Wednesday, November 11, 2009

Siapa kata lelaki tak pandai masak?

Kalau bab masak ini selalu dikaitkan dengan perempuan dan lelaki pula dikategorikan sebagai tukang makan saja.Sebenarnya itu satu penghinaan kepada kaum lelaki yang dikatakan tidak pandai masak.

Lelaki dikatakan tidak pandai masak sebab malas nak masak bukan tak pandai.Tidak pandai dan malas adalah membawa maksud lain.Tetapi jika dikaji elok-elok sebenarnya chef kebanyakkan lelaki lebih dari perempuan.

Kalau pergi mana-mana hotel mesti lelaki jadi tukang masak.Kalau tengok dekat filem yang kejar-kejar lalu masuk di dapur hotel yang pakai topinya mesti lelaki.Tengok Ratatouille ( betul ke eja ) pun chef dia lelaki.

Kadang-kadang kalau lihat program realiti di kaca televisyen separuhnya adalah lelaki.Selebihnya adalah perempuan jadi ini membuktikan lelaki hebat memasak.Ada satu program realiti bernama Hell's Kitchen dan pengelolanya juga lelaki yang bernama Gordon Ramsay.

Pemenang rancangan realiti ini juga majoritinya lelaki.Kalau sebut murtabak paling sedap dekat Singapura, tukang masaknya lelaki.Sampai ke Pulau Pinang makan Char Kuey Teow paling famous dekat Penang tukang masaknya lelaki juga.

Kalau lihat AFC kebanyakkan chef didalam channel tersebut lelaki.Pernah aku tengok Martha Steward sebab aku suka tengok dia panggil tetamu seperti polis atau bomba jadi boleh dapat tips dari bomba tersebut tetapi pada hari itu dia panggil tukang masak.Tukang masak yang dipanggilnya lelaki.

Redzuawan bin Ismail seorang lelaki melayu yang lebih dikenali sebagai Chef Wan juga seorang chef yang terkenal diserata dunia mendapat pendidikan San Francisco dan mendapat diploma dari Ritz Hotel di Paris.

Chef Wan juga menulis pelbagai buku masakan untuk tatapan para chef yang lain.Beliau pernah memenangi beberapa anugerah dari serata negara dan sekaligus boleh dikatakan sebagai Chef antarabangsa.

Chef Wan juga satu-satunya rakyat Malaysia yang pernah masak makanan kepada bekas presiden Amerika iaitu Bill Clinton.Beliau juga pernah menghidangkan makanan kepada Sultan Brunei Darrusalam, Sultan Hassanal Bolkiah.Ini menunjukkan kebolehan lelaki memasak hingga memasak kepada orang paling berkuasa di dunia dan bekas orang terkaya di dunia.

Lihat pula anak perempuan Chef Wan, bukannya jadi chef seperti ayahnya tapi jadi pelakon ( Serina Redzuawan ).Anak lelakinya pula mengikut jejak ayahnya menjadi seorang chef.

Sudah siap hujah aku memperbetulkan persepsi masyarakat yang memandang serong kepada lelaki tentang masakan.Aku rasa ramai berlipat ganda blogger perempuan dari lelaki.Siapa yang nak membangkang tulisan aku tuliskanlah hujah anda di blog anda aku sedia membaca....

Aku rasa Fahim lupa nak tulis tentang satu fakta lagi la...cuba tulis www.googlegooglegooglegoogle.com......Ini mungkin akan memudahkan anda membuat kerja....

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen