Monday, November 23, 2009

Walkie Talkie

Ketika menghadiri konsert malam amal satu Malaysia aku terlihat beberapa orang guru sekolah aku ( bekas sekolah aku ) memegang Walkie Talkie dan berkomunikasi menggunakannya.Bagi sesetengah orang Walkie Talkie sinonim dengan polis kerana polis menggunakan Walkie Talkie untuk berkomunikasi diantara satu sama lain.

Bagi aku tidak kerana aku selalu bermain Walkie Talkie kerana ayah aku juga peminat Walkie Talkie dan menyertai Persatuan Radio Amatur Selangor ( Radas ).Dirumah aku ini kira kalau dicari dalam stor dan dibawah kerusi boleh dijangkakan lebih 10 Walkie Talkie ada di rumah aku.

Kegunaan bagi ayah aku juga seperti pengguna yang lain iaitu untuk berkomunikasi secara mudah kerana jika menggunakan telefon ia juga melibatkan wang dan jika menggunakan Walkie Talkie tidak perlu mengeluarkan kos itu berhubung.

Setiap benda ada kelemahannya, begitu juga dengan Walkie Talkie ini kerana jika anda hanya mengharap pemancar dari Walkie Talkie jarak yang boleh dihubungkan hanya lebih kurang 1.5 km dan jika diletakkan antena mungkin boleh mencapai ke pemancarnya yang berada diatas bukit.

Tanpa anda sedari sebenarnya anda harus mempunyai lesen untuk menggunakan Walkie Talkie.Anda harus memiliki sijil Operator radio Amatur dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.Jika anda menggunakannya tanpa sijil tersebut anda secara tak langung telah melanggar undang-undang Malaysia.

Polis dan kita menggunakan Walkie Talkie yang berbeza sedikit ini kerana untuk menjaga privasi pihak polis.Mereka menggunakan cip manakala yang ada di pasaran adalah Walkie Talkie biasa yang belum diupgradekan.

Kadang-kadang ayah aku ada memasang radio di kereta jadi aku dapatlah mendengar cara-cara teksi mengambil penumpang.Caranya senang sahaja Operator akan menerima panggilan dari orang awam untuk mengambil mereka.Operator yang seorang lagi pula berkata kepada semua driver teksi yang mendengar supaya mengambil penumpang di ...... . Jadi teksi-teksi yang berdekatan dengan penumpang akan bercakap kepada operator supaya dia book penumpang tersebut.

Antara benda best dapat guna Walkie Talkie adalah dapat mendengar angkasawan negara kita iaitu Datuk Dr.Sheikh Muszaphar Shukor bercakap dari ISS secara terus.Ketika itu aku berada di kampung baru habis makan ketupat ( waktu tu Datuk beraya di ISS ).Perbualan diantara kapal terbang dengan menara kawalan juga dapat didengari dengan menggunakan Walkie Talkie.

Callsign juga perlu untuk mengenal identiti seseorang.Dalam perbualan ini, tidak kira anda menteri mahupun raja boleh bersembang jadi anda diperlukan mempunyai Callsign seperti 9W2AA.

Jangan cakap " Sembilan W Dua A A ...

Kita kena menggunakan International Operator Alphabet :

A - Alpha
B - Bravo
C - Charlie
D - Delta
E - Echo
F - Foxtrot
G - Golf
H - Hotel
I - Indian
J - Juliet
K - Kilo
L - Lima
M - Mike
N - November
O - Oscar
P - Papa
Q - Quebec
R - Romeo
S - Sierra
T - Tanggo
U - Uniform
V - Victor
W - Whitsky
X - X-Ray
Y - Yankee
Z - Zorro

Jadi anda harus menyebut " Nine Whistky two Alpha Alpha "

Callsign A A dibelakang telah digunakan jadi anda harus menggunakan callsign yang lain jika ingin menggunakannya.9W2 itu kod negara yang menuju kepada Malaysia sementara dua di belakang itu suka hati anda nak letak apa asalkan tak sama dengan orang.

Byee...Aku nak tidor...Aku publish artikel ini pukul 3.40 pagi dan sekali lagi aku mencipta rekod apabila menerbitkan artikel yang hampir lebih 1000 perkataan pada awal pagi.....

3 comments:

  1. saya nk tanya cam mana nak menyertai persatuan amatur selangor ,kena bayar ke tolong email kan jawapan ke zamreemasian@yahoo.com

    ReplyDelete
  2. slm, 9w2 untuk di kawasan semenanjung, di sabah, 9w6 dan di sarawak 9w8.. untuk maklumat lanjut blh search di facebook, radio amatur malaysia,,

    ReplyDelete
  3. Terima kasih Anonymous 25 Feb... Pengetahuan saya kurang hingga ke Sabah/Sarawak...

    ReplyDelete

Dipersilakan Komen