Monday, November 9, 2009

Samseng Bola Sepak

Aku rasa Hooligan ini kisah yang menarik bagi aku sebab aku suka benda-benda yang mengecohkan keadaan seperti rusuhan,piket dan situasi-situasi yang sewaktu dengannya.Samseng bola sepak atau dalam Bahasa Inggeris dipanggil Hooligan telah berkembang di Eropah tetapi mengambil masa untuk sampai di Malaysia.

Antara pasukan-pasukan yang paling hebat dengan keganasan di stadium adalah La12 dari Argentina yang menyokong pasukan Boca Junior.Di England Chelsea dan MU juga terkenal dengan penyokong radikal mereka.

Di Malaysia kini Kelantan la sebagai master dalam segala Hooligan di seluruh negara.Tetapi dahulu, sebelum FAM membuat peraturan tidak membenarkan negara mengambil pemain import Selangor adalah antara Hooligan.

Dahulu, pernah Perlis masuk final dan Piala Malaysia tahun 2004 ( tak salah aku ) menentang Selangor.Ketika itu, Selangor mengambil dua orang pemain Indonesia bernama Alie Aboi dan Bambang ....... . Jadi ketika itu Stadium Nasional Bukit Jalil penuh dengan warga Indonesia yang suka membuat kecoh di stadium.Jadi penyokong Perlis agak gerun dengan mat-mat Indon ni.

Kalau nak gerak tak boleh gerak seorang diri perlu gerak berkumpulan kalau tidak kena kutuk dengan Indon.Tamat perlawanan itu Perlis kalah jadi terpaksa pulang awal.Aku tertengok sebuah kereta Proton Wira yang berbendera Perlis dikelilingi oleh lebih kurang 20 mat rempit penyokong Selangor.

Antara peristiwa-peristiwa hitam dalam sejarah bola sepak tentang Hooligan adalah di Stadium Hevsel, Brussels pada tahun 1985 dimana berlaku pertempuran di antara penyokong pasukan Juventus ( hehehe ) dan dan Liverpool ketika perlawanan Piala Eropah.

Selepas insiden itu, dikatakan hampir 40 orang penyokong Juventus terbunuh dalam kejadian itu.Ini menyebabkan semua pasukan bola sepak Inggeris diharamkan bertanding sehingga tahun 1990.

Sementara pada tahun 1989 di Hillsborough dimana seramai 93 penyokong bola sepak terbunuh ketika perlawanan separuh akhir Piala FA diantara Nottingham Forest dan juga Liverpool.Ini semua atas tindak tanduk penyokong yang tidak bertamadun.

Jelas disana lebih teruk dari Malaysia hingga menyebabkan kematian.Walaubagaimanapun kita harus mengambil tindakan terhadap samseng bola sepak ini kerana membahayakan penonton.Kerana rata-rata penonton adalah warga emas,wanita dan kanak-kanak.

Antara tindakan yang dicadangkan Aznil Hj Nawawi adalah membuat saringan terhadap penonton bola sepak yang ingin menyaksikan perlawanan bola sepak secara langsung.Ini mengharuskan penyokong datang 8 jam lebih awal kerana proses saringan ini mengambil masa yang agak lama.

Segala barang-barang yang membahayakan penonton lain tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam.Botol air mineral harus dibeli di dalam stadium dan diisi dalam plastik.Sesiapa yang ingin berasap juga tiada peluang kerana pemetik api tidak dibenarkan dibawa masuk.

Bagi aku pula, polis harus ditempatkan di setiap blok tempat duduk dengan dipinggang mereka mempunyai gas pemedih mata.Polis atau FRU yang mengawal ini perlu mengambil tindakan tegas kepada mereka yang membahayakan penonton bola sepak yang lain.

Jika penonton bola sepak memiliki mentaliti sebegini tiada harapan kita ingin mempunyai stadium seperti di Stamford Bridge mahupun Delle Alpi.Jika Malaysia membuat stadium yang tempat duduknya begitu penyokong harus dipisahkan dengan setiap blok hanya mempunyai 100 orang sahaja.

Mengapa? kerana jika mereka ramai dengan rakan-rakan mereka itu yang menyebabkan keganasan.Kalau mereka seorang-seorang memang tidak akan ada Hooligan tetapi semangatnya datang kerana ramai orang berdiri di belakangnya.

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen