Saturday, October 31, 2009

Criminalise War

Tengah hari tadi, aku bersama keluarga aku ke Kuala Lumpur untuk menyaksikan Pameran Jenayah Perang ataupun War Criminal ( bukan Wan Abdul Rahman Criminal ) di Pusat Dagangan Dunia Putra ataupun Putra World Trade Centre ( PWTC ).

Sebelum pergi ke PWTC aku makan di "The Mall" bersebelahan dengan PWTC.Selepas makan aku berjalan-jalan dan terlihat seorang budak lelaki umur lebih kurang 6 tahun sedang menyanyi lagu "Rock".Aku gila terpegun dengan kehebatan budak itu dan ramai yang mendengar nyanyiannya.

Pameran yang berlangsung 4 hari ini terletak di tingkat 2 bangunan PWTC dan dirasmikan oleh Y.A.Berbahagia Tun Dr.Mahathir Mohammad selaku bekas Perdana Menteri Malaysia mengutuk keras jenayah perang terutamanya Israel.

Ramai orang beratur untuk menyaksikan pameran ini yang berlangsung dari 28 hingga 31 Oktober ini dan dikenakan bayaran Rm5 untuk dewasa dan Rm1 untuk kanak-kanak bawah 18 tahun.

Masuk sahaja di dalam aku diberi sebuah tag untuk dipakai yang tertera " Expose WAR Crimes " dan dilarang mengambil gambar ketika berada di dalam pameran tetapi demi blog aku yang ingin berkongsi pengalaman dengan anda aku ambil juga gambar walau diberi amaran sebanyak 3 kali oleh petugas pameran.

Sampai disana aku dapat melihat skrin TV yang menunjukkan orang-orang Palestin meluahkan rasa kecewa mereka terhadap Israel yang begitu kejam melakukan jenayah perang.Salah satu faktor menyumbangkan dana kepada Palestin dengan pameran sebegini.

Selepas itu aku melihat gambar-gambar tahanan yang diseska oleh tentera seperti yang berada di pusat tahanan Teluk Guantanamo dan juga Penjara Abu Ghraib di Baghdad, Iraq.Terdapat banyak gambar-gambar yang menunjukkan tahanan diseksa dengan suara jeritan kesakitan kedengaran ketika melihat pameran itu.

Aku juga dapat melihat teknik seksaan pegawai tahanan yang mengikat tangan mangsa ke kaki selama 15 jam.Sila anda cuba seperti yang didalam gambar selama 15 minit.Aku juga dapat lihat teknik yang dilakukan oleh Central Intelligent Agency ( CIA ) atau dalam Bahasa Malaysianya Agensi Perisikan Pusat.

Teknik ini dinamakan Water Boarding yang mana seperti tertera di gambar yang menunjukkan
dua orang lelaki menyimbah air ke muka seseorang yang dilapik dengan sehelai kain untuk membuatkan tahanan panik.Aku tutup flash jadi tidak jelas tetapi anda boleh cari teknik ini di google untuk lebih jelas. ( sebab itu tak masukkan dalam blog )

Teknik seterusnya adalah meletakkan headphone ke telinga mangsa dan memasang lagu Boney M dengan begitu kuat selama berjam-jam untuk membiarkan tahanan terseksa dan berimaginasi dengan lagu tersebut.

Banyak lagi tahanan yang diseksa oleh tentera tapi aku malas hendak menunjukkanya.Sebanyak 11 juta orang mati pada Perang Dunia pertama dan pada Perang dunia kedua menyaksikan Soviet Union antara yang paling ramai mati dengan lebih 25 juta orang.Korban keseluruhan pada perang dunia kedua adalah sebanyak 59 juta.

Ini bermaksud lebih 70 juta orang mati ketika perang.Dan aku ingin menyatakan yang 70 juta orang ini sebenarnya bukan kesemuanya tentera tetapi kebayakkan orang awam menjadi mangsa contohnya ketika peristiwa pengeboman di Nagasaki dan Hiroshima oleh tentera Amerika.

Tulisan banyak-banyak itu sesuatu yang menarik bagi aku untuk dipersembahkan kepada anda yang menyaksikan sumpah setia tentera gila iaitu Amerika.Walaupun dalam bahasa Inggeris aku masih dapat fahami apa yang dikatakan oleh tentera Amerika walau aku tak pandai sangat dalam Inggeris.

Sekali lagi aku menyatakan sesiapa yang tidak dapat menyaksikan pameran ini memang rugi kerana pameran sebegini mungkin datang 20 tahun lagi.Terima Kasih Tun atas kempen Tun untuk mengutuk tindakan menyeksa tahanan dan maksud di sebaliknya mengutuk keras tindakan Israel menyerang Gaza.

Tata...Aku nak naik Genting....Jangan lupa tengok Sehati Berdansa tau ntah2 ada muka aku ( hehehe )

Friday, October 30, 2009

Sehati berdansa

Semalam, aku lebih kurang jam 8 malam aku bertolak ke Bukit Jalil untuk pergi ke Technology Park Malaysia untuk menyaksikan persembahan pelbagai artis menyembahkan tarian di sana.Aku sampai di sana lebih kurang jam 8.30 malam.

Sampai disana aku terus ke sebuah khemah, disana tersedia nasi ayam dan juga sirap untuk buat makan belum masuk studio.Selesai makan nasi di khemah masuklah aku ke dalam studio itu untuk menyaksikan Sehati Berdansa dipengecarai oleh Scha dan juga Fahrin Ahmad.

Mula-mula dulu aku ingat konsert Sehati berdansa ini live tapi buat recording.Dalam studio itu tak besar pun tapi disebabkan camera angle jadi nampak macam besar.Hanya boleh memuatkan lebih kurang 100 saja.Sebab itu tiada tiket dijual dan hanya tetamu jemputan saja dapat masuk.

Juri jemputan pada hari itu adalah Anita Sarawak dan dua lagi jurinya adalah juri tetap Sehati berdansa.Sampai disana mereka memberi semua cermin mata hitam untuk dipakai kepada orang-orang yang berdiri.Aku special jadi dapat duduk la tak payah kena berdiri sampai dua jam.

Selesai semua itu acara dimula dan begitu hebat sekali.Ada yang bawak penyokong sampai satu bas la macam-macam.Memang riuh la dalam studio itu.Artis paling hebat sekali antara yang terakhir.

Selesai habis konsert yang berlangsung di Technology Park Malaysia aku menunggu mak saudara aku keluar dari menyalin pakaian di belakang pentas.Sambil menunggu disitu sempat aku mengambil gambar bersama dengan artis yang keluar nak balik.

Aku tak boleh cerita keseluruhan nanti Astro ban aku masuk dalam mana-mana acara sebab merosakkan program.Hehehe

Selesai saja program aku bersama pasangan artis ini pergi makan di McDonald bersama seorang koreografer pasangan Dira.Kalau Dira nampak mampus koreagrafer tu.Depan tu juga mengata pasangan Dira dan lain2.

Mula jam 9 malam habis jam 11 malam lepas tu pergi McD sampai pukul 1 pagi.Pagi nak pergi sekolah macam biasa la ponteng.

Wednesday, October 28, 2009

Al-Aqsa konspirasi Israel

Al-Aqsa kiblat pertama umat Islam yang berada di Palestin ini dibawah jajahan Israel.Mereka ingin meruntuhkan Al-Aqsa dan ingin membina kuil Haikal Sulaiman diatas tanah Masjidil Aqsa ini.Dengan alasan mencari artifak, mereka menggali terowong di bawah Al-Aqsa untuk meruntuhkan Al-Aqsa.

Tetapi jika dari gambar atas, mereka semesti menyangka masjid berkubah emas itu adalah Masjid Al-Aqsa tetapi sebenarnya masjid di belakang dan berkubah hijau itu sebenarnya Al-Aqsa.Masjid berkubah emas itu dipanggil Dome of the Rock.

Tujuan mereka mengelirukan umat Islam adalah untuk merobohkan masjid Al-Aqsa dan membina Kuil Haikal Sulaiman.Mereka memberikan gambaran Dome of the rock bermaksud Masjidil Aqsa dan bila mereka merobohkan Masjidil Aqsa, mereka akan menunjukkan gambar Dome of the Rock masih berdiri tetapi Al-Aqsa yang sebenarnya sudah roboh.

Dan cita-cita mereka menjadi kenyataan apabila aku pernah buat kajian terhadap Masjid Al-Aqsa dan juga Dome of the Rock dan kajian ini mendapati positif.Yahudi berjaya membuatkan umat Islam keliru.

Pada mulanya, aku juga mengatakan Dome of the Rock sebenarnya Masjid Al-Aqsa tetapi apabila membaca sebuah dokumen dalam laptop aku, aku sedar dari agenda Yahudi kepada umat Islam.

Paling terkejutnya, surat khabar hari ini menunjukkan gambar Dome of the Rock sebagai masjid Al-Aqsa.Kalau tak percaya bacalah Harian Metro di segmen "Global".Jika search Masjid Al-Aqsa disesetengah laman web juga menunjukkan Dome of the Rock.

Dari seorang profesor dari Universiti di Dubai mengatakan :

Terdapat beberapa kekeliruan diantara Masjid Al-Aqsa dan The Dome of the Rock.Apabila disebut sahaja Masjidil Aqsa di media tempatan ataupun antarabangsa, gambar the Dome of the Rock yang dipaparkan.Sebab utama adalah bagi mengabaikan orang ramai dimana ianya adalah perancangan mereka.Tinjauan ini saya perolehi semasa tinggal di USA, dimana saya telah dimaklumkan bahawa mereka di Amerika telah mencetak dan mengedarkan gambar tersebut dan menjualkannya kepada orang arab dan Muslim.Kadangkala dijual secara murah bahkan kadangkala diberi secara percuma supaya Muslim dapat mengedarkannya dimana sahaja.Tak kira di rumah mahupun pejabat

Ini meyakinkan saya bahawa mereka ingin menghapuskan gambaran Masjid Al-Aqsa dari ingatan umat Islam supaya mereka dapat memusnahkannya dan membina kuil mereka tanpa sebarang publisiti.Sekiranya terdapat pihak yang membangkan atau merungut, mereka akan menunjukkan gambar the Dome of the Rock masih utuh berdiri.Dan menyatakan yang mereka tidak berbuat apa-apa.Rancangan yang sungguh bijak!!! Saya juga berasa amat terperanjat apabila bertanya kepada beberapa rakyat arab, Muslim, bahkan rakyat Palestin sendiri tidak dapat membezakan antara kedua-dua bangunan tersebut.Ini benar-benar membuatkan saya kesal dan sedih kerana hingga kini mereka sudah berjaya dalam perancangan mereka.

Sunday, October 25, 2009

Noordin Mat Top masih bebas!!!

Baitullah Mehsud pemimpin Taliban di Pakistan dikatakan mati terbunuh pada serangan oleh tentera Amerika di Pakistan di rumahnya.Tetapi keesokannya timbul spekulasi mengatakan Baitullah masih hidup.

Osama Bin Laden jutawan arab yang menggepalai Al-Qaeda dilaporkan terbunuh.Tidak salahnya 3 kali Osama dikatakan terbunuh tetapi apabila berita kematiannya tersebar.Osama akan muncul dengan video klip terbarunya mengutuk barat.

Ketua Harimau Pembebasan Tamil Eelam ( LTTE ) yang bernama Vellupillai Prabhakaran manusia di Sri Lanka yang boleh menentukan masa aman dan perang.Beliau dilaporkan dikepung dan disahkan terbunuh tetapi masih boleh memegang senjata kerana dia tidak terbunuh.Prabhakaran juga dikatakan lari di ke Malaysia tetapi dinafikan kerajaan.Prabhakaran benar-benar dilaporkan mati pada bulan Mei ini.

Bagaimana pula dengan Noordin?

Noordin yang berasal dari Pontian,Johor digelarkan "Money-Man" kerana beliau seorang yang sangat bijak ( maklumlah akauntan ).Pembuat bom ini pernah melakukan banyak siri letupan bom antara yang famous adalah serangan Pub di Bali.

Selepas itu, Noordin dicari polis tetapi tidak berjaya ditangkap kerana Noordin melarikan diri.Selepas itu, serangan hotel di Jakarta, Ritz Carlton dan juga Marriot menyebabkan Noordin diburu sekali lagi.

Polis Indonesia melancarkan pergerakan mencari Noordin habis-habisan dan pada 8 Ogos tahun ini, sebuah rumah di Temanggung, Jawa Barat diserbu polis khas anti-pengganas dan serangan itu membuatkan ramai pengganas di situ mati.

Noordin yang dikatakan ada kaitan dengan serangan "September Eleven" dilaporkan terbunuh namun apabila DNA air liurnya diambil keputusannya menyatakan yang Noordin masih bebas kerana DNAnya itu tidak sama dengan DNA anak lelakinya.

2 bulan selepas serangan di Jakarta itu, sekali lagi polis Indonesia membuat serbuan di Solo, Jawa Tengah dan berjaya membunuh 3 orang pengganas tempatan dan Noordin.Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Indonesia Bambang Herdaso Danuri.

Persoalannya adakah Nordin masih bebas?


Bagi aku Noordin Mat Top masih bebas.Antara sebabnya perenggan1 hingga 3 yang menyatakan mereka tidak terbunuh.Ini bermaksud Noordin bukan benar-benar terbunuh tetapi hanya untuk melemahkan semangat pengganas lain.

Selain itu, Polis Indonesia terpaksa menyatakan yang Noordin Mat Top terbunuh kerana tidak sanggupkah mereka menanggung malu terhadap polis-polis negara lain.Hingga 2 kali serangan dibuat tetapi Noordin masih bebas memang memalukan bagi mereka.

Oleh kerana mereka terpaksa mengesahkan mayat itu dan menghantar pulang ke Malaysia.Ini perkara biasa iaitu polis Indonesia dan Malaysia berpakat memberi sejumlah wang kepada ahli keluarga untuk menyuruh mereka mengesahkan mayat tersebut sebagai Noordin.

Kalau betul itu Noordin mengapa polis membuat kawalan ketat ketika jenazahnya dikebumikan.Hanya orang tertentu sahaja dibenarkan masuk dan mengapa penggali kubur yang menggali liang lahad itu perlu memakai pas.

Jadi kesimpulannya disini aku ingin mengatakan Noordin Mat Top yang diburu itu masih bebas.Tetapi ini hanya andaian aku melalui mata aku dan fikiran sahaja tanpa dipengaruhi sesiapa.Aku tidak terkejut jika Noordin benar-benar terbunuh.

Friday, October 23, 2009

100 orang paling berpengaruh dalam sejarah

Pada tahun 1978, seorang lelaki Amerika Yahudi yang bernama Michael.H. Hart telah menyenaraikan seratus orang paling berpengaruh dalam sejarah ke dalam sebuah bukunya.Di bawah senarai orang yang disenaraikan di dalam seratus orang paling berpengaruh di dalam sejarah.

Sebelum ini, aku pernah meletakkan senarai seratus orang paling berpengaruh di dunia mengikut majalah TIME yang editornya juga berbangsa Yahudi.Disini, Senarai orang yang berpengaruh dalam sejarah.Jika ingin maklumat lanjut boleh beli buku ini dikedai-kedai buku seperti Boarder dan MPH ( tak salah aku Big Book Shop pun ada ).


1. Muhammad - Nabi di dalam Islam
2. Issac Newton - Hukum Fizik
3. Jesus Christ ( Nabi Isa/Jesus of Nazareth ) - Pengasas Kristian
4. Buddha - Pengasas agama Buddhism
5. Confucius - Pengasas Confucianism
6. St.Paul -
7. Ts'ai Lun - pencipta kertas
8. Johann Guteberg -
9. Christopher Columbus - pengembara ( Eropah ke Amerika )
10. Albert Einstein - manusia abad ini ( Fizik Einsteinian )
11. Loius Pasteur - Saintis ( pengasas kepada food preservation, Pasteurisation )
12. Galileo Galilei - Astronomi
13. Aristotle -
14. Euclid - Mathematician ( macam Adi Putra kot )
15. Moses - Nabi Judaism
16. Charles Darwin - Biologi
17. Shih Huan Ti - Maharaja China
18. Augustus Ceasar - Penguasa Rom
19. Nicolas Copernicus - Astronomi
20. Antoine Laurent Lavoisier - Bapa kepada Kimia Moden
21. Constantine the great - Maharaja Rom
22. James Watt -
23. Michael Faraday -
24. James Clerk Maxwell -
25. Marthin Luther - Pengasas protestanism dan lutheranism
26. George Washington - Presiden Amerika Syarikat yang pertama
27. Karl Marx - Pengasas ideologi Komunis
28. Orville and Wilbur Wright - Pencipta Kapal terbang
29. Genghis Khan - Penakluk Mongol
30. Adam Smith -
31. Edward de Vere a.k.a William Shakespeare -
32. John Dalton -
33. Alexander the Great - Penakluk
34. Napolean Bonaparte - Penakluk Perancis
35. Thomas Alva Edison - Pencipta mentor lampu
36. Antony van Leewenhock -
37. William T.G Morton -
38. Guglielmo Malconi - Pencipta Radio
39. Adolf Hitler - Penakluk kuasa pada perang dunia ke-2
40. Plato - Pengasas Platonism
41. Oliver Cromwell - Pemimpin British dan ketua tentera
42. Alexander Graham Bell - Pencipta telefon
43. Alexander Fleming -
44. John Locke -
45. Lugwig van Beethoven - Komposer
46. Werner Heinsenberg - Pemimpin Nazi
47. Louis Daguerre -
48. Simon Bolivar - Hero antarabangsa Venezuala,Columbia,Ecuador,Peru dan Bolivia
49. Rene Decartes -
50. Michelangelo - Pelukis dan Arkitek
51. Pope Urban II - Pope ( ketua agama Kristian Katolik )
52. Umar Ibn al-Khattab - Khalifah kedua
53. Asoka - Raja India yang menyebar agama Buddha
54. St.Augustine -
55. William Harvey -
56. Ernest Rutherford
57. John Calvin - Pengasas Calvinism
58. Gregor Mandel -
59. Max Planck -
60. Joseph Lifter -
61. Nikolaus Agusto Otto -
62. Francis Pizzaro -
63. Hernando Cortes -
64. Thomas Jefferson - Presiden Amerika yang ke-3
65. Permaisuri Isabella - Penguasa Sepanyol
66. Joseph Stalin - Penguasa USSR ( Russia ).
67. Julius Caesar - Maharaja Rom
68. William the Conqueror - Mencipta dasar England moden
69. Sigmund Freud - Pengasas Freudianism
70. Edward Jenner -
71. Wilhem Conrad Roentgen
72. Johann Sebastian Bach - Komposer
73. Lao Tzu - Pengasas Taiosm
74. Voltaire -
75. Johannes Kepler - Astronomi
76. Enrico Fermi -
77. Leonhard Euler - Mathematician
78. Jean-Jacques Rousseau -
79. Nicoli Machiavelli -
80. Thomas Malthus -
81. John F.Kennedy - Presiden US yang berupaya pergi ke planet lain
82. Gregory Punchus -
83. Mani - Pengasas Manichanism
84. Lenin - Pemerintah Russia
85. Sui Wen Ti -
86. Vasco de Gama -
87. Cyrus the Great - Penakluk empayar Parsi
88. Peter the Great -
89. Mao Zedong - Pengasas Maiosm/komunis
90. Francis Balcon -
91. Henry Ford - Pembangun automobil
92. Mencius - pengasas sekolah Confucianism
93. Zoroaster - Pengasas Zoroastrinism
94. Queen Elizabeth I - Permaisuri British
95. Mikhael Gorbachev - Membantu menghapuskan Komunism di Russia
96. Menes -
97. Charlemagne -
98. Homer -
99. Justinian I - Maharaja Rom
100. Mahavira - Pengasas Jainism/Hinduism

Dalam senarai seratus orang paling berpengaruh di dunia ini memang hebat orang-orang yang tersenarai.Paling mengejutkan seorang lelaki Yahudi menulis orang paling berpengaruh di dunia adalah dari agama kita.

Benda ini boleh dikatakan sebagai satu penganugerahan besar kepada agama Islam ini.Tetapi dalam seratus orang berpengaruh dalam sejarah ini hanya 2 orang sahaja yang tersenarai.Agama yang dianuti lebih 1 billion ini hanya 2 orang sahaja.Manakala Yahudi yang boleh dikatakan sedikit di muka bumi ini mempunyai 7 wakil.

*** Sesetengah aku tak tulis itu maksudnya aku tak tahu la.Aku bukan pandai sangat nak translatekan Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia.Kalau nak tahu boleh la cari sendiri.....

Sunday, October 18, 2009

Rahsia resipi Coca Cola ( terbongkar )

Bukan satu kejutan apabila syarikat Coca Cola yang mengaut beratus juta keuntungan menyimpan resipi Coca Cola dengan ketat.Walaupun begitu, terdapat banyak syarikat ingin meniru rasa Cola tetapi Coke masih memonopoli jualan minuman itu.

Tetapi bukankah ia hanya mengandungi lebih kurang 4 ramuan iaitu gula,air bekarbonat,kaffien,pewarna dan sebagainya.Formula resipi Coca Cola dikawal ketat hingga mereka menarik diri dari India kerana undang2 disana memestikan yang mereka menyenaraikan ramuan rahsia untuk membuat Coke kepada kerajaan India.

Mereka juga berjaya melambat-lambatkan kes pencerain diantara waris Coke apabila isterinya ingin menuntut nota ramuan Coca Cola yang ditinggalkan nenek moyangnya hinggakan syarikat juga mencampuri urusan ini untuk menjaga kepentingan Coke.

Siapa Yang Tahu???

Hanya dua orang sahaja yang mengetahui rahsia resipi Coca Cola iaitu dua orang eksekutifnya.Mereka telah membuat lagenda iaitu seorang eksekutif hanya mengetahui sebahagian dan seorang lagi mengetahui selebihnya tetapi ia tidak benar kerana ia diciptakan untuk iklan Coke sahaja.

Mereka meletakkan salinan asal ramuan Coca itu Sun Trust Bank di Atlanta.Bagi memastikan Sun Trust tidak membocorkan mereka memberi sebanyak 48.3 juta saham Coca Cola.Mereka juga diberikan syarikat untuk untuk diletakkan sebagai lembaga pengarah Coke.

Coca Cola juga memiliki polisi yang agak pelik untuk rahsia formula Coke hinggakan kedua-dua eksekutif tidak boleh menaiki pesawat yang sama.( Faham-faham sajalah )

PEMBONGKARAN

Coca Cola masih mengegalakan ramuan aslinya iaitu dari pokok Coca yang juga boleh menghasilkan sejenis dadah yang dipanggil Kokain.Pernah timbul kontroversi kerana pengimportan banyak pokok Coca tetapi kerajaan Amerika memberi kelulusan untuk memprosesnya dan menjadi satu-satunya syarikat di Amerika diberi kebenaran memproses dadah.Jika anda berjaya mencuri formulanya tidak bermaksud anda boleh melakukan Coca Cola kerana Pokok Coca.Kalau buat juga mungkin anda ditangkap hisap Kokain.

Friday, October 16, 2009

200 POST

Nampaknya, hari ini 16 Oktober aku telah menulis 200 artikel untuk blog "seafailed" ini.Satu lagi kegembiraan pada moderator blog ini adalah kerana blog ini pada hari ini telah menyambut ulang tahun yang pertama sejak blog ini dibuka.

Blog seafailed ini diasaskan oleh aku pada 16 Oktober 2008.Ilham untuk membuka blog datangnya dai Damansara.Ketika minum petang di rumah rakan ayah aku di Damansara, Dia menunjukkan blog seseorang kepada ayah aku dan aku ternampak mereka tulisan dalam blog itu.

Apabila tiba dirumah, aku terlintas difikiran untuk membuka blog ini.Nawaitu ketika itu adalah untuk menulis tentang sekolah dan berkongsi dengan beberapa rakan di sekolah untuk menulis blog.Tetapi rakan-rakan aku yang dulu share blog sudah mempunyai blog sendiri jadi aku jadikan blog ini sebagai blog persendirian.

Niat untuk menulis tentang sekolah pun tak jadi kerana tak banyak cerita sangat hendak ditulis jadi aku tulis blog ini suka hati aku.Dan aku mempromosi blog aku disekolah dan ada satu artikel aku untuk menarik perhatian rakan aku untuk membuka blog aku.

Kebetulan atau dirancang tentang post 200 dan 365 hari blog ini dibuka aku pun tak tahu.Selama 1 tahun dibuka atau 12 bulan ataupun 365 hari ataupun 8760 jam ataupun 525,600 minit atau 31,536,000 saat blog ini beroperasi.Purata blog ini artikel adalah sebanyak 0.547 dalam masa setahun

Jadi aku menucapkan jutaan terima kasih kerana membaca blog aku ini dan teruslah menyokong blog seafailed ini.Siapa boleh menjawab soalan tentang blog ini memang hebat... Kenapa di dalam chat box tu aku tulis "Sir Wan"???

Thursday, October 15, 2009

Aku pun tak percaya


Siapa yang baca ini pernah minum Coca Cola atau nama manisnya Coke? Kaau sapa yang cakap tak pernah minum itu aku cakap "PEMBOHONG" diulangi "PEMBOHONG!!! tapi mungkin la ada yang tak pernah minum Coca Cola produk pujaan ramai ini.

Coca Cola telah mengeluarkan pelbagai jenis jenama coke seperti Vanilla Coke dan Diet Coke tetapi sebenarnya berpuluh jenis Coke dikeluarkan Coca Cola Orange namun tidak berada di pasaran negara.

Kebanyakkan guru-guru selalu mengingatkan supaya tidak minum air Coke kerana tidak bagus untuk kesihatan tubuh badan kita.Tetapi minuman ini antara minuman nombor 1 negara pada aku dan kawan-kawan aku.

Tetapi hari ini, aku betul-betul tak percaya yang Coca Cola mengandungi Ekstrak Babi.Bukan itu sahaja, Coke juga mempunyai Karbonat yang berlebihan dan asid phoshate yang boleh merapuhkan tulang kita.

Di negara lain, Air Coca Cola mereka lain sedikit dan aku pernah minum Air Coke Jepun yang dibeli di KL.Harganya Rm6.50 tetapi betul-betul asli jika dilihat dari botolnya hinggalah rasanya.Terbukti yang Air Coke Jepun lebih kurang gula dan karbonatnya kurang dari yang berada di negara kita.

Persoalannya kenapa rakyat Malaysia tidak boleh meninggalkan tabiat meminum Coke ini.Buktinya ada pada aku dan mungkin kita dipukau produk Yahudi ini untuk mendermakan sedikit wang kepada Yahudi.
Coke dikatakan juga menghina Allah dengan menulis Tiada Muhammad,Tiada Mekah di tin Coca Cola jika diletakkan dekat cermin menunjukkan tertulis perkataan yang menghina Islam.Selain itu, dikatakan didalam Coke mempunyai 10% campuran arak yang dikilangkan di Malaysia dan Fail itu disimpan di dalam bawah meja laci JAKIM.Tahulah kerajaan Malaysia ini nak untung lebih.


!!!!! Ingat aku tidak menyuruh anda meninggalkan Coke tetapi kalau nak tinggalkan,tinggalkan saja.Bukan untuk merosakkan bisnes murid yang jual coke di sekolah kita...

Tuesday, October 13, 2009

Rahsia yang anda perlu tahu...

Setiap hari, pergi sekolah belum lakukan apa-apa tugasan mesti kena tulis tarikh dan hari dibahagian atas itu menandakan anda melakukan kerja itu pada hari tersebut.Tapi tahukah anda apa yang anda tulis Monday,Tuesday dan Wednesday itu.

Kalau dalam Bahasa Melayu opss Bahasa Malaysia aku dengar dari arab.Contohnya 'Selasa' dari perkataan nombor arab.Dan begitu yang seterusnya tetapi kadang-kadang tak sama langsung Ahad.Tapi dalam English aku akan dedahkan rahsia yang anda selalu tulis tetapi tidak tahu apa maksud di sebalik tulisan anda termasuk aku.

BULAN

  • Januari - Januari berasal dari perkataan Janus yang bermaksud berhala dari orang Ramawi yang wajahnya dua.Sebelah menghadap kehadapan dan sebelah lagi menghadap ke belakang
  • Februari - Asalnya dari perkataan Latin yang bermaksud kesucian.Kebiasaanya, kaum-kaum Ramawi akan menyucikan dosanya di kuil-kuil seperti mana kau hindu yang melakukan acara membaling tempurung kelapa dan istiadat menghilangkan dosa.
  • Mac - Maksudnya berhala dari bangsa Ramawi yang bernama Mars.
  • April - Berasal dari perkataan Latin yang iaitu Aperto yang bererti terbuka atau berkembang.Biasanya bunga-bunga akan berkembang pada bulan ini.Orang Saxon menggelarkan ini sebagai bulan Easter kerana menghormati tuhan musim panas ( summer ).
  • Mei - Perkataan dari bangsa Ramawi yang bermaksud Maia iaitu dewa puteri yang bernama Atlas.
  • Jun - Bermaksud salah satu tuhan orang Ramawi yang namanya Juno.
  • Julai - Berasal dari nama seorang pemerintah kuku besi Rom yang bernama Julies Caesar.
  • Ogos - Ogos juga bernama salah seorang pemimpin Rom yang bernama Caesar Augustus yang mulanya bulan sextilitis yang membawa maksud bulan keenam dalam bangsa Romulus.
  • September - Septem bererti tujuh tetapi telah diubah menjadi bulan yang kesembilan.
  • October - Octo bermaksud lapan tetapi juga telah diubah menjadi bulan kesepuluh.
  • November - Perkataan Novem asalnya dari perkataan Latin bererti sembilan.Walaubagaimanapun telah diubah menjadi bulan yang kesebelas.
  • Disember - Decem ertinya sepuluh tetapi telah diubah menjadi bulan terakhir didalam tahun.
HARI

  • Sunday - Diambil dari perkataan Sun's day yang bererti matahari.
  • Monday - Kalau diatas matahari dibawah bermaksud bulan.Moon'day tetapi telah disedapkan menjadi "Monday".
  • Tuesday - Berasal dari perkataan Day of Tyr yang bermaksud hari dewa perang Rom bernama Tyr.
  • Wednesday - Diambil dari perkataan Woden yang bermakna salah satu dewa suci Rom.
  • Thursday - Asalnya dari perkataan Thor yang membawa maksud dewa halilintar ( ??? ).
  • Friday - Day of Freya iaitu dewa perkahwinan orang Rom yang bernama Freya.
  • Saturday - Berasal dari perkataan Saturnus yang bererti bintang Saturnus mengikut adat orang Romawi.

Monday, October 12, 2009

Kita dan Mark Zuckerberg

Ramai orang menyuruh aku membuat Facebook tetapi aku buat tak tahu sahaja.Dulu ada buat tapi tak tahu dan manage Facebook dan tinggalkan Facebook begitu sahaja.Ada beberapa sebab aku tak teruskan menggunakan Facebook itu.

Mark Zuckerberg, Orang yang ke 321 terkaya di Amerika dan orang ke-52 paling berpengaruh di dunia ialah Yahudi dan juga pengasas Facebook.Sekali gus, Lelaki Yahudi ini ialah billionaire termuda disenaraikan Forbes.Mark Zuckerberg memperolehi keuntungan lebih 1 billion hasil daripada Facebook.

Zuckerberg dilahirkan di Amerika Syarikat oleh keluarga Yahudi dan terus dibesarkan di Doobs Ferry, Wetschester County, New York.Laman web Zuckerberg telah mempunyai lebih 140 juta orang dan setiap hari 8.5 juta gambar dimuat turunkan.

Tahukah anda yang Mark Zuckerberg semasa menuntut di Universiti Harvard, dia telah menggodam ( hack ) laman web kawannya untuk mendapatkan profail peribadinya tanpa kebenaran.Mungkin juga sesiapa yang mempunyai Facebook akan digodam oleh Zuckerberg untuk mengetahui rahsia anda.

Ada juga yang mengatakan ini antara salah satu alat CIA ( Central Intelligent Agency ) atau Agen Perisikan Pusat untuk mengetahui maklumat peribadi seseorang.CIA adalah badan siasatan Amerika.Caranya begini, setiap apa-apa maklumat yang diperolehi Facebook akan dihantar ke CIA.CIA pula akan menyimpan data-data tersebut untuk masa hadapan jika diperlukan.

Contohnya, rakyat Malaysia yang bijak pandai mempunyai PhD ataupun professor,lawyer,minister dan lain-lain telah menulis maklumat peribadinya di dalam Facebook dan Facebook menghantar ke CIA dan jika CIA ingin melakukan sesuatu di Malaysia.Mereka akan kaji dimana kedudukan orang bijak pandai di Malaysia dan mereka boleh lakukan apa saja pada kepada golongan bijak pandai itu.

Mark Zuckerberg yang memegang jawatan CEO Facebook adalah merupakan seorang ahli aktif di dalam sebuah organisasi persaudaraan Yahudi yang dinamakan Alpha Eplison Pi Fraternity ( AEPi ).

AEPi ini berpontensi menolong masyarakat Yahudi melakukan sesuatu contohnya mencari pasangan hidup,mengekalkan hubungan diantara rakan sebangsa ketika bekerja kelak.AEPi mempunyai perjanjian dengan Yahudi dengan Inisiatif Israel.Dan yang paling penting AEPi ini pertubuhan yang rapat dengan pertubuhan Yahudi Zionis.

Keuntungan Facebook bergantung dengan kita sebagai pengguna.Lebih ramai pengguna Facebook lebih untunglah Zuckerberg.Keuntungan Facebook juga bergantung kepada iklan-iklan yang disiarkan.

Apa Zuckerberg buat dengan keuntungan berbillion-billion ringgit ini? Mungkinkah Mark Zuckerberg menyalurkan dana ini untuk membantu Yahudi untuk menentang umat Islam di Palestin dan lain-lain.Ingatlah yang kekayaan Mark Zuckerberg datangnya dari kita.Sesen keuntungan Facebook setitik darah mengalir.


Saturday, October 10, 2009

Kalaulah dunia ini ada 100 orang

Pada masa ini, dianggarkan sebanyak 6.7 billion orang yang berada di atas muka bumi ini.Dengan negara China mempunyai paling ramai penduduk iaitu 1.3 billion diikuti India dengan lebih 1 billion.Amerika ditangga ke-3 dan Indonesia ditangga ke-4 dengan populasi penduduk 230 juta.

Pada 31 Julai lalu, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ( PBB ) membuat kajian tentang jumlah penduduk Malaysia.Malaysia menduduki tangga ke-43 dengan jumlah rakyat Malaysia sebanyak 28,310,000 penduduk.Pitcairn City adalah negara paling sedikit penduduk dengan penghuninya sebanyak 50 orang.

Kristian pula adalah agama yang paling ramai dianuti dengan pengikutnya sebanyak 1.923 billion ataupun sebanyak 28.82% dari 6.7 billion orang.Islam berada dibelakang Kristian dengan 1.559 billion ataupun 23.312%.Pengikut agama Buddha dianggarkan sebanyak 1.512 billion dan Hindu dengan 971 juta orang.

Kebanyakkan agama penganut agama kristian berada di Vatican City dengan 100% penduduk Vatican City adalah Kristian Katolik.99.99% penduduk Mauritania pula Islam sekaligus negara paling banyak penghuni Islam.Malaysia menduduki tempat ke-17 paling banyak rakyat ugama Buddha dengan 22%.6.3% rakyat penganut Hindu menduduki Malaysia dan Malaysia mencatat sebagai penganut Hindu paling ramai ditangga ke-14.Penduduk Yahudi paling ramai berada di Israel dengan 76%.

234 juta rakyat Amerika beragama Kristian, oleh sebab itu, ia menjadi negara paling ramai penganut Kristian.Indonesia pula negara paling banyak Islam dengan jumlah umatnya sebanyak 207 juta.Penganut Buddha paling ramai di China sementara India menjadi negara paling ramai rakyat beragama Hindu.

Apa kena mengena dengan tajuk diatas? Yang atas ini intro je bawah ini la yang sebenarnya aku nak tulis.

Disebabkan ramai sangat penduduk bumi, jadi aku nak kurangkan dari 6.7 billion kepada 100 orang penduduk bumi disebuah kampung sahaja.

59 dari Asia
14 dari Amerika
14 dari Afrika
12 dari Eropah
01 dari Selatan Pasifik

50 lelaki dan 50 wanita
30 kanak-kanak dan 70 dewasa
70 bukan kulit putih dan 30 kulit putih

Agama
33 Kristian
21 Muslim
15 Hindu
6 Buddha
5 Animis
6 dan lain
14 tiada agama atau atheis

Pertuturan
15 Cina
6 Hindi
6 Sepanyol
5 Russia
4 Arab
3 Bengali
3 Portugis
lain2 cakap Indonesia ( Melayu ),Jepun,Jerman,Franch......

Setiap tahun seorang akan mati dan 2 orang akan lahir bermaksud populasi akan bertambah 101.
Jika ada mempunyai wang di dalam poket,bank dan disimpanan anda bertuah kerana anda menjadi lingkungan 8 orang antara orang terkaya di dalam kampung yang mempunyai 100 orang.

Hanya ada 6 kereta di kampung
24 Televisyen
33 peti ais
42 radio
Hanya seorang dari 100 orang mempunyai komputer

!!!!! Dan anda amat bertuah kerana dapat membaca tulisan ini kerana anda tidak berada di dalam kelompok 100 orang itu yang hanya seorang sahaja mempunyai komputer.Anda mempunyai komputer dan amat bertuah kerana anda adalah orang yang mempunyai komputer.

Friday, October 9, 2009

Mabuk

Semalam, lebih kurang jam 11.00 aku keluar makan ke Damansara.Keluar lewat ini antara punca aku tidur lewat dan sebab aku datang lewat ke sekolah.Pergi makan di satu restoran itu bersama keluarga aku.

Ketika tamat menjamah makanan yang dihidangkan.Aku pergi ke kaunter membayar makanan yang dipesan.Selesai membuat pembayaran, aku pun pergi naik kereta dan berlalu pergi.Berjalanlah kereta dengan niat balik ke rumah.

Ketika kenderaan bergerak, aku terlihat sebuah kereta Toyota Camry dihadapan dengan kedudukan statik.Aku pun pelik la dan tanya ayah aku apahal ada kereta dihadapan.Dalam hati mungkin dia mabuk.

Tiba betul-betul disebelah Toyota Camry itu aku nampak depan mata aku yang Camry itu melanggar tiang iklan di situ.Aku berasa kejadian itu berlaku kurang 20 saat sebelum aku berada di sebelah kenderaan itu.

Orang sekeliling melihat dan ada yang menelefon ambulan untuk membuat panggilan kecemasan kepada pemandu tadi.Aku lihat driver yang berbangsa Cina itu masih berada di dalam kereta Toyota Camry miliknya.

Tiada orang di dalamnya melainkan pemandu itu seorang sahaja.Di bahagian depan kereta itu juga berasap akibat pelanggaran tadi.Aku terus tunggu dan seorang lelaki India pergi ke tepi kereta dan membuka pintu kereta Camry itu.

Tujuannya untuk meminta pemandu itu keluar dari kereta kerana takut-takut kereta itu meletup.Ini kerana dari pemerhatian, Airbag kereta itu juga terkeluar dan mengikut sistem kereta, Airbag berfungsi apabila kereta itu berlanggar lebih dar 70km/s.Jadi disini kesimpulannya pemandu itu benar-benar mabuk kerana ketika lelaki India itu sedang mengajak dia keluar dia tidak mahu keluar.

Kereta tidak rosak teruk hanya dibahagian depan sahaja rosak.Orang itu mungkin baru sahaja pergi ke club kerana baju yang dipakainya baju kemeja dan ini bermaksud dia tidak pulang ke rumah lagi.Tapi persoalannya takkan ada orang clubbin' jam 12.00 dan balik jam 1.00???

Tuesday, October 6, 2009

Kuasa Ketenteraan

Sambungan kepada top 10 untuk kuasa ketenteraan yang paling hebat di dunia.Aku rasa nombor 1 semua orang dah tahu tapi yang lain tak tahu.Tak apa disini akan memberitahu anda tentang kuasa ketenteraan paling kuat.

10.Turki
9 .Jepun
8 .Brazil
7 .Jerman
6 .Perancis
5 .United Kindom
4 .India
3 .Russia
2 .China
1 . Amerika

Jika dilihat dari apa yang anda nampak 10 teratas dimonopoli 5 negara Kristian sementara Turki satu-satunya negara Islam ada di kelompok terbaik manakala negara cina mempunyai 2 wakil di dalam ini dan India negara solo berbangsa India.

Kelompok 30 kuasa ketenteraan paling kuat 16 negara majoriti kristian dan berbangsa Cina pula 7.Negara beragama Islam pula hanya mempunyai 6 negara dan Israel menduduki tempat ke 11.Ini bermaksud kuasa ketenteraan negara Islam masih berada di tahap lemah.

Boleh aku tanya di mana Malaysia? Thailand berada di kedudukan ke-28 dan negara jiran kita iaitu Indonesia mendapat tempat yang ke-14 dalam senarai 30 terbaik.Filipina juga menduduki tempat yang ke-31 ( tiada dalam senarai top 30 ).

Ini bermaksud kuasa ketenteraan di sekitar Asia Tenggara masih kuat dengan Thailand,Indonesia dan Filipina berada di kedudukan terbaik tetapi Malaysia masih ketinggalan di belakang berbanding negara lain seperti Singapura.

Mari kita buat perbandingan diantara Malaysia dan Singapura :

Tentera Malaysia mempunyai lebih kurang 100 ribu anggota tentera.Sementara anggota tentera oleh Singapura sebanyak 75 ribu orang.Pasukan tentera Malaysia mempunyai kereta kebal PT-91 sebanyak 48 biji dan FV101 Scorpion berjumlah 26 biji.Kereta kebal Scorpion ini antara digunakan pada 1973 hingga 1994 bermaksud kereta kebal ini sudah lama.

Singapura pula mempunyai Leopard 2 yang berjumlah lebih 100 biji dengan harga Rm 15 juta setiap satu.Centurion Mk3 juga berada dalam senarai kereta kebal Singapura bejumlah lebih 60 biji kereta kebal.Hasilnya disini menunjukkan tentera kita lebih dari Singapura ( 1 mata utk M'sia ) dan kereta kebal menampakkan yang Singapura lebih hebat. ( 2 mata utk S'pore )

Jika dilihat kepada tentera laut untuk negara republik ini, secara rasminya menyatakan yang Singapura lebih hebat 3 kali ganda jika dibandingkan dengan tentera laut diraja Malaysia ini.Kapal selam Malaysia baru dapat 1 yang dinamakan KD Tunku Abdul Rahman sementara Singapura mepunyai banyak kapal selam daripada Malaysia.Kapal perang juga menyaksikan Malaysia ketinggalan dari Singapura.( 1 mata utk M'sia ) ( 3 mata utk S'gore )

Saat ini paling aku suka, tentang Tentera Udara diRaja Malaysia,TUDM yang akan dibandingkan Tentera Udara Republik Singapura ( RSAF ).Malaysia mempunyai jet pejuang bernama Sukhoi F-30 MKM flanker dan juga F/A-18 Hornet.Su-30 beharga Rm 157 juta dan Hornet beharga Rm 200 juta.Itu antara yang paling hebat jet pejuang Malaysia tetapi Malaysia hanya mempunyai 12 jet Sukhoi dan 8 jet Hornet.Bermaksud aset jet pejuang 2 jet pejuang itu sahaja sebanyak Rm3.5 billion.Manakala Malaysia mempuyai sebanyak 57 jet pejuang.

Jet pejuang F-15 yang beharga Rm 350 juta sebuah dipunyai oleh Singapura dengan kuantiti sebanyak 24 biji.Fighting Falcon yang dipunyai Singapura mencapai lebih 70 biji jet.Harganya kira Rm 63 juta.Mereka juga mempunyai F-35 Lightning 2 dengan harga Rm 290 juta sebiji.Paling menyeramkan, dikatakan Amerika akan menyalurkan jet pejuang tercanggih didunia yang akan dimiliki oleh hanya 3 negara iaitu negaranya sendiri, Amerika,Israel dan juga Singapura bermaksud mereka ini ada agenda tersembunyi.Boleh agak dengan ini secara rasminya Singapura memenangi lagi kali ini.( 2 mata utk M'sia ) ( 4 mata utk S'pore )

Bermaksud 4 mata dipunyai oleh Malaysia dan Singapura mendapat sebanyak 9 mata.Menyaksikan Malaysia ketinggalan teruk di belakang Singapura dalam sektor ketenteraan.Bukan untuk mengutuk Malaysia tetapi ternyata Malaysia takut akan Singapura dan Singapura pernah menggugut Malaysia menyalurkan bekalan air.Selain itu, aku tertanya-tanya dimanakah letaknya pangkalan tentera udara untuk Singapura?

Singapura mempunyai tanah yang begitu terhad untuk digunakan jadi mereka meniru tindakan rejim Saddam Hussein di Iraq.Saddam meletakkan jet pejuang tentera mereka di bawah padang pasir ( bawah tanah ) sementara Singapura meletakkan jet pejuang mereka dibawah tanah.Jika hendak keluarkannya mereka akan turunkan lampu2 disekitar highway Singapura dan menaikkan jet-jet pejuang mereka.Mula-mula aku ingat mereka letakkan jet mereka di atas kapal.

*** Sorry lambat post

Monday, October 5, 2009

PERANG

Perang!!! perang membuatkan kita dalam kesusahan dan tidak aman.Perang bermacam maksud seperti secara ekonomi,global dan juga secara keras iaitu menggunakan senapang untuk berperang.Berperang selalunya mempunyai agenda rahsia dari pelbagai pihak.
Amerika dikatakan sebagai kuasa ketenteraan paling kuat sekali di dunia tetapi ada satu rahsia yang anda tidak tahu yang Amerika jugalah negara yang tidak pernah menang dalam peperangan.Buktinya pada perang dunia ke-2 ketika berperang dengan Jepun dengan kekurangan ajaran mereka meledakkan Hiroshima dan Nagasaki dengan bom atom.Dengan itu, ramai rakyat Jepun terkorban dan kerana keprihatinan pemerintah Jepun menyerah kalah kerana tidak mahu rakyatnya terkorban.

Di Vietnam pula ketika perang Vietnam semasa zaman bapaknya George Bush hingga anaknya G.W.Bush pun perang di Vietnam tidak habis hinggakan perang ditinggalkan begitu sahaja.Sementara di Iraq, Desert Storm ( Perang teluk ) pula ketika menentang rejim pemerintahan Saddam Hussein mereka tidak menang hingga seluruh kota Baghdad hancur.Kebencian terhadap Amerika memang tidak dapat dinafikan lagi di Iraq hinggakan seorang wartawan melemparkan kasut terhadap presiden Bush.

Manakala di Palestin memang negaranya tidak aman kerana permusuhan diantara warga Islam Palestin dan agenda Yahudi untuk mengambil Masjid yang menjadi kiblat pertama Islam iaitu Masjidil Aqsa dan meruntuhkannya lalu membina sebuah kuil yang dinamakan kuil Haikal Sulaiman.

Dahulunya, ramai negara arab tidak menyukai Israel.Oleh itu, mereka melancarkan satu peperangan terhadap Israel yang dinamakan perang Yom Kippur yang berlaku pada bulan Ramadan.Pihak yang terlibat dalam peperangan ini adalah Mesir,Syria,Jordan dan Iraq malangnya tentera Islam tidak menang walaupun mempunyai bala tentera yang 390 ribu manakala Israel mempunyai 400 ribu tetapi dengan kekuatan 3000 kereta kebal tidak dapat mengalahkan Israel yang hanya mempunyai 2300 kereta kebal.

Antara negara yang paling kuat kuasa ketenteraannya ialah :

30. Poland
29. Denmark
28. Thailand
27. Spain
26. Australia
25. Ukraine
24. Arab Saudi
23. Kanada
22. Greece
21. Sweden
20. Korea Utara
19. Mexico
18. Iran
17. Mesir
16. Taiwan
15. Pakistan
14. Indonesia
13. Itali
12. Korea Selatan
11. Israel

Selebihnya akan diterangkan esok hari.

Saturday, October 3, 2009

Macam mana nak korek rahsia...

***( Awas ini bukan cerita politik tetapi cara korek rahsia )

Baru-baru ini, Malaysia dikejutkan dengan kematian seorang setiausaha seorang wakil rakyat Selangor dari DAP yang mati selepas dikatakan terjatuh dari bangunan Masalam ( tempat aku buat IC ) ketika berada di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM ).

Teoh Beng Hock yang mati selepas siasatan yang dilakukan atas dakwaan skandal rasuah oleh bossnya.Kalau orang tanya satu rahsia mesti tak nak jawab jadi cara ialah membuat deraan mental atau fizikal kepada suspek yang disoal.

Cara mentorture dengan mental adalah dengan mulut kita. Contohnya :

*Woii...Kalau ang tak mau cakap aku terajang ang tauk buang dalam gaung sapa tau.Aku tutup hidung ang ngan mulut ang habis cerita.Jadi baik ang bagitaw.

*Oii...Aku ambik anak ang ka bini ang ka mak pak ka aku bunuh dia ang x dak sapa...Ataupun ang nak aku potong kaki ang bagi tempang sebelah.

Jadi cara begini boleh membuatkan orang geram dan hilang kawalan.Kutuk-kutuk orang pun boleh membuatkan orang bengang.Nak pukul balik memang mustahil la sebab mangsa seorang manakala penyiasat pula sampai tiga atau empat orang.

Bila anda gempar orang macam di atas.Mangsa mungkin terfikir sejenak kepada sesiapa yang mereka sayangi dan mungkin mangsa mempercayai apa yang dikatakan oleh penyiasat.Tapi penyiasat takkan buat dan orang tu tahu hanya gemparan sahaja dia tidak akan bagi tahu jika semangatnya kuat.

Kata-kata hinaan kepada mangsa juga membolehkan seseorang hilang kawalan mindanya dan membuat apa sahaja.Cara-cara penyiasatan begini digunapakai diseluruh dunia atas dasar keselamatan untuk kita semua.

Mentorture secara fizikal pula memang agak berbahaya dan tidak digalakkan kecuali jika semangat mangsa memang begitu kuat.Tak takut dengan kata-kata penyiasat mereka melakukan deraan fizikal yang menyakitkan.

Deraan ini tidak menggunakan mulut tetapi menggunakan tangan dan kaki memukul mangsa sehingga mangsa lemah dan tidak bermaya lagi.Cara-caranya aku tunjukkan dengan video dibawah terus la.Kawan ayah aku mengatakan ini cara SPRM menyiasat Teoh Beng Hock dan bagi aku tak terkejut sebab CIA,KGB,Mossad,MI6 dah menunjukkan cara mereka menyiasat.Dan video itu dikatakan video yang benar dan orang yang dipukul itu adalah Beng Hock.

Ini pandangan peribadi aku tentang kes ini,

pertama : Beng Hock dikatakan mati kerana terjun dari bangunan.

Bagi aku, mungkin dia terjun kerana deraan mental dan fizikal yang dibuat oleh SPRM yang membuatkan emosinya tidak stabil dan melakukan sesuatu tindakan tanpa berfikir panjang.

Dan mungkin juga Beng Hock diterajang oleh pegawai SPRM hingga terjatuh kerana mangsa mati ketika disoal siasat.


Kedua : Kematian Beng Hock berpunca atas banyak kecederaan.

Kalau aku terjun dari bangunan dan landing dengan kaki jadi hanya kaki sehaja yang patah dan jika tangan hanya tangan patah.Kalau tergolek pun jika tulang belakang yang patah hanya 1 bahagian kecuali sebelum itu dipukul.


Ketiga : Siasatan habis jam 3 pagi dan Teoh berehat di ruang tamu pejabat SPRM kerana tidak mahu pulang malam-malam.

Kalau aku jadi Beng Hock aku lari pergi hospital dulu.Tak mungkin dia berehat di dalam pejabat SPRM itu.Kalau pergi balai polis aku rasa kena belasah lagi.


Video itu adalah video yang benar tetapi tidak dibawa mahkamah kerana pelbagai sebab antaranya mereka mesti mengesahkan video itu asli dan mengambil masa juga jadi tak perlu ke mahkamah.Jangan melakukan kesalahan2 yang mengakibatkan polis tangkap anda kerana berkemungkinan perkara di atas mungkin berlaku kepada anda.Dan aku harap x ada CIA Malaysia cari aku sbab video ini.....


!!!!! JANGAN TIRU AKSI-AKSI YANG DITUNJUKKAN DI DALAM VIDEO ITU JIKA MAHU MENGETAHUI RAHSIA RAKAN ANDA

Air Force Show

Perasan tidak kelmarin lebih kurang jam 12.00 tengah hari bunyi bising di sekitar rumah kita.Ketika itu mereka membuat latihan untuk pertunjukkan udara hari ini berhampiran Subang Airport. * Jet pejuang terbang secara songsang

Pagi tadi, aku bangun awal untuk menyaksikan pertunjukan dari Tentera Udara diRaja Malaysia ( TUDM ) pada jam 10.30
pagi.Kelihatan ramai orang datang untuk melihat sendiri jet pejuang membuat aksi-aksi yang menggagumkan di udara.

Kapal Amerika berada di merata dan baru ini mereka berada di perairan Malaysia lalu TUDM mengajak mereka untuk membuat persembahan udara dari jet Thunderbird mereka.Malaysia juga tidak kurang hebatnya menayangkan antara kapal terbang tercanggih di dunia iaitu Su-30 ( Sukhoi 30 MKM Flanker ). * memusing bagai hilang kawalan

Dimulakan dengan pertunjukan jet Sukhoi Malaysia yang harganya lebih kurang Rm 15
7 juta sebuah.Begitu megah bila melihat Malaysia mempunyai jet Sukhoi-30 ini.Selepas itu, F/A Hornet mengambil tempat untuk menunjukkan kebolehan mereka terbang di udara.

Jet F/A Hornet ini beharga lebih kurang Rm199 juta ini agak hebat apabila dapat berada di udara tanpa bergerak ( bagai helikopter ) tetapi setahu aku jet tidak boleh terapung seperti helikopter tetapi dengan kepakaran pilot Malaysia.Kita berjaya membuktikan yang pilot kita setaraf dengan tentera China,France,Russia dan Amerika. * Dalam kelajuan yang begitu laju mereka boleh mengatur susunan

Beberapa buah kapal terbang yang beharga Rm40 juta bernama MiG-29 ( Mikoyan MiG-29 ) juga menunjukkan aksi yang menggagumkan di udara.Pusing-pusing semua mereka lakukan seperti dalam Pearl Harbour.Bunyi deruman enjin juga membingitkan telinga aku dan penonton setempat.

Tiba giliran tentera Amerika menunjukkan kehebatan beraksi di udara pula.Thunderbird sebenarnya kapal terbang Amerika yang antara tak tercanggih juga beraksi namun berjaya melakukan aksi-aksi yang menggerunkan penonton.

Walaubagaimanapun, jangan menyangkakan yang military Malaysia adalah terbaik di negara serantau.Kerana di antara jiran-jiran kita seperti Thailand,Singapura dan Indonesia lebih canggih lagi.Tambah-tambah Singapura yang pernah mengancam menyerang Malaysia jika tidak beri bekalan air.Jadi kepada jeneral baru, Tan Sri Ariffin supaya menambah baik sistem pertahanan di udara,darat dan juga laut.Diatas tu aku sediakan gambar-gambar yang aku dapat tangkap masa melihat pertunjukkan ini.* kalaulah pilot jet yang tengah tu break, jet yang belakang tu mesti hancurnya.Boleh masuk ''World Most Amazing Videos''.


Thursday, October 1, 2009

Jangan percaya sangat

Pernah baca surat khabar!!! Rasanya kebanyakkan orang dekat Malaysia ini baca surat khabar setiap hari.Kalau tak beli pun boleh tengok ikut internet.Utusan dan Kosmo sebenarnya dalam 1 syarikat yang sama tetapi bentuk saja lain dan harga.

Pukul berapa mereka mencetak surat khabar? Lebih kurang jam 3 pagi dan tempat mereka mencetak terletak disesebuah negeri.Contohnya di Utara,Selatan,Pantai Timur dan Barat.Ini memudahkan penghantaran ke kedai.Ketika mencetak, sudah ada tukang hantar surat khabar mengikat surat khabar untuk dihantar ke pelanggan mereka.

Kadang2 terfikir bagaimana mereka untung sedangkan terdapat banyak helaian dalam surat khabar ini dan ia semestinya mempunyai nilai.Contohnya, sehelai kertas surat khabar beharga 1 sen dan ada 100 helai dalam senaskhah.Mereka menjual surat khabar mereka dengan harga Rm1.Cukup-cukup sahaja dan dari mana nak cari duit bayar gaji wartawan mereka?

Di page hadapan sekali nampak ada iklan macam-macam.Kalau page depan tu mungkin sehari Rm3000(mungkin lebih). Dan hanya kecil sahaja di tepi.Kalau sehari dan jika seminggu semestinya lebih Dua puluh ribu.Dan di dalam tu pula kadang-kadang ada iklan dari Giant la yang sewa 1 page pula berharga ratusan ringgit.Shell pernah buat depan dan belakang surat khabar Metro tu ada lambang Shell dan itu mungkin mencecah puluhan ribu ringgit.

Iklan kerja,kereta,rumah untuk disewa,bilik sewa dan pelbagai lagi juga kena bayar.Tapi sikit sahaja harga sebab kecil dan tak ramai orang baca.Jadi dari situlah mereka mendapat laba untuk membayar gaji para wartawan.

Wartawan pula kena berlumba-lumba menyiarkan berita esklusif untuk menarik pembaca ke surat khabar mereka.Kadang-kadang sesetengah hanya menyiarkan berita asas seperti berita dalam negara dan luar yang betul-betul asas.Dan ada juga surat khabar yang menyiarkan berita sensasi melibatkan artis,jutawan,skandal dan lain-lain.

Ada satu benda nak cerita tentang wartawan ini, sebenarnya mereka ini bukannya boleh dipercayai seratus peratus kerana ada penipuan dalam artikel mereka juga untuk menarik hati pembaca surat khabar.Contohnya begini :

Cerita Sebenar - En.Rahim masuk ke dalam kereta dan ternampak hantu keluar dari pintu belakang dan mangsa nampak menerusi cermin tengah.

Cerita didalam surat khabar - En.Rahim memasuki keretanya dan menghidupkan enjin keretanya malangnya tidak dapat dihidupkan dan mangsa cuba sekali lagi.Malangnya tidak boleh.Dia memandang cermin sisi dan ternampak hantu wanita berpakaian putih berambut panjang keluar kereta dan terbang disekeliling kereta.

Macam tuh la contohnya dalam surat khabar sebabnya hendak menarik perhatian pembaca.Macam-macam mereka tambah dalam cerita untuk untuk membuatkan cerita itu penuh sensasi.Hehehe