Friday, November 13, 2009

Jamuan Kelas

Hari Rabu hari itu aku diwartakan oleh guru kelas aku akan jamuan kelas yang diadakan pada hari ini.Jadi semua rakan-rakan sekelas aku dan aku sekali gembira kerana dapat makan bersama sebelum kita berpisah pada minggu hadapan.

Guru kelas mengarahkan setiap murid untuk membawa makanan masing-masing dan makan bersama-sama kawan.Aku pun berfikir minuman apa harus aku bawak untuk ke jamuan kelas.Pada jamuan bersama kelab aku bawa makanan jadi untuk hari ini aku nak bawa minuman.

Sehari sebelum jamuan kelas aku meminta ayah aku membelikan beberapa botol Sparkling Juice untuk aku dibawa ke sekolah diminum bersama-sama rakan tidak kira India mahupun Cina.Aku tak boleh bawa banyak-banyak sebab 1 botol hanya 750 ml dan harga nya Rm8 jadi 100 ml lebih kurang seringgit.

Pada pagi ini, dijadualkan untuk memulakan jamuan pada jam 10.00 pagi tetapi jam 9.30 pagi pun Miss Geetha telah menghidangkan kepada kami semua Roti Canai.Jadi semua orang makanlah dengan kuahnya yang diberi dua pilihan.Roti Canai boleh dikatakan lambang perpaduan rakyat Malaysia kerana tidak kira bangsa mahupun agama memakannya.

Selepas makan itu, dihidangkan kami pula Mee Goreng yang dibawa rakan dan Kuey Teow goreng.Selepas itu kami menjamah nugget yang dibawa oleh Fahim.Perebutan dapat dirasai untuk mendapatkan nugget yang digoreng oleh ibunya atau ......

Bab minuman pula lebih kurang 20 botol memenuhi 2 meja dihadapan itu.Pelbagai minuman gas berkarbonat ada disitu.Aku hanya membawa 4 botol sparkling yang dalamnya isi 750 ml jadi kesemuanya lebih kurang 3 liter Sparkling.

Aku diajak oleh Rusyidi untuk ke berjalan dari kelas ke kelas mengambil gambar.Dari 6 Rajin sampai 5 Tabah kami datang untuk mengambil gambar mereka.Ternyata suasana murid darjah lima agak meriah dari kelas kami tidak termasuk Gigih kerana mereka mendengar muzik.

Selepas itu aku dijemput oleh kelas lain untuk memakan tetapi aku hanya mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana perut aku ni kecil.Apatah lagi diuar-uarkan oleh Aisya tentang kedatangan Domino Pizza ke dalam kelas.

Tapi dalam kita bergembira ada juga yang mengambil kesempatan menyonglap makanan-makanan masuk ke dalam beg dan makan di rumah.Itulah tabiat-tabiat tidak baik kita yang suka makan seorang-seorang.

Di kelas-kelas tahun 5 kebanyakkan di papan putih mereka terdapat tanda tangan setiap murid dan belon.Jadi ini menyebabkan suasana di kelas darjah 5 lebih meriah dengan keseronokan mereka menjamah selera.

Ketika aku ingin balik terdapat banyak botol-botol air yang belum dibuka kerana terlebih dari yang dijangka jadi cikgu memberi kebenaran untuk mengambil botol itu bawa balik ke rumah aku pun bergegas ke tempat itu lalu menyambar sebotol air.

Pada akhir-akhir waktu persekolahan rakan aku di hadapan memberi aku lagi sedikit botol jadi aku pun ambil la.Tetapi aku memberi sebotol air kepada rakan aku kerana dia tidak ada botol lagipun pepatah melayu mengatakan orang tamak selalu rugi.

Baiklah, setakat sini sahaja artikel aku pada hari ini sebab aku tak boleh tulis panjang-panjang sebab nanti ada orang marah kalau tersalah tulis.Tapi aku berasa gembira pada hari ini ketika berada di sekolah kerana terjalin kemesraaan diantara kita walaupun berlainan warna kulit.

1 comment:

  1. Hehe menu you bawa pergi sekolah, sama macam i sekolah dulu. bawak air je.. tapi I bawa air gas je.

    ishpentingke.wordpress.com

    ReplyDelete

Dipersilakan Komen