Monday, November 9, 2009

Banjir

Nampaknya media massa sudah membuat liputan tentang banjir di Kelantan dan Terengganu sementara di Utara tanah air juga dikatakan air pun sudah naik.Banyak daerah-daerah di Kelantan dinaiki air dan penduduk dipindahkan.

Ini menyebabkan kita teringatkan tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa tahun lepas yang mengorbankan banyak orang.Bukit Antarabangsa ini boleh dikatakan Beverly Hills Malaysia kerana kebanyakkan selebriti tinggal disitu.

Dan aku teringat dahulu dalam lebih kurang 4 tahun dahulu aku dijemput oleh mak saudara aku balik ke sana untuk melihat banjir.Jadi aku pun balik la lagipun ketika itu persekolahan sudah tamat jadi tiada masalah untuk balik.

Ayah aku hantar aku sampai ke Kedah dan menemui kawannya sekejap dan kawannya membawa aku dah ayah aku nak kereta 4x4 jadi tiada masalah untuk meredah air untuk sampai ke destinasi yang ingin dituju.

Selepas itu, aku pun bertolaklah untuk ke Perlis ingin berjumpa bersama nenek aku ( sekarang dah tak ada ) dan sepupu aku yang tinggal disana.Ketika dalam perjalanan untuk balik memang pemandangan amat menakjubkan dan antara pengalaman yang hebat bagi aku.

Sampai ke suatu jalan air naik tetapi disebabkan aku naik 4x4 tiada masalah ingin meredah air ini.Jalan diantara Kedah ke Perlis dikelilingi oleh sawah padi.Jadi aku tidak nampak sawah dan lihat seperti sebuah lautan yang besar.

Pengalaman yang agak menakjubkan dapat melihat lautan ditengah-tengah lautan.Walaubagaimanapun aku masih terus perjalanan ke Perlis berpandukan pokok yang ada.Ini kerana pokok ini sebagai sempadan jika melebihi pokok bermaksud anda akan terjun sawah padi.

Selepas sampai ke destinasi yang dituju.Aku balik dan mendapati rumah mak saudara aku ditengelami air tetapi tidak masuk ke dalam.Petang lebih kurang jam 5 lebih-lebih pancing ikan di belakang rumah kebetulan rumah mak saudara aku ini betul-betul belakang sawah padi.

Banyak perkara-perkara menarik bila banjir ini.Kalau boleh baliklah kampung untuk merasai keseronokan bermain air bah.Tetapi kalau nak bermain kena berhati-hati takut lemas.Tapi kalau lemas jangan cakap aku suruh pula...

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen