Friday, November 6, 2009

Gusti & Lakonan

Aku rasa semua pernah tengok Wrestling di kaca TV seperti Smackdown,RAW,TNA,ECW.Semua menampilkan penggusti-penggusti yang hebat.Sudah lama Wrestling ini bertapak di dunia mencuri perhatian penonton untuk melihat aksi-aksi yang agak berbahaya.

Aku dulu memang suka tengok gusti tak kira Smackdown mahupun RAW.Tapi sekarang dah kurang aku cuma tengok macam Special Event je macam No Mercy dan lain2.Aku mula tengok Wrestling umur 6 tahun tak salah aku.Tapi masa tu aku tak tau apa2 hanya tengok saja.

Masuk umur 8 tahun sampai 10 tahun kira penonton tegar WWE ini.Tapi sekarang dah kurang tengok dah la.Aku ingat lagi dahulu ada sebuah team yang dinamakan Evolution yang dianggotai oleh Triple H,Ric Flair,Randy Orton dan Batista membelasah seorang penggusti yang memakai topeng yang bernama Goldust.Bukan setakat belasah, Goldust itu dibawa kesuatu tempat dan dibelasah menggunakan elektrik.

Sejak itu aku jadi obses dengan Evolution dan paling aku suka dalam tu Ric Flair sebab dia punya finisher dia lock kaki orang.Tapi tak lama selepas itu, Evolution dibubarkan dan aku beralih ke Batista.Tapi masa itu Batista masih jahat lagi.Belt pun tak ada lagi dan Batista tak ada banyak peminat.

Kalau aku dengan saudara aku cakap aku peminat Batista tu kira kena kutuk la sebab kebanyakkan suka seperti Kane,Undertaker,Triple H,The Rock,Big Show dan lain2 sekawan dengan mereka itu.

Tapi kebanyakkan penggusti yang hebat-hebat dah pencen atau bersara jadi timbulah penggusti baru.Penggusti baru mula-mula memang tak ada minat nak tengok mereka bertanding tetapi suka tengok mereka punya finisher macam Chris Master.

Nama yang mereka guna sebenarnya nama samaran seperti Triple H, nama sebenarnya ialah Paul Michael Levasque tetapi dipanggil Triple H sebab ada satu lagi nama samarannya yang dipanggil Hunter Hearst Helmsly dan dari situ dipanggil Triple H.

Ada juga yang guna nama sebenarnya seperi John Cena,Randy Orton,Finlay dan Matt Hardy.Memang seronok bila tengok orang bertumbuk dekat situ dan nampak seperti dibelasah hingga nyawa ikan tetapi semua itu hanya lakonan dan pernah diakui oleh para penggusti.

Antara yang kita nampak dengan jelas apabila seseorang penggusti menarik lawannya ke dan lawannya pergi ke tali lalu patah balik ke penggusti tersebut.Itu antara satu penipuan dalam gusti.

Kalau penggusti itu pin lawannya dan dan bila tiga baru lawannya mengangkat tangannya dan pengadil meneruskan penggustian antara mereka.Ketika mereka tumbuk pula sebenarnya tidak kena jari mereka tetapi belakang tapak tangan mereka.

Kadang-kadang penggusti meletak lawannya di penjuru ring tersebut dan penggusti itu mengambil kedudukan untuk menghentak lawannya tetapi lawannya menendang kedua-dua kakinya ke kepala penggusti tersebut tetapi kalau perasan sebelum tendang mereka sudah mengelak dan hanya terkena tempiasnya sahaja.

Dalam banyak-banyak finisher, Rey Mysterio antara finisher yang agak susah sedikit dan disini boleh pertikaikan bagaimana lawan Mysterio berada di tali kedua.Dan kalau dilihat secara teliti lawannya sendiri yang membantu Mysterio melakukan finisher yang dinamakan "619".

Satu lagi benda yang aku lihat kelemahan di finisher Rey Mysterio adalah ketika lawan Mysterio mengelak dari melakukan 619.Lawan Mysterio sudah ada diatas tali dan lawan mereka akan mengelaknya.Tetapi mereka tidak tahu dimana kedudukan Rey Mysterio untuk mengelaknya.Jadi mereka akan lihat di skrin besar yang tertera di atas pintu masuk.JAdi mereka akan lihat ke kanan.

Tentang darah pula,sebenarnya darah yang mengalir di muka mereka itu pun tipu juga.Darah kadang-kadang mengalir banyak tapi luka tak nampak pun.Mereka ada kapsul yang disimpan di dalam seluar dalam mereka.Dan bunyi dentuman juga memang macam real walaubagaimanapun mereka memang biarkan lantai itu mengeluarkan bunyi.

Banyak lagi yang boleh diceritakan tetapi dah banyak aku tulis tentang WWE.Satu lagi point paling pentingnya John Cena pernah berlakon dalam filem Marine dan tiada masalah mereka berlakon di dalam ring.

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen