Monday, November 16, 2009

Macam mana nak bagi blog anda terkenal?

Anda mesti terfikir bagaimana ingin menjadi blog anda terkenal.Mengikut kajian blog yang terkenal adalah blog berita,selebriti dan politik.Dan jika anda salah seorang daripada itu tak mustahil blog anda dikunjungi ramai.

Mengikut kajian yang dilakukan oleh para pengkaji, blog di Malaysia paling cepat dilawati adalah blog mantan perdana menteri kita iaitu Tun Dr Mahathir Mohammad.Blog ini menempa sejarah terpantas apabila pembukaan blog ini menyebabkan ribuan pembaca blog melawatinya.

Ini adalah salah satu sejarah buat Tun kerana berjaya menarik jutaan pengunjung.Bukan hanya dari Malaysia malah dikhabarkan pengunjung dari Singapura,Brunei dan Indonesia juga melayari blog beliau sekali gus mencipta sejarah apabila menduduki tempat 7 di dunia blog paling ramai dilawati dalam tempoh yang tertentu.

Ini menyebabkan Blog Chedet.co.cc berada dibelakang Presiden Amerika yang sedang berkempen ketika itu, Presiden Barack Obama bersama pencabarnya ketika berlangsung pemilihan presiden.

Aku sebenarnya bukan nak cerita siapa blog paling ramai dikunjungi oleh orang ramai tetapi ingin menceritakan bagaimana untuk terkenal.Tetapi cara-cara yang aku tulis ini ada sedikit tidak harus diikuti kerana berbahaya dan mungkin anda akan disumbat kedalam ISA.

Antara cara-caranya adalah anda perlu menjadi seorang selebriti.Ini menyebabkan anda mempunyai pengaruh dan apabila mereka membuka mereka akan lihat cara penyampaian mesej ( tulisan ) untuk blog.

Apabila dikaji, pernah berlaku satu blog dari Malaysia yang telah menimbulkan kontroversi apabila blog tersebut menulis artikel-artikel yang menghina nabi.Bab agama ini isunya agak sensitif jadi orang akan mula berang dan akan lihat sendiri blog tersebut.

Tetapi jika anda buat blog tersebut tanpa ada orang mengunjungi memang tidak akan berjaya punya.Dan aku dikhabarkan selepas blogger tersebut menulis artikel yang menghina nabi ini, blogger tersebut menghantar link blognya ke Tv3.

Cara seterusnya ini anda harus mempunyai risiko yang tinggi, kerana ini mungkin menaikkan nama anda dengan mendedahkan rahsia-rahsia negara skandal kerajaan dan berbagai perkara yang disembunyikan kerajaan.Tetapi kalau boleh jangan dedahkan Malaysia punya rahsia tetapi Singapura punya tak mengapa ( hehehe).

Tulisan blog anda harus menggunakan tatabahasa dengan betul ini kerana ia sedikit sebanyak mempengarahuhi pengunjung blog yang ingin mencari maklumat.Satu perkara lagi tajuk haruslah sama dengan apa yang hendak ditulis jangan tulis tajuk Hantu ceritanya pasal Tentera.

Blog anda perlu mendaftar di kesemua search google,yahoo,msn dan lain-lain kerana ini mungkin memudahkan orang mencari blog anda dengan berkesan.Tetapi pendaftaran mengambil masa yang lama.Aku daftar bulan 9 tetapi sampai sekarang tak dapat masuk lagi.Ini kerana anda harus berbaris untuk menunggu giliran anda kerana ramai lagi yang pergi mendaftar.

Tetapi ingat jangan melakukan tindakan-tindakan yang akan mengundang padah kepada anda ini kerana mungkin akan menyebabkan anda mungkin dimasukkan ke dalam ISA ( Internal Security Act ) atau dalam Bahasa Melayu ( opps Malaysia )nya dipanggil Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Jangan fikir mereka tidak tahu anda siapa kerana mereka telah menubuh 1 pasukan khas untuk melawat setiap laman web di Malaysia ini.Mereka membaca setiap perkataan yang anda tulis dengan begitu teliti.

Jika anda seorang penjenayah yang ingin menyampaikan maklumat kepada kuncu-kuncu anda aku rasa anda tidak bodoh untuk menulis tindakan dengan secara rambang.Jadi anda mesti beri petanda-petanda dengan menggunakan huruf atau perkataan.Mereka akan lakukan seperti drama bersiri Amerika, Prison Break atau dokumentari Lockdown.

Bagaimana mereka mengenal anda?

Jika anda pernah melihat cerita-cerita penculikan mahupun cerita penjenayah anda akan lihat bagaimana mereka menggunakan kepakaran mereka.Polis di dalam cerita itu akan membuat panggilan telefon kepada penjenayah dan mereka akan trace kedudukan anda dalam masa 3 minit.

Begitu juga dengan kita, jika kita menghantar e-mail dan publish kepada rakan anda mereka akan detect dari mana anda hantar.Jika anda hantar dari rumah anda mungkin itu satu masalah besar tetapi jika anda menghantar di Starbuck mahupun di luar rumah anda mungkin bagi mereka untuk menangkap anda agak susah.

Tetapi kalau kau punya blog yang ada tulis tentang sekolah lagi senang.Pergi dekat sekolah terus dan tangkap anda.Jadi berhati-hatilah anda menulis blog kerana aku yang punya pengalaman setahun tulis blog pun ada salah juga.

1 comment:

Dipersilakan Komen