Wednesday, November 11, 2009

Kita dan Angka 13

Angka 13 sememangnya tidak disenangi dunia.Kerana kebanyakkan bangsa menganggap angka 13 sial.Tetapi bagi bangsa Yahudi, angka 13 adalah angka yang paling bagus bagi mereka.

Sebagai contoh, di berbagai bangunan tinggi di China, Malaysia dan beberapa negara lain tidak ada tingkat nombor 13.Menurut kepercayaan mereka, angka tersebut tidak membawa tuah. Di barat, angka 13 juga dianggap angka sial.

Demikian pula di berbagai tempat di dunia yang lain.Kalau kita perhatikan
nobor lif tinggi di dunia anda tidak akan jumpa tingkat 13.Biasanya, setekag tingkat 12 makan akan terus naik ke tingkat 14.Atau daru angka 12 jumpa 12A terus ke 14.

Rumah pula tak perlu dikatakanlah, Subang Jaya pun sudah ada petunjuk.Pergi mana sahaja nombor 13 mesti tidak ada.Dari 11 terus 11A dan ke 15 jadi kita tidak akan jumpa rumah bernombor 13.

Tidak kira Melayu mahupun Cina angka 13 memang tidak disukai mereka.Di KL sentral pun bangunannya tidak ada nombor 13 sedangkan pemiliknya seratus peratus Melayu yang beragama Islam.

Menurut Yahudi, angka 13 merupakan salah satu angka suci yang mengandungi berbagai daya magik dan keagamaa, bersama-sama dengan angka 11 dan 666. Sebab itu, dalam berbagai simbol terkaitnya 13.

Simbol angka 13 terdapat dalam lambang negara Amerika Syarikat. The Seal of United States of Amerika yang terdiri dari dua sisi ( Burung Helang dan Piramid ) dengan angka 13 untuk membuktikan Yahudi telah mengawal Amerika sekaligus mengawal dunia.



  • 13 bintang di atas kepala burung helang membentuk bintang David ( Yahudi )
  • 13 garis perisai burung
  • 13 daun zaitun di kaki kanan burung
  • 13 butir zaitun yang tersembul di celah-celah daun zaitun
  • 13 anak anak panah
  • 13 bulu di hujung anak panah di kaki kiri
  • 13 huruf membentuk kalimat " E Pluribus Unum


  • 13 huruf membentuk kalimat " ANNUIT COEPTIS ''
  • 13 lapisan batu yang membentuk piramid ( Illuminati )


Selain memasukkan angka 13 dalam lambang negara, logo perusahan besar di Amerika Syarikat juga mengandungi angka "13".Seperti di bawah ini jika diterbalikkan 90 darjah anda akan lihat angka "13"

Perusahaan besar yang kita gemari iaitu McDonald juga mengandungi angka 13.Ia juga perlu diputar 90 darjah dan akan membentuk angka "13" membawa makna bagi bangsa Yahudi yang mengawal dunia.

Microsoft juga tidak terkecuali dari logo "13" ini.Jika diterbalikkan seperti di kaca anda akan melihat angka "13" yang tersembunyi sebagai gambar Windows atau jendela.

Dikatakan di dalam Malaysia juga telah terserap lambang rahsia ini.Tapi aku tidak seberapa yakin tetapi anda boleh mengkajinya di lambang UMNO jika dipusing akan nampak seperti angka "13".Dan dikatakan Malaysia ini juga terjerumus dalam Yahudi apabila huruf pertamanya dimulai dengan huruf M atau susunannya bernombor 13.

MALAYSIA kalau dicampur hurufnya menjadi 81 dan 81 boleh dipecah menjadi seperti ini


13 + 13 + 13 + 13 + 13 + 13 + 3 = 81

Jadi Malaysia juga mempunyai angka 13 di pentadbirannya mungkin juga membawa maksud yang lain seperti 1 Malaysia. 1 Malaysia atau diringkas menjadi 1M.1M kalau diterbalikkan ke kanan akan menjadi angka "13".

Banyak bukti-bukti yang aku letakkan di sini jadi bagi anda jadikannya sebagai bacaan dan jangan mempercayai tulisan-tulisan merapu aku kerana aku pun tak tahu kesahihannya kerana aku hanya tulis dari apa yang aku baca.

Tetapi apabila diteliti kembali di Amerika pun mereka tidak suka akan nombor 13 kerana kebanyakkan bangunan pencakar langit di sana tidak ada tingkat 13 kerana setelah 12 selalunya lompat ke 14 atau mempunyai 12A.

Bagi Kristian juga angka "13" adalah angka sial bagi mereka dan ini kerana kepercayaan mereka kerana Yudas mempunyai kerusi yang ke-13 dan menjual Jesus ( Isa ) tepat jam 13.00 atau kalau digunakan sistem 12 jam waktunya jam 1.

Bagi masyarakat Cina pula nombor 13 tak Feng Shui kerana jika dicampur satu dan tiga akan membentuk 4 dan angka 4 bagi mereka bermaksud Mati.Sebab itu kalau nak tender nombor kereta nombor 4 murah dan nombor 8 mahal kerana bermaksud kaya.

Tarikh lahir aku pun ada nombor 13 juga kan...Mungkin ada kena mengena dengan aku juga kot.Hehehe...

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen