Monday, November 2, 2009

Balasan tuhan

Pada 19 Mei 1881 di bandar Salonica, Greek seorang lelaki bernama Mustapha Kamal Ataturk telah dilahirkan pernah bekerja sebagai tentera.Seorang pembantu Ataturk menulis dalam bukunya yang menyatakan Ataturk adalah seorang Yahudi.

Ataturk adalah seorang lelaki yang menumbangkan pemerintahan khalifah Uthmaniyah di Turki dan antara penyebab pembentukan negara Yahudi.Sebelum kerajaan Khalifah tumbang, Sultan Abdul Hamid II tidak membenarkan Yahudi ke Palestin.

Sultan tahun akan niat orang-orang Yahudi di Turki untuk menubuhkan sebuah negara tersendiri dan para Yahudi bermesyuarat dan mempunyai 3 pilihan untuk menubuhkan negara sendiri iaitu Palestin,Uganda di Afrika dan Surinam di Amerika Latin dan keputusannya mereka memilih Palestin tetapi Sultan tidak membenarkan mereka berhijrah.

Ataturk adalah musuh ketat Khalifah Uthmaniyah yang ketika itu Sultan Abdul Hamid II dan selalu melakukan tindakan untuk menumbangkan empayar Khalifah di Turki namun tidak berjaya.

Media di Turki telah menyebelahi Ataturk dan menyebabkan kerajaan Khalifah Uthmaniyah gusar kerana nama mereka telah busuk dan tercemar.Ini menyebabkan media-media di Eropah telah memalsukan fakta-fakta dengan menggambarkan Sultan Abdul Hamid II ganas dan zalim.

Campur tangan negara-negara luar yang ingin menentang Khalifah ini telah membuatkan kerajaan Khalifah sedikit goyah.Mereka mengatakan untuk membantu golongan minoriti di negara itu dari ditindas pemerintah.

Ini menyebabkan Sultan Abdul Hamid terpaksa turun takhta dan dihalau keluar dari Turki.Sultan juga terpaksa menyerahkan Turki kepada golongan Yahudi dan secara rasminya Khalifah Uthmaniyah selama ini tumbang ditangan Ataturk.

Ataturk telah menjadi presiden pertama Turki yang digelar Ataturk yang bermaksud ''Bapa Rakyat Turki".Nama sebenarnya ialah Gazi Mustapha Kemal Pasha tetapi ditukarkan.Semasa menjadi presiden Turki Ataturk antara rakan baik Amerika ketika itu dan Pro-barat.

Mustapha Kamal Ataturk telah membentuk semula Turki untuk menjadi moden dari segala aspek bersesuaian dengan keadaan semasa itu.Oleh sebab itu antara tindakan-tindakan yang dilakukan oleh Ataturk adalah ( benda ini yang aku nak cerita sebenarnya )

Ataturk telah mengubah Assalamualaikum ke Marhaban Bikum ( Selamat Datang )


Menukar undang-undang Syariat Islam ke undang-undang Barat.

Ataturk melarang memakai jibab atau tudung kepada kaum wanita jika mahu memakai tudung kena memakai skirt.

Telah menghapuskan perayaan Islam seperti Aidilfitri dan Aidiladha dan melarang mengerjakan Ibadah haji

Ataturk juga pernah menutup beberapa buah masjid dan menukarnya kepada gereja

Sekolah-sekolah agama telah ditukar menjadi sekolah awam

Membatalkan cuti hari Jumaat dan menggantikannya hari Ahad

Melarang azan dalam bahasa Arab dan menukarkannya kepada bahasa Turki ( azan dalam bahasa Turki macam mana tuh ??? )

Menukar Al-Quran kepada bahasa Turki tetapi ulama' mempertikaikannya

Menukar Islam sebagai agama rasmi Turki

Banyak lagi tindakan Ataturk yang ingin memodenkan Turki.Menggalakan minum arak dikhalayak ramai juga antara tindakan Ataturk.Pendirian Ataturk selalunya bercanggah dengan para ulama di sana.

Pada suatu hari, Ataturk bertanya kepada salah seorang askarnya " Siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal ?" Oleh kerana takut, askar tadi berkata " Kamal Ataturk adalah tuhan?" Mustapha Kamal Ataturk menggangap dirinya tuhan ( seperti Firaun ).

Ketika memerintah Turki, Mustapha Kamal Ataturk jatuh sakit dan Allah telah datangkan Kamal Ataturk dengan bermacam-macam penyakit ketika itu.Antara seksaan yang dialaminya :

Didatangkan penyakit kulit hingga kaki dimana beliau berasa gatal seluruh badan.

Sakit Jantung

Darah Tinggi

Panas sepanjang masa hingga terpaksa mengarahkan bomba menyiram Istana Presiden 24 jam.Pembantu-pembantunya juga diarahkan meletak ketulan ais didalam selimutnya untuk menyejukkan Ataturk.

Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasannya itu, Mustapha Kamal Ataturk menjerit hinggakan seluruh Istana mendengarnya dan meletakkan Ataturk ditengah-tengah lautan diatas bot dengah harapan beliau akan sejuk.

Panasnya tidak hilang juga hingga Ataturk pengsan selama 48 jam dan sedar selepas itu malangnya Ataturk hilang ingatan.Pada 9 November 1938, Ataturk pengsan 36 jam dan akhirnya meninggal dunia.

Ketika Mustapha Kamal Ataturk meninggal dunia, tiada seorang pun memandikannya,mengkafankannya dan menyembahyangkan mayat Ataturk hingga adik kepada Ataturk meminta ulama' memandikannya.

Mayatnya diawetkan 9 hari 9 malam hingga para ulama itu memandikannya dan menyembahyangkannya dan ketika berada di tanah perkuburan, ketika mayatnya hendak ditanam tanah tidak dapat menerimanya ( tak tau macam mana ).

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan diletakkan di muzium.Selepas 15 tahun, mayatnya hendak ditanam semula tetapi tanah tetap tidak menerima mayat Ataturk.Mayatnya dibawa pula ke sebuah bukit dan ditanam dalam satu binaan seberat 44 tan.

Mayatnya telah ditanam dicelah-celah batu marmar dan apa yang menyedihkan, para ulama' pada zaman itu berpendapat jangan kata bumi Turki tetapi seluruh bumi Allah tidak akan menerimanya.

Itulah balasan kepada manusia yang membelakangkan Allah hingga tidak diterima bumi.Dan membenarkan Yahudi berhijrah ke Palestin dan menubuhkan sebuah negarayang diberi nama Israel.

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen