Friday, November 20, 2009

6 tahun di Seafield...

Sebagai murid biasa aku masuk ke Sekolah Kebangsaan Seafield pada tahun 2004.Banyak pengalaman pahit manis yang dilalui bersama rakan aku disana tidak kira agama mahupun warna kulit kerana aku diajar untuk bersosial dengan semua orang.

Aku rasa aku ini tak banyak berbakti kepada sekolah dan banyak menimbulkan masalah kepada guru.Pencapaian aku dari dulu tak teruk sangat dan kadang-kadang dapat terima anugerah tapi selalu tak dapat la.

Aku jenis suka mencuba, seperti pada darjah 3 aku pergi ambil test untuk menjadi pengawas surau selepas itu Ustazah yang beri aku test cakap aku lulus aku selamba je kata "Malas nak jadi pengawas kerja banyak ".

Beberapa kali aku dicalonkan sebagai pengawas tetapi tak dapat-dapat.Tak salah aku dua kali juga dicalonkan tetapi aku tak nak sangat jawatan pengawas.Darjah 3 juga tak salah aku, aku pernah jadi ketua kelas selama beberapa hari tetapi selepas itu aku letak jawatan malas nak buat kerja.

Masalah yang kadang-kadang aku buat sebenarnya tak teruk sangat pun.Antaranya tuang ( Org Kdah pnggil tuang org KL pnggil Ponteng ) kelas pada tahun 5 tapi masa itu pun tak salah aku darjah 5.Ini gara-gara Fahimlah.( Sekali sahaja )

Pada tahun itu juga aku dan member aku pernah memecahkan pintu tandas lelaki.Lagi satu aku pernah bawa turun kerusi dan meja ke tandas dan disana kami lepas geram beramai-ramai hingga pecah kerusi dan meja itu.

Dan ambil sisa-sisa tu buang dalam tong sampah.Semua ini berlaku akhir tahun ketika bersama-sama rakan-rakanku yang lain yang kini ntah pergi ke mana aku pun tak berapa tahu.Aku harap buku rekod sudah dilenyapkan...

Antara guru-guru paling baik aku dahulu guru kelas aku pada darjah 2.Tak salah namanya Puan Noridah yang mengajar BM,Math dan Seni.Aku selalu minta tolong cikgu buatkan Seni untuk aku sebab aku punya seni terok. ( Sampai sekarang aku tak tahu buat Origami )

Encik Redzuan juga baik dengan aku pada darjah 3 ketika aku di kelas Berani.Cikgu ini ajar aku Bahasa Malaysia dan di baik sangat tapi kadang-kadang kena pulas perut juga dengan cikgu ini.Aku kalau buat BM mesti buat dengan meja cikgu ( masa itu tulisan aku masih putus2 ).

Kedua-dua cikgu baik dengan aku sudah berpindah dari sekolah.Puan Noridah telah berpindah ke Melaka ketika aku tahu sementara Encik Redzuan pindah ke Kedah.Kadang-kadang aku call Cikgu Redzuan ucap Selamat Hari Raya walaupun aku tak kenal dia dan dia pun tak kenal aku.

Fahim tuh apahal dia tak datang kelmarin kalau tidak boleh gigit aku tapi malas nak bangun.Wei kalau berani tulislah balik kenangan kau dekat SK Seafield......

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen