Saturday, November 14, 2009

Suatu hari di Siam...

Aku memang selalu pergi Thailand tapi bagi orang Perlis,Kedah mahupun Kelantan aku rasanya mereka tak panggil Thailand tapi panggil Siam.Kalau balik kampung mesti kena pergi Bukit Kayu Hitam atau di Perlis dipanggil Padang Besar.

Bagi aku pergi sana selalunya beli baju terutamanya baju bola yang harganya lebih kurang Rm25 tapi kalau beli dekat sini harganya paling kurang Rm80 jadi baik aku beli dekat sana sebab tak ada bezanya langsung dengan yang tulen.

Tapi sekarang aku punya baju semuanya dah kecil jadi dah tak ada la baju dari siam.Seluar Levi's yang dari Siam pun ada.Sapa tahu kita pakai yang siam punya sebab kalau lihat dengan mata kasar memang sama dengan yang kita beli dekat butik Levi's.

Antara benda-benda yang selalu dibeli di Siam antaranya beras Siam.Tak salah aku beras cap matahari kot.Beras dia ini aku rasa tak 2% hancur sebab elok dan sedap.Kalau beli dekat sini harga beratus tapi dekat sana dalam Rm30 dah dapat.

Bab seberang jalan dari Perlis ke Siam pun antara perkara yang agak menyeramkan juga sebab di sebelah Selatan Thai ini banyak puak pemisah.Kalau dilihat di televisyen selalunya ada letupan di Yala mahupun Narathiwat dan kawasan-kawasan sewaktu dengannya.

Bagi aku tak ada masalah sebab dah biasa pergi ke Siam membeli mercun setiap kali menghampiri musim perayaan tidak kisah raya cina mahupun Deepavali.Kemurahannya memang tidak dapat dinafikan lagi bagi aku.

Kisah ini terjadi kepada aku dan ayah aku bersama rakannya.Ayah aku ingin masuk Siam jadi sampai di sempadan ayah aku suruh kawan ayah aku berhenti nak pergi cop.Dia cakap tak payah pergi jadi dia terus bawa kereta masuk terus ke Siam.Aku pun pelik la apahal tak pergi cop sebab selalunya kena cop dulu.Tapi masa balik mereka tahan aku nak masuk balik.Aku relax dalam kereta tapi yang kawan ayah aku cakap dekat pengawal sempadan tu.Kawan ayah aku cakap siam jadi aku tak faham apa dia cakap dan terus berlalu.

Tujuan aku ke Siam sebenarnya nak beli pistol mainan peluru manek tu.Masa itu dekat Malaysia memang susah nak cari dalam lebih kurang 30 baht.Ayah aku pula ingin membeli barangan radionya di sana.

Balik ke sini ada orang nak beli pistol tu sampai Rm50 sebab dekat Malaysia susah nak cari lagipun yang aku beli tu susah nak rosak.Kalau beli dekat ice-cream man tu hari ini beli esok rosak la.

Pada suatu hari, di Phuket ketika rombongan kereta-kereta Vintage ke sana ada seorang bekas CEO Sepang buat parti hari jadi anaknya di McDonald di sana.Jadi ketika berada di sana dari hotel aku pun ingin ke McD yang disebutkan la jadi naiklah aku Tuk-tuk.Sampailah di tempat dituju dan ketika ingin pulang aku berjalan ke kanan kiri dan terlihat hotel yang aku menginap.Jadi jalanlah aku dengan parent ke hotel tersebut.Pemandu tuk-tuk tadi bawa aku pusing-pusing pekan baru sampai sedangkan destinasinya dekat gila nak mampus.

Banyak lagi cerita tapi nanti la aku cerita....

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen