Wednesday, September 30, 2009

Utamakan Keselamatan ( Safety First )

Tadi, ketika balik rumah aku pergi ke depan TV dan mencari apa-apa yang aku berminat untuk dilihat.Dari Supersport-Starworld-AXN-Cartoon Network-Animal Planet dan terjumpa dokumentari menarik di History Channel tentang bagaimana presiden Amerika dijaga.

Tapi sebelum itu, atas dasar patriotisme kena cerita dulu tentang Malaysia punya penjagaan Prime Minister selaku orang nombor 1 kita.

OK...Semasa aku pergi ke Dataran Parlimen haritu, PM menaiki kereta rasminya iaitu Proton Perdana Limosin bewarna hitam.Di depan dan dibelakang kereta di penuhi dengan polis.Polis menaiki kereta Rexton dan ada juga kereta Audi dibelakang kereta PM.Kiri dan kanan kereta ada polis yang menunggang motosikal.

Ada juga superbike ikut belakang itu untuk keselamatan PM ketika ke mana-mana.Kereta ini digunakan ketika apa-apa bentuk upacara rasmi kerajaan.Selepas itu, beliau boleh la nak naik kereta apa pun.Nak naik Merc ke BMW ke Bentley kerr..( aku rasa ditengah-tengah tu ada peti ais kot untuk dia minum )

Kali ini tentang mereka membawa antara manusia paling berkuasa didunia,presiden Amerika.Dari White House jika ingin ke lapangan terbang untuk membuat lawatan ke mana-mana negara asing akan mereka gunakan helikopter.

Sebanyak 3 helikopter dibawa bersama dan hanya 1 dinaiki presiden dan selebihnya sebagai umpan.Helikopter tersebut dinamakan Marine One.Helikopter tersebut bernilai ratusan juta dolar juga dan hanya membawa presiden dan first lady ( isteri presiden ) sahaja.

Selepas sampai ke lapangan terbang, mereka menaiki sebuah pesawat Boeing 747-200B atau namanya Air Force One.Harga sebuah kapal terbang ini bernilai lebih kurang $300 juta.Pesawat ini direka khas untuk presiden Amerika yang membuat penerbangan.

Pesawat ini boleh menempatkan beratus orang dan mempunyai kelengakapan lengkap didalamnya.Dengan dapur,bilik tidur dan lain2.Juga terdapat bilik mesyuarat untuk mereka bermesyuarat dengan orang2 bawahan mereka.

Presiden Amerika sukar untuk didekati kerana mereka menggunakan protokol lagi tinggi pangkat seseorang, lagi dekatlah mereka dengan kedudukan presiden mereka di dalam pesawat tersebut.Kapal ini juga boleh mengisi minyak ketika di udara tanpa perlu mendarat.Presidennya juga boleh memerintah Amerika hanya dari dalam Air Force One.

Sebelum presiden keluar dari pesawat.Para pengawal perlu memastikan bahawa diluar landasan ini semestinya selamat untuk presiden keluar.kesemua peserta untuk kunjugan kehormat akan diperiksa terlebih dahulu dengan alat anti-logam oleh pihak lapangan.

Setelah sampai ke destinasi dituju presiden, sebuah kereta yang bewarna hitam dan yang dinamakan Cadillac One.Kereta ini juga diberi nama ''The Beast".Harga kereta ini lebih kurang Rm1.65 juta.Kereta ini aku tak nak terangkan kerana dalam gambar yang aku siarkan ini dah ada segala maklumat kereta ini( click gambar ).Paling lawaknya, kereta yang bernilai lebih 1 juta ini hanya boleh memecut 110 km/h.Atas dasar keselamatan.

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen