Wednesday, November 4, 2009

Rahsia di sebalik September Eleven ( 1 )

Badan Ejen perisik Yahudi yang bergelar Mossad menjadi penaja kepada serangan 11 September 2001.

Yahudi bangsa yang cukup bijak, mereka tidak terlibat secara langsung.Tetapi telah terlibat melalui sepupu seorang bangsa Arab yang tertuduh dalam serangan itu.

Ziad al-Jarrah, adalah seorang dari tertuduh yang menyerang, dia mempunyai seorang sepupu yang bernama Ali Al-Jarrah yang sudah lama bekerja sebagai ejen kumpulan Mossad.

Selama 25 tahun Ali al-Jarrah hidup dalam dua alam. Di Lebanon dia dianggap sebagai penyokong kuat perjuangan Palestin dan dalam masa sama adalah pengintip Israel.

Semenjak tahun 1983 lagi dia telah menghantar maklumat dan dokumen dan gambar tentang Palestin dan Hezbollah kepada Israel.

Kini dia meringkuk dalam penjara Lubnan atas tuduhan pengintipan.Memang ramai bangsa Arab yang telah ditangkap kerana menjadi ejen Israel yang dibayar dengan lumayan.Sebenarnya telah banyak maklumat, malah beberapa penerbitan di Amerika sudah memaklumkan tentang penglibatan ejen Yahudi dalam serangan itu.American Free Press pernah melaporkannya.Akhbar terkemuka New York Times juga ada melaporkan tentang siapakah Ali al-Jarrah yang berbangsa Lebanon itu. Menurut New York Times, Ali al-Jarrah sudah bekerja sebagai pengintip Israel selama lebih dari 20 tahun.Dan Ali al-Jarrah sendiri pernah mengakui bahawa dia pernah melakukan kegiatan pengintipan terhadap kelompok-kelompok pejuang di Palestin dan kelompok Hezbollah di Lebanon, sejak tahun 1983 lagi.New York TImes juga melaporkan keluarga al-Jarrah dikenali dengan penglibatan mereka dalam aksi-aksi kekerasan.Salah satunya adalah Zaid al-Jarrah yang dituduh sebagai salah seorang dari 19 orang yang merampas pesawat komersial di Amerika dan melakukan seragan 11 September 2001.

Masih dalam laporan New York Times, penglibatan Israel dalam serangan pengganas itu boleh dikutip dari maklumat tentang lima orang Israel yang tertangkap ketika menunjukkan kegembiraan dengan bersorak-sorak dan saling menepuk tangan ketika pesawat nombor 11 dan dan 175 melanggar World Trade Centre di New York.Oleh kerana kelakuan mereka itu, pihak keselamatan telah menangkap kelima-lima orang Israel tersebut, tetapi dibebaskan secara senyap setelah 71 hari di penjara.Kelima-lima orang Israel itu adalah sebagai ejen Mossad.

Akhbar mingguan Forward pula dalam laporannya mendedahkan sekurang-kurangnya dua orang Israel yang ditangkap itu diketahui sebagai ejen perisik Mossad.Tetapi perintah untuk menutup penyelidikan atas mereka datang dari Rumah Putih ( White House ).Serangan 11 September menelan korban jiwa sebayak 2970 orang.Bekas perdana menteri Itali, Francesco Cossiga juga pernah membuat kenyataan bahawa serangan itu adalah pakatan ejen Mossad dan CIA ( Central Intelligent Agency ).

Kata beliau, "Semua agen intelligent di Amerika dan Eropah tahu bahawa serangan yang zalim itu dirancang oleh CIA dan Mossad.Serangan itu dibuat supaya negara-negara arab dan gerakan Islam yang menanggung tuduhan serangan teroris tersebut.CIA dan Mossad ingin mengajak negara-negara barat untuk ikut dalam perangnya di Iraq dan Afghanistan serta negara Islam yang lain, " kata Cossiga.

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen