Wednesday, December 9, 2009

Suatu hari di Langkawi...

Pada 4 Disember yang lepas, aku bersama-sama keluarga aku menaiki feri dari Kuala Perlis menuju ke Pulau Langkawi untuk menyaksikan Langkawi International Maritime and Aerospace atau lebih senang dipanggil LIMA.Perjalanan dari Kuala Perlis mengambil masa 1 jam untuk sampai ke Langkawi.

LIMA ini diadakan setiap 2 tahun dan pada kali ini aku pergi buat kali kedua.Yang pertama bapa saudara aku jadi penggerak jet jadi aku pun boleh masuk dengan tanpa menggunakan tiket.Masuk ke dalam sana dapat berdiri di bawah sayap kapal terbang yang bakal berlepas untuk beraksi di angkasa raya.

Namun sekarang sudah tidak lagi apabila bapa saudara aku sudah tidak bekerja jadi terpaksalah pergi dengan tiada sedikit pun keistimewaan.

Ketika tiba di jeti, aku terus menaiki teksi bersama keluarga aku menuju Awana Porto Malai yang terletak tidak jauh dari jeti.Aku teringin benar untuk melihat sendiri kapal selam pertama milik Malaysia yang pernah menimbulkan kontroversi yang diberi nama Kapal Diraja ( KD ) Tunku Abdul Rahman.

Malangnya, driver teksi itu menyatakan bahawa tidak boleh tengok kapal selam dari dekat hanya dari jauh sahaja.Jadi aku pun agak terkilan dengan kata-kata dari pemandu teksi tersebut.

Ketika sampai di Awana Porto Malai yang juga milik billionaire kasino iaitu Lim Goh Tong aku melihat sebuah kapal besar.Nak kata kapal Tentera Laut Diraja Malaysia ( TLDM ) pun bukan sebab tak ada ciri-ciri langsung tetapi apabila dipandang sekali lagi memang sahlah kapal tersebut dipanggil nama Star Cruise atau kepada sesiapa yang melihat filem "Pisau Cukur" akan tahu.

Tak salah aku, kapal Star Cruise boleh dimasuki oleh semua orang.Ia berfungsi seperti tempat pelancongan tetapi melancong di atas kapal besar.Didalam itu dikatakan ada berbagai-bagai tempat seperti gim,kolam renang,panggung wayang,kasino malah shopping complex juga ada di dalam kapal tersebut.

Aku terus melihat kapal-kapal milik TLDM berada di sebelah sana dan mempunyai jambatan untuk para anak kapal keluar dari kapal tetapi tiada seorang pun pengunjung yang ke sana jadi aku pun ajak emak aku untuk pergi ke sana bergambar kerana ia lebih jelas.

Ketika aku berada di sana aku ingat anak kapal tersebut ingin menghalau tetapi mempelawa aku untuk naik terus ke dalam kapal ini menyebabkan aku tersenyum lebar kerana dapat naik di atas kapal manakala orang lain hanya melihat aku dari atas sana.Lama kelamaan makin ramai orang turun ke bawah untuk bergambar.Kalau aku tak turun tu tak adalah orang yang turun.

Selepas puas melihat kapal-kapal tersebut aku keluar dari kawasan tersebut dan berjalan-jalan dan aku melihat satu jambatan panjang yang menghubungkan dari tepi laut ke kapal Star Cruise tetapi jambatan tersebut dijaga rapi oleh askar seperti ada rahsia di sebalik jambatan tersebut.

Aku mengajak mak aku ke tepi jambatan tersebut dan kelihatan seorang kapten berdiri di situ lalu aku suruh mak aku tanya boleh masuk ke tak? Mak aku pun tanyalah tetapi kapten tersebut menjawab " Hari ini tak boleh masuk sebab hari ini khusus untuk VVIP sahaja,esok mungkin boleh "."Ada apa dalam itu?" kata mak aku dan kapten itu berkata "Kapal selam dengan Star Cruise saja ".

"Esok dah nak balik dah jadi tak sempat la nak datang tengok kapal selam" kata mak aku kepada aku.Aku pun dengan rasa penuh kecewa bergerak dari situ tetapi tiba-tiba terdengar jeritan dari kapten tersebut memanggil aku.''

"Dari mana?" tanya kapten itu dan aku membalas "Dari KL ( sebenarnya dari Perlis )"Kalau nak masuk tengok masuklah tapi kalau orang dalam sana tanya cakap bini jeneral mana-mana."Aku pun tersenyumlah apabila dibenarkan masuk tetapi ketika disitu sunyi sahaja jalan yang aku lalu.

Ketika sudah sampai ke penghujung sana aku dapatlah lihat kapal selam dengan sendirinya dan juga Star Cruise yang begitu besar melindungi cahaya matahari.Aku lebih berminat akan kapal selam manakala mak aku lebih cenderung kepada Star Cruise.

Ketika berada di situ hanya kelihatan orang-orang yang memakai kamera SLR dan pas hanya keluarga aku saja tak ada pas.Yang lain semua wartawan ketika disitu sempat bersiar-siar dan terlihat suami Manohara(m) keluar dan masuk ke dalam kereta.Memang VVIPlah tetapi sayangnya kereta Merc biasa saja yang mereka naik.

Hampir 30 minit didalam sana dengan harapan berpeluang masuk ke dalam kapal selam tersebut aku melihat kesemua para wartawan itu mengeluh kecewa dan hampa kerana tak dapat masuk dari pagi hingga ke petang.Lalu mereka pun baliklah tetapi aku masih setia menunggu di situ.

Hingga hampir sejam tunggu disitu tidak dapat masuk jadi aku pun nak baliklah tetapi sebelum itu aku terserempak dengan anak kapal selam KD Tunku Abdul Rahman itu dan bertanyakan beliau beberapa soalan tentang kapal selam itu.

"Macam mana keadaan dalam kapal selam itu?" kata aku kepada anak kapal tersebut lalu dijawab " Kecil sangat, nak buang air pun susah, nak tidur pun tak selesa ".Aku tanya lagi " Betul ke kapal selam ini tak boleh menyelam? " dan jawapannya amat memeranjatkan aku kerana yang diberi hanya senyuman.Aku tak tahu senyuman itu positif atau negatif.

Ketika keluar aku berterima kasih kepada kapten kapal tersebut kerana membenarkan aku masuk lihat kapal selam pertama negara.Star Cruise pun ketika itu beredar dan aku sempat mengambil gambar Star Cruise beredar.

Ketika ingin ke kereta saudara aku sempat melihat kapal terbang Maritim Malaysia membuat pertunjukan.Memang agak mengujakan kerana kapal ini dapat terapung di atas air dan boleh terbang.Ketika terapung di atas air kapal tersebut boleh mengambil air lalu ketika naik kapal terbang ini akan melepaskan airnya.


Dan ketika aku balik itu ada sesuatu yang memeranjatkan apabila diberitahu Tun Mahathir Mohammad sedang berangkat pulang dari tempat kapal selam memandu sendiri kereta.Memang betul kata kapten tadi....

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen