Thursday, November 19, 2009

Konsert Amal 1Malaysia

Sebelum ke tajuk utama, aku berasa gembira dan agak kecewa ( ??? ) kerana mendapat keputusan UPSR.Pada hari ini, aku bangun dari tidur dan bersiap ke sekolah.Bila orang tanya berapa A target sebagai manusia yang berpegang kepada prinsip "Optimis" terpaksalah cakap 5A tetapi OKlah dapat 4A sekali pun.

Semalam,ramai orang pergi ke Holiday Villa untuk menyaksikan konsert Amal 1 Malaysia yang diadakan oleh Left.Jeneral Wan...Jadi aku pun ikutilah malam itu dengan harapan untuk bersuka ria di Holiday Villa.

Sampai pada jam 7.50 malam dan ketika itu sempat berlepak dengan member-member yang akan berpisah pada hari ini.Naik ke tingkat 5 dan daftar tempat duduk bersama rakanku yang terdiri dari pelbagai bangsa.( 1MALAYSIA!!! )

Dimulakan dengan lagu kebangsaan kita iaitu lagu "Negaraku" diiringi ucapan dari PIBG dan Penaung Konsert Amal.Tidak lupa juga ucapan dari guru besar Sekolah Kebangsaan Seafield iaitu Puan Hajah Rafiah.

Ramai yang hadir pada malam itu tidak kira dari sekolah mana.Bekas pelajar sekolah Kebangsaan Seafield juga hadir pada malam itu yang dianggarkan hampir 700 orang hadir pada malam itu.

Pelbagai persembahan diadakan diatas pentas itu untuk menunjukkan bakat mereka.Seperti Fancy Dress juga mendapat sambutan hangat dari hadirin.Persembahan berbagai bangsa juga antara yang mendapat tepukan gemuruh.Persembahan dari artis juga membuat hadirin terpukau dengan bapa dari seorang pelajar SK Seafield.

Janda meletup beranak 2 juga datang pada malam Konsert Amal 1Malaysia tersebut yang juga pelakon tanah air iaitu Rozita Che Wan.Aku rasa dia tak cukup baju sebab masa aku pergi kenduri adiknya yang berkahwin dengan Lan Pet Pet juga memakai baju tersebut.

Selepas habis makan-makan aku keluar mengambil gambar bersama rakan-rakan sekolahku yang lain.Walaubagaimanapun konsert ini begitu meriah hasil kerjasama semua pihak untuk menjayakan konsert ini.

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen