Monday, December 21, 2009

Minyak oh minyak

Minyak adalah perkara penting bagi kita semua kerana tanpa minyak mungkin ekonomi negara kita boleh lumpuh.Jadi bagi dunia minyak adalah mandatori bagi setiap negara-negara kerana ia keperluan utama rakyat.

Sesetengah negara mempunyai telaga minyak dan sesetengan negara pula ada minyak di dasar laut seperti Malaysia yang mempunyai pelantar di perairan Terengganu tempat carigali minyak bagi syarikat Petroliam Nasional atau lebih senang dipanggil Petronas.

Minyak di Kerteh, Terengganu adalah minyak yang diberi hak untuk mencari gali oleh Petronas dan kerana itu Petronas telah menyumbangkan satu per tiga ( 1/3 ) pendapatan negara dan telah menjadi pengeluar minyak yang mendapat laba kedua terbesar di dunia.

Sebagai rakyat Malaysia memang agak membanggakan apabila negara kita mempunyai minyak.Bukan seperti negara-negara lain yang tidak mempunyai minyak dan minyak di Terengganu pula adalah minyak bagus dan tidak layak digunakan untuk kereta kancil ataupun kelisa.

Minyak selalu menimbulkan krisis kemarahan rakyat kerana selalunya harga minyak naik kerana harga minyak mentah dunia tidak dapat diduga kerana kadang-kadang tinggi dan kadang-kadang rendah.

Malaysia kini mempunyai 4 pilihan untuk memakai minyak yang pertama minyak Diesel yang dikhaskan untuk kereta-kereta yang tertentu yang kedua pula minyak RON ( Research Octane Number ) 95 yang juga premium untuk rakyat dan seterusnya RON 97 yang beharga Rm 2.05.Akhir sekali minyak Shell Power Racing yang lebih bagus untuk enjin kereta-kereta mewah. Lebih tinggi lebih bagus seperti beras gred 15% 10% dan juga 5%.

Pada tahun 2000 sebelum itu harga minyak di Malaysia boleh dikategorikan rendah dengan harga sekitar Rm 0.90 tetapi kenaikan berlaku selepas millenium kedua dan dalam tempoh 5 tahun Malaysia telah mencatatkan sebanyak 9 kali.

Pada tahun 2006 harga minyak di seluruh Malaysia ditetapkan sebanyak Rm 1.92 hinggalah pada Jun 2008 apabila dunia mengalami peningkatan harga minyak dan harga minyak telah meningkat hingga 41% dengan jumlah 78 sen membuatkan harga minyak RON 97 sebanyak Rm 2.70 dan jumlah peningkatan itu adalah tertinggi dalam sejarah.

Harga minyak kembali turun pada bulan Ogos tahun 2008 dan pada akhir tahun harga minyak RON 97 adalah paling murah selepas peningkatan pada 2006 dengan harga hanya Rm 1.80 untuk 1 liter.

Tetapi kini kerajaan telah menukarkan RON 92 ke RON 95 dan harga RON 97 dinaikkan sehingga Rm 2.05 jadi inilah adalah kenaikan harga minyak yang rakyat perlu tahu.Ini kerana ( contoh ) RON 97 dibeli dgn harga Rm 2.50 manakala RON 95 dibeli dengan harga Rm 2.30 jadi harga minyak RON 97 dijual dengan harga Rm mahal dan RON 95 yang dibeli dengan harga rendah pula diletakkan sebagai premium jadi kenaikannya 25 sen secara kita tak sedar.

Dan tentang subsidi minyak yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat juga agak tinggi hingga mencecah Rm 30 billion.Tetapi kini subsidi telah ditarik sedikit dan memberikan rebat kepada rakyat untuk mengelak subsidi minyak digunakan oleh golongan elit.Mengikut tahun 2006 sebanyak 84 sen subsidi untuk satu liter kepada rakyat.

Permintaan tinggi minyak membuatkan harga minyak naik mendadak kerana pasaran menjadi lebih tertekan.Malaysia tiada kuasa untuk mengawal harga minyak yang mempunyai kuasa adalah negara-negara pengeluar minyak besar seperti di negara-negara arab dan negara-negara mempunyai minyak.Selain itu, politik tidak stabil di sesebuah negara juga membuatkan harga minyak bertambah.

Di Malaysia, Petronas menguasai sebanyak 30% harga runcit minyak Malaysia ( tauke minyak ) manakala selebihnya dikuasai seperti Royal Dutch Shell ( Yahudi ), Exxon Mobil ( Yahudi ), Caltex ( Yahudi ), BP dan lain-lain.Jadi hampir separuh harga minyak di Malaysia dipengaruhi syarikat-syarikat seperti diatas.

Sebenarnya jika dikatakan harga Rm 1.80 adalah mahal tetapi sebenarnya antara yang termurah Asia Tenggara dengan kedudukan yang kedua terendah harga minyak di rantau Asia Tenggara ini.Berikut adalah harga minyak di rantau Asia Tenggara

Brunei - Rm 1.326
Malaysia - Rm 1.80
Indonesia - Rm 2.006
Singapura - Rm 4.148
Thailand - Rm 3.162
Filiphina - Rm 2.652
Vietnam - Rm 2.89

Itulah harga minyak di rantau Asia Tenggara ini.Kelihatan harga minyak di Malaysia adalah rendah berbanding negara jiran kita seperti Indonesia yang harganya mencecah Rm2 dan Singapura pula harga minyaknya jika ditukarkan ke wang Malaysia harganya mencapai Rm4.Jadi disini harga minyak untuk rakyat kita masih murah dibandingkan negara-negara maju yang lain dan negara-negara harga minyaknya melepasi Rm 2.

Ketika itu, aku mengkaji pula harga minyak di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan hasilnya 1 liter minyak harganya Rm 2.63.China pula dengan harga Rm 2.7404 manakala Russia harganya lebih kurang Rm 2.0094.Sebanyak Rm 5.848 bayaran bagi seliter minyak di United Kingdom.Ini menunjukkan kerajaan Malaysia telah membuat subsidi minyak yang terbaik untuk rakyatnya.

Selepas itu aku melihat pula harga minyak di negara-negara pengeluar minyak dan disini aku akan mencatatkan harga minyak paling rendah di dunia.Berikut adalah harga minyak termurah di dunia :

Venezuela - 0.1496 ( Rm 1 untuk 10 liter )
Arab Saudi - 0.408 ( Rm 2 untuk 5 liter )
Libya - Rm 0.476 ( Rm 4 untuk 10 liter )
Turkmenistan - Rm 0.748 ( Rm 7 untuk 10 liter )
Qatar - Rm 0.748 ( Rm 7 untuk 10 liter )

Dalam kurungan itu hanya anggaran sahaja untuk memudahkan saudara-saudari mengira harga minyak.Kelihatan negara Latin iaitu Venezuela harga minyaknya terlalu murah hinggakan 14 sen untuk satu liter dan diikuti oleh Arab Saudi dengan harga 40 sen untuk satu liter dan Libya dengan harga 47 sen,Turkmenistan dan Qatar masing-masing harganya 74 sen bagi setiap liter.

Hehehe...Harga minyak termahal pun mesti dicatatkan dalam artikel ini.Menyaksikan Venezuela,Arab Saudi,Libya,Turkmenistan dan Qatar sebagai harga minyak terendah jadi mereka telah tersingkir bagi harga minyak paling mahal.Berikut adalah harga minyak termahal di dunia mengikut negara :

Sierra Leone - Rm 16.62
Eritrea - Rm 8.60
Turki - Rm 7.82
Monaco - Rm 7.48
Perancis - Rm 7.48
Denmark - Rm 6.97

Kali ini harga minyak di Sierra Leone memang terlalu tinggi dengan Rm 16.62 bagi setiap liter.Jika di Malaysia boleh membeli minyak dengan 8 liter tetapi negara mereka tidak bernasib baik jadi harganya pun tinggi.Eritrea ditangga kedua dengan Rm 8.60 dan diikuti Monaco dan Perancis.Denmark pulak ditangga terakhir bagi carta harga minyak tertinggi dengan Rm 6.97.

Harga minyak di Turki,Monaco,Perancis dan Denmark sebenarnya bukan negara miskin tetapi mereka mengambil cukai minyak beratus peratus menyebabkan harga minyak mereka begitu mahal dibandingkan dengan negara-negara yang lain.

Walaubagaimanapun, kita sebagai warganegara Malaysia haruslah berbangga kerana mempunyai pentadbir yang efisyen untuk membantu rakyat dan perlu bersyukur kerana harga minyak negara kita masih rendah berbanding dengan negara-negara yang punyai krisis ekonomi dan negara miskin seperti Sierra Leone.

Agak penat menulis artikel ini kerana terpaksa melakukan beberapa perkara seperti melihat harga minyak mengikut negara.Mencari maklumat yang tidak lengkap dan melengkapkannya.Menukarkan harga minyak dari USD ke RM dan perlu membaca kertas Unit Perancang Ekonomi bagi menulis tentang harga minyak di Malaysia yang mempunyai 23 helaian tidak termasuk kulit.Kajian ini mengambil masa 3 hari untuk siap sepenuhnya.

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen