Saturday, November 14, 2009

Kehidupan Bagai Bermain Catur

Catur adalah permainan yang terkenal dengan kos permainannya murah dan mampu dimain dimana-mana asalkan mempunyai 64 kotak gelap dan terang dan juga tentera kita yang sama iaitu 8 Pawn, 2 Castle, 2 Knight, 2 Bishop, 1 Permaisuri dan 1 raja.

Kita sebagai Raja menentang dunia yang agak kejam.Dengan berbekal para tentera kita untuk mempertahankan kita sehingga kita boleh dikatakan Checkmate.Walaupun Pawn kita harus menghargainya kerana dalam dunia realiti ia banyak membantu kita untuk kekal hidup.

Raja adalah kita menentang segala kejahatan yang menimpa kita dengan berbekalkan pengalaman untuk menggerakkan setiap tentera kita.Namun disini kita dibenarkan dibantu oleh kawan-kawan kita, ayah kita dan sesiapa saja.

Di dalam keadaan yang gawat kawan-kawan kita akan membantu kita membuat pilihan yang bijak dan itulah kelebihan kita untuk melawan lawan kita iaitu dunia.15 para tentera kita harus digunakan dengan sebaiknya dan peluang yang ada jangan disia-siakan.

Kadang-kadang di dalam dunia ini kita harus mengorbankan masa kita untuk mencapai sesuatu.Begitu juga dengan bermain catur kita harus mengorbankan Pawn kita dan mungkin kita boleh memakan Castle.

Tindakan yang salah membuatkan kita berada dalam keadaan risau.Tindakan yang salah mungkin menyebabkan Pawn anda mati.Tetapi disini aku yakin kita dan anda yang sebaya rasanya tiada lagi tentera kita yang mati kerana usia seperti kita seperti baru bermulanya permainan ini.

Mungkin kita sudah kehilangan satu pawn tetapi tidak bermaksud kita akan kehilangan lebih banyak para tentera kita kerana dengan pengalaman yang lalu tindakan kita akan mungkin membawa kebaikan kita.

Belajar dari kesilapan kerana sebuat orang tidak sempurna dan ini mungkin membantu kita dalam membuat pergerakan seterusnya untuk berjaya dalam hidup.Permainan ini tidak akan tamat selagi kita tidak mencapai kejayaan.

Paling menakutkan, dalam satu-satu masa kita harus mengawal banyak permainan.Bukan hanya 1 permainan tetapi beratus permainan yang akan membawa kita ke puncak kejayaan.Namun kesusahan menjadi halangan kita dan itulah gunanya kawan untuk membantu kita mengerakkan tentera kita.

Selepas kita berjaya pun permainan tidak akan tamat.Banyak rintangan yang bakal dihadapi kita namun kita tidak boleh hidup seorang diri tanpa bantuan kawan kita.Mereka akan membantu kita mengerakkan chess yang anda kawal begitu banyak.

Kadang-kadang kita harus bermain tipu dalam permainan ini kerana dunia ini kejam.Kita perlu selamatkan diri kita sebelum kita akan menjadi mangsa dan itulah cara bermain dalam kehidupan yang nyata ini.

Sampai satu masa kita akan checkmate juga kerana tiada siapa boleh melawan kebolehan dunia.Checkmate atau dalam bahasa kasarnya bermaksud mati dan ini antara kelainan dari chess sebenar yang mempunyai seri.

Inilah dunia, setiap langkah yang salah akan membawa bencana bagi anda.Setiap langkah yang betul akan mendapat nikmat dan kebaikan.Ingatlah, anda tidak boleh hidup seorang diri untuk terus berentap bersama lawan kita iaitu dunia.Hidup kita seperti bermain chess bersama-sama dengan dunia.

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen