Thursday, December 31, 2009

Selamat tinggal 2009.....

Hehehe...Selepas tiga artikel berturut-turut dok kutuk Israel hari ini pula ingin berehat sedikit.31 Disember ini adalah hari terakhir bagi tahun 2009 dan tahun depan adalah keesokan harinya yang akan hadir lebih kurang 12 jam dari skrg.

Kepada member-member aku yang pergi Orientasi dekat SMKSeafield relax la walaupun berlainan kelas dan dikelilingi bangsa-bangsa bukan bumiputera.Kitakan 1Malaysia.

Sebelum menyambut tahun baru agak menyedihkan bagi rakyat Indonesia kerana bekas presiden mereka bernama Abdurrahman Wahid ( aku tulis pada post yang lalu ) telah meninggal dunia.Aku ingatkan kawan baiknya dari Malaysia akan pergi ziarah tapi sekadar mengucap takziah di blognya.

Tetapi nampaknya aku lihat di Utusan Malaysia menyatakan yang Datuk Jamil Khir Baharom iaitu Menteri di JPM adalah wakil rasmi Malaysia ke pengebumian Gus Dur ini.Takziah buat keluarga Gus Dur.

Esok secara tak langsung kita akan memasuki tahun 2010 jadi kita akan menyambut tahun baru dengan ke sekolah menengah yang agak dekat dengan rumah aku.

Tadi pagi aku pergi sekolah memang agak susah nak bangun sebab tiap-tiap hari bangun lewat tiba-tiba hari ini kena bangun awal pergi sekolah.Ayah aku pun geraklah aku dan bangun terus mandi lalu minum air seteguk dan terus ke sekolah.

Dekat sekolah itu agak lewat sampai walaubagaimanapun aku tetap seperti biasa dan terpaksa berasak-asak tapi aku relax saja.Aku datang sorang-sorang jadi mak aku tak payah datang untuk taklimat itu ( saja tak nak kasi mak datang ).

Nak ambil buku pun gila lama kena tunggu jadi aku ambil jalan pintas dengan lepak dengan member-member aku dekat tepi tu la.Hehehe...Dah la panas kena buat macam-macam kerja pula tu.

Masa dah habis buat kerja tu kena beli buku pula aku tengok kena beratur gila panjang jadi aku guna falsafah aku seperti yang aku cakap kalau nak ambil gambar dengan Harrison Ford mahupun Aishwarya Rai.

Post kali ini memang tak panjang sebab aku pun dah tak larat nak tulis panjang-panjang.Jadi malam ini nak sambut new year dekat mana??? Kalau tak ada duit nak pergi tengok bunga apa ada kejadian neutral iaitu Gerhana Bulan jadi bolehlah mencerap ramai-ramai pukul 2.30 pagi nanti.

Akhir kata, Selamat Tinggal 2009 dan Selamat Datang 2010.Buat azam baru ( tak der kena mengena dengan Fahim Azzam ) dan bak kata Wahid "Kurangkan Kontroversi tingkatkan Prestasi ".

Sunday, December 27, 2009

Curi & Jual

Maaf saya harap tiada orang kerajaan melihat blog saya mungkin post ini mungkin boleh dikatakan Akta Rahsia Rasmi atau OSA dan berharap agar saya tidak disumbat kedalam ISS ( silap ISA ).

Baru-baru ini kita dihebahkan dengan kehilangan dua enjin jet pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia.Amat menyedihkan akan kehilangan dua aset penting iaitu enjin F-5E yang hilang dua tahun lepas.

Sebagai rakyat Malaysia amat sedih kerana kehilangan jet enjin yang beharga Rm 50 juta setiap satu.Jadi kerugian yang dialami oleh ATM adalah Rm100 juta.Itu baru 2 dan dikatakan enjin yang lesap sebenarnya empat.

Aku tak nak komen apa-apa tentera jumlah sebenar yang lesap dan aku cuma terfikir kepada pencuri itu apa yang mereka buat dengan enjin jet tersebut.Atau mungkin mereka nak test enjin itu di kereta Formula 1 keluaran negara.Tetapi kenapa sampai 2 biji?

Kisahnya apabila enjin jet pemintas tersebut diambil di markas untuk diselenggara dan mereka akan menghantarnya ke suatu tempat.Tetapi enjin terbabit tidak sampai ke destinasinya dan dilaporkan hilang dan kejadian ini berlaku pada tahun lalu.

Persoalannya disini takkan begitu lemah sistem keselamatan ATM hinggakan enjin jet yang beharga Rm50 juta boleh dilesapkan dengan begitu saja.Selalunya mereka akan mengambil enjin tersebut di markas dan membawa masuk ke kontena lalu terus dibawa ke destinasi dan sepatutnya diiringi oleh polis ataupun pihak berkuasa.

Aku pernah lihat suatu detik ketika itu pada waktu malam dan terlihat 3 buah kontena yang dipercayai berisi wang dibawa ke suatu tempat dan pada waktu itu ia diiringi oleh lebih 10 buah kereta polis.Bayangkan 3 kontena dibawa dan berapa jumlah wang di dalamnya? Mungkin Rm 500 juta dan diiringi oleh berbelas biji kereta polis.

Ini enjin jet pemintas TUDM takkan boleh lesap dengan begitu saja.Bagaimana mereka menggubah kedudukan enjin tersebut yang harganya tinggi? Semestinya penglibatan orang dalam ATM dan pangkatnya tinggi.

Bagaimana ia boleh lesap dan dijual kepada negara Argentina? Tinggi sangatkah pegawai tentera terbabit hingga berjaya berurusan dengan Argentina.Rasanya ia mestilah dijual kepada tentera di Argentina takkan ia dibeli oleh orang kaya Argentina.

Bagi aku orang yang berurusan dengan sindiket ini begitu bukan orang biasa dan berapa komisyen yang orang itu dapat terhadap dua enjin jet F-5E ini.

Ada juga yang menyatakan enjin jet buatan Amerika ini yang dikeluarkan pada 1962 ini tidak berada di Argentina.Malah ada juga ura-ura mengatakan enjin ini kini berada di negara teluk dan merekalah orang yang membelinya.

Mengapa Amerika Syarikat terlalu ingin membantu Malaysia hingga mereka meminta maklumat-maklumat tentang enjin jet tersebut.Sedangkan ia kes di Malaysia dan tidak perlu campur tangan terhadap kehilangan enjin ini.

Sampai disini sahajalah aku ingin berkongsi dengan anda terhadap kehilangan enjin jet pejuang F-5E yang beharga Rm50 juta setiap satu.Aku harap kerajaan segera mengambil tindakan terhadap pengkhianat negara ini.

Kerana ini adalah artikel terakhir yang menyentuh tentang "Negara" jadi aku ingin berkongsi satu lagi artikel iaitu "Luar Negara" kerana pada tahun ini artikel ini adalah artikel terakhir tentang peristiwa semasa.

Pada sebelum masuk abad ke-21 Saddam Hussein adalah dikategorikan sebagai pemimpin Islam yang tidak beri muka kepada Amerika dan juga negara sekutu rapatnya iaitu Israel atau negara yang dihuni bangsa terbijak di dunia iaitu Yahudi.

Dan pada masa kini kerana kehilangan pemimpin yang menentang Amerika dan Israel pemimpin kini yang diketahui sebagai anti-Amerika/Israel adalah Presiden Iran iaitu Mahmoud Ahmadinejad.

Selain Ahmadinejad.Antara pemimpin-pemimpin yang menyatakan ketidaksukaan mereka terhadapat Amerika adalah Muammar Gadafi iaitu pemimpin Libya.Syed Hassan Nasrullah iaitu pemimpin Hizbullah di Lebanon.Presiden Venezuela iaitu Hugo Chavez juga tidak suka terhadap Amerika dan Israel.Pemidato hebat dari Cuba iaitu Fidel Castro juga tidak suka akan Amerika kerana US pernah ingin mencuba membunuhnya ketika menjadi Perdana Menteri Cuba.

Kini negara paling mengancam bagi Israel adalah Iran kerana pemimpinnya iaitu Ahmadinejad mengatakan mereka ingin membuat reaktor nuklear di dalam negaranya untuk kegunaan negara tetapi Amerika memandang Iran melakukan ujian bom nuklear.

Iran begitu tidak suka terhadap Israel dan mereka melakukan reaktor nuklear mereka di dalam gunung bagi merahsiakan kedudukan mereka dari Amerika kerana teknologi mereka tidak cukup hebat menembus gunung ciptaan tuhan.

Pelbagai tindakan yang dilakukan oleh Iran membuatkan Israel agak gerun terhadap mereka hinggakan menggunakan bantuan PBB dan meminta IAEA supaya meminta Iran menghentikan program nukleaernya dan diminta bekerjasama dengan mereka.

Dilaporkan juga Iran menambah kelengkapan senjata mereka di negara mereka dengan membeli kelengkapan dari Russia seperti misil,jet dan lain-lain.Mereka juga selalu mengadakan latihan ketenteraan besar-besaran hingga menimbulkan rasa tidak senang Barat.

Tambah menakutkan Israel, Iran bakal mengeluarkan jet pejuang mereka sendiri yang bakal dinamakan Azarakhsh atau ditranslatekan bermaksud "Kilat".Jet ini juga menggunakan sepenuhnya teknologi Iran tetapi mendapat sedikit kesulitan kerana Amerika mengadakan sekatan ekonomi terhadap Iran jadi kelengkapan senjata mereka sukar diperolehi.

Sekian terima kasih...

Genap setahun serangan Israel ke atas Gaza

Pada hari inilah genap 365 hari serangan tentera Israel ke atas semenanjung Gaza dengan alasan memerangi pejuang Hamas.Ia amat menggerikan bagi para penduduk Palestin yang terlibat dan amat menyedihkan bagi 1.4 billion umat Islam.

Kebanyakkan serangan tidak kena kepada pejuang Palestin tetapi lebih kepada para orang awam Palestin ini menyaksikan apabila lebih ramai rakyat Palestin mati dari pejuang Hamas.Dan ada juga kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa terbunuh dalam serangan ini.

Para pejuang Hamas hanya menggunakan roket yang dilancarkan daripada RPG mereka tetapi tentera Israel menyerang mereka dengan berpuluh kereta kebal di sempadan dan tidak kurang juga helikopter mereka melepaskan misil dan bom berangkai.Jet mereka juga dikirim untuk memusnahkan pejuang Hamas.

Dalam keadaan yang amat terdesak, penduduk Palestin amat memerlukan bantuan makanan kerana pada waktu itu mereka kekurangan bekalan makanan untuk menyalurkan keperluan tersebut kerana kesemua pintu utama sempadan dari luar ditutup dan mereka hanya mengharapkan terowong bawah tanah yang digali oleh rakyat Palestin.

Pada ketika itu serangan masih dilancarkan hingga beratus nyawa rakyat Palestin tidak bersalah melayang angkara Israel yang tidak mempunyai maruah kerana menyatakan pejuang Hamas membuat perisai manusia.

Bagi penduduk di Gaza mereka hanya mengharapkan Mesir sebagai jiran terdekat mereka untuk membantu mereka terus hidup tetapi Mesir boleh dikatakan sebagai tali barut Israel kerana mereka negara yang boleh dikatakan Pro-Israel dan lebih membantu Israel terhadap serangan ini.

Negara-negara arab yang lain juga tidak melakukan apa-apa hanya berdiam diri sahaja dan tiada yang mengutuk tindakan Israel dan hanya segelintir pemimpin sahaja yang berani menyuarakan pendapat mereka.Hinggakan aktivis-aktivis di seluruh dunia membuat tunjuk perasaan tentang membantah tindakan Israel menyerang Gaza dengan tidak mengikut warna kulit kesemuanya membantah.

Selepas serangan berakhir kedua-dua pihak membua gencatan senjata yang ditaja oleh Mesir dan pemimpin besar Barat menyalahkan Hamas terhadap serangan besar-besaran terhadap Palestin yang dilakukan oleh Israel.

Serangan itu meragut ribuan nyawa yang kebanyakkan penduduk Palestin dan bukannya pejuang Hamas.Ratusan bangunan disekitar Gaza juga musnah akan serangan oleh jet tempur Israel.

Malangnya pada serangan itu tentera Israel tidak mencapai apa-apa kejayaan menewaskan pejuang Hamas sebaliknya ramai tentera mereka terkorban terkena roket buatan sendiri oleh pejuang Hamas.Tetapi ia tidak didedahkan kerana mungkin boleh menjatuhkan moral tentera Israel yang sedang bertempur.

Sesuatu yang menggerunkan apabila Israel yang dilengkapi senjata-senjata moden yang diimport dari Amerika tidak dapat mengalahkan pejuang Hamas.Terowong-terowong rahsia yang digali masih lagi kukuh dan hanya sedikit sahaja yang musnah.

Dalam kesimpulannya boleh mengatakan yang Israel kalah pada pertempuran 27 Disember lalu dan Hamas juga kalah dan tiada siapa menang.Syabas kepada para pejuang Hamas yang berjuang untuk Agama,Bangsa dan tanahair mereka atau dalam kod rahsia dipanggil Alif,Ba dan Ta ( A,Ba,Ta ).

( Dah tak rahsia lagi )

Friday, December 25, 2009

Malaysia Hampir Lingkup angkara Yahudi

Sebelum meneruskan artikel ini aku ingin sekali mengucapkan Selamat Hari Krismas kepada semua penganut agama Krisian.Kalau dengan Krismas memang tak dapat dipisahkan dengan Santa Claus yang berjanggut putih itu.

Lagi satu lagu yang selalu kedengaran di shopping complex sekitar Kuala Lumpur iaitu Jingle Bell dan lagu-lagu sewaktu dengannya.Shopping complex pun banyak buat sale waktu-waktu begini jadi nak membeli belah pun boleh walaupun kita Melayu kerana kitakan 1Malaysia.

Sudah selesai bab yang pertama aku nak mengutuk Amerika dan Israel kerana agak rindu kerana lama dah tak maki hamun Yahudi ini.Maklumlah hobi begini boleh dapat pahala tau mengutuk Yahudi dan menegakkan Islam.

Masih ingat satu artikel yang bertajuk Islam vs Yahu-D ??? " Dermawan dan penyagak matawang, George Soros ialah Yahudi.Dia menderma AS$ 4 billion untuk ahli Sains dan Universiti serata dunia ''

Itulah ayat yang dipetik dari artikel Islam vs Yahu-D pada beberapa 15 Januari 2009.Jadi pada hari ini kita akan ceritakan tentang manusia yang bernama George Soros yang beragama Yahudi ini.

Mari kita mengenali lelaki Yahudi ini, Soros dilahirkan di Budapest, Hungary.Nama asal Soros adalah Schwartz Gyorgy tetapi ditukarkan apabila berlakunya tindak balas anti-semiti atau Yahudi dan menukarkan namanya Kepada George Soros.

Beliau pernah menjadi tahanan perang apabila pemerintah kuku besi Jerman yang bernama Adolf Hitler telah menakluki Hungary.Kini lelaki ini menjadi pengerusi Soros Fund Management dan Soros kini menjadi orang ke-29 terkaya di dunia oleh mengikut Forbes dengan anggaran harta Soros yang bernilai Rm 44.2 billion.

Kisahnya begini, pada tahun 1997 US telah menghantar seorang lelaki Yahudi ini ke Asia Tenggara untuk menjadikan Asia Tenggara ini sebagai negara-negara dibawah telunjuk Amerika kerana pada waktu itu US tiada pemimpin yang berhaluan ke mereka.

Yang ada hanya negara Singapura sebagai agen kuat Amerika di Asia Tenggara.Mereka menggangap sebagai Asia Tenggara ini sebagai satu blok yang berpontensi yang akan membangun dengan sendirinya.

Kerja orang ke-29 terkaya di dunia ini adalah menjatuhkan kesemua pemimpin di Asia Tenggara kecuali Singapura kerana mereka member baik Amerika jadi tak perlu untuk membuat kacau di sana.

Tekniknya begini, beliau membawa masuk sejumlah wang melalui Rashid Hussein Bank atau RHB Bank.Dan Soros ini mengikrarkan wangnya untuk melabur di Malaysia.Tetapi dalam diam beliau bermain dengan saham Malaysia.

Begini tekniknya, ini adalah contoh untuk memudah pembaca dan ini dipetik dari sebuah blog :

SEJUK,HANGAT,PANAS,PEMELUWAPAN dan HUJAN

Kelakar pula bila saya baca kembali tajuk di atas. Maafkan saya pakar istilah bahasa dan ahli akademik, saya cuma mahu cuba menulis dalam bahasa mudah tentang situasi ekonomi yang cold, warm, hot, bubbles dan rain. Sekiranya ada istilah yang lebih tepat dalam Bahasa Melayu, sila perbetulkan saya.

Keadaan dan perkembangan ekonomi adalah sama seperti tajuk di atas. Baik dulu, kini dan selamanya, ia pasti dan akan berlaku sebegitu jua. Cuma yang berbeza adalah watak-watak di dalam situasi ekonomi tersebut.

Ekonomi yang sejuk adalah ekonomi yang tidak baik. Anda bayangkan musim winter. Ia menyukarkan pergerakan. Binatang berhibernasi.

Ekonomi yang hangat adalah ekonomi yang paling baik. Ia tidak berapa sejuk. Ia juga tidak berapa panas. Semua orang seronok. Angin sepoi-sepoi bahasa. Hawa yang selesa.

Ekonomi yang panas pula adalah ekonomi yang kurang baik. Walaupun cuaca panas, tetapi proses hidrasi juga berlalu dengan pantas. Nak bersukan pun tidak selesa. Siapa suka main bola sepak tengah hari buta?

Ekonomi yang meluwap pula adalah ekonomi yang sudah ke penghujung. Bahaya sudah menanti. Ini kes hidrasi yang tidak terkawal. Orang jadi tidak tentu arah. Panasnya sudah maksimum sehingga air membentuk buih wap.

Ekonomi yang hujan adalah ekonomi yang merudum. Semua orang mahu berlindung. Bayangkan dalam satu padang bola terbuka, hanya VVIP dan beberapa kerat yang lain sahaja yang dapat menyelit dalam khemah utama apabila hujan turun dengan tiba-tiba.

Analoginya begini. Kita ambil buah kelapa sebagai contoh. Perniagaan kelapa di daerah Semua Boleh.

Satu hari, bekalan buah kelapa terlalu banyak. Tetapi tiada permintaan. Permintaan yang biasa adalah datang dari penggemar masak lomak pedas cili api dan gulai utara. Pembekal kelapa pening kepala. Peladang kelapa pun pening kepala. Peraih kelapa pun pening kepala. Apa la nak jadi dengan perniagaan kelapa. Akhirnya, ramai bungkus, kena saman hutang dan buka perniagaan lain. [Cold]

Pada saat orang tidak mahukan kelapa, tiba-tiba ada yang mula memborong kelapa secara senyap. Dia beli kelapa sikit-sikit. Tak naik lori. Tapi naik van buruk. Justeru, tidak ada siapa yang tahu lambakan kelapa itu sudah pun dibeli. Pembekal, peraih dan peladang yang masih kekal dalam perniagaan mula tersenyum. Mereka tahu ada beberapa orang mula membeli sikit-sikit tetapi konsisten. Mereka tidak tahu kenapa tetapi apa mereka peduli, yang penting kelapa mereka terjual walaupun dengan harga murah. [Cold reduce]

Tidak lama kemudian, kelapa semakin mempunyai permintaan. Oh, musim kahwin sudah sampai. Kerisik banyak nak guna, nak buat rendang. Pembekal, peraih dan peladang kelapa mula naikkan harga. Permintaan sudah ada. Beberapa orang yang membeli kelapa sedikit dan konsisten itu tadi pun mula menjual kelapa kepada orang ramai. Pelaburannya mula menampakkan hasil. [Warm]

Harga kelapa semakin mahal. Pelabur kelapa pula sudah mula beli beberapa lori 3 tan dan sudah pakai Mercedes baru. Ramai pula yang bekerja dengan pelabur kelapa. Dan semakin ramai berminat untuk membuka perniagaan kelapa. Santan Kelapa Enterprise. Kelapa Muda & Kawan-Kawan. Kelapa Emas Sdn Bhd. Koperasi Kelapa Hijau. DeCoco Network. Semua Kelapa Bhd. Mana tidaknya, bulan puasa sudah hampir. [Hot]

Abu, seorang pengusaha nenas cemburu melihat kawan-kawan yang berniaga kelapa mula bertukar kereta baru. Dia pun mahu join sekali. Harga kelapa parut sudah berharga RM 2.50 sebiji. Raya pun sudah dekat. Siapa mahu makan nenas waktu raya? Dia pun mula tanam kelapa, daftar syarikat kelapa, pinjam duit sana sini untuk bukak kedai, tanam kelapa, beli kelapa dan sebagainya. Kini, Abu Kelapa sudah datang. Lupakan Abu Nenas yang lama. [Bubble]
Rupanya bukan Abu sahaja yang sebegitu. Mereka yang tidak pernah tahu menahu pasal kelapa pun mula minat nak berbisnes kelapa. Minah, Sally, Samad, Raju, Chin, Chau, Sam, Dol semuanya berminat nak berbisnes kelapa. Siapa tidak meleleh tengok Din Loklak sudah kaya raya dengan jual kelapa sahaja. Harga kelapa parut mencecah RM 4.00 sebiji pun mereka yakin ada pembeli. [Bubble]

Lantas mereka mula memborong kelapa sebanyak mungkin. Duit Tabung Haji keluar. Duit bawah bantal keluar. Duit dalam bank keluar. Pinjam duit lagi. Yang penting mereka semua mahu jadi penjual kelapa! Kalau Din LokLak boleh kaya raya kenapa tidak mereka? Mereka pun nak jadi pembekal, peraih dan pelabur kelapa. [Bubble]

Hari ini dilaporkan RM 5 sebiji kelapa parut! Mereka mula mencongak keuntungan. “Kalau boleh naik RM 10 sebiji ni.” “Kalau naik sampai RM 15 sebiji …” Pakcik Kayo! [Bubble]

Mereka dengar pula cerita orang kampung yang Penghulu Daerah Semua Boleh akan mewajibkan semua rumah masak rendang, bubur, masak lomak pedas dan gulai utara dan air kelapa segar sahaja untuk hidangan hari Raya. Wow! Ini sudah bagus. [Bubble]

Nak dijadikan cerita, pegawai kesihatan datang ke daerah mereka dan memberitahu jangan makan santan banyak sangat. Berminyak. Berlemak. Ada Kolestrol. Nanti sakit. Jagalah kesihatan. [Black Cloud]

Busted! Harga kelapa turun mendadak. Semua orang mahu jual kelapa yang mereka miliki. Tetapi pada waktu itu semua orang memiliki kelapa dengan harga yang tinggi. Lalu harga semakin rendah. RM 4. RM 2.50. RM 1.70. RM 1.20. RM 0.70 RM 0.35 … ! Ramai orang bankrap sebab berhutang. Syarikat terpaksa buang pekerja. Ramai orang mula menganggur. [Rain]

Tapi Din LokLak selamat. Sebab dia mula memborong kelapa dari RM 0.05 sebiji dan mula berhenti memborong apabila harga mencecah RM 2.00 sebiji. Dan dia menjual dan menghabiskan semua stok kelapa semasa harga kelapa mencecah RM 5.70 beberapa hari lepas.

… Tiada siapa peduli kelapa … … … Bekalan kelapa semakin banyak … Syarikat Kelapa Din LokLak mula mencari bekalan semula .[Cold]

Ini adalah cara yang paling senang untuk aku ceritakan kerana semua orang tahu yang kita tidak belajar sangat tentang ekonomi.Artikel ini dipetik dari blog seorang pakar kewangan http://www.pakdi.my/
Orang-orang yang terlibat dalam krisis ini adalah rakyat Malaysia iaitu Minah,Sally,Samad........dan George Soros adalah syarikat kelapa Din LokLak ( dalam Bahasa Utara ada makna tu ) yang telah melakukan krisis ini.

Akibatnya orang-orang awam seperti Sally,Chin dan Chau telah mengalami kerugian jadi mereka begitu marah dan kerajaan Malaysia pada waktu itu juga panik angkara seorang lelaki bernama George Soros ini.
Akibatnya Minah,Sally,Rajudan rakan mereka telah memberontak kerana ketiadaan wang kerana kesemua wang yang mereka ada mereka pakai untuk membuka perniagaan ini dan mereka melakukan demonstrasi.

Seluruh kerajaan di sekitar Asia Tenggara hampir rosak angkara lelaki Yahudi ini dan pemimpin Indonesia ketika itu Bacharuddin Jusuf Habibie telah digulingkan dan naiklah seorang lelaki buta ( sebelah mata ) iaitu Abdurrahman Wahid atau lebih senang dipanggil Gus Dur ( jangan panggil aku Gus Dur )

Fidel V.Ramos Presiden Filiphina waktu itu juga telah jatuh angkara lelaki ini dan Fidel V.Ramos ini telah digantikan dengan seorang pelakon yang pernah melakonkan lebih dari 100 filem sepanjang kariernya iaitu Joseph Estrada ( bukan Cascada ).
Pemimpin Thailand yang bernama Jeneral Chavalit Yongchaiyudh juga jatuh angkara krisis kewangan Asia ini yang menyaksikan seorang lelaki Siam bernama Chuan Leekpai telah menggantikan jawatan perdana menteri Thailand.
Bagaimana pula dengan Malaysia? Adakah pemimpin Malaysia berjaya digulingkan? Jawapannya tidak.
Kesemua pemimpin diatas yang telah digulingkan menjawat jawatan nombor satu tetapi di Malaysia timbalan perdana menteri telah digulingkan oleh perdana menteri atas sebab tuduhan liwat.Kalau tidak RAHM(A)N itu tidak adalah Tun Abdullah.

Jadi kehebatan Tun Dr Mahathir bin Mohammad yang baru-baru ini memenangi anugerah nobel keamanan telah menyerlah apabila tidak digulingkan dari jawatan perdana menteri seperti rakan-rakan sejawatnya dari negara lain.
Amerika telah berjaya membawa agen mereka kejawatan tertinggi seperti Gus Dur,Estrada dan juga Chavalit.Malangnya Gus Dur digulingkan kerana menipu Amerika ( hahaha...Orang buta boleh tipu Amerika ).

Malaysia tidak berjaya oleh kerana itu agen Amerika di Malaysia kini telah menjadi lawan dan belum habis berhenti untuk menggapai angan-angannya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Kebijaksanaan mantan perdana menteri yang aku dan rakyat Malaysia sanjungi telah menjatuhkan gerakan Malaysia dibawah pentadbiran Amerika Syarikat dengan bantuan agennya disini.

Apa jadi di Malaysia akibat krisis itu, pelbagai perkara buruk berlaku hinggakan Mahathir Mohammad bersemuka dengan George Soros membincangkan tentang krisis tersebut dan menyatakan beliau bukan anti-semiti ( Yahudi ) tetapi ingin menjaga maruah saudaranya di Palestin yang ditindas tetapi aku anti-Yahudi.
Semua negara-negara yang jatuh ini telah menjadi negara di bawah telunjuk tetapi kesemua pemimpin ini tidak bertahan lama apabila pemimpin Thai,Filiphina dan Indonesia meninggalkan jawatannya pada tahun 2001.

PM Thailand menduduki jawatan pada tahun 1997 manakala Estrada menjadi presiden Filiphina dan tahun 1998 sementara Abdurrahman Wahid pula menjadi presiden Indonesia pada tahun 1999 dan kesemua mereka meninggalkan kerusi jawatan tertinggi negara pada tahun 2001.Paling kesian Gus Dur kerana hanya sempat duduk 2 tahun saja kerusi tertinggi negara ( rasanya tak panas kerusi tu ).

Malaysia pula pemimpinnya menduduki sebuah tempat yang agak gelap dan saiz tempat tinggalnya lebih 5 x 4 dan keluar pada tahun 2004 dan kini menjadi seorang yang berjaya ( seronok dapat duduk sana lama dari member-membernya )

Kesemua pemimpin yang berjaya itu ketika pentadbirannya meminjam wang untuk memulihkan krisis ekonomi yang melanda mereka dengan International Monetary Fund ataupun lebih senang dipanggil IMF.

IMF ini ibarat Ah Long antarabangsa dan bos IMF ini pula adalah Paul Wolfowitz seorang lelaki Yahudi yang berjaya dan mereka ini jika tak bayar mereka bukan nak rantai negara itu tetapi mereka akan minta kedaulatan negara itu dan beri kepada US.
Itulah teknik-teknik yang dilakukan oleh US untuk kepentingan mereka sahaja.South East Asia ( SEA ) ini boleh jadi kuasa hebat jadi mereka ingin mengagalkan usaha itu dengan tindakan yang dilakukan oleh utusan mereka ke SEA iaitu George Soros.Blok di tempat lain seperti
arab,China,Russia dan negara-negara lain telah menjadi pemimpin bawah telunjuk US tetapi Malaysia sahajalah tidak berjaya ketika pelan itu berlangsung.
Gambar pertama mengisahkan Mahathir bertemu dengan George Soros manakala gambar kedua menunjukkan Gus Dur berjumpa dengan Presiden Bill Clinton manakala gambar seterusnya Joseph Estrada juga bertemu dengan Clinton terakhir Gus Dur bertemu dengan penyagak yang merosakkan ekonomi.

Monday, December 21, 2009

Minyak oh minyak

Minyak adalah perkara penting bagi kita semua kerana tanpa minyak mungkin ekonomi negara kita boleh lumpuh.Jadi bagi dunia minyak adalah mandatori bagi setiap negara-negara kerana ia keperluan utama rakyat.

Sesetengah negara mempunyai telaga minyak dan sesetengan negara pula ada minyak di dasar laut seperti Malaysia yang mempunyai pelantar di perairan Terengganu tempat carigali minyak bagi syarikat Petroliam Nasional atau lebih senang dipanggil Petronas.

Minyak di Kerteh, Terengganu adalah minyak yang diberi hak untuk mencari gali oleh Petronas dan kerana itu Petronas telah menyumbangkan satu per tiga ( 1/3 ) pendapatan negara dan telah menjadi pengeluar minyak yang mendapat laba kedua terbesar di dunia.

Sebagai rakyat Malaysia memang agak membanggakan apabila negara kita mempunyai minyak.Bukan seperti negara-negara lain yang tidak mempunyai minyak dan minyak di Terengganu pula adalah minyak bagus dan tidak layak digunakan untuk kereta kancil ataupun kelisa.

Minyak selalu menimbulkan krisis kemarahan rakyat kerana selalunya harga minyak naik kerana harga minyak mentah dunia tidak dapat diduga kerana kadang-kadang tinggi dan kadang-kadang rendah.

Malaysia kini mempunyai 4 pilihan untuk memakai minyak yang pertama minyak Diesel yang dikhaskan untuk kereta-kereta yang tertentu yang kedua pula minyak RON ( Research Octane Number ) 95 yang juga premium untuk rakyat dan seterusnya RON 97 yang beharga Rm 2.05.Akhir sekali minyak Shell Power Racing yang lebih bagus untuk enjin kereta-kereta mewah. Lebih tinggi lebih bagus seperti beras gred 15% 10% dan juga 5%.

Pada tahun 2000 sebelum itu harga minyak di Malaysia boleh dikategorikan rendah dengan harga sekitar Rm 0.90 tetapi kenaikan berlaku selepas millenium kedua dan dalam tempoh 5 tahun Malaysia telah mencatatkan sebanyak 9 kali.

Pada tahun 2006 harga minyak di seluruh Malaysia ditetapkan sebanyak Rm 1.92 hinggalah pada Jun 2008 apabila dunia mengalami peningkatan harga minyak dan harga minyak telah meningkat hingga 41% dengan jumlah 78 sen membuatkan harga minyak RON 97 sebanyak Rm 2.70 dan jumlah peningkatan itu adalah tertinggi dalam sejarah.

Harga minyak kembali turun pada bulan Ogos tahun 2008 dan pada akhir tahun harga minyak RON 97 adalah paling murah selepas peningkatan pada 2006 dengan harga hanya Rm 1.80 untuk 1 liter.

Tetapi kini kerajaan telah menukarkan RON 92 ke RON 95 dan harga RON 97 dinaikkan sehingga Rm 2.05 jadi inilah adalah kenaikan harga minyak yang rakyat perlu tahu.Ini kerana ( contoh ) RON 97 dibeli dgn harga Rm 2.50 manakala RON 95 dibeli dengan harga Rm 2.30 jadi harga minyak RON 97 dijual dengan harga Rm mahal dan RON 95 yang dibeli dengan harga rendah pula diletakkan sebagai premium jadi kenaikannya 25 sen secara kita tak sedar.

Dan tentang subsidi minyak yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat juga agak tinggi hingga mencecah Rm 30 billion.Tetapi kini subsidi telah ditarik sedikit dan memberikan rebat kepada rakyat untuk mengelak subsidi minyak digunakan oleh golongan elit.Mengikut tahun 2006 sebanyak 84 sen subsidi untuk satu liter kepada rakyat.

Permintaan tinggi minyak membuatkan harga minyak naik mendadak kerana pasaran menjadi lebih tertekan.Malaysia tiada kuasa untuk mengawal harga minyak yang mempunyai kuasa adalah negara-negara pengeluar minyak besar seperti di negara-negara arab dan negara-negara mempunyai minyak.Selain itu, politik tidak stabil di sesebuah negara juga membuatkan harga minyak bertambah.

Di Malaysia, Petronas menguasai sebanyak 30% harga runcit minyak Malaysia ( tauke minyak ) manakala selebihnya dikuasai seperti Royal Dutch Shell ( Yahudi ), Exxon Mobil ( Yahudi ), Caltex ( Yahudi ), BP dan lain-lain.Jadi hampir separuh harga minyak di Malaysia dipengaruhi syarikat-syarikat seperti diatas.

Sebenarnya jika dikatakan harga Rm 1.80 adalah mahal tetapi sebenarnya antara yang termurah Asia Tenggara dengan kedudukan yang kedua terendah harga minyak di rantau Asia Tenggara ini.Berikut adalah harga minyak di rantau Asia Tenggara

Brunei - Rm 1.326
Malaysia - Rm 1.80
Indonesia - Rm 2.006
Singapura - Rm 4.148
Thailand - Rm 3.162
Filiphina - Rm 2.652
Vietnam - Rm 2.89

Itulah harga minyak di rantau Asia Tenggara ini.Kelihatan harga minyak di Malaysia adalah rendah berbanding negara jiran kita seperti Indonesia yang harganya mencecah Rm2 dan Singapura pula harga minyaknya jika ditukarkan ke wang Malaysia harganya mencapai Rm4.Jadi disini harga minyak untuk rakyat kita masih murah dibandingkan negara-negara maju yang lain dan negara-negara harga minyaknya melepasi Rm 2.

Ketika itu, aku mengkaji pula harga minyak di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan hasilnya 1 liter minyak harganya Rm 2.63.China pula dengan harga Rm 2.7404 manakala Russia harganya lebih kurang Rm 2.0094.Sebanyak Rm 5.848 bayaran bagi seliter minyak di United Kingdom.Ini menunjukkan kerajaan Malaysia telah membuat subsidi minyak yang terbaik untuk rakyatnya.

Selepas itu aku melihat pula harga minyak di negara-negara pengeluar minyak dan disini aku akan mencatatkan harga minyak paling rendah di dunia.Berikut adalah harga minyak termurah di dunia :

Venezuela - 0.1496 ( Rm 1 untuk 10 liter )
Arab Saudi - 0.408 ( Rm 2 untuk 5 liter )
Libya - Rm 0.476 ( Rm 4 untuk 10 liter )
Turkmenistan - Rm 0.748 ( Rm 7 untuk 10 liter )
Qatar - Rm 0.748 ( Rm 7 untuk 10 liter )

Dalam kurungan itu hanya anggaran sahaja untuk memudahkan saudara-saudari mengira harga minyak.Kelihatan negara Latin iaitu Venezuela harga minyaknya terlalu murah hinggakan 14 sen untuk satu liter dan diikuti oleh Arab Saudi dengan harga 40 sen untuk satu liter dan Libya dengan harga 47 sen,Turkmenistan dan Qatar masing-masing harganya 74 sen bagi setiap liter.

Hehehe...Harga minyak termahal pun mesti dicatatkan dalam artikel ini.Menyaksikan Venezuela,Arab Saudi,Libya,Turkmenistan dan Qatar sebagai harga minyak terendah jadi mereka telah tersingkir bagi harga minyak paling mahal.Berikut adalah harga minyak termahal di dunia mengikut negara :

Sierra Leone - Rm 16.62
Eritrea - Rm 8.60
Turki - Rm 7.82
Monaco - Rm 7.48
Perancis - Rm 7.48
Denmark - Rm 6.97

Kali ini harga minyak di Sierra Leone memang terlalu tinggi dengan Rm 16.62 bagi setiap liter.Jika di Malaysia boleh membeli minyak dengan 8 liter tetapi negara mereka tidak bernasib baik jadi harganya pun tinggi.Eritrea ditangga kedua dengan Rm 8.60 dan diikuti Monaco dan Perancis.Denmark pulak ditangga terakhir bagi carta harga minyak tertinggi dengan Rm 6.97.

Harga minyak di Turki,Monaco,Perancis dan Denmark sebenarnya bukan negara miskin tetapi mereka mengambil cukai minyak beratus peratus menyebabkan harga minyak mereka begitu mahal dibandingkan dengan negara-negara yang lain.

Walaubagaimanapun, kita sebagai warganegara Malaysia haruslah berbangga kerana mempunyai pentadbir yang efisyen untuk membantu rakyat dan perlu bersyukur kerana harga minyak negara kita masih rendah berbanding dengan negara-negara yang punyai krisis ekonomi dan negara miskin seperti Sierra Leone.

Agak penat menulis artikel ini kerana terpaksa melakukan beberapa perkara seperti melihat harga minyak mengikut negara.Mencari maklumat yang tidak lengkap dan melengkapkannya.Menukarkan harga minyak dari USD ke RM dan perlu membaca kertas Unit Perancang Ekonomi bagi menulis tentang harga minyak di Malaysia yang mempunyai 23 helaian tidak termasuk kulit.Kajian ini mengambil masa 3 hari untuk siap sepenuhnya.

Airport Break

Ini kisah benar dari sepupu aku yang kini berada di Miri.Saja letak tajuk Airport Break sebab dah ada Toilet Break yang diambil dari drama terkenal Amerika Prison Break.

Budak ini dipanggil Nabil tapi bukan Nabil RL ataupun lain-lain.Dia ini saudara aku dari Perlis dan kisahnya terjadi seperti ini.

Pada suatu hari, bapanya datang bersama kakaknya ke Perlis untuk menjemput anaknya yang bernama Nabil.Bapanya datang untuk menjemput anaknya supaya balik ke Miri untuk tinggal bersama keluarganya tetapi beliau tidak mahu dan lebih suka tinggal bersama neneknya.

Ketika di sana, beliau tidak mahu balik tapi kerana dipaksa balik dan tiket penerbangan balik ke Miri juga sudah diambil jadi terpaksalah beliau mengikut bapanya dan kakaknya balik ke Miri untuk tinggal bersama keluarganya.

Ketika hendak ke Kuala Lumpur neneknya memberikan sedikit duit untuk bekalan di sana.Walaubagaimanapun beliau agak sedih untuk ke Miri tetapi kerana dipaksa terpaksalah beliau merelakan diri untuk tinggal di Miri.

Ketika berada di dalam kereta, bapanya bertanya " Nak makan apa Nabil? " dan jawabnya " Nak makan kerang ayah ".Jadi bapanya singgah di rumah saudara mereka berdekatan dengan Sepang dan ketika mereka masuk sudah terhidang berbagai makanan termasuk kerang.

Beliau,bapanya dan kakanya pun menjamah makanan yang dijamukan oleh saudara mereka tetapi beliau makan hanya sedikit dan selepas habis makan beliau naik ke atas untuk mandi dan menukar pakaian.Ketika habis mandi dan jam menunjukkan jam 6.30 petang mereka pun bertolak ke KLIA untuk menaiki pesawat ke Miri yang bertolak jam 8.00 malam.

Sampai di lapangan terbang mereka pun menunggu dan ketika itu jam menunjukkan 7.30 malam dan 30 minit sebelum kapal terbang berlepas.Malangnya bapa dan kakaknya sakit perut oleh kerana mungkin makan kerang terlebih.

Ketika mereka berada di dalam tandas beliau mengambil pen di dalam beg bapanya lalu menulis yang mengatakan beliau tidak mahu ikut bapanya ke Miri.Dan meninggalkan beg bapa dan kakaknya disitu dan membawa begnya kesebuah tandas yang 250 meter dari tandas yang bapanya masuk.

Dalam sana beliau menukar pakaiannya yang berada di dalam begnya.Ketika itu bapanya sudah panik kerana anaknya sudah hilang dan meninggalkan nota itu.Bapanya terus bergegas ke kaunter informasi dan menyatakan tentang kehilangan anaknya.

Disana mereka meminta butir-butir peribadi dan bertanya baju apa beliau pakai dan seluar.Ketinggian dan saiz badan juga mereka minta untuk mencari beliau yang telah lari dan mereka percaya yang beliau masih berada dalam bangunan.

Bapanya terus menghubungi anak saudaranya yang juga polis dan meminta mereka menghantar polis bantuan ke lapangan terbang untuk mencari mangsa yang hilang itu.Dikatakan bantuan tiba lebih kurang 5 minit selepas itu.

Ketika polis bantuan tiba mereka meronda disekitar tempat tersebut dan mereka pergi ke tempat Arrival pula dan ternampak beliau yang ingin keluar dari dalam bangunan tersebut tetapi polis bantuan tadi menyekat perjalanannya dan bertanyakan beliau sesuatu.

" Adik nak pergi mana ni? Boleh abang tahu " kata polis bantuan terbabit dan dengan selambanya mengatakan " Tunggu mak ambil balik rumah abang baru balik dari Miri " kata beliau dan membuatkan polis terbabit melepaskan beliau.

Dalam hati beliau dia menyatakan bertapa bodohnya polis tadi kena tipu dengan budak kecil umur 12 tahun.Tetapi kepintarannya menukar pakaian telah membuahkan hasil kerana polis tidak dapat mencari beliau.

Ketika di luar bangunan beliau mengambil teksi dan menyuruh teksi tersebut untuk bawanya berjalan-jalan sambil beliau membaca peta yang beliau songlap ketika berada di rumah saudaranya ketika menukar pakaian.

Manakala bapanya dan kakaknya terpaksa menaiki kapal terbang kerana kesemua beg mereka sudah masuk ke dalam kapal terbang dan mereka menyerahkan tentang kehilangan anak mereka kepada pihak berkuasa.

Ketika sedang melihat peta beliau sudah mengesan stesen bas terdekat iaitu di Rawang jadi beliau meminta pemandu teksi itu membawa ke Rawang.Pemandu teksi terbabit pun menghantar beliau ke Rawang dan dikenakan bayaran tambang yang berpatutan.

Ibu bapanya juga ketika itu agak kalut kerana kehilangan anak mereka.Nenek dan datuknya juga panik akan insiden terbabit dan meminta pihak polis mempergiatkan usaha mencari kanak-kanak lelaki yang hilang ini.

Beliau ke kaunter tiket untuk mencari bas yang akan balik ke pada malam itu malangnya bas yang akan bertolak ke Perlis sudah habis.Beliau tidak putus asa dan terus mencari tetapi nasib tak menyebelahi beliau membuatkan beliau mencari jalan lain iaitu balik ke Kedah.

Tiket ke Kedah ada dan akan bertolak lebih kurang jam 12 tengah malam terbabit dan beliau membeli tiket untuk ke Kedah dengan harga Rm50 dan untuk mengisi masa untuk menaiki bas beliau sempat makan-makan disekitar stesen bas tersebut.

Tepat jam 12 tengah malam beliau pun menaiki bas untuk pulang ke Kedah dan tidur ketika perjalanan ke Kedah.Manakala kesemua ahli-ahli keluarganya sudah kecoh tentang kehilangannya termasuk aku kerana beliau sepupu aku.

Ketika sampai di Kedah lebih kurang jam 6 pagi beliau seperti tak betul dan terlelap hingga dikejutkan oleh seorang lelaki pada jam 7 pagi.Beliau mencari teksi dan menghantar beliau ke rumahnya malangnya pemandu terbabit hanya mahu berhenti di Kangar sahaja.

Ketika berada di sana beliau makan-makan disekitar Kangar dan masuk ke sebuah shopping complex untuk bersuka ria dengan wang yang ada.Ketika bersuka ria terbabit beliau terserempak dengan member beliau jadi beliau terus meminta rakannya untuk menghantar pulang.

Cekap sungguh taktik beliau dari taktik kerang yang membuatkan bapa dan kakanya ke tandas.Pencurian peta dari rumah saudaranya dan juga penukaran baju di dalam tandas untuk menggangu pencarian pihak polis.

Berkat wang neneknya beri Rm200 itulah yang beliau gunakan untuk mengisi perut dan juga membayar tambang teksi.Harga tiket juga beliau gunakan wang diberi neneknya dan dengan kepintaran beliau, beliau selamat sampai ke Perlis rumah neneknya.Mereka tidak boleh membuat laporan polis kerana masa kehilangannya hanya 15 jam dan dijumpai 400 km dari tempat kehilangan beliau.

Sunday, December 20, 2009

Tidur

Tidur!!! Sesetengah orang hobinya tidur kerana mungkin boleh mencapai mimpi-mimpi seperti dapat naik Bentley ataupun Hummer.Tapi bagi aku tidur bagaikan mati di malam hari dan bangkit di awal pagi.

Waktu paling best tidur bagi aku waktu malamlah kerana tak ada apa-apa nak buat.Nak tengok TV tak ada cerita best.Nak main game pula tak ada member jadi tidurlah seseorang itu.Aku normal tidur lebih kurang jam 12 tengah malam dan keatas dan bangkit tidur tak tentu.

Tak kira sekolah atau tidak belum pukul 12 mesti tengah seronok makan ataupun kerja-kerja yang sewaktu dengannya.Kalau tidur awal pun mesti disebabkan makan ubat favourite aku iaitu Medon 500 kerana dapat memengantukkan orang yang makan ubat tersebut.Tambah-tambah kalau makan 2 kapsul memang seronoklah tidur.

Lagi satu waktu yang menyeronokkan bagi aku untuk melelapkan mata adalah waktu malam hujan.Memang Air-Cond tak payah buka kerana kipas dan anginnya memang sejuk bagai berada di Fraser Hill.Waktu itu kalau tidur rasanya gempa bumi pun masih tidur lagi.Alamatnya mati akibat kena hempap dengan syilinglah...

Aku teringat kelmarin malam aku tidur dan mimpi berada di Afghanistan atau Pakistan hadir sidang NATO yang dianggotai Amerika dan member-membernya.Ketika disana aku sendiri tak tahu aku buat apa dekat sana dan ikut tentera Amerika membanteras puak Taliban.

Selepas itu aku pun dibawa balik ke tempat bersidangnya para pemimpin NATO dan aku disuruh pergi berjumpa George W.Bush untuk mengkhabarkan yang puak Taliban telah dihapuskan oleh tentera Amerika.

Aku turun dari sebuah jip tak salah aku Humvee dan pergi ke pintu itu dan ditahan oleh 2 orang tentera Amerika.Tetapi aku menunjukkan pas yang aku kalung di leher aku dan mereka membenarkan aku masuk.Aku tak tahu pas itu apa benda.

Selepas itu aku masuk ke dewan itu dan aku hanya melihat George W.Bush bersembang dengan Presiden Perancis dan juga Silvio Berlusconi iaitu perdana menteri Itali.Kedua-dua mereka itu bersembang duduk bertentangan dengan memakai suit hitam.

Aku pergi disebelah itu dan aku ingin beritahu Bush yang Puak Taliban telah dimusnahkan tetapi agak seram nak cakap jadi aku ambil kertas yang ada di atas meja itu dan aku tulis diatasnya menggunakan pen yang ada di atas itu dan aku tulis " Taliban has been destroyed by US military " dan aku letak dihadapan Bush untuk menyuruh dia baca.

Selepas berhenti bersembang dengan Nicolas Sarkozy sementara Sarkozy bersembang dengan Berlusconi, Bush pula mengambil cermin mata dan membaca kertas yang aku tulis itu.Dia pun membacalah tulisan aku yang bersambung dan dia memandang kearah aku dan tersenyum sambil menepuk-nepuk belakang badan aku.

"Heyy...Bangun dah lewat dah ni" kata mak aku jadi terhentilah mimpi aku berjumpa dengan pemimpin-pemimpin dunia itu.Nasib baik dan ditepuk-tepuk oleh Bush kalau tak habislah mimpi aku tu.

Ada juga orang mimpi jadi peserta Amazing Race Asia tetapi mimpinya hanya terbantut disitu kerana jam yang dikunci di telefon bimbitnya berdering membuatkan terhenti mimpinya.

Aku pernah tidur lewat sebab tengok bola sepak masa itu ada Champions League jadi aku ikutlah abang-abang aku ke kedai mamak di Aloq Staq itu menonton perlawanan UEFA Champions League.Masa itu pula malam raya jadi pukul 5 pagi baru balik dari tonton bolasepak jadi hanya tidur 2 jam saja kerana terpaksa sembahyang raya.

Tidur paling lewat sebenarnya tak tidur sampai pukul 9 pagi.Ceritanya apabila sepupu-sepupu aku mula berhimpun di rumah aku jadi disitu bermulah permainan paling seronok pada jam 1.00 pagi.

Ia disebabkan abang aku ajak main League bola Sepak yang dipanggil Piala Berus Gigi.Ia dinamakan oleh sepupu aku dari Perlis atau kalau lihat gambar profile aku yang paling atas sekali.

Ketika itu ada 8 orang iaitu abang aku dua orang dan sepupu aku 5 orang jadi cukuplah 8 orang untuk main Piala Berus Gigi.Kesemua turun ke bawah dan ingin mulakan permainan dengan membuka PS2 dan ingin bermain FIFA.

Tetapi aku membangkang dan berkata nak main Winning Eleven tetapi ada sedikit percanggahan berlaku dengan abang aku dan menyebabkan para peserta terpaksa mengundi dan seorang sepupu aku tidak dibenarkan mengundi disebabkan mungkin berlakunya seri.

Tetapi kesemua pemain mengundi untuk bermain FIFA ini menyebabkan majoriti 7-1 dan terpaksalah bermain FIFA.Tetapi aku tiada masalah bermain FIFA mahupun Winning Eleven kerana kedua-duanya aku cekap bermain tetapi kalau main Winning Eleven ini mungkin aku ada kelebihan sebab abang aku tak berapa pandai main Winning Eleven.

Antara 8 pasukan itu aku memilih Juventus manakala abang memilih Chelsea dan MU.Sepupu aku yang lain memilih Arsenal,Liverpool,AC,Real Madrid dan Barcelona.Mencabut undi untuk menentukan untuk memasuki kumpulan Angau atau Ba....

Kumpulan ini dipendekkan kepada kumpulan A dan B jadi aku terpaksa masuk ke dalam kumpulan sambil MU masuk bersama Arsenal dan Barca.Manakala yang lain-lain memasuki kumpulan B.

Sebelum bermain itu diberi masa lebih kurang 15 minit untuk ke dapur membuat apa-apa perkara yang mengkhusyukkan permainan seperti kacang ataupun Kuaci.Ada juga masak maggi dan membancuh Nescafe dan kopi.

Ada sedikit percanggahan ketika ingin bermain apabila sepupu aku yang menggunakan Liverpool ini ingin bermain dengan masa permainan yang singkat manakala abang aku ingin bermain dengan masa yang panjang tetapi dapat diselesaikan dengan cara yang baik.

Ada dua orang sepupu aku yang agak power bermain bola sepak oleh kerana kepoweran beliau untuk membuat hantaran dari tepi ke kotak penalti dan terus menjaringkan gol.Manakala seorang lagi ini kalau di Winning Eleven kalau dapat sepakan sudut mesti dia skor terus dari hujung padang kerana beliau pandai membuat Banana Kick.

Terus bermain dan aku memenangi 2 perlawanan dan satu seri jadi dengan tujuh mata dapatlah bermain ke pusingan seterusnya apabila orang yang mendapat tempat pertama dan kedua dapat mara ke pusingan seterusnya.

Jadi dari 8 orang berkurang ke 4 orang dan aku terpaksa menentang abang aku sendiri selepas undian didapati aku terpaksa melawan beliau.Tetapi terpaksa melalui masa tambahan apabila kedudukan terikat 1-1 dan ketika itulah aku menjaringkan gol dan kedudukan menjadi 2-1.Abang aku ini dari tengah padang dia boleh shoot dan terus masuk gol ini kerana ketika itu penjaga gol selalunya kehadapan.

Selepas menang dengan abang aku ini aku terpaksa menentang sepupu aku yang pandai buat Banana Kick atau dalam gambar profile aku yang atas sekali dan ketika itu aku dan dia memang begitu sengit kerana kebanyakkan perlawanan aku bersama dia selalunya terpaksa ke sepakan penalti.

Main sampai minit ke 80 masih kedudukan 0-0 dan ini membuatkan aku berusaha keras dan mengsetkan player aku untuk membuat serangan jadi hanya dua orang sahaja yang berada di belakang dan ketika itulah lawan aku mengambil kesempatan menyerang.Jadi aku pun kalah 1-0 ditangannya.Suasana pun agak riuh rendah.

Perlawanan habis lebih kurang jam 6.00 pagi jadi aku pun terus naik atas dan bermain laptop.Ketika itu blog ini belum wujud lagi tetapi aku masih tidak berpuas hati kerana tidak berjaya memenangi perlawanan pada malam itu.

Friday, December 18, 2009

"Read you will conquer the world"

Mungkin kita boleh tambah lagi kebanggaan kita sebagai rakyat Malaysia kerana pasukan bolasepak negara berjaya merangkul emas sekaligus dinobatkan sebagai jaguh di Asia Tenggara.

Sebenarnya bukan tentang bolasepak nak cerita tapi nak bagi sedikit tips kalau nak tahu tentang macam mana nak belajar dengan kaedah paling senang.Tapi bukan belajar tetapi untuk pengetahuan umum sahaja.

Sebenarnya di mana-mana sahaja kita boleh perolehi pengetahuan.Tapi paling senang boleh pergi ke perpustakaan kerana disana ribuan maklumat boleh kita perolehi.Tetapi di dalam buku sesetengahnya tak tulis secara terus tetapi harus berfikir apa maksud yang ingin disampaikan.

Kalau malas nak pergi perpustakaan pun tak apa.Sebenarnya dekat rumah pun boleh tambah pengetahuan.Depan televisyen pun maklumat banyak dilakukan dan channel 551 - 556 paling banyak yang kita boleh pelajari.

Bukan saja di depan televisyen tapi di depan laptop ini pun kita boleh capai pelbagai maklumat-maklumat yang ingin kita cari.Tetapi kadang-kadang kita tak jumpa maklumat itu mungkin ditapis oleh orang atas.

Kadang-kadang tengok TV tentang apa-apa memang membosankan sebab banyak orang akan beri kesimpulan tetapi disitulah kita bakal peroleh pengetahun.Jadi perkara paling penting adalah dengan sabar kerana ia separuh daripada iman.

Bak kata Napolean Bonarparte, "Read you will conquer the world" jadi kata-kata maharaja Perancis ini begitu bermakna kepada dunia kerana kebanyakkan pengetahuan datangnya dari buku yang menyuruh kita membaca.

Bagi Islam pula, membaca memang sesuatu yang digalakkan dengan sokongan satu ayat yang dipetik dari Quran iaitu "Bacalah dengan nama tuhanmu ".Kita membaca untuk menambah pengetahuan dan dengan pengetahuan boleh kita berjuang.

Sesetengah tulisan tidak menceritakan hingga akhir cerita tetapi sekadar 3/4 cerita jadi 1/4 cerita itu harus kita fikirkan sendiri ini kerana mengikut ahli penulis ia untuk menarik minat para pembaca.

Begitu juga kalau kita tengok mana-mana dokumentari tentang UFO ini kerana mereka tidak akan habis cerita bukan kerana mereka tak tahu ini kerana ia membuatkan kita ingin mengetahui lebih mendalam lagi tentang sesuatu perkara.

Akhir kata, marilah kita membaca tidak kira buku apa sekalipun kerana selalunya ia mempunyai pengetahuan yang boleh kita gunakan pada masa yang akan datang.

Thursday, December 17, 2009

National Proud

Apa yang kita boleh banggakan oleh pencapaian rakyat Malaysia dan apa yang kerajaan lakukan untuk membanggakan Malaysia.Mari kita tulis apa yang boleh kita banggakan jika kita berada luar negara untuk apa-apa.

Menara Berkembar Petronas - Salah satu menara tertinggi di dunia dan menara berkembar tertinggi di dunia

Petronas - Pengeluar minyak keuntungan terbesar ke-2 di dunia

Rakyat - Rakyat berbilang kaum hidup dalam harmoni ( 1Malaysia )

Kerajaan - Pernah menduduki kedudukan ke-4 dalam senarai kerajaan paling efisyen memerintaah negara

Corruption Perception Index - Menduduki tempat ke-56 terbaik tentang gejala rasuah lebih baik dari Thailand,Indonesia,Vietnam,Laos dan Myanmar

Sejarah - Sejarah silam tentang kehebatan Kesultanan Nusantara

Aman - Negara yang aman damai tanpa ancaman pengganas seperti yang berlaku di Selatan Thai,Indonesia dan juga Singapura

Genting Highland - Tempat kita melabur wang setaraf dengan Las Vegas,Macau dan Monaco

Pulau Sipadan - Salah satu tempat snorkling tercantik di dunia

Melaka & Georgetown - tempat warisan sejarah yang diiktiraf UNESCO

Pendidikan - Negara yang mendidik rakyatnya sebaik yang mungkin dan pendidikan yang bagus

Teknologi - Teknologi di kalangan rakyat di Malaysia kebanyakkan tidak ketinggalan

KDNK - Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia menduduki tempat ke-65 dengan USD 8,118 lebih baik dari Thailand,Indonesia,Filipina,Timor Leste dan Laos

Sukan - Pasukan Malaysia mempunyai Lotus F1 Team yang menempatkan Fairuz Fauzy sebagai pelumba ke-3

Proton - Perusahaan Otomobil Nasional milik negara, negara jiran kita seperti Singapura,Thailand,Indonesia tidak mempunyai perusahaan sendiri

Lotus - Lotus adalah anak syarikat Proton jadi ia milik Malaysia, James Bond memakai Lotus dan juga Porsch telah menghadiahkan suaminya sebiji Lotus.

Lee Chong Wei - Pemain nombor satu dunia yang hanya menunggu masa untuk menewaskan Lin Dan

( Dato'Seri Utama ) Noordin Mat Top - Aku tambah Dato'Seri Utama belakang itu sebab dia membanggakan aku kerana pandai membuat bom tetapi memalukan Malaysia kerana kepandaiannya tidak digunakan untuk kerajaan Malaysia

Shalin Zulkifli - Pemain Malaysia yang memenangi boling dan membuat semua strike

Nicole David - Pemain Squash nombor 1 dunia

Misbun Sidek dan adik beradik - membawa pulang piala Thomas yang jarang dimenangi

Dato' Michelle Yeoh - Pernah berlakon sekali dengan James Bond di dalam filem Tommorow Never Dies dan Vin Die juga tak dapat menandingi beliau kerana Vin Die hanya 2 Fast 2 Furious

Dato' Jimmy Choo - Fashion Designer yang kebangaan negara tetapi hanya ada 1 butik di Malaysia dan juga kalau tgk di drama atau filem hollywood Jimmy Choo memang terkenal.Dalam Desperate Housewife seorang housewife berbangga dapat barang jenama Jimmy Choo

Harith Iskander - Antara pelakon antarabangsa berlakon dalam sebuah filem Anna The King

Robert Kuok - Digelar Raja Gula di Malaysia dan menjadi orang paling kaya di Asia Tenggara dengan aset berjumlah sekitar Rm 35 billion

Tan Sri P.Ramlee - Selebriti agung kita dan menjadi rekod di negara asia apabila dalam filem Anakku Sazali melakonkan dua watak.

Datuk Sudirman - Penyanyi pertama negara membuat persembahan di Royal Albert Hall di London

Tun Mahathir - Pemimpin kuku besi yang berjaya membangunkan negara Malaysia dan menjadi pemimpin paling lama di Asia Tenggara

Dato'Seri Anwar Ibrahim - 100 orang paling berpengaruh di dunia dan juga antara 100 orang disenaraikan untuk World Thinker dalam majalah Foreign Policy

Tuan Guru Nik Aziz - Menduduki tempat ke-34 dalam senarai 500 orang muslim paling berpengaruh di dunia tahun 2009.

Datuk Sheikh Muzaphar - Angkasawan negara yang pertama pergi ke ISS

Ketenteraan - Menjadi kebangaan rakyat Somalia apabila berjaya menghapuskan pengganas tetapi diputarbelitkan oleh US yang tetap menyatakan mereka hero dalam filem Black Hawk Down

Komunis - Salah satu negara yang menghapuskan pengganas Komunis tetapi Vietnam yang dibantu kuasa kenteteraan terbesar di dunia juga tidak dapat memusnahkan Komunis

Ini saja yang aku dapat dari 30 minit mencari sumber-sumber yang membanggakan rakyat Malaysia.Kalau kau pergi mana-mana rakyat negara lain ajak challenge inilah yang boleh kita dapati.Tapi jangan challenge dengan Singapura ataupun UK.

MALAYSIA BOLEH

Wednesday, December 16, 2009

UFO dan Makhluk Asing

Sememangnya jika nampak piring terbang yang melayang-layang di udara mesti dikaitkan dengan Unknown Flying Object atau lebih senang dipanggil UFO dan tidak dapat dipisahkan dengan mahkluk asing ataupun ''alien'' ( maaf jika sesiapa tersinggung )

Bagi aku banyak kejadian-kejadian tentang pencerobohan UFO di ruang udara Malaysia.Aku pernah terbaca yang menyatakan disebabkan UFO,TUDM telah menerbangkan pesawat-pesawatnya untuk melihat UFO dengan lebih jelas.

Banyak kejadian-kejadian yang direkodkan tentang warga Malaysia terlihat sebuah objek yang berlegar-legar di udara dengan bentuknya piring.Kes paling 'boom' sekali di Malaysia tak salah aku di Baling, Kedah.

Disana dikatakan penduduk di kawasan itu melihat UFO tersebut berpusing yang mempunyai empat sayap dan lampu dibawahnya seolah-olah menyuluh di tanah.Tidak lupa juga dentuman kuat yang didengari oleh penduduk setempat yang dikatakan berpunca dari UFO tersebut.

Objek tersebut kira-kira dilihat sekitar jam 5.20 pagi dan para penduduk di situ mengatakan objek tersebut bukan kapal terbang biasa berdasarkan bentuk yang agak nipis dan melayang-layang di udara.Ia hanya dilihat beberapa minit dan selepas itu disebuah kebun getah.

Banyak lagi kejadian-kejadian UFO yang dilihat oleh rakyat Malaysia malangnya kita tidak dapat melihatnya.Antara yang meletup adalah di Bukit Mertajam,Seremban,Tanjung Sepat,Muar dan di Sepang.

Malah bukan setakat itu sahaja, di Malaysia seorang lelaki di Seremban melihat sebuah objek berlegar-legar di udara dengan mempunyai cahaya yang terang.Selepas itu beliau terlihat lembaga hitam yang berukuran lebih kurang 0.5 meter turun dari UFO tersebut.

Manakala di negara-negara barat pula beribu-ribu orang direkodkan yang mengatakan mereka diculik oleh makhluk asing masuk ke dalam UFO ketika mereka tidur dan makhluk asing itu membuat ujikaji terhadap mereka.

Katanya, di dalam kapal angkasa milik makhluk asing-makhluk asing berkenaan menyatakan di dalamnya begitu terang dan alatan di dalamnya sangat canggih manakala orang yang membuat ujikaji terhadapanya memakai baju bewarna putih dan mukanya agak menyeramkan.

Ada yang mengatakan bahawa pembinaan Piramid agung di Mesir hasil bantuan dari makhluk asing kerana berat setiap blok-blok tersebut teramat sangat dan mustahil dilakukan oleh manusia zaman itu kerana dengan ketiadaan teknologi sekarang.Tetapi ia tidak disokong oleh sesetengah para pengkaji ia menganggap ia sebagai satu penghinaan terhadap manusia.

Berbagai-bagai gambar diambil oleh orang-orang awam yang menyatakan mereka terlihat piring terbang dan sesetengah gambar tersebut dibuktikan kesahihannya tetapi tiada tindakan lanjut terhadap bukti-bukti tersebut.

Mengikut apa yang aku baca dahulu, UFO akan kelihatan 30 minit sebelum melanda sesuatu bencana alam seperti yang dikatakan orang awam di Aceh terlihat sebuah objek berlegar-legar di udara.

Sesetengah saksi-saksi ini tidak diambil peduli kerana ianya tiada bukti yang kukuh seperti gambar UFO tersebut berlegar.Dikatakan juga setiap 15 minit UFO akan melawat planet bumi ini dan ini menunjukkan kita tidak keseorangan di dunia ini.

Kebanyakkan kes ini berlaku di negara barat seperti di Amerika seperti yang disiarkan di Discovery Channel ataupun di History Channel yang mendapat liputan luas dari agensi-agensi akhbar di negara berkenaan.

Aku pernah terlihat dokumentari yang disiarkan di Discovery Channel yang mengatakan penduduk melihat piring terbang di ruang udara mereka.Piring terbang itu pula dikejar oleh pesawat tercanggih di dunia F-16 milik Amerika Syarikat.F-16 tersebut mengelilingi UFO tersebut selama beberapa minit.

Manakala keesokan harinya, pada pagi itu seorang penduduk di sekitar itu menelefon pangkalan tentera udara yang berdekatan di situ bertanyakan kepada pihak tentera tentang adakah mereka menerbangkan F-16 semalam tetapi pihak tentera menjawab F-16nya berada di landasan.

Ketika timbul isu tersebut dan mendapat sambutan hangat dari agensi berita di negara berikut tentang UFO dan F-16 milik tentera udara Amerika yang terbang tetapi dikatakan tidak oleh pihak tentera amat membingungkan para rakyat Amerika.

Sehari selepas itu pihak tentera menyatakan mereka ada menerbangkan F-16 mereka ketika waktu tersebut dan menyatakan mereka sedang menjejaki UFO yang mereka kesan dari radar mereka.

Persoalannya mengapakah pihak tentera awalnya tidak mahu mengaku tentang pengejaran F-16 ketika waktu tersebut dan mengapakah pesawat tempur tersebut mengelilingi piring terbang tersebut?

Ada lagi satu lagi kisah yang menyatakan beberapa orang telah terlihat UFO sambil diikuti oleh pesawat F-16 tersebut.Dan ketika ditanya F-16 tersebut kepada pihak tentera tetapi apabila timbul isu barulah mereka menyatakan yang mereka ada menerbang pesawat F-16 mereka.

Seperti ada sesuatu yang disembunyikan oleh pihak tentera Amerika.Apa salahnya jika mereka memberitahu rakyat mereka bahawa mereka ada menerbangkan F-16 ketika waktu kejadian.Dan jawapan mereka selalunya menyatakan bahawa melihat UFO dan tiba-tiba hilang dan pernah seorang penyiasat tentang UFO meminta kebenaran melihat imej radar ketika waktu tersebut tetapi dihalang pihak tentera.

Hehe...Belum habis lagi disini mari kita bongkar tentang penipuan Amerika terhadap rakyat dunia.Pernah terlihat sebuah dokumentari yang menyatakan pada suatu masa dahulu pihak NAZI telah berusaha untuk membangunkan sebuah piring terbang seakan-akan UFO untuk mengintip pihak lawan.

Itulah yang mereka lakukan pada masa kini.Ketika 50 tahun dahulu Adolf Hitler ingin membangunkan piring terbang tetapi kini sudah masuk ke abad ke-21 jadi tidak mustahil teknologi pada zaman ini boleh cipta sebuah piring terbang.

Jangan kata aku mengarut kerana pada masa kini sudah menjadi kenyataan tentang pesawat pejuang tanpa juruterbang.Mereka hanya perlu berada di pangkalan dan mengawalnya seperti bermain permainan video.

Mengapa F-16 mengelilingi piring terbang dan satu lagi insiden dimana pesawat F-16 mengekorinya dari belakang.Kerana mereka ingin melihat piring terbang itu berfungsi dengan begitu dekat.

Ada satu lagi kisah di lapangan terbang di US apabila seorang lelaki sedang mengambil video kapal terbang berlepas tetapi ketika merakam beliau terlihat sebuah UFO berlegar-legar di ruang angkasa sekitar itu.Beliau terus merakam dan bila dilihat dengan matanya sendiri ke awan tiada apa-apa tetapi jika dilihat dari kamera videonya jelas nampak sebuah objek piring terbang.

Jadi itu agak membingungkan apabila dilihat dari mata kasar ( NAKED eye ) tidak ada tetapi aku teringat suatu ketika dahulu apabila ayah aku membawa balik geran kereta Jepun.Jika diambil gambar ataupun discan geran itu akan secara automatiknya menulis copy diatas geran tersebut.Tetapi jika dilihat dari mata kasar ia seperti geran biasa.Ini membuktikan mata manusia boleh ditipu tetapi lensa kamera tidak boleh ditipu.

Bagi aku sebenarnya tiada UFO dan kita hanya hidup bersama dengan jin sahaja.Ini jelas apabila Quran sendiri mengakui tiada makhluk seperti itu jadi bagi aku ia hanyalah ciptaan manusia-manusia yang bijak pada abad ke-21.

Maaf tentang cerita membuat duit palsu tidak dapat diterbitkan kerana boleh mengancam negara dan menimbulkan rasa tidak senang Bank Negara Malaysia.

Monday, December 14, 2009

Senarai Orang Paling Berkuasa di Dunia

Tahukah anda siapa orang paling berkuasa di dunia? Mari kita lihat siapa orang paling berkuasa di dunia mengikut majalas Forbes.

Sebelum itu aku berbangga kerana blog aku punya tulisan sama dengan dengan tulisan mantan perdana menteri ke-4 Malaysia Tun Mahathir Mohammad ketika beliau berada di Langkawi International Maritime and Aerospace ( LIMA )

1.Barack Obama - Presiden Amerika

2.Hu Jintao - Perdana Menteri China

3.Vladmir Putin - Perdana Menteri Russia

4.Ben S.Bernake - Bekas pengerusi ekonomi Princeton

5.Sergey Brin & Larry Page - Pemilik google

6.Carlos Slim Hellu - Orang ketiga terkaya di dunia

7.Rupert Murdoch - Pemilik akhbar terbesar

8.Michael T.Duke - Presiden Wall Mart Store

9.Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud - Raja Arab Saudi

10.Bill Gates - Orang terkaya di dunia

11.Pope Benedict XVI - Pemimpin umat Kristian

12.Silvio Berlusconi - Perdana Menteri Itali ( baru ditumbuk )

13.Jeffrey R.Immert - Pengerusi General Electric Company

14.Warren Buffet - Antara orang terkaya di dunia

15.Angela Markel - Wanita paling berkuasa di dunia

16.Laurence D.Fink - Pengerusi Black Rock

17.Hillary Clinton - Setiausaha Amerika Syarikat

18.Lloyd C. Blankfein - Pengerusi Goldman Sach

19.Li Changcun - Ketua parti Komunis di China

20.Michael Bloomberg - Pengasas New York City and Bloomberg

21.Timothy Geithner - Setiausaha harta Amerika

22.Rex W.Tillerson - Pengerusi Exxonmobil ( minyak )

23.Li Ka-shin - Pengerusi Cheun Kong di Hong Kong

24.Kim Jong - Pengerusi suruhanjaya pertahanan Korea Utara

25.Jean-Claude Trichet - Presiden Bank Eropah

26.Masaaki Shirakawa - Gabenor Bank Jepun

27.Sheikh Ahmad Al Zayed Al Nahyan - Pengarah Abu Dhabi Investmen Authority

28.Akio Toyoda - Pemilik Toyota Motor

29.Gordon Brown - Perdana Menteri UK

30.James S.Dimon - Pengerusi JPMorgan Chase & Company

31.Bill Clinton - Bekas Presiden Amerika Syarikat

32.William H.Gross - Pengarah Pacific Investment Management

33.Luiz Inaco Lula da Silva - Presiden Brazil

34.Lou Jiwei - Pengerusi China Invesment Corporation

35.Yukio Hatoyama - Perdana Menteri Jepun

36.Manmohan Singh - Perdana Menteri India

37.Osama Bin Laden - Pengasas gerila Al-Qaeda

38.Syed Yousaf Raza Gilani - Perdana Menteri Afghanistan

39.Tenzin Gyatso - Dalai Lama

40.Ali Hoseini-Khamenei - Orang paling berkuasa di Iran

41.Joaquin Guzman - Orang paling dikehendaki di Mexico

42.Igor Sechin - Timbalan Perdana Menteri Russia

43.Dmitry Medvedev - Presiden Russia

44.Mukesh Ambani - Pengerusi Reliance Industry Limited

45.Oprah Winfrey - Personaliti Media

46.Benjamin Netanyahu - Perdana Menteri Israel

47.Dominique Strauss-Kahn - Pengarah International Monetary Fund ( IMF )

48.Zhao Xiaochuan - Gabenor Bank Rakyat China

49.John Robert jr. - Ketua Hakim Mahkamah Agung Amerika Syarikat

50,Dawood Ibrahim Kaskar - Boss D-Company

51.Willam Keller - Editor New York Time

52.Bernard Arnault - Pengerusi Louis Vuitton

53.Joseph S.Blatter - Presiden FIFA

54.Wadah Khanfar - Ketua Pengarah Al-Jazeera

55.Lakshmi Mittal - Pengerusi ArcelorMittal ADS

56.Nicholas Sarkozy - Presiden Perancis

57.Steve Jobs - Ketua Eksekutif Apple

58.Fujio Mitarai - Pengerusi Canon

59.Ratan Tata - Pengerusi TATA group

60.Jacques Rogge - Presiden International Olympic Commite

Lagi di www.forbes.com

Sunday, December 13, 2009

Fahim dan biografinya


Nama : Fahim Azzam bin Mohammad

Nickname : Ajam ( tapi tak pernah panggil Ajam panggil Fahim )

Tarikh Lahir : 11-19 Ogos 1997 ( tahun Lembu )

Keistimewaan : Suka 'pow' duit member

Minuman kegemaran : air milo

Makanan kegemaran : Apa yang ada di kantin sekolah

Status : Bujang ( oleh kerana direject gadis-gadis yang pernah disukainya )

Diminati : Mak cik kantin dan juga kakak sapu sampah

Meminati : Sesiapa sahaja yang berada disekeliling beliau tidak kira laki mahupun wanita

Kehebatan : Boleh membuatkan wanita-wanita sekelas denganya menangis teresak-esak


Alamat rumah : USJ 6

Anak : Anak bongsu dari 22 adik beradik

Kenderaan dinaiki ke sekolah : Jalan kaki ( harga minyak naik )

Kelas : 6 Usaha

Keputusan UPSR : 4E 1B

Tentang Fahim ini dia ni jahat* sikit.Dia ini diketahui dari kecil sampai besar jahat mungkin kerana tak cukup minum susu ibu.Budak ini selalu menggangu kententeraman awam seperti memecahkan pintu tandas dan juga kerusi roda.Dia ini kadang-kadang orang tak nak kawan dengan dia tapi disebabkan dia buat muka seposen orang terpaksa kawanlah dengan dia.Dia ini selalu menimbulkan masalah dan beberapa kali dipanggil cikgu kerana melakukan kesalahan-kesalahan.Dia ini cara dia cakap memang pandai tapi sebenarnya tak pandai pun.Dia ni kadang-kadang buat aku marah tapi disebabkan aku sentiasa baik jadi aku pun tak buat apa-apa.Walaubagaimanapun minta maaf kalau ada buat salah seperti diatas kerana mengutuk kau.

Saturday, December 12, 2009

"Some great idea comes from everywhere"

Pernah dengan ayat diatas itu? Rasanya sesiapa yang selalu tengok dokumentari di Discovery Channel ( tak salah aku ) ada iklan yang berkata begitu.Jadi kita gunakan ayat tersebut dan belajar dari apa yang ada di sekeliling kita.

Bagaimana nak lepaskan diri dari polis?Sebelum apa-apa ini bukan cerita politik tetapi cara-cara bagaimana hendak mengelak ditangkap polis secara tidak langsung melepaskan diri.Ia perlu menggunakan logik akal.

Sebelum itu, kita perlu tahu apa itu kedutaan dalam bahasa Inggerisnya dipanggil Embassy.Kebanyakkan kedutaan di Malaysia terletak di Jalan Tun Razak.Bagi negara-negara komanwel tidak dipanggil kedutaan tetapi dipanggil High Commision atau Suruhanjaya Tinggi.Singapura mempunyai rumah dan pejabat di sebuah rumah dipanggil rumah temasek di tengah-tengah ibu kota.

Kesemua yang bekerja di kedutaan ini dipanggil diplomat.Kerjanya menguruskan hal-hal negara mereka di Malaysia.Atache negara juga bekerja di kedutaan.Kesemua mereka ini memegang pasport diplomat jadi mereka tidak diberi pengeculian terhadap undang-undang negara yang mereka bekerja.

Setiap diplomat selalunya ada kereta sendiri.Kereta mereka ini agak special kerana platnya bewarna merah.Dan contoh nombornya begini " 21-02-DC ".DC membawa maksud kereta diplomat manakala nombor itu tak salah aku kod negara mereka.

Kelebihan kereta ini memang tak dapat dinafikan lagi.Kereta ini tak boleh disaman polis.Polis tidak akan menyaman kereta sebab itu kadang-kadang mereka letak sesuka hati saja.Tetapi polis Malaysia akan hantar surat ke kedutaan diplomat tersebut yang mengatakan kereta diplomat anda membuat kesalahan lalu lintas.

Bukan sahaja kereta ada kelebihan malahan kedutaan juga ada kelebihan tersendiri.Kedutaan mereka tidak dibenarkan sama sekali dimasuki oleh polis.Ini adalah undang-undang antarabangsa yang perlu menghormati negara lain.

Apa yang mereka gunakan dari kedutaan.Kita belajar dari sekeliling kita tentang Anwar Ibrahim dan juga Manuel Zelaya, presiden Honduras yang digulingkan atas kesalahan korupsi ataupun lebih senang dipanggil rasuah.

Ketika Anwar hendak ditangkap atas tuduhan liwat.Beliau lari bersembunyi di kedutaan jadi para polis hanya boleh mengelilingi kedutaan sahaja.Sehingga beliau keluar barulah polis boleh menangkap Anwar.

Tetapi bagi presiden Honduras dalam buangan, beliau menetap terus di kedutaan Brazil dan tidak mahu keluar dari perkarangan kedutaan.Mahkamah telah mengeluarkan waran tangkap terhadap beliau tetapi kerana menghormati negara lain mereka terpaksa memotong elektrik di kedutaan berkenaan dan bekalan air juga tidak dibekalkan.

Ia adalah strategi yang begitu bagus untuk tidak ditangkap pihak berkuasa.Tetapi ia memerlukan pengaruh yang kuat dan harus berkawan rapat dengan ketua-ketua negara lain.Jadi wang bukan segala-galanya tetapi pengaruh lebih penting dan pengaruh juga boleh membuat wang.

Mungkin kalau anda mahu ditangkap polis boleh minta tolong kedutaan.Bagi aku tekniknya begini, aku pergi ke kedutaan Thailand dan minta jasa baik Thailand untuk beri aku naik kereta diplomat.Membawa aku ke sempadan negara.Di sempadan negara pula jangan turun kereta untuk mengecap pasport.

Jadi setelah sampai di Thailand keadaan akan menjadi selamat.Tapi mungkin juga Malaysia akan menyuruh Thailand mengestradisikan aku.Hehehe...

Friday, December 11, 2009

Hari kedua di Langkawi

Bangun pagi agak lewat sedikit kerana semalam aku tengok konsert berhampiran hotel tempat aku menginap yang menyaksikan para artis seperti Ahmad Jais,Nubhan,Ella,Farhan dan dua orang artis tidak dikenali.

Aku terus ke Jeti bersama keluarga aku untuk mengambil 2 orang saudara aku yang datang pada pagi itu dan terus ke Pemandangan Indah untuk menyaksikan Air Show dari jet-jet canggih dari serata dunia.

Sampai agak lewat tetapi dapat juga melihat jet pejuang melakukan aksi-aksi yang mengaggumkan.Agak ramai memenuhi tempat tersebut hinggakan terpaksa menyelinap masuk ke barisan paling hadapan untuk melihat dengan lebih jelas.

Walaupun berada di atas bukit, kelihatan jet jauh dan jet tidak datang di tempat yang kami duduki jadi tidak banyak aksi-aksi mereka dapat diambil dengan cantik.Walaubagaimanapun aku berada disitu sehingga habis pertunjukan.

Selepas habis pertunjukan aku bersama keluargaku ke tempat yang dimana adanya pameran tentang jet dan juga helikopter.Kelihatan ribuan orang ingin menyaksikan itu hinggakan terpaksa beratur panjang untuk membeli tiket yang beharga Rm10.

Di Mahsuri International Exhibition Centre, aku masuk ke tempat terletaknya kapal terbang dan helikopter bersama dua orang sepupu aku manakala mak aku ke dalam untuk melihat pameran di sana.

Setelah 35 minit berada di sana tiba-tiba sebuah helikopter mendarat di hujung dan sepupu aku dapat mengambil gambar helikopter sedang mendarat.Sebelum itu aku mengambil gambar hampir kesemua jet dan helikopter.

Kadang-kadang aku curi masuk helikopter dan bergambar.Tetapi kadang-kadang terpaksa meminta kebenaran para petugas yang menjaga jet dan helikopter tersebut.Ada yang canggih ada yang sudah season.

Sebanyak 46 kapal terbang mengambil bahagian diantaranya dari Singapura,Brunei dan juga Australia dan selebihnya dari TUDM dan TLDM.PDRM juga mengambil tempat meletakkan helikopternya.

Tentang kapal pula sebanyak 8 negara meletakkan kapal mereka di perairan Langkawi antaranya dari India,Pakistan,Thailand dan juga kapal dari Amerika yang bernama USS Mustin.Dan sebanyak 18 kapal TLDM.

Banyak pertunjukan dibuat oleh para juruterbang negara dan jet pejuang seperti MIG29N dan jet pejuang kedua tercanggih di dunia Sukhoi juga mengambil peluang untuk menujukkan kehebatan masing-masing di udara.

Malangnya, kebanyakkan pertunjukkan yang dilakukan adalah hanya sebiji bukan seperti yang dilakukan di Subang bersama Thunderbird.Ketika di subang banyak jet dalam satu pertunjukkan jadi ia lebih memeriahkan.

Cara-caranya juga sama seperti di Subang bagi Sukhoi hanya terapung di udara dan pusing-pusing.
Pada kali ini tidak seberapa meriah kerana pasukan dari England yang bernama Red Arrow tidak beraksi pada kali ini.

Ketika habis pertunjukkan, ramai para orang awam sudah keluar tapi aku belum keluar dan ronda-ronda sekitar itu hingga dapat menaiki sebuah jet pejuang Malaysia yang bernama F/A Hornet.Memang ramai ingin menaikinya hingga perlu beratur tetapi aku menggunakan jalan pintas dengan buat lagi satu barisan.

Ini adalah satu benda yang anda kena belajar.Kalau nak ambil gambar dengan artis mana-mana dengan ramai orang juga ingin bergambar dengan artis.Anda kena potong garisan.Kalau tidak impian anda untuk bergambar bersama Brad Pitt mahupun Tukang jahit Swift tidak akan menjadi kenyataan. ( Lari tajuk ).

Kelihatan juga para Diplomat dari serata negara datang ke Langkawi untuk menyaksikan LIMA ini.Ini jelas menunjukkan LIMA telah adalah satu event yang boleh membuatkan Langkawi wang.

Selepas itu,aku pun baliklah dari situ dan terus shopping di pekan Kuah.Seperti biasa, Chocolate adalah perkara yang paling utama.Selalu habis untuk chocolate sahaja lebih kurang Rm300.Yummy...

Wednesday, December 9, 2009

Suatu hari di Langkawi...

Pada 4 Disember yang lepas, aku bersama-sama keluarga aku menaiki feri dari Kuala Perlis menuju ke Pulau Langkawi untuk menyaksikan Langkawi International Maritime and Aerospace atau lebih senang dipanggil LIMA.Perjalanan dari Kuala Perlis mengambil masa 1 jam untuk sampai ke Langkawi.

LIMA ini diadakan setiap 2 tahun dan pada kali ini aku pergi buat kali kedua.Yang pertama bapa saudara aku jadi penggerak jet jadi aku pun boleh masuk dengan tanpa menggunakan tiket.Masuk ke dalam sana dapat berdiri di bawah sayap kapal terbang yang bakal berlepas untuk beraksi di angkasa raya.

Namun sekarang sudah tidak lagi apabila bapa saudara aku sudah tidak bekerja jadi terpaksalah pergi dengan tiada sedikit pun keistimewaan.

Ketika tiba di jeti, aku terus menaiki teksi bersama keluarga aku menuju Awana Porto Malai yang terletak tidak jauh dari jeti.Aku teringin benar untuk melihat sendiri kapal selam pertama milik Malaysia yang pernah menimbulkan kontroversi yang diberi nama Kapal Diraja ( KD ) Tunku Abdul Rahman.

Malangnya, driver teksi itu menyatakan bahawa tidak boleh tengok kapal selam dari dekat hanya dari jauh sahaja.Jadi aku pun agak terkilan dengan kata-kata dari pemandu teksi tersebut.

Ketika sampai di Awana Porto Malai yang juga milik billionaire kasino iaitu Lim Goh Tong aku melihat sebuah kapal besar.Nak kata kapal Tentera Laut Diraja Malaysia ( TLDM ) pun bukan sebab tak ada ciri-ciri langsung tetapi apabila dipandang sekali lagi memang sahlah kapal tersebut dipanggil nama Star Cruise atau kepada sesiapa yang melihat filem "Pisau Cukur" akan tahu.

Tak salah aku, kapal Star Cruise boleh dimasuki oleh semua orang.Ia berfungsi seperti tempat pelancongan tetapi melancong di atas kapal besar.Didalam itu dikatakan ada berbagai-bagai tempat seperti gim,kolam renang,panggung wayang,kasino malah shopping complex juga ada di dalam kapal tersebut.

Aku terus melihat kapal-kapal milik TLDM berada di sebelah sana dan mempunyai jambatan untuk para anak kapal keluar dari kapal tetapi tiada seorang pun pengunjung yang ke sana jadi aku pun ajak emak aku untuk pergi ke sana bergambar kerana ia lebih jelas.

Ketika aku berada di sana aku ingat anak kapal tersebut ingin menghalau tetapi mempelawa aku untuk naik terus ke dalam kapal ini menyebabkan aku tersenyum lebar kerana dapat naik di atas kapal manakala orang lain hanya melihat aku dari atas sana.Lama kelamaan makin ramai orang turun ke bawah untuk bergambar.Kalau aku tak turun tu tak adalah orang yang turun.

Selepas puas melihat kapal-kapal tersebut aku keluar dari kawasan tersebut dan berjalan-jalan dan aku melihat satu jambatan panjang yang menghubungkan dari tepi laut ke kapal Star Cruise tetapi jambatan tersebut dijaga rapi oleh askar seperti ada rahsia di sebalik jambatan tersebut.

Aku mengajak mak aku ke tepi jambatan tersebut dan kelihatan seorang kapten berdiri di situ lalu aku suruh mak aku tanya boleh masuk ke tak? Mak aku pun tanyalah tetapi kapten tersebut menjawab " Hari ini tak boleh masuk sebab hari ini khusus untuk VVIP sahaja,esok mungkin boleh "."Ada apa dalam itu?" kata mak aku dan kapten itu berkata "Kapal selam dengan Star Cruise saja ".

"Esok dah nak balik dah jadi tak sempat la nak datang tengok kapal selam" kata mak aku kepada aku.Aku pun dengan rasa penuh kecewa bergerak dari situ tetapi tiba-tiba terdengar jeritan dari kapten tersebut memanggil aku.''

"Dari mana?" tanya kapten itu dan aku membalas "Dari KL ( sebenarnya dari Perlis )"Kalau nak masuk tengok masuklah tapi kalau orang dalam sana tanya cakap bini jeneral mana-mana."Aku pun tersenyumlah apabila dibenarkan masuk tetapi ketika disitu sunyi sahaja jalan yang aku lalu.

Ketika sudah sampai ke penghujung sana aku dapatlah lihat kapal selam dengan sendirinya dan juga Star Cruise yang begitu besar melindungi cahaya matahari.Aku lebih berminat akan kapal selam manakala mak aku lebih cenderung kepada Star Cruise.

Ketika berada di situ hanya kelihatan orang-orang yang memakai kamera SLR dan pas hanya keluarga aku saja tak ada pas.Yang lain semua wartawan ketika disitu sempat bersiar-siar dan terlihat suami Manohara(m) keluar dan masuk ke dalam kereta.Memang VVIPlah tetapi sayangnya kereta Merc biasa saja yang mereka naik.

Hampir 30 minit didalam sana dengan harapan berpeluang masuk ke dalam kapal selam tersebut aku melihat kesemua para wartawan itu mengeluh kecewa dan hampa kerana tak dapat masuk dari pagi hingga ke petang.Lalu mereka pun baliklah tetapi aku masih setia menunggu di situ.

Hingga hampir sejam tunggu disitu tidak dapat masuk jadi aku pun nak baliklah tetapi sebelum itu aku terserempak dengan anak kapal selam KD Tunku Abdul Rahman itu dan bertanyakan beliau beberapa soalan tentang kapal selam itu.

"Macam mana keadaan dalam kapal selam itu?" kata aku kepada anak kapal tersebut lalu dijawab " Kecil sangat, nak buang air pun susah, nak tidur pun tak selesa ".Aku tanya lagi " Betul ke kapal selam ini tak boleh menyelam? " dan jawapannya amat memeranjatkan aku kerana yang diberi hanya senyuman.Aku tak tahu senyuman itu positif atau negatif.

Ketika keluar aku berterima kasih kepada kapten kapal tersebut kerana membenarkan aku masuk lihat kapal selam pertama negara.Star Cruise pun ketika itu beredar dan aku sempat mengambil gambar Star Cruise beredar.

Ketika ingin ke kereta saudara aku sempat melihat kapal terbang Maritim Malaysia membuat pertunjukan.Memang agak mengujakan kerana kapal ini dapat terapung di atas air dan boleh terbang.Ketika terapung di atas air kapal tersebut boleh mengambil air lalu ketika naik kapal terbang ini akan melepaskan airnya.


Dan ketika aku balik itu ada sesuatu yang memeranjatkan apabila diberitahu Tun Mahathir Mohammad sedang berangkat pulang dari tempat kapal selam memandu sendiri kereta.Memang betul kata kapten tadi....

Raya Korban

Walaupun sudah terlewat tetapi tak salah untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya Eiduladhla.Aku sebenarnya nak tulis artikel tetapi disebabkan tidak sempat kerana kapal terbang menunggu aku di Subang Airport jadi aku pun terpaksalah balik dengan sedihnya kerana tidak dapat menulis artikel.

Mak aku sebenarnya tak nak balik sebab abang aku ada exam Sijil Pelajaran Malaysia tetapi akhirnya beliau balik juga ke kampung halaman.Bagi aku raya korban di Perlis atau Kedah memang agak meriah kerana dapat melihat lembu tumbang.Tapi tak semeriah masyarakat Kelantan yang menyambut hari raya korban dengan begitu meriah.

Pagi raya seperti biasa orang ramai pergi sembahyang raya yang diadakan setahun dua kali saja tapi aku tak pergi sebab jaga anak buah aku yang baru 2 bulan.Aku suruh dia letak nama Aidilfitri sebab dia lahir sehari belum raya.Pada 19 September 2009 kalau digunakan angka seperti 19/09/'09.

Keesokan harinya bapanya membuat Aqiqah untuk anaknya yang tersayang yang diberikan nama Rayyan.Aku senang saja panggil anak buah aku tu cuma panggil Ray ja.Sedap gak tapi sekarang sudah ramai orang letak nama anak Rayyan.Lagi satu Danish bagi budak lelaki la.

Selepas dibuat Aqiqah dan tahlil terus aku makan nasi yang berlaukkan daging.Tapi lama kelamaan rasa jemu juga makan daging.Nak beli ikan mahal pula jadi terpaksalah makan daging.Paling aku suka makan ialah perut lembu yang dililit di sebatang kayu lalu dibakar.Nikmat tidak terhinggalah kalau makan perut itu.