Monday, December 21, 2009

Airport Break

Ini kisah benar dari sepupu aku yang kini berada di Miri.Saja letak tajuk Airport Break sebab dah ada Toilet Break yang diambil dari drama terkenal Amerika Prison Break.

Budak ini dipanggil Nabil tapi bukan Nabil RL ataupun lain-lain.Dia ini saudara aku dari Perlis dan kisahnya terjadi seperti ini.

Pada suatu hari, bapanya datang bersama kakaknya ke Perlis untuk menjemput anaknya yang bernama Nabil.Bapanya datang untuk menjemput anaknya supaya balik ke Miri untuk tinggal bersama keluarganya tetapi beliau tidak mahu dan lebih suka tinggal bersama neneknya.

Ketika di sana, beliau tidak mahu balik tapi kerana dipaksa balik dan tiket penerbangan balik ke Miri juga sudah diambil jadi terpaksalah beliau mengikut bapanya dan kakaknya balik ke Miri untuk tinggal bersama keluarganya.

Ketika hendak ke Kuala Lumpur neneknya memberikan sedikit duit untuk bekalan di sana.Walaubagaimanapun beliau agak sedih untuk ke Miri tetapi kerana dipaksa terpaksalah beliau merelakan diri untuk tinggal di Miri.

Ketika berada di dalam kereta, bapanya bertanya " Nak makan apa Nabil? " dan jawabnya " Nak makan kerang ayah ".Jadi bapanya singgah di rumah saudara mereka berdekatan dengan Sepang dan ketika mereka masuk sudah terhidang berbagai makanan termasuk kerang.

Beliau,bapanya dan kakanya pun menjamah makanan yang dijamukan oleh saudara mereka tetapi beliau makan hanya sedikit dan selepas habis makan beliau naik ke atas untuk mandi dan menukar pakaian.Ketika habis mandi dan jam menunjukkan jam 6.30 petang mereka pun bertolak ke KLIA untuk menaiki pesawat ke Miri yang bertolak jam 8.00 malam.

Sampai di lapangan terbang mereka pun menunggu dan ketika itu jam menunjukkan 7.30 malam dan 30 minit sebelum kapal terbang berlepas.Malangnya bapa dan kakaknya sakit perut oleh kerana mungkin makan kerang terlebih.

Ketika mereka berada di dalam tandas beliau mengambil pen di dalam beg bapanya lalu menulis yang mengatakan beliau tidak mahu ikut bapanya ke Miri.Dan meninggalkan beg bapa dan kakaknya disitu dan membawa begnya kesebuah tandas yang 250 meter dari tandas yang bapanya masuk.

Dalam sana beliau menukar pakaiannya yang berada di dalam begnya.Ketika itu bapanya sudah panik kerana anaknya sudah hilang dan meninggalkan nota itu.Bapanya terus bergegas ke kaunter informasi dan menyatakan tentang kehilangan anaknya.

Disana mereka meminta butir-butir peribadi dan bertanya baju apa beliau pakai dan seluar.Ketinggian dan saiz badan juga mereka minta untuk mencari beliau yang telah lari dan mereka percaya yang beliau masih berada dalam bangunan.

Bapanya terus menghubungi anak saudaranya yang juga polis dan meminta mereka menghantar polis bantuan ke lapangan terbang untuk mencari mangsa yang hilang itu.Dikatakan bantuan tiba lebih kurang 5 minit selepas itu.

Ketika polis bantuan tiba mereka meronda disekitar tempat tersebut dan mereka pergi ke tempat Arrival pula dan ternampak beliau yang ingin keluar dari dalam bangunan tersebut tetapi polis bantuan tadi menyekat perjalanannya dan bertanyakan beliau sesuatu.

" Adik nak pergi mana ni? Boleh abang tahu " kata polis bantuan terbabit dan dengan selambanya mengatakan " Tunggu mak ambil balik rumah abang baru balik dari Miri " kata beliau dan membuatkan polis terbabit melepaskan beliau.

Dalam hati beliau dia menyatakan bertapa bodohnya polis tadi kena tipu dengan budak kecil umur 12 tahun.Tetapi kepintarannya menukar pakaian telah membuahkan hasil kerana polis tidak dapat mencari beliau.

Ketika di luar bangunan beliau mengambil teksi dan menyuruh teksi tersebut untuk bawanya berjalan-jalan sambil beliau membaca peta yang beliau songlap ketika berada di rumah saudaranya ketika menukar pakaian.

Manakala bapanya dan kakaknya terpaksa menaiki kapal terbang kerana kesemua beg mereka sudah masuk ke dalam kapal terbang dan mereka menyerahkan tentang kehilangan anak mereka kepada pihak berkuasa.

Ketika sedang melihat peta beliau sudah mengesan stesen bas terdekat iaitu di Rawang jadi beliau meminta pemandu teksi itu membawa ke Rawang.Pemandu teksi terbabit pun menghantar beliau ke Rawang dan dikenakan bayaran tambang yang berpatutan.

Ibu bapanya juga ketika itu agak kalut kerana kehilangan anak mereka.Nenek dan datuknya juga panik akan insiden terbabit dan meminta pihak polis mempergiatkan usaha mencari kanak-kanak lelaki yang hilang ini.

Beliau ke kaunter tiket untuk mencari bas yang akan balik ke pada malam itu malangnya bas yang akan bertolak ke Perlis sudah habis.Beliau tidak putus asa dan terus mencari tetapi nasib tak menyebelahi beliau membuatkan beliau mencari jalan lain iaitu balik ke Kedah.

Tiket ke Kedah ada dan akan bertolak lebih kurang jam 12 tengah malam terbabit dan beliau membeli tiket untuk ke Kedah dengan harga Rm50 dan untuk mengisi masa untuk menaiki bas beliau sempat makan-makan disekitar stesen bas tersebut.

Tepat jam 12 tengah malam beliau pun menaiki bas untuk pulang ke Kedah dan tidur ketika perjalanan ke Kedah.Manakala kesemua ahli-ahli keluarganya sudah kecoh tentang kehilangannya termasuk aku kerana beliau sepupu aku.

Ketika sampai di Kedah lebih kurang jam 6 pagi beliau seperti tak betul dan terlelap hingga dikejutkan oleh seorang lelaki pada jam 7 pagi.Beliau mencari teksi dan menghantar beliau ke rumahnya malangnya pemandu terbabit hanya mahu berhenti di Kangar sahaja.

Ketika berada di sana beliau makan-makan disekitar Kangar dan masuk ke sebuah shopping complex untuk bersuka ria dengan wang yang ada.Ketika bersuka ria terbabit beliau terserempak dengan member beliau jadi beliau terus meminta rakannya untuk menghantar pulang.

Cekap sungguh taktik beliau dari taktik kerang yang membuatkan bapa dan kakanya ke tandas.Pencurian peta dari rumah saudaranya dan juga penukaran baju di dalam tandas untuk menggangu pencarian pihak polis.

Berkat wang neneknya beri Rm200 itulah yang beliau gunakan untuk mengisi perut dan juga membayar tambang teksi.Harga tiket juga beliau gunakan wang diberi neneknya dan dengan kepintaran beliau, beliau selamat sampai ke Perlis rumah neneknya.Mereka tidak boleh membuat laporan polis kerana masa kehilangannya hanya 15 jam dan dijumpai 400 km dari tempat kehilangan beliau.

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen