Saturday, November 21, 2009

Picture of the year

eDisini aku mengajak beramai-ramai blogger sekolah kita untuk meletakkan "Pic of the year" di blog anda sendiri.Syaratnya senang sahaja gambar-gambar yang nak diletakkan mestilah tentang sekolah.Tiada gambar dari ''google'' mahupun yg lain2.



Gambar ini aku ambil sendiri pada hari Jumaat yang lepas di padang sekolah.Bagi aku gambar ini mempunyai keunikan tersendiri.Seperti Kosh dikenakan kad merah sementara Uthaya yang memakai baju warna hijau itu tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil.






Gambar ini aku ambil pada hari Khamis selepas mendapat keputusan UPSR.Camera angle membuatkan gambar ini hebat kerana lihat Sakina,Faris di belakang sebelah kiri.Seperti terpegun melihat Raimi membawa sebuah kotak KFC menggunakan tangan kirinya.Sementara tangan kanannya juga seperti memegang sijil UPSR tetapi sebenarnya sijil itu dipegang oleh Arisa sendiri.Camera angle boleh membuatkan gambar itu hebat.





Taraa... Inilah pemenang "Pic of the year" pada tahun ini.Gambar ini diambil pada hari Khamis lalu ketika aku rancak berbual dengan kawan-kawan aku.Aku sempat mengambil gambar ini ketika dia tidur.Mungkin dia dan bermesra dengan mejanya kot sebab lepas ini tak dapat dah bermanja dengan mejanya.Lagi satu gambar ini boleh membuatkan para murid yang tidak mendapat 5A tersenyum buat seketika...... ( Jangan cakap dekat dia tau )



Sila ''click'' gambar untuk mendapat gambaran lebih besar

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen