Friday, December 11, 2009

Hari kedua di Langkawi

Bangun pagi agak lewat sedikit kerana semalam aku tengok konsert berhampiran hotel tempat aku menginap yang menyaksikan para artis seperti Ahmad Jais,Nubhan,Ella,Farhan dan dua orang artis tidak dikenali.

Aku terus ke Jeti bersama keluarga aku untuk mengambil 2 orang saudara aku yang datang pada pagi itu dan terus ke Pemandangan Indah untuk menyaksikan Air Show dari jet-jet canggih dari serata dunia.

Sampai agak lewat tetapi dapat juga melihat jet pejuang melakukan aksi-aksi yang mengaggumkan.Agak ramai memenuhi tempat tersebut hinggakan terpaksa menyelinap masuk ke barisan paling hadapan untuk melihat dengan lebih jelas.

Walaupun berada di atas bukit, kelihatan jet jauh dan jet tidak datang di tempat yang kami duduki jadi tidak banyak aksi-aksi mereka dapat diambil dengan cantik.Walaubagaimanapun aku berada disitu sehingga habis pertunjukan.

Selepas habis pertunjukan aku bersama keluargaku ke tempat yang dimana adanya pameran tentang jet dan juga helikopter.Kelihatan ribuan orang ingin menyaksikan itu hinggakan terpaksa beratur panjang untuk membeli tiket yang beharga Rm10.

Di Mahsuri International Exhibition Centre, aku masuk ke tempat terletaknya kapal terbang dan helikopter bersama dua orang sepupu aku manakala mak aku ke dalam untuk melihat pameran di sana.

Setelah 35 minit berada di sana tiba-tiba sebuah helikopter mendarat di hujung dan sepupu aku dapat mengambil gambar helikopter sedang mendarat.Sebelum itu aku mengambil gambar hampir kesemua jet dan helikopter.

Kadang-kadang aku curi masuk helikopter dan bergambar.Tetapi kadang-kadang terpaksa meminta kebenaran para petugas yang menjaga jet dan helikopter tersebut.Ada yang canggih ada yang sudah season.

Sebanyak 46 kapal terbang mengambil bahagian diantaranya dari Singapura,Brunei dan juga Australia dan selebihnya dari TUDM dan TLDM.PDRM juga mengambil tempat meletakkan helikopternya.

Tentang kapal pula sebanyak 8 negara meletakkan kapal mereka di perairan Langkawi antaranya dari India,Pakistan,Thailand dan juga kapal dari Amerika yang bernama USS Mustin.Dan sebanyak 18 kapal TLDM.

Banyak pertunjukan dibuat oleh para juruterbang negara dan jet pejuang seperti MIG29N dan jet pejuang kedua tercanggih di dunia Sukhoi juga mengambil peluang untuk menujukkan kehebatan masing-masing di udara.

Malangnya, kebanyakkan pertunjukkan yang dilakukan adalah hanya sebiji bukan seperti yang dilakukan di Subang bersama Thunderbird.Ketika di subang banyak jet dalam satu pertunjukkan jadi ia lebih memeriahkan.

Cara-caranya juga sama seperti di Subang bagi Sukhoi hanya terapung di udara dan pusing-pusing.
Pada kali ini tidak seberapa meriah kerana pasukan dari England yang bernama Red Arrow tidak beraksi pada kali ini.

Ketika habis pertunjukkan, ramai para orang awam sudah keluar tapi aku belum keluar dan ronda-ronda sekitar itu hingga dapat menaiki sebuah jet pejuang Malaysia yang bernama F/A Hornet.Memang ramai ingin menaikinya hingga perlu beratur tetapi aku menggunakan jalan pintas dengan buat lagi satu barisan.

Ini adalah satu benda yang anda kena belajar.Kalau nak ambil gambar dengan artis mana-mana dengan ramai orang juga ingin bergambar dengan artis.Anda kena potong garisan.Kalau tidak impian anda untuk bergambar bersama Brad Pitt mahupun Tukang jahit Swift tidak akan menjadi kenyataan. ( Lari tajuk ).

Kelihatan juga para Diplomat dari serata negara datang ke Langkawi untuk menyaksikan LIMA ini.Ini jelas menunjukkan LIMA telah adalah satu event yang boleh membuatkan Langkawi wang.

Selepas itu,aku pun baliklah dari situ dan terus shopping di pekan Kuah.Seperti biasa, Chocolate adalah perkara yang paling utama.Selalu habis untuk chocolate sahaja lebih kurang Rm300.Yummy...

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen