Thursday, November 19, 2009

Hari-hari terakhir di sekolahku Seafield

Hari ini pada tanggal 20 November bersamaan dengan hari Jumaat adalah hari terakhir bagi kesemua murid di sekolah Seafield pada sesi pembelajaran tahun 2009 di Sekolah Kebangsaan Seafield ini.

Hari ini juga berlangsungnya penyampaian anugerah terhadap semua murid-murid Sekolah Kebangsaan Seafield menunjukkan usaha mereka belajar di sekolah ini.Banyak anugerah disediakan dengan diberi tempoh 3 hari untuk raptai.

Sedar tak sedar kita akan meninggalkan Sekolah Kebangsaan Seafield dimana aku telah belajar dari huruf A hingga Z oleh guru dari Sekolah Seafield selama 6 tahun.Pengorbanan guru yang mengajar kita tidak boleh digambarkan dan dengan sejujur-jujurnya aku tidak pernah menyimpan perasaan dendam terhadap mana-mana guru.

Aku rasa aku adalah murid yang paling kena marah dengan guru tetapi sebagai manusia yang tidak pernah melakukan kesilapan kata-kata guru itu adalah nasihat yang penuh makna untuk kita memperbetulkan kesilapan.

Dari kelas 1 Berani dan pada tahun 4 aku turun ke kelas tercorot sekali iaitu Tabah dan pada tahun 5 aku menjangkau lebih 120 murid dan berjaya belajar di sebuah kelas yang diberi nama Usaha.Pada tahun terakhir aku disekolah ini juga aku berjaya mengekalkan kedudukan aku di kelas yang sama.

Taktiknya begitu konsisten untuk mencapai kejayaan pada UPSR tetapi tidak bagaimana aku boleh menjangkau begitu banyak murid dalam tempoh 12 bulan.Pelan harus benar-benar fokus kepada pelan yang dirancang.

Pelannya begini, pada darjah 3 aku hanya membuat ujian dengan sambil lewa untuk kekal ke kelas Berani.Tetapi malangnya taktik untuk kekal tidak menjadi tetapi aku turun ke bawah iaitu kelas 4 Tabah.

Selepas masuk ke kelas Tabah pada tahun 4 secara automatiknya aku tidak akan menjadi pelajar tercorot di kelas Tabah.Aku memang betul-betul fokus pada pelajaran untuk naik kelas terbaik pada tahun 5 dan impian itu lebih senang berlipat ganda apabila aku berada di kelas Tabah.

Cara pembelajarannya sama dengan kelas lain tetapi bergantung kepada individu untuk berusaha atau tidak.Aku fokus pada pelajaran dan pada akhir tahun dapat ke 5 Usaha dan taktiknya berjaya.Ini kerana taktik aku adalah pada tahun 4 aku berada pada kelas tercorot dan disini tiada saingan diantara rakan-rakan aku kerana kebanyakkannya tidak fokus jadi bila aku boleh dikatakan yang paling bagus di kelas itu jadi senang menjangkau ke Usaha.

Pada tahun 5 aku perlu mengekalkan kedudukan aku untuk terus menduduki kelas Usaha ataupun naik ke kelas Rajin tetapi keputusan aku tidak memuaskan jadi nyaris aku diletakkan di Gigih tetapi dengan berkat tuhan aku dapat terus duduki 6 Usaha.

Seperti yang anda semua boleh tahu aku ini tidak berapa pandai dalam Bahasa Inggeris sebabnya aku pun tak tahu.Sebab itulah tak ada 1 post aku berbangsa English kecuali ada satu lawak yang aku "Copy and Paste".

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen