakan tidak ingin beliau berundur dari jawatannya sekarang.

Penyokong-penyokong Kelantan kebanyakkan datang bersalaman dengan beliau dan memberikan sokongan terhadap beliau selain meminta mengekalkan kerusinya di KAFA. Benda yang aku terkejut sekali Tan Sri Annuar Musa memakai Porsche Panamera dengan nombor pendaftaran TAM111.

( Kereta bernombor KJ 100 aku ada lihat keretanya namun orangnya aku tak nampak )

Setakat ini sahajalah berita yang aku ingin sampaikan kepada pembaca. Lagi satu aku amat berharap supaya FAM membuat penyiasatan terhadap kekurangan tempat duduk supaya kejadian seperti ini tidak berlaku lagi.

MALAYSIA BOLEH!!!

Thursday, December 23, 2010

Pengendali akaun Sultan Yang Setan sudah ditangkap


Pengendali akaun Sultan Yang Setan ( SYS ) telah ditangkap oleh Polis diRaja Malaysia pada 29 November lalu 27 hari selepas aku menyiarkan artikel bertajuk " Kewujudan Akaun 'Sultan Yang Setan' di Facebook ".

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Wira Syed Ismail Syed Azizan berkata lelaki tersebut berumur 40 tahun diberkas di ibu negara pada 29 November. Lelaki itu mewujudkan akaun itu selepas kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar.

Aku ingin mengucapkan tahniah kepada pengendali akaun SYS atas kebodohannya yang memikirkan bahawa dia pandai. Ini kerana dengan tindakannya yang menggunakan line orang lain dapat mengelak dia dikesan pihak berkuasa.

Malangnya anggapannya tenyata salah apabila polis dapat mengenalpasti identiti lelaki 40 tahun ini. Ini berikutan kata-kata polis yang berbunyi '' ...berhati-hati jika ada orang yang tidak dikenali menggunakan capaian internet di rumah ''.

Aku begitu kesian terhadap pengendali SYS ini ataupun lebih baik dia panggil diri dia 'Saya Yang Setan' yang amat bodoh ketika memikirkan sesuatu perkara. SYS ini ingat dirinya tidak dapat dicari jika menggunakan internet orang lain.

SYS ini fikir diri dia itu cukup pandai apabila menggunakan wireless rumah orang. Tetapi ternyata polis lebih pandai dari disangkakan SYS ini yang berfikiran '' Aku guna orang punya internet... Kalau Polis dapat tangkap pun yang kena tangkap tuan internet tu bukan aku ".

Tetapi aku yakin yang polis lebih cekap apabila mengetahui tuan internet itu bukan SYS sebenar. Jadi aku rasa polis ke rumah sebelah ( mungkin tempat SYS ditangkap adalah di kawasan perumahan ) untuk mencari SYS yang bodoh ini.

Lagi satu terbukti yang SYS ini adalah seorang pencuri apabila menggunakan wireless orang lain tanpa keizinan. Walaupun tindakan kelihatan bijak namun sebenarnya SYS ini bodoh yang amat. Aku rasa SYS ini buka internet tiap-tiap hari di tempat yang sama saja dengan menggunakan wireless orang.

Namun apakan daya kalau bodoh tetap bodoh jugak... Kalau SYS ini buka setiap kali di tempat lain confirm yang polis tak dapat kesan tapi dia buka di tempat yang sama tiap-tiap hari walaupun menggunakan internet orang lain.

Aku pernah tulis artikel pasal tentang SYS lepas itu si SYS ini link post aku ke akaunnya. Pakat-pakat dok hantar komen mengutuk aku ja dengan puak-puaknya. Macam-macam SYS ni kata dekat aku tapi aku relax ja.

Aku benar-benar terkena dengan SYS ini yang tulis artikel bagai berada diluar negara. Tapi sebenarnya duduk dekat KL juga tapi guna line orang, patut berani sebab mencuri tapi akhirnya tumpas jugak.

Memang aku nak kata PADAN MUKA dengan SYS ini yang umurnya sudah 40 tahun tapi berfikiran bodoh dan langsung tak alert kepada apa yang aku tulis. Aku dah bagi hint dah yang SYS ini akan kena tangkap tapi apahal la bangang sangat si SYS ini tapi ambil berat.

Aku tulis '' Kalau malas nak buat laporan polis silakan sebar-sebarkan supaya ada hero-hero yang 'PERKASA' akan membuat laporan polis. Oii... Tak nampak ka apa aku tulis... terang-terang tulis tapi berlagak pandai akhirnya padan muka tidur atas lantai sejuk.

Aku nak mintak kepada SB-SB yang dok jaga Sang Setan tu supaya tunjuk artikel ini dekat Sang Setan tu. Kalau dak pon kirim salam ja kata dekat Sang Setan tu '' Oii...Pendekar Bentan...Tak Cukup Jantan kaa...Sampai curi line orang... ".

Pendekar Bentan konon...Pembunuh Sultan Mahmud padahal nak main internet pun guna line orang.. Gambar Profil pun dok letak gambar orang lain ada hati kata keturunan Pendekar Bentan... Nie bukan Pendekar Bentan... Nie PENDEKAR PONDAN!!!

Aku baca Berita Harian kata pengendali SYS ini adalah salah seorang ahli parti politik Islam. Faham-faham la apa parti politik Islam dekat Malaysia... Ahlinya sanggup hina sultan... Memang tak payah mengaku Melayu la...

Sunday, December 19, 2010

Wikileaks : Dipuji atau Dicaci

Wikileaks yang ditubuhkan pada tahun pada 4 Oktober 2006 telah diasaskan oleh Julian Assange yang kini dibicarakan diatas kes rogol di London. Persoalannya kini adakah pendedahan yang dibuat Julian Assange ini patut dipuji atau disanggah.

Umum mengetahui bahawa Wikileaks telah mendedahkan beratus ribu dokumen perang mereka di Afghanistan. Kini mereka telah mendedahkan pula dokumen sulit dari seluruh kedutaan Amerika di dunia.

Pendedahan yang dibuat Wikileaks telah mengejutkan ramai pihak terutamanya Amerika Syarikat apabila dokumen yang disimpan rapi dapat diakses oleh hanya seorang askar Amerika Bradley Manning yang hanya mempunyai pangkat Private Kelas Pertama.

Persoalan samaada dokumen yang didedahkan Wikileaks benar atau sebaliknya sudah dijawab oleh Amerika dengan kata Hillary Clinton yang menyatakan Wikileaks adalah seorang penceroboh. Tindakan mahkamah London terhadap Julian Assange sekali lagi menjadi bukti yang mereka ingin menutup mulut Assange.

Antara dokumen yang didedahkan oleh Wikileaks adalah pelulusan dana perang ke Afghanistan berjumlah Rm 118.4 billion. Selain itu, Wikileaks juga memaparkan dokumen perang di Iraq dimana mereka telah membunuh lebih 200 orang awam ketika membuat sekatan disana.

Matlamat mereka untuk menutup kem tahanan perang di Iraq juga adalah satu penipuan dimana Wikileaks menyatakan bahawa selepas menjajah Iraq, terdapat banyak kes seksaan dan deraan dilakukan tentera Iraq namun tidak diendahkan AS.

Wikileaks juga melaporkan bahawa angka orang awam yang mati di Iraq ditangan mereka jauh lebih tinggi daripada dinyatakan di media. Mereka menyatakan bahawa lebih 100,000 orang awam terbunuh di Iraq sejak Mac 2003.

Raja Abdullah dari Arab Saudi didedahkan telah meminta AS supaya mengebom Iran untuk menghentikan program nuklear Iran. Selain berkata " Potong sahaja kepala ular itu " merujuk kepada Ahmadinejad.

Diplomat-diplomat Singapura pula menyatakan bahawa Malaysia mempunyai masalah kerana pemimpin di Malaysia kurang cekap. Mereka juga menggangap Najib seorang yang oportunis dan akan mengambil kesempatan untuk mengkritik Singapura.

Mereka juga menyatakan bahawa bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra adalah seorang pemimpin yang korup bersama pemimpin yang lain termasuk dari Pembangkang. Putera Mahkota Thai juga dianggap sebagai tidak matang dan senang dipengaruhi.

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim juga tidak terlepas dari terkena tempias apabila perisik Singapura memberitahu perisik Australia yang Anwar Ibrahim benar-benar terlibat dalam kes liwatnya.

Reaksi dari segala pendedahan yang dibuat itu amat banyak dan ada mengambilnya dengan sikap positif ada yang mengkritiknya. Presiden Venezuela Hugo Chavez, menyatakan bahawa Hillary Clinton supaya letak jawatan dan perlu bertanggungjawab terhadap pendedahan tersebut. Selain itu beliau memuji Wikileaks terhadap keberaniannya.

Terdapat berbagai reaksi positif terhadap tindakan Wikileaks dari Presiden Brazil, Luiz Lula da Silva. Selain Ecuador ingin menjemput Assange kenegaranya selain diberi perlindungan. Dmitry Medvedev, Presiden Rusia pula menyokong usaha Assange selain mengutuk AS dengan berkata " Tiada Kebebasan Bersuara di Barat ".

AS pula lebih cenderung mengutuk tindakan Assange yang dikatakan telah mengucar-kacirkan dunia dengan pendedahan tersebut selain diikuti kritikan oleh negara-negara sekutu Amerika Syarikat.

Persoalannya adakah Wikileaks ini membawa kebaikan terhadap dunia ataupun mendatangkan keburukant terhadap masyarakat dunia. Dengan beranggapan bahawa dunia lebih baik tanpa rahsia adalah salah.

Ini kerana tindakan sedemikian telah menimbulkan ketegangan terhadap negara-negara serantau. Seperti pendedahan dimana Singapura mengutuk Malaysia dengan menyatakan Malaysia mempunyai pemimpin yang lemah.

Wikileaks pula bakal menyebabkan Amerika Syarikat berada dalam ancaman apabila dokumen sulit di Afghanistan didedahkan dimana puak Taliban akan menggunakan maklumat-maklumat yang diperolehi untuk tujuan dalang pengintipan.

Pendedahan Wikileaks juga telah membuka mata rakyat China dimana parti Komunis China telah menggodam laman web google yang dikepalai oleh orang nombor lima.Ini bakal menjejaskan hubungan China.

Selepas ini Wikileaks berjanji akan mendedahkan pula dokumen-dokumen sulit tentang penyelewangan agensi-agensi bank di Amerika. Ini mungkin bakal menjejaskan stabiliti kewangan dunia.

Julian Assange selepas dibebaskan dengan ikat jamin yang tinggi telah menyelar syarikat-syarikat bank seperti paypal, visa dan sebagainya kerana menggantung aktiviti pendermaan duit dari masyarakat dunia.

Tatkala AS bergelut untuk menutup pembocoran maklumat oleh Wikileaks dengan menggunakan penggodam-penggodam yang menggangu pelayanan web Wikileaks terdapat kewujudan lima lagi sekutu Wikileaks iaitu Openleaks, Brussel Leaks, TradeLeaks, Balkan Leaks dan IndoLeaks.

Ini bakal lagi menganggu kestabilan dunia terutamanya kedudukan Amerika Syarikat yang terancam terhadap tindakan-tindakan jenayah yang disembunyikan oleh mereka sendiri. Perkara ini mungkin bakal menggangu hubungan dengan negara lain.

Membocorkan maklumat rahsia kepada umum bagi penulis adalah tidak bagus dan patut dielakkan. Ia mungkin bakal membawakan kehancuran terhadap sesebuah negara oleh kerana rahsia yang terdedah.

Contohnya penulis mendedahkan maklumat pertahanan negara kepada umum. Ia mungkin bakal membuatkan rakyat berasa megah namun jika difikirkan balik kita memberitahu kelemahan kita.

Namun bukan semua rahsia begitu seperti dikatakan oleh Wikileaks. Sesetengah rahsia yang menunjukkan kesalahan ataupun jenayah memang patut didedahkan supaya pihak yang terlibat dapat menerima balasan.

Malaysia bukan sumber maklumat Wikileaks apabila langsung tiada pendedahan dibuat mengenai hubungan Malaysia-Amerika Syarikat. Cuma Singapura sahaja yang mempunyai hubungan sehingga dapat didedahkan Wikileaks.

Negara harus bernasib baik kerana Wikileaks hanya mendedahkan dokumen-dokumen sulit yang berkaitan dengan Amerika dari kabel-kabel Amerika sahaja. Jadi negara tidak berada dalam keadaan bahaya kerana Malaysia bukan sasaran Wikileaks.

Tetapi Malaysia harus berhati-hati terhadap kesemua dokumen sulit kerajaan supaya disimpan di tempat yang selamat. Dokumen milik AS yang dikawal rapi pun dapat ditembusi Wikileaks apatahlagi Malaysia.Ini menunjukkan bahawa kawalan keselamatan di Malaysia lebih baik dari AS.

Pandangan anda mungkin lain-lain. Ada yang memuji Wikileaks kerana mendedahkan kebenaran ada juga yang mencaci Wikileaks kerana kerana mendedahkan kesalahan. Ia terpulang kepada anda sendiri.

Friday, December 10, 2010

Pengalaman Meneroka Selatan Thailand

Maaf kerana blog ini tidak berupdate lebih dari sebulan .Sebabnya satu adalah tak ada bahan cerita yang menarik dan satu lagi sebab adalah kerana penulis pergi bercuti. Jadi tulisan penulis kali ini berkisar tentang pengalaman cuti penulis di Selatan Thailand.

Penulis bertuah kerana dapat pergi menaiki kereta jadi penulis dapat melihat keadaan di Selatan Thailand. Penulis bergerak dari pintu sempadan Wang Kelian, Perlis untuk masuk ke Siam. Dari sana penulis dapat melihat rumah-rumah mereka.

Kebanyakkan rumah yang penulis lihat semuanya rumah batu. Seingat penulis disana penulis tidak melihat sebarang rumah papan.Melihat kepada ekonomi penduduk Selatan Thailand rasanya hidup mereka tidak ubah seperti hidup rakyat kita.

Setiap rumah yang penulis lihat mesti ada sebuah pikap. Kenderaan yang penduduk sana pakai hampir 90% pikap. Penulis tidak tahu mengapa mereka menggunakan pikap untuk bergerak. Jika hendak dikatakan bentuk muka bumi mereka berbukit bukau, rasanya semuanya ok sahaja.

Nak Kata mereka kerja angkut buah durian dari dusun takkan sampai kesemua penduduk kutip buah durian. Mungkin itulah kenderaan untuk bekerja, beriadah dan sebagainya. Kalau adapun kereta kebanyakkan Honda Civic.

* Tapi tidak diubahsuai dengan bodykit Mugen ataupun diconvert Type R

Keadaan jalan raya yang penulis lalui boleh dikatakan baik kerana jalannya pun bertar selain ada line tengah dijalan. Jalan raya disana tidaklah berliku-liku jadi tidak memeningkan pengguna lebuh raya.

Cuma jalan disana begitu mengikuti bentuk muka bumi setempat. Ia tidak rata seperti jalan di negeri kita, jalan disana agak beralun. Lagi satu yang nak komen tentang ketiadaan lampu jalan disana. Kalau adapun lampu jalan itu warna putih seperti lampu rumah bukannya lampu jalan yang bewarna jingga seperti dinegara kita.

Penduduk-penduduk di Selatan Thailand majoritinya beragama Islam. Menurut salah seorang peniaga disana, lebih 60% penduduk di Selatan Thailand beragama Islam. Jadi tiada masalah untuk mencari kedai makan di Selatan Thailand.

Cuma masalah komunikasi menjadi masalah utama untuk memesan makanan. Disebabkan masalah itu penulis terpaksa minum air kosong yang disediakan dengan menggunakan cawan besi seperti tentera untuk minum.

Pesan dua Tom Yam tiga telur dadar tetapi diberi telur mata kerbau yang kurang masak dan juga 10 nasi kosong bayaran 500 baht. Kira Rm50lah hanya pesan itu sahaja. Air penulis dan rakan penulis minum air kosong sahaja.

** Memang kena katok dengan Siam

Kalau sudah masuk waktu solat di Selatan Thailand tiada masalah untuk bersolat. Ini kerana mengikut pemerhatian penulis hampir setiap 2-3 kilometer sudah semestinya ada sebuah masjid.

Masjid taklah uzur mana setakat ada kubah kira oklah. Namun pada waktu balik, penulis sempat singgah di sebuah masjid disana dan sempat menunaikan solat Asar dimasjid tersebut.



Ketika mengambil air wuduk keadaan air boleh dikatakan jernih dan selepas penulis mengambil wuduk disana penulis masuk ke dalam masjid. Penulis hanya melihat sekumpulan 4-5 orang sedang mendengar ceramah mungkin dari seorang tok guru.

Dalam masjid, penulis melihat lantai disana kosong sahaja.Cuma lantai dan hanya beberapa sejadah sahaja berada disatu longgokkan dimana penulis mengambil sejadah itu untuk bersembahyang.

Di dalam masjid tersebut hanya ada tirai dimana untuk memisahkan kaum perempuan bersembahyang. Penulis memikirkan bagaimana keadaan masjid-masjid yang penulis lihat sepanjang perjalanan. Adakah lebih teruk atau sebaliknya.

Patutlah rakyat Selatan Thai tidak suka akan pemerintahan kerajaan Siam sekarang ini. Ini kerana mereka mungkin membina masjid. Tetapi kemudahan di dalam masjid pakat-pakat beli sendiri rasanya.

Tetapi di Krabi, penulis lihat sebuah masjid yang seingat penulis ia masjid daerah Krabi. Masjid disitu dua tingkat dan lihat memang agak terjaga. Cuma sebelah sana sahaja yang mungkin tiada kemudahan.

Setahu penulis, masjid-masjid di Malaysia semua pasti penuh dengan sejadah hingga tak tahu lantai masjid warna apa. Selain itu kipas bahkan air-cond pun ada dimasjid kita. Alangkah bertuahnya kita hidup di Malaysia.

Penulis tidak beritahu lagi sebenarnya mana destinasi yang penulis tujui. Penulis sebenarnya menuju ke Phuket untuk bercuti. Tetapi naik kereta sebab ramai saudara-mara nak ikut. Lebih murah bukan selain dapat melihat cara hidup orang Siam.

Dalam perjalanan disana penulis merasakan bahawa pemandu-pemandu kita yang membawa kereta supaya berhati-hati. Ini kerana dalam perjalanan disana, pemandu lihat sebuah trak membawa kereta telah mengalami perkara yang jarang berlaku. Iaitu kereta diatas trak tergolek ke jalan.

Masa perjalanan balik pula penulis lihat trelar terbalik jadi bagi penulis ini menunjukkan sikap kerakusan pemandu-pemandu Siam membawa kereta. Rasanya pemandu di Malaysia lebih berwibawa.

Perkara yang penulis perasan ketika disana adalah hampir kesemua rumah disana menggunakan parabola sebagai alat menonton TV. Mereka tidak menggunakan belanga seperti di negara kita tetapi penulis ada melihat rumah yang memakai belanga ataupun dalam bahasa betulnya penulis pun tak tahu.

*** Di Malaysia tidak dibenarkan pakai parabola. Kalau tidak Astro tak boleh cari makan

Bekalan air bersih disana boleh dikatakan baik namun agak keruh dan bewarna kuning sedikit. Tidaklah teruk mana tapi baik dari sikit dari air di sebuah negeri di negara kita.

Belum sampai ke Phuket penulis singgah ke Phangga. Dari sana penulis ke sebuah pulau yang dinamakan pulau James Bond memandangkan filem The Man With the Golden Gun pernah difilemkan disini.

Sebenarnya pulau ini tiada apa pun cuma ada sebuah batu yang dinamakan Ko Tapu dimana sebuah batu tiba-tiba berada ditengah-tengah laut. Tinggi batu ini kira-kira 20 meter dan lebarnya mengikut wiki 4 meter.

Disana terdapat sebuah perkampungan orang Islam dimana keseluruhan penduduk diperkampungan itu adalah Muslim. Penulis melihat ia sebagai sebuah penempatan atas air ditengah-tengah laut Andaman.

Penulis ke pulau terbabit menggunakan bot yang disediakan disana. Pada mulanya, pemilik bot terbabit menawarkan 7000 baht untuk satu perjalanan.Tetapi selepas tawar menawar dapat hanya 3500 baht.

Itu untuk satu kapal dimana saudara-mara penulis semuanya ada 10 orang. Jadi sila pastikan supaya sesiapa yang hendak kesana dapat harga terendah untuk seorang penumpang.

Sebelum itu penulis sebenarnya di Krabi semalam, ini kerana keletihan akibat membawa kereta walaupun penulis sebenarnya tak bawa pun kereta dari sempadan hingga ke Krabi lebih 300 km. Disana hotel tidaklah sehebat mana tetapi cukup sekadar bermalam.

Selepas melihat keindahan-keindahan alam semula jadi di Krabi, penulis meneruskan perjalanan ke Phuket pula yang mengambil masa lebih kurang 3 jam. Ini kali kedua penulis menjejakkan kaki di Phuket selepas pada beberapa tahun lepas penulis pernah datang kesini bersama konvoi kereta antik bersama Allahyarham Tan Sri Basir Ismail, pengasas Nationwide Express.

Penulis tak ada aktiviti disana jadi penulis hanya bersiar-siar seorang diri Patong Beach. Disana penulis melihat sebuah komplek membeli belah yang agak besar. Penulis yang tidak membawa kamera tidak dapat merakamkan gambar disana.

Selepas itu penulis berjalan pula di sebuah lorong yang dinamakan Bang-la Road. Disana penulis berjalan berseorangan juga kerana malas untuk menunggu bapa penulis yang berjalan lambat dan kadang-kadang ambil masa tengok barang.

Ketika puas berjalan dalam perjalanan hendak balik ke hotel penulis Hard Rock Cafe, Phuket. Tetapi ketika meneruskan perjalanan untuk pulang ke hotel penulis sekali lagi terserempak dengan Hard Rock. Ehh...Bukan Hard Rock tapi Rock Hard.

Ketika malam, penulis sebelum tidur keluar sekali lagi ke depan dari hotel tempat penulis menginap. Disana penulis kagum melihat sekumpulan pemandu Tuk-Tuk bermain sepak takraw.

Ini benda yang agak aneh di tengah bandar yang maju masih ada orang bermain sepak takraw. Penulis melihat kesemuanya boleh main mungkin memang budaya mereka mengisi masa lapang dengan bermain sepak takraw.

**** Tidak kisahlah Malaysia kalah Takraw di China ketika menentang Thailand

Harga minyak di Thailand memanglah amat-amat mahal. Harga untuk seliter Petrol RON 95 berharga 36.31 baht lebih kurang Rm3.60 . RON 91 juga mahal iaitu 31.82 baht kira-kira Rm3.10 .

Beruntung kita hidup di Malaysia sebab harga minyak di Malaysia bagi RON 95 hanya Rm.190 sahaja. Manakala harga RON 97 di negara kita hanya Rm2.30 bagi seliter petrol. Ini menunjukkan harga petrol dinegara kita lebih baik.

Baik kerr... Sepanjang lebih 500 km bergerak dari sempadan Malaysia hingga ke Phuket. Malahan balik dari Phuket haram satu tol pun penulis tak nampak. Sebenarnya harga minyak mereka mahal memang kena sebab mereka tidak ada tol. Kita dari Perlis hingga KL 500 km kena bayar tak salah Rm50 juga untuk tol.

Balik pula masa berada di Krabi, aku sempat bersiar-siar di tepi pantai di Krabi. Kelihatan ramai tourist yang hampir kesemuanya dari Eropah berada disitu. Penulis ketika masuk kesebuah kedai terlihat pistol berada diatas meja.

Orang Perlis, Kedah kalau nampak pistol dekat Siam tak perlu takut sebab sudah tahu itu pistol tipu ataupun orang Utara panggil pistol itu pistol tembak cicak. Penulis pun tak tahu sebab apa mungkin dulu mereka guna untuk tembak cicak rasanya.

Malahan Brass Knuckle penulis tak berapa pasti dalam Bahasa Malaysia orang panggil apa pun ada dijual disebuah kedai disana. Bukan setakat itu sahaja malahan pisau lipat dengan bentuk yang unik pun dijual. Kalau nak pukul orang disana penuh dengan barangan yang sesuai.


Benda yang menjadi kebanggaan penulis, tak bangga pun sebenarnya adalah ramai penyokong Everton disana. Penulis yang meminati pasukan Everton sungguh teruja apabila melihat hampir keseluruhan pub dan kedai disana melihat perlawanan Everton ketika itu.

Ketika tertanya-tanya mengapa ramai peminat
Everton disana penulis tersedar ketika di pub ada sebuah pub tertulis Chang Pub . Chang Beer adalah penaja pasukan Everton dan Chang Beer juga berasal dari Thailand jadi secara tak langsung ia seperti kita berbangga dengan Mercedes GP Petronas di F1.

Setakat ini sahaja penulis dapat gambarkan pengalaman penulis berkunjung ke Phuket menggunakan kereta. Memang tidak dinafikan lagi yang Phuket sememangnya pulau yang amat indah.

Wednesday, November 17, 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha

Rasanya tidak lambat mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam kerana hari ini baru kita sambut raya.Sebenarnya bukan tak nak tulis belum ini namun disebabkan ingin membuatkan pembaca terhibur aku tulis lambat sedikit.

Disebabkan tahun ini aku menyambut raya Aidiladha di rumah aku di Subang, jadi suasananya tak semeriah di kampung disebabkan tak ada saudara mara.Ini pertama kali aku tak balik raya di kampung.

Jadi untuk memeriahkan pembaca aku mengambil keputusan ke masjid besar negeri Selangor, masjid Sultan Salehudin Abdul Aziz Shah.Masjid kedua terbesar di Asia Tenggara dan juga mempunyai kubah terbesar didunia.

First Time aku masuk masjid Sultan Salehudin Abdul Aziz Shah ini aku lihat keatas aku lihat chandelier yang agak kelihatan mahal.Pendingin hawa disana tidak kurang hebat juga.Aku tengah dok sembahyang menggigil kesejukan.

Selepas habis mendengar khutbah Aidiladha, aku bergegas bangun dan memulakan tugas aku, siap sedia kamera ditangan aku mengambil gambar DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj.

Sultan Selangor ketika itu sedang bersalaman dengan jemaah masjid yang mengambil kesempatan bersalam dengan DYMM Tuanku.Turut berada disebelah Tuanku adalah Y.A.B Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Selesai sahaja bersalam dan bersantap dengan kesemua wakil-wakil rakyat yang hadir, Tuanku berkenan mencemar duli melihat lembu disembelih.Lebih kurang 20 ekor lembu kelihatan disekitar masjid tersebut.

Kemudian Sultan Selangor berangkat pulang dengan menaiki kereta BMW 7 series berwarna hitam.Aku ingatkan Tuanku nak naik Rolls Roycenya.Manakala Y.A.B Tan Sri Khalid Ibrahim pula sekadar naik Harrier ( yang lama punya ).

Sebelum itu aku ada membuat kerja-kerja gila apabila melihat sendiri kasut DYMM Sultan Selangor.Kasut milik Tuanku kelihatan amat pelik dan ada iras-iras kasut Aladin.Kalau sacretary dia tak ada dekat situ aku kira nak balun saja kasut tuh...Ampun Tuanku!

Dan terakhir sekali selepas DYMM Sultan Selangor berangkat pulang.Aku pun apa lagi mengambil kesempatan terhadap kebebasan Y.A.B Tan Sri Khalid Ibrahim bergambar.Agak cool orangya.

DAULAT TUANKU

Tuesday, November 9, 2010

Akhirnya Lotus guna enjin Renault

The Lotus Racing team has confirmed it will use Renault engines from the 2011 season, ending weeks of speculation about the partnership.

The team had already announced it had agreed to end its deal with Cosworth early, paving the way for the new agreement.

Today's announcement means Lotus will be using Renault engines and Red Bull gearboxes next season, following the deal with the team to use its transmissions.

Interestingly, Renault said its supply deal was with 1Malaysia Racing Team, rather than the Team Lotus name that the outfit is hoping to use.

"I am absolutely delighted that we can now officially talk about the partnership with Renault," said Lotus boss Tony Fernandes.

"There has obviously been a great deal of speculation about which engine will be powering our cars from 2011 and now the announcement has been made I think everyone can see just how ambitious we really are.

"The combination of the Renault engine and the Red Bull Technology gearbox and hydraulics gives our design and aero teams a successful, tried and tested platform to work with for next year's car."

Tech chief Mike Gascoyne also welcomed the news, which he reckons is a big boost for the team.

"Today's announcement is the latest confirmation of how far this team wants to go in Formula 1," he said "Having worked with Renault before I know exactly what they will bring to our team and I am delighted that they will be playing an integral role in the next chapter of our story.

"The engine itself gives our designers, engineers and drivers an excellent platform to work with - it is very drivable, has good reliability and comes with a track support team who have a wealth of experience and knowledge. We are all looking forward to working with Renault and are very excited about the future for our partnership and our team."

Petikan dari laman web autosport.com dimana mereka menyatakan bahawa pasukan F1 Lotus Racing bakal menggunakan khidmat kepakaran Renault untuk membuat enjin dan menggunakan kotak gear dari Red Bull.

Ini menunjukkan bahawa pandangan aku yang terdahulu bertajuk ' Lotus F1 Gagal...Mana Silapnya ' telah diambil perhatian oleh pihak pengurusan Lotus F1 dimana pada musim hadapan mereka akan menggunakan enjin Renault.

Semalam baru sahaja selesai perlumbaan ke-18 musim 2010 di Brazil dimana jentera Red Bull Racing telah memenangi petak satu dan dua pada perlumbaan terbabit.Pengeluar Red Bull Racing juga menggunakan enjin Renault.

Ini menunjukkan bahawa tindakan yang diambil oleh pihak Lotus amat bertepatan dengan saranan aku dimana terdapat dalam tulisan aku yang terdahulu dimana perenggannya berbunyi begini ;

" Seperti yang aku katakan, enjin adalah pemacu utama kepada sesebuah kenderaan.Jadi tindakan yang paling tepat untuk memberikan persembahan terbaik jentera di litar adalah dengan mengambil pereka enjin samaada Ferrari,Mercedes mahupun Renault. "

Untuk mengukuhkan lagi bukti bahawa enjin yang direka oleh Cosworth kebanyakkannya gagal disini aku sertakan gambar dimana menunjukkan gambar keputusan perlumbaan di GP Brazil dari laman web rasmi F1 .

Dalam senarai diatas ini, menunjukkan bahawa kebanyakkan pemandu dari pasukan yang menggunakan enjin Cosworth berada di tempat yang terbawah.Pasukan yan menggunakan enjin Renault pula berada di kedudukan teratas.

Ini menunjukkan bahawa enjin Cosworth tidak sebaik enjin seperti Renault,Merc ataupun Ferrari. Aku bukan ingin menyatakan bahawa enjin Renault itu yang paling baik namun jika dilihat prestasi pasukan yang menggunakan enjin Renault amatlah baik.

Ia berdasarkan kutipan mata pasukan yang menggunakan enjin Renault yang itu Red Bull Racing yang berada di kedudukan teratas iaitu dengan 469 mata.Manakala pasukan Renault F1 Racing mendapat kedudukan ke-5 dengan 145 mata.

Manakala pasukan Virgin-Cosworth, HRT-Cosworth dan Lotus- Cosworth masing-masing tidak mengutip sebarang mata melainkan pasukan William-Cosworth dimana menduduki tempat ke-6 dengan 65 mata.

Sebagai peminat F1, aku berasa amat sedih dengan prestasi jentera Lotus dimana sering terkandas ketika berlumba selain tidak menghabiskan perlumbaan.Apatah lagi untuk mendapat mata.

Ramalan siapakah akan memenangi kejuaraan Formula 1 bagi tahun 2010 adalah akan dapat ke Mark Webber dari pasukan Red Bull.Kejuaraan pengeluar pula bagi aku peluang amat cerah untuk Red Bull menjadi juara bagi kategori pengeluar.

Mengapa aku tidak katakan Fernando Alonso tidak akan memenangi kejuaraan pada kali ini adalah kerana kedudukan pelumba Red Bull yang sukar digugat. Ini kerana selalunya kereta Mark Webber dan Sebastian Vettel berada berhampiran jadi senang sahaja mereka mengatur strategi.

Felipe Massa pula kebelakangan ini mempamerkan prestasi yang tidak konsisten jadi bagi aku untuk Massa membantu Alonso memenangi kejuaraan musim ini peluangnya amat tipis. Walaupun memberi laluan kepada pemandu pasukan lain menang adalah salah dikira dalam undang-undang FIA.

Akhir kata, aku yakin bahawa Lotus F1 bakal mendapat suatu lagi nyawa yang aku harap supaya mereka menggunakan peluang ini sebaik mungkin.Suntikan enjin Renault dan kotak gear termasuk badan jentera Lotus F1 bakal memberikan nafas baru buat pasukan Lotus F1 Racing.

Tuesday, November 2, 2010

Kewujudan akaun 'Sultan Yang Setan' di Facebook

Tatkala habis membeli bateri di e-bay aku terus sahaja membuka akaun Facebook aku.Ketika mengecheck notification aku melihat sebuah komen di sebuah ruang perbincangan topik yang pernah aku post di 1Malaysia.

Sebaris link telah dihantar kepada aku dan aku terus sahaja membuka link tersebut.Alangkah terkejutnya aku apabila sebuah akaun bernamakan 'Sultan Yang Setan' dimana gambar kerabat diRaja Johor diletakkan sebagai gambar profilnya.

Aku tak tahu betul ke tak itu kerabat diRaja Sultan Johor tapi tengok iras-iras muka dengan Sultan Johor memang ada.Maka datanglah perasaan ingin tahu aku terhadap siapakah gerangan manusia yang membuka akaun 'Sultan Yang Setan'.

Aku melihat kebawah sedikit dan aku melihat sesuatu ayat yang amat biadap.Tulisannya berbentuk begini ;

Aku keturuanan Laksamana Bentan, pembunuh Sultan Mahmud.FB ini adalah untuk mendedahkan pengkhianatan Sultan terhadap bangsa dan agama. Mereka telah mencemarkan keturunan Syed2 dan Sharifah2

Agak biadap bukan ayat-ayat yang ditulis oleh 'Sultan Yang Setan' itu.Aku pun terus kebawah lagi dan melihat pula berapa ramaikah kawan-kawan 'SYS' ini.Dan melihat 626 kawan sahaja ketika aku lihat sekarang ( 11.38 p.m. ).

Aku melihat caranya mungkin hanya mengconfirmkan kawan-kawan yang dia kenal sahaja.Ini disebabkan jumlahnya yang boleh dikatakan amat sedikit.Dan mengikut pemerhatian aku, manusia yang mengawal akaun tersebut mengetahui yang profilnya menarik perhatian orang ramai.

Dan diantara banyak-banyak kritikan terhadap sultan-sultan/raja di Malaysia terutamanya Sultan Johor.Ini antara kritikan yang agak pedas pernah dipost oleh 'SYS' ini ;

Syaitan Johor sedekah beberapa motor Harley Davidson ke polis, satu soalan Syaitan ini beli motor tu dengan wang sapa? Si Babi perompak serahkan harta rompakan kepada rakyat yang dirompaknya. Mampuslah kau

Itulah tulisan yang agak kurang ajar selama aku melihat akaun 'Sultan Yang Setan' ini.Aku sendiri tidak tahu siapakah manusia ini sebenarnya tetapi aku pasti yang manusia ini bukan berada di Malaysia.

Ini disebabkan melihatkan beberapa post 'SYS' ini seperti berada diluar negara. Aku harap supaya pihak yang bertanggungjawab segera melaporkan kepada pihak polis untuk diambil tindakan terhadap manusia ini yang memburukan insitusi diraja.

Aku tiada masa untuk membuat laporan polis.Kalau malas nak buat laporan polis pun silakan sebar-sebarkan supaya ada hero-hero yang 'PERKASA' akan membuat laporan polis.

Daulat Tuanku!

Friday, October 22, 2010

Sultan Ismail Petra kena Ambush




Aku baru sahaja selesai menonton video rakaman dimana ayahanda kepada Sultan Muhammad V, Sultan Ismail Petra telah dicekup oleh polis dimana aku percayai cara manusia-manusia yang pegang senapang itu adalah anggota Unit Tindakan Khas ( UTK ).

Kelihatan pada mulanya kelihatan sebuah kereta 4X4 yang benar-benar kelihatan kukuh telah menyekat sebuah kereta waja polis yang sedang mengescort bekas Sultan Kelantan.Kenderaan UTK terbabit kelihatan tidak risau dilanggar kerana yakin mereka tidak akan dilanggar dan jika dilanggar pun semestinya kereta waja milik polis terbabit hancur.

Setelah menyekat kereta waja milik polis yang menescort sultan Kelantan terbabit, mereka secara tak langsungnya telah menyekat kereta Alphard yang dinaiki sultan Kelantan terbabit dan anggota UTK didalam kereta 4X4 terbabit sudah bersedia untuk keluar.

Tanpa kita sedari sebenarnya sudah ada kereta Honda menunggu dibelakang kereta waja polis.Kereta itu juga dinaiki oleh anggota UTK dimana telah menyerbu kereta Sultan Kelantan sejurus sahaja kenderaan yang dinaiki Sultan Ismail Petra berhenti.

Mereka yang memakai topeng muka seperti Algojo itu telah menahan dan membuka pintu kenderaan Sultan Kelantan dimana turut berada disebelah Sultan Kelantan adalah Permaisurinya Tengku Anis.

Kelihatan para anggota UTK telah menjerit dan berteriak meminta pemandu dan juga kelihatan seperti pembantu sultan sedang diarahkan keluar oleh anggota UTK.Namun dipercayai mereka tidak mahu keluar menyebabkan anggota UTK bertindak kasar dengan menarik pembantu sultan terbabit keluar.

Jika diperhatikan dengan teliti, pemandu Sultan Kelantan telah ditarik keluar awal lagi sebelum pembantunya.Ini boleh dilihat dimana anggota UTK sudah memasuki kereta Alphard yang dinaiki Sultan Ismail Petra.

Range Rover kalau tidak silap aku yang dinaiki oleh anak kepada Sultan Kelantan, Tengku Fakhry Petra juga berada ditempat kejadian.Aku merasakan tempat terbabit adalah berhampiran istana Kelantan.

Dari raut wajah Tengku Fakhry Petra dimana kelihatan baginda tidak benar-benar tidak berpuas hati akan tindakan UTK terbabit.

Selepas manusia yang aku percayai pembantu Sultan Ismail Petra terbabit keluar aku yakin bahawa ada seorang lagi anggota UTK memasuki Alphard terbabit.Selepas memasuki Alphard terbabit anggota UTK terus memandu kereta Alphard terbabit ke suatu destinasi tidak diketahui.

Sebelum itu, kereta Range Rover milik Tengku Fakhry Petra telah diminta mengalihkan kenderaan.Namun beberapa saat kemudian anggota UTK menyuruh mereka memberhentikan kenderaan dan keluar.

Aku rasa tindakan terbabit hanya untuk membenarkan kereta Alphard yang sudah diambil alih oleh UTK terus berjalan keluar dari tempat terbabit.

Sebab mereka aku tak tahu...Tapi aku pernah dengar yang ada ura-ura kata Sultan Ismail Petra hendak dibawa lari ke Siam.Kemungkinan anggota UTK terbabit merampas Alphard Sultan Ismail Petra untuk mengelakkan baginda dibawa lari ke Siam.

Diakhir-akhir video ini ada kelihatan geng-geng escort Sultan Ismail Petra mengeluarkan beg dari tempat meletak barang di dalam kereta Land Rover.Ini juga mengiyakan kemungkinan mereka akan berada di tempat yang jauh.

Tapi cerita sebenarnya aku pun tidak tahu jadi aku tak mahu buat spekulasi sendiri.Mana tahu entah kena tangkap masuk ISA.Walaubagaimanapun DAULAT TUANKU

Monday, October 18, 2010

Perang Iraq-Kuwait - Mengapa Saddam langgar Kuwait ?


Pada 2 Ogos 1990, jam 2 pagi di Iraq, Askar Republik Iraq telah menyerang Kuwait menggunakan empat divisyen tentera mereka sambil disokong oleh berbagai helikopter milik Iraq seperti Mil Mi-24, Mil Mi-8, Mil Mi-17 dan Bell 142. Dua skuadron jet pejuang milik Iraq juga dihantar untuk menyerang Kuwait.

Serangan ini dilancarkan oleh presiden Iraq ketika itu era pemerintahan Saddam Hussein.Ini kerana sebelum itu, Iraq telah meminjam sejumlah US$ 80 billion ( Rm 250 billion ) dari Kuwait untuk menampung kos perbelanjaan perang.

Perang ini menyebabkan Iran kehilangan lebih kurang 1 juta askar dan dianggarkan 300,000 askar Iraq telah mati ketika perang dari tahun 1980 - 1988 itu.

Perang ini juga telah menyebabkan kedua-dua negara telah mengalami kerugian yang amat teruk.Iran dan Iraq dikatakan telah mengalami kerugian lebih US$ 500 billion dan disebabkan itulah Iraq meminjam wang dari Kuwait.

Selain itu, Iraq telah menuduh Kuwait telah mencuri minyak dari kawasan mereka sebanyak US$2,4 billion ( Rm 6,48 billion ). Kuwait pula menuduh Iraq menggali telaga minyak di wilayah Kuwait.

Dalam pertikaian itu, negara-negara arab yang lain didalam OPEC telah ingin menyelesaikan kemelut ini.Sehari sebelum serangan pula di Jeddah, Arab Saudi, kedua-dua negara mengadakan pertemuan tetapi persidangan tersebut berakhir dalam tempoh masa dua jam sahaja.

Ia berakhir oleh kerana Kuwait enggan menyerahkan wilayahnya yang dikehendakinya.OPEC juga telah cuba menyelamatkan situasi tersebut melalui rundingan namun ia gagal yang diselesaikan.


Jadi pada keesokan paginya, Saddam Hussein telah mengerahkan tenteranya untuk menyerang Kuwait.Pada ketika itu, Iraq mempunyai lebih 1 juta orang askar manakala Kuwait mempunyai 20,000 orang askar sahaja.

Iraq juga mempunyai 5,500 buah kereta kapal tatkala Kuwait hanya mempunyai 275 buah kereta kebal. Iraq juga memiliki sejumlah 513 jet pejuang sementara itu Kuwait 36 buah jet pejuang sahaja.

Setelah Saddam berjaya menumbangkan tentera Kuwait, Saddam telah menubuhkan "Kerajaan Sementara Kuwait Merdeka " yang disokong oleh golongan revolusi Kuwait dan juga pegawai kanan tentera Kuwait.

Dalam masa yang sama, banyak negara yang tidak mengiktiraf kerajaan Kuwait dibawah pentadbiran Saddam ini.Termasuklah Malaysia.Negara-negara barat juga tidak mengiktiraf disamping mengutuk serangan tersebut bahkan sekutu rapat Iraq, Perancis juga mengutuk serangan terbabit.

Pada 10 September pada tahun yang sama, dunia Islam telah mengadakan persidangan di Makkah bagi menyelesaikan masalah ini. Persidangan ini telah bersepakat menyatakan bahawa Iraq bersalah dan meminta supaya berundur dari Kuwait.

Sebenarnya salah satu sebab mengapa presiden Iraq, Saddam Hussein menyerang Kuwait adalah kerana Saddam sudah tidak mahu berkawan lagi dengan Amerika Syarikat.

Jika dilihat pada suatu ketika dahulu, hubungan diplomatik diantara Amerika Syarikat-Iraq memang baik.Hinggakan dalam perang Iran-Iraq pun salah seorang negara yang membantu Iraq adalah Amerika Syarikat.


Selain itu, juga dalam masa pemerintahan Saddam Hussein, Amerika Syarikat juga banyak menjual senjata perang kepada Iraq. Namun Iraq lebih cenderung membeli peralatan dari Perancis.

Harus juga diingatkan bahawa Perancis dan Amerika Syarikat adalah rakan baik. Malahan hubungan telah berlaku lebih 300 tahun yang lalu pada zaman revolusi Perancis lagi.

Pada pencerobohan Amerika Syarikat di Iraq pada 2003 telah mendapat tentangan keras dari Perancis yang boleh dikatakan mempunyai hubungan dua hala yang amat rapat dengan Iraq.

Iraq juga pernah membeli senjata kimia dan juga senjata biologi dari Amerika Syarikat. Berbagai senjata dijual kepada kerajaan yang dipimpin oleh Saddam Hussein untuk memenuhi permintaan Saddam.

Antara sebab-sebab lain Saddam Hussein menyerang Kuwait adalah Saddam hendak menaikkan harga minyak yang akan mengkucar-kacirkan dunia. Saddam telah menyuruh negara OPEC mengurangkan pengeluaran minyak.


Antara negara pengeluar minyak terbesar ketika itu adalah Kuwait jadi dengan menyuruh Kuwait mengurangkan pengeluaran minyak.Secara tidak langsung pasaran harga minyak akan naik.

Seminggu sebelum serangan Iraq terhadap Kuwait, OPEC telah menyatakan bahawa Kuwait dan Emiriah Arab Bersatu ( UAE ) telah berjanji akan mengehadkan pengeluaran minyak mereka sekurang-kurangnya 1.5 juta tong.

Perkara tersebut telah menimbulkan kemarahan Saddam Hussein yang berniat mengenakan Amerika Syarikat dengan menaikkan harga minyak.Namun Kuwait berdegil dan tidak mengikut arahan Saddam menyebabkan Iraq menyerang Kuwait.

Hubungan diantara Iraq dan Kuwait baik sekali, jika tidak mengapa ketika perang menentang Iran.Bahkan mengapa dalam banyak-banyak negara mengapa Kuwait yang Iraq yakini bakal membantu Iraq menaikkan harga minyak.

Namun Kuwait mungkin telah mengkhianati Iraq kerana mereka enggan mengurangkan pengeluaran minyak.Jadi cara Saddam Hussein mengenakan Amerika Syarikat dengan menyerang Kuwait.

Thursday, October 14, 2010

Ini baru Italian Job

Pada hari Rabu 23 September 2009, sebuah rompakan terbesar dalam sejarah dunia telah berlaku di Stockholm, Sweden.Jumlah kecurian yang berlaku bernilai lebih 1 billion kronor ataupun US$150,000,00 atau jika ditukar ke matawang ringgit lebih kurang Rm 465 juta.

Kejadian didalangi oleh sekumpulan perompak bersenjatakan raifal automatik dan bahan letupan.Mereka menggunakan teknik filem Hollywood sebagai modus operandi melakukan rompakan.Rompakan berlaku disebuah bangunan dimana menyimpan wang untuk dibekalkan kepada semua mesin ATM diseluruh Stockholm.

Cara mereka memasuki bangunan yang menyimpan berjuta-juta wang itu adalah dengan menggunakan helikopter dimana pencuri telah turun menggunakan tali dimana pencuri telah mendarat di tingkat atas bangunan terbabit.

Pencuri menggunakan sedikit bahan letupan bagi meletupkan bumbung bangunan terbabit.Ini memudahkan pencuri terbabit menyelinap kedalam bangunan.Bom juga dikatakan digunakan untuk memecah masuk kedalam tempat menyimpan wang.

Mereka mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk mencuri wang-wang yang bernilai lebih 1 billion kronor dimana pencuri meloloskan diri juga dengan cara yang sama memasuki banguna terbabit.

Pihak berkuasa Sweden menyatakan bahawa juruterbang yang mengendalikan helikopter terbabit begitu pakar dalam menerbangkan helikopter.Ini kerana helikopter terbabit menerbangkan helikotper itu begitu rendah dalam keadaan gelap gelita.

Tindakan juruterbang terbabit juga telah menyebabkan radar pihak berkuasa Sweden tidak dapat mengesan helikopter terbabit.Polis pula tidak menggunakan sebarang bahan yang memancarkan cahaya ini kerana mereka ingin berada dalam posisi halimunan.

Ini menyebabkan mereka tidak dapat mengetahui kedudukan helikopter dan mata kasar juga tidak dapat melihat helikopter terbabit dalam keadaan yang gelap gelita.Pihak berkuasa menyatakan tindakan menerbangkan helikopter begitu rendah adalah keupayaan juruterbang yang benar-benar profesional.

Helikopter yang digunakan oleh kumpulan yang merompak bangunan terbabit juga dicuri pada malam yang sama.Ini mengakibatkan pihak polis tidak menyedari helikopter itu telah dicuri.

Dalam masa yang sama, pihak polis ingin mencari alternatif bagi mengejar helikopter yang digunakan pencuri.Mereka ingin menggunakan helikopter bagi mengekori helikopter pencuri namun sesuatu yang tidak diduga berlaku.

Bom telah digunakan dan diletakkan di merata-rata tempat di lapangan terbang terbabit.Implikasinya pihak polis terpaksa mengambil masa yang lama untuk mematikan bom terbabit dan ini memaksa mereka meminta bantuan udara dari airbase yang jauhnya 400 km dari Stockholm.

Yang lawaknya, bom yang telah digunakan oleh pencuri bagi melengah-lengahkan tindakan polis adalah bom tipu.Sementara hendak tunggu helikopter polis sampai, sempat kot mereka mendarat dimana-mana tempat yang dirancang.

Kumpulan terbabit juga telah menabur banyak paku besi disekitar jalan raya di Stockholm bagi menyusahkan pihak polis mengejar mereka melalui jalan darat.

Helikopter yang digunakan oleh pencuri terbabit telah dijumpai disebuah kawasan di pinggir Stockholm tiga jam kemudian. Ini kerana seorang penduduk tempatan telah menghubungi polis bagi melaporkan tentang helikopter terbabit yang mendarat.

Polis amat bertuah kerana dapat mengenal pasti kedudukan helikopter terbabit ini kerana polis tidak dapat mencarinya kerana tidak dapat dikesan oleh radar bahkan dari darat pun tidak boleh.Ini mengambil masa yang lama bagi mengesan kedudukan helikopter terbabit.

Pihak berkuasa yang bertanggungjawab tidak dapat mengenal pasti suspek yang terlibat dalam kes rompakan membabitkan ratusan jutaan ringgit ini.Walaubagaimanapun, pihak polis menyatakan bahawa manusia yang mendalangi rompakan ini adalah benar-benar profesional.

Mereka juga tidak mengetahui berapa orangkah yang terlibat dalam rompakan ini namun mereka mengakui yang perompak ini mungkin mendapat latihan khas dan juruterbang yang mengendalikan helikopter terbabit adalah benar-benar profesional kerana dapat terbang dengan rendah walaupun dalam keadaan gelap.

Saturday, October 9, 2010

Lawatan ke Rumah Amal Limpahan Kasih

Petang tadi, aku baru sahaja balik dari lawatan yang dianjurkan oleh pihak sekolah ke Rumah Amal Limpahan Kasih.Pada mulanya aku fikir rumah Amal ini adalah rumah warga emas namun ketika sampai di sekolah kawan aku memberitahu bahawa rumah ini menempatkan anak yatim.

Jam 8.00 pagi sepatutnya kesemua peserta yang mengikuti lawatan ini sudah perlu berhimpun disekolah, namun aku 7.50 pagi baru bangun oleh kerana panggilan rakan aku yang ingin tahu bahawa aku sudah bangun atau belum.

Tetapi oleh kerana kelewatan aku, bas yang sepatutnya bergerak jam 8.00 pagi tidak bergerak dan ramai peserta yang sudah menghantar borang tidak hadir menyebabkan guru yang bertugas telah melewatkan waktu bas bertolak oleh kerana menunggu mana-mana peserta yang lewat.

Namun dari 55 orang yang menghantar borang menyertai lawatan ini, hanya 44 orang sahaja yang sampai.Sebanyak 12 pelajar lelaki dan 32 pelajar perempuan menyertai rombongan ke rumah Amal Limpahan Kasih ini.

Bas yang aku naiki bertolak agak lewat iaitu hampir pukul 9 dan sampai lebih kurang pukul 10 pagi.Rumah Amal Limpahan Kasih ini terletak di Kampung Sri Aman,Puchong, Selangor.

Kami telah disambut oleh seorang wakil dari Rumah Amal Limpahan Kasih ( RALK ) ini bernama Encik Zawawi Ramli.Beliau telah menerangkan beberapa perkara tentang rumah yang diuruskannya ini.

Katanya rumah ini beroperasi pada tahun 2007 dan pada tahun 2010 rumah RALK ini telah mempunyai lebih 70 orang anak yatim.Kebanyakkan mereka ( anak yatim ) ini berasal dari sekitar kawasan ini tetapi yang paling jauh katanya dari Kuala Kangsar,Perak.

Terdapat asrama untuk mereka semua ini dan mereka diasingkan mengikut usia.Asrama lelaki juga tidak berada di Sri Aman hanya asrama perempuan sahaja berada disini.Mereka semua ini terdiri dari usia 8 bulan hingga 16 tahun.

Tentang Sumber Kewangan RALK pula, dana mereka diperolehi dari 4 aspek iaitu penjualan kain-kain baju, penjualan pokok bunga dan juga cafe.Mereka juga mendapat penajaan dari syarikat yang menawarkan diri memberi wang.

Katanya lagi pada bulan puasa dan Aidilfitri ini RALK ini amat mendapat perhatian.

Disana sebanyak 44 orang peserta yang mengikuti lawatan ini diberikan tugas.Kesemua kami ( lelaki ) telah ditugaskan untuk menyusun balik baju distor yang berterabur.Ini kerana selepas ini baju ini akan diambil dan diletakkan ditempat lain.



Banyak baju-baju yang elok seperti Calvin Klein dan seluar Levi's berada disitu.

Sementara 32 pelajar perempuan yang mengikuti dibahagikan kepada tiga kumpulan dimana satu kumpulan membersihkan nurseri bunga.Kumpulan yang lagi satu tidak salah aku menyusun perpustakaan manakala sebuah lagi kumpulan aku tak tahu tugasannya.

Selepas kerja kami telah selesai, kami berehat di khemah berhampiran kantin dimana kami dijamu dengan air sirap.Boleh tahan juga sirap disitu.Walaubagaimanapun kami tidak dihidangkan dengan makanan.





Pelajar perempuan yang menyertai berpeluang melihat asrama perempuan ini kerana asrama perempuan berada disitu juga manakala pelajar lelaki hanya lepak minum air berhampiran di kantin RALK ini.

Lebih kurang jam 11.30 cikgu dari sekolah aku telah menyumbangkan wang tunai kepada RALK ini.Sebelum balik jam 12.00 tengah hari kami sempat bergambar bersama penghuni RALK tersebut.





*** Cikgu aku berfikiran menyatakan bahawa kesemua 55 orang pelajar yang menghantar borang menyertainya namun hanya 44 orang yang hadir.Ini menyebabkan cikgu kami telah rugi sebuah bas.

Sebuah bas boleh membawa 40 orang dan peserta yang mengikuti 44 orang.Jadi lebih baik sewa sebuah bas sahaja namun disebabkan cikgu kami telah menyewa dua buah bas, bas kami yang dinaiki 12 orang pelajar lelaki kosong cuma dipenuhkan oleh guru yang mengikuti lawatan ini.

Tuesday, October 5, 2010

Pencuri

Hari Ahad lepas aku mempunyai satu program Treasure Hunt anjuran rukun tetangga kejiranan rumah aku.Walaubagaimanapun, persaingan yang amat sengit telah menyebabkan aku kalah dimana lebih banyak orang dewasa berbanding aku yang antara termuda di dalam pertandingan itu.

Sebenarnya program Treasure Hunt ini ataupun kehadiran ADUN yang agak 'hot' bukanlah topik yang aku hendak ceritakan didalam artikel aku ini.Tetapi sesuatu kisah yang agak pelik dan jarang berlaku setahu aku.

...Selesai sahaja habis program Treasure Hunt lebih kurang jam 11.30 pagi aku pun balik dengan tangan kosong dimana aku tidak memenangi apa-apa hadiah mahupun lucky draw.Kawan aku Zack ( bukan nama sebenar ) begitu teruja untuk berentap dengan aku DOTA.

Jadi sebagai anak Melayu aku menyahut cabaran Zack terbabit jadi arah tuju aku adalah ke Chicken Chop ataupun nama glamornya CC a.k.a Cyber Cafe.

Setelah aku menyapu bersih hampir kesemua permainan DOTA bersama Zack aku pun nak panggil seorang member aku yang ada di CC itu juga.Ketika itulah aku sedar bahawa satu ada benda yang tak kena.

Aku meraba-raba poket aku mencari telefon bimbit aku tetapi hampa kerana tiada.Banyak tempat aku cari didalam CC itu tapi phone aku itu tak ada.Aku pun kelam kabut dan pergi ke kawan aku dibelakang aku rampas telefon dia.

Aku terus call phone aku yang begitu aku sayangi ini namun tiada jawapan.Phone aku tak off jadi aku pun call sekali lagi dan tiba-tiba ada seorang lelaki angkat.

" Dekat F&G depan EX5 sekarang " itulah jawapan lelaki tersebut jadi aku pun berlari sekuat mungkin tatkala seorang kawan aku ini mengekori aku dari belakang.Betul-betul depan F&G aku tengok tiada orang.

Jadi aku pun bercakap melalui phone aku untuk berkomunikasi dengan pencuri phone aku itu.Namun tiada aku pun dengan hampa terus meletakkan tekan butang merah di phone kawan aku.

Aku cuba sekali lagi call phone aku menggunakan phone kawan aku ini dan aku terdengar phone aku berbunyi dan ada dilantai zink dan mengambilnya.Aku pun berasa lega kerana menjumpai telefon kesayangan aku ini sebabnya phone ni tak rosak walaupun jatuh berkali-kali selain nipis dan senang dibawa.

Aku pun terfikir time bila pencuri itu mencuri telefon aku...Jadi aku mengimbas kembali memori aku...

Selepas tamat game pertama DOTA menentang Zack tiba-tiba ada seorang lelaki dari sebelah kanan dalam keadaan berdiri berkata " Jom buka game " dan tiba-tiba Zack berkata " Weh aku dah bayar nak sambung macam mana " Budak lelalki sebelah kanan pun menjawab " Cakap ja Open ".

Dalam masa yang sama aku sedang SMS kawan aku ini jadi secara tidak sedar aku letak telefon aku diatas meja.Kemungkinan yang besar telefon aku berada disebelah kiri ini kerana tangan kanan aku sedang memegang mouse sementara tangan kiri aku free jadi secara tak langsung aku akan menaip mesej menggunakan tangan kiri.

Secara tak langsung kelalaian aku meletakkan telefon diatas meja sambil bermain game telah membawa bencana yang berkesudahan dengan baik.Tekniknya aku rasa anda semua boleh faham dimana ketika anda sedang bermain ada seorang manusia bersembang dengan anda disebelah kanan.Dimana kepala anda akan mengadap manusia tersebut untuk berkomunikasi.

Dalam masa yang sama kawan kepada manusia terbabit akan mengambil telefon yang berada disebelah kiri anda.Anda semestinya tidak sedar phone anda diambil ketika bersembang dan anda meletakkan phone diatas meja disebabkan berSMS dengan kawan.Jadi anda akan menjenguk telefon apabila phone anda berdering.

Ini disokong apabila Zack ketika itu melihat aku sedang dikepung oleh sekumpulan budak tingkatan dua namun tidak mengesyaki apa-apa.Jadi aku telah dapat merungkai teknik mencuri phone di CC.

Persoalan yang masih belum dijawab adalah mengapa pencuri itu bagi balik telefon tersebut kepada aku dengan meletakkan phone terbabit ditempat lain.

Jadi aku berfikir kembali dan meneliti kata-kata Zack dimana mengatakan bahawa budak Form 2 mengepung aku jadi kemungkinan manusia yang mencuri phone aku itu mengenali aku.Tetapi kalau dia kenal aku kenapa hendak mencuri phone aku.

Baik cari mangsa lain yang lalai seperti aku juga.Lagipun kalau dia tak bagi telefon aku itu bukannya aku cam pun wajah lelaki yang sembang dengan aku itu.Tapi CC tersebut mempunyai CCTV.

Jadi nasihat abang aku kalau dapat tangkap manusia tersebut panggil member ramai-ramai pi katok ( tabuh ) ataupun dalam bahasa bakunya belasah manusia tersebut.Tetapi kesimpulan tepat mengapa pencuri terbabit menyerahkan kembali telefon aku masih belum terjawab.

Pengajarannya : Jangan meletak telefon bimbit diatas meja ketika bermain komputer dan sentiasalah berhati-hati ingat teknik mereka.

PERHATIAN

Monday, September 27, 2010

Kereta Apa Selebriti Pakai???

Sebelum ini aku pernah post artikel bertajuk "Kereta Apa Pemimpin Dunia Pakai" tetapi kali ini aku ingin menulis tentang kereta-kereta yang dimiliki oleh para selebriti di Hollywood.

Kereta-kereta milik mereka juga tidak kurang mewahnya juga dengan kereta pemimpin-pemimpin dunia.Malahan ada juga dalam kalangan mereka yang mempunyai kereta yang lebih mewah dari pemimpin dunia.

Jadi dibawah ini aku telah memuatkan gambar-gambar kereta milik selebriti Hollywood.

1. Lelaki di dalam gambar ini adalah penggusti terkenal iaitu Batista.Kereta di belakang lelaki ini adalah Bentley Continental dan anggaran harga kereta ini adalah Rm 665,000 tidak termasuk cukai.Jika dikira dengan cukai jalan di Malaysia kosnya mungkin mencecah Rm 2,000,000. Manakala kereta di sebelah kanan Batista pula adalah Range Rover dimana harganya bernilai Rm 388,000 dan disebabkan enjinnya melebihi 5000 cc ia juga dikira 300% cukai.Harganya jika dibeli di Malaysia lebih kurang Rm 1,000,000.





2. Kereta di sebelah kiri ini adalah salah dari jenama Bentley model Arnage.Kereta ini sudah tidak dikeluarkan lagi oleh pihak Bentley kerana mereka mengeluarkan model Bentley Mulsanne.Kos kereta ini dianggarkan bernilai Rm1.300,000 juga tidak termasuk cukai.Cukainya dikenakan sebanyak 300% disebabkan ia menggunakan enjin 6.7 litre.




3. Kereta seterusnya pula adalah Rolls Royce Phantom Drophead Coupe.Harganya agak mahal iaitu mungkin melebihi Rm8,000,000.Ini kerana harga keretanya saja sudah Rm2,000,000 tambahan lagi dengan cukainya.Kereta ini lebih mahal dari Rolls Royce Phantom biasa dimana Phantom hanya bernilai Rm5,500,000 saja.Keistimewaanya adalah Phantom Drophead Coupe ini boleh tiada bumbung selain pemanduannya lebih selesa dan cara pembuatannya lebih teliti.





4. Kesemua dua kereta diatas dan termasuk yang ini adalah kereta milik pemain bolasepak Inggeris, David Beckham dimana beliau tidak ketinggalan menggumpul kereta-kereta mewah seperti yang ditunjukkan.Harga kereta ini sama tak semahal kereta mewah yang lain.Tetapi jika anda mempunyai sebiji, kira tak malulah nak bawa awek pusing Singapore.





5. Anggota kumpulan Black Eye Peas, Stacy Ann Ferguson atau lebih dikenali sebagai Fergie mempunyai sebuah kereta SUV Hummer 2 ( H2 ). SUV ini berharga Rm200,000 tanpa cukai di Malaysia. Dengan cukai SUV ini mungkin melebihi Rm500,000 tatkala enjinnya yang digunakan adalah 6.0 litre.

Sesiapa yang berminat hendak menjadi Horatio Caine bolehlah membeli kereta ini.Secondhand tak salah aku kereta ini dalam Rm300,000 pun boleh dapat dah.Tapi itu H2 la H3 aku harganya pun mesti berganda lagi.



6. Maybach 57's ini dimiliki oleh penyanyi rap terkenal, Kanye West dimana jika di Malaysia, Agong memakai Maybach seperti beliau juga.Kereta buatan Jerman ini bernilai Rm1,100,000 dan jika dikira dengan cukai jalannya sekali.Kereta ini mungkin melebihi Rm3,000,000.

Maybach 57's juga menggunakan enjin yang dipacu 5.5 liter dimana mengikut undang-undang kastam Malaysia.Mana-mana kenderaan melebihi 3000 cc akan dikenakan cukai jalan 300%.








7. Ahli kumpulan Jonas Brother, Nick Jonas mempunyai sebuah kereta Ford Mustang generasi yang pertama yang telah dikeluarkan tahun 1964. Kereta ini nilainya tidak berapa tinggi ini didorong oleh kerana kereta ini kereta lama selain tiada keluaran terbaru dimana pembeli boleh mendapat kereta ini dengan berbagai harga.






8. Kekasih kepada bintang Lewis Hamilton, Nicole Scherzinger yang juga salah seorang ahli kumpulan Pussycat Dolls ini mempunyai sebuah Bentley GT berharga lebih kurang Rm3,000,000 termasuk cukai jalan.Kereta dua pintu direka khas untuk dipandu laju berbanding Bentley biasa.





9. Penyanyi,pelakon,pengacara,model dan pereka fesyen selain pewaris kepada Hilton Hotel, Paris Hilton yang bermasalah menghisap dadah selain ditahan dari memasuki Jepun menyebabkan Paris membatalkan lawatannya ke Malaysia.Paris Hilton mempunyai sebuah Bentley Continental GT Coupe yang dibuat khas untuk Paris.





Paris Hilton menempah khas kereta ini daripada Bentley dengan warna merah jambu menyebabkan Bentley telah membuat khas kereta untuk Paris. Selain itu, Rim tayar kereta ini juga dicatkan pink dan ditempat duduk kereta ini tertera lambang PH. Ini membuatkan kereta ini begitu ray dan agak unit oleh kerana warnanya selain pemiliknya yang bermasalah.









11. Versi terbaru 911 iaitu Porsche 997 ini dianggarkan berharga Rm411,000 tidak termasuk cukai yang dikenakan oleh kerajaan Malaysia.Termasuk cukai harga kereta ini melebihi Rm1,000,000.

Kelihatan bekas pasangan kekasih, Taylor Lautner dan Taylor Swift menaiki kereta ini. Mengikut apa yang aku baca, kereta ini kepunyaan Taylor Lautner dan dibelinya selepas membintangi filem Twilight.

Setakat sini sajalah gambar-gambar yang aku petik dari internet mengenai kereta selebriti Hollywood.Kalau ada masa lagi aku akan update lagi tentang kereta yang selebriti pakai.