Sunday, November 8, 2009

Favourite kalah Underdog menang

Negeri Sembilan kelmarin telah membuktikan kehebatan mereka walaupun mereka dilabelkan sebagai underdog.Mereka memenangi perlawanan pada malam kelmarin dengan menewaskan Kelantan 3-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Selepas habis perlawanan, seorang jurukamera yang berada ditepi padang dikatakan cedera dibaling objek oleh penyokong Kelantan.Aku teringat dahulu ketika balik ke Perlis, aku bersama saudara aku pergi ke Stadium menyaksikan perlawanan bola sepak.

Aku pun lupa lawan Perlis masa itu tetapi aku masih mempunyai video yang dirakam oleh sepupu aku ketika berada disana.Kemeriahannya memang kecoh dengan jeritan-jeritan oleh para penyokong Perlis.

Ada suatu ketika 2 orang polis lelaki dan 1 orang polis perempuan sedang berjalan meronda sekitar stadium dan sepupu aku kutuk-kutuk.Maklumlah ramai-ramai ketika itu."Inspektor Aliza" laa "Makan rasuah" macam-macam.

Pernah suatu ketika dahulu, aku tengah berada didalam stadium menyaksikan perlawanan bola sepak dan aku menoleh ke belakang terlihat ramai orang tengok bawah ( stadium tak ada bumbung ) dan apa yang aku lihat memang mengejutkan.

Aku lihat dua orang FRU ( tak salah aku ) sedang memukul seorang penyokong Perlis jadi tertanya-tanya aku kenapa jadi macam itu.Aku tengok ramai orang turun bawah tapi tak dibenarkan keluar ( aku rasa dia nak tolong lelaki yang kena pukul ).Dari atas pakat-pakat baling botol dekat FRU tu.

Lagi satu tabiat penyokong Malaysia di mana-mana negeri pun bila asyik kalah mesti stadium kosong.Kalah 3 kali berturut dah sunyi stadium tak ada orang pun pergi.Kalau dekat London tengok Derby County kalah banyak kali pun stadium masih penuh lagi.

Hooligan memang tidak dapat dielakkan lagi yang makin berkembang di Malaysia.Kalau tiada keganasan di Malaysia tetapi sekarang Kelantan antara pasukan Hooligan yang suka buat kecoh dekat stadium.Tambah-tambah bila kalah mesti rosak punya kereta penyokong lawan.

Tapi kalau dekat Perlis kalau Kelantan main dekat sana ( Perlis ) memang tak ada peluang nak buah kecoh.Penyokong Perlis pun ganas-ganas tapi tak sehebat Kelantan.Aku sendiri pernah tengok mereka pecahkan tingkap penyokong lawan.

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen