Saturday, November 7, 2009

Kelantan vs. N.Sembilan

Malam ini di Stadium Nasional Bukit Jalil dan boleh dikatakan stadium yang ke-25 terbesar di dunia yang boleh memuatkan 87 ribu penonton dalam satu masa.Stadium ini juga antara stadium terbesar di Asia Tenggara tetapi pasukannya ranking ke-150 mengikut FIFA naik 2 anak tangga.

Pasukan Kelantan akan menentang Negeri Sembilan untuk menentukan juara Piala Malaysia musim ini.Tiket perlawanan pada malam ini dikatakan habis dijual menyaksikan berpuluh ribu peminat pasukan yang berentap akan memeriahkan perlawanan pada malam ini.

Pada kedudukan liga Super musim ini menyaksikan pasukan Kelantan menduduki tempat ke-6 lebih baik dari Negeri Sembilan yang menduduki tempat ke-7.Manakala pasukan Favourite pada malam ini dijangka Kelantan dan Negeri Sembilan sebagai Underdog.

Negeri Sembilan ingin mencipta rekod sejak 61 tahun lalu untuk membawa pulang Piala Malaysia malam ini.Jurulatih pasukan ini juga optimis yang pasukan anak buahnya akan membawa pulang piala tersebut.

Kelantan awal-awal lagi memberi cuti peristiwa pada hari Ahad ini kerana pasukan mereka telah layak ke final Piala Malaysia.B.Sathianathan yang juga bekas jurulatih Malaysia menyatakan anak buahnya tidak gentar akan kekebalan pasukan Negeri Sembilan.

Akhbar juga melaporkan yang baki tiket habis dibeli oleh ulat-ulat tiket sekitar stadium dan yang membeli tiket sehingga 90 tiket sekali gus.Ini menyebabkan para peminat gagal mendapatkan tiket dan ulat tiket ini akan menjualnya pada hari ini dengan harga berlipat ganda.

Sebanyak 14 ribu polis telah dikerah untuk menjaga keselamatan pada malam ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.14 ribu polis ini antara kawalan terbesar dalam sejarah bolasepak Malaysia.Ini kerana ingin mengelakkan segala kekacauan seperti rusuhan yang akan berlaku di Stadium dan mengelak kejadian di Kelantan berulang lagi.

Pada jam seperti ini ( 6.15 petang ) penyokong-penyokong setiap pasukan sudah pun bertolak ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyaksikan perlawanan ini untuk mengelakkan kesesakkan.

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen