Friday, September 11, 2009

Sultan Brunei

Hari ini sebenarnya tak berapa ada topik tapi aku cari topik yang boleh ditulis.Selepas membaca sebuah artikel, artikel ini boleh aku kongsi dengan anda semua.Seperti tajuk yang diatas, artikel ini tentang Sultan Brunei.

Brunei memang kaya dengan hasil tanahnya yang mempunyai petroleum dan juga gas asli dan menjadi punca pendapatan negara itu.Negara ini seluas 5,765 km2.Dengan populasi penduduk sebanyak 400,000 orang.Dan dijangka negara ini akan bertambah populasinya sehingga 700,000 menjelang 2050.


Majoriti penduduk Brunei beragama Islam dan diikuti agama Buddha dan Kristian.Negara kecil ini antara negara paling stabil dalam ekonominya dan kuasa mutlak negara itu terletak kepada sultannya yang bernama Sultan Hassanal Bolkiah.

Sultan Hassanal Bolkiah ni dia punya kediaman namanya Istana Nurul Iman.Istana ini mempunyai 1,788 bilik dan 257 bilik mandi.Keluasan Istana ini sebesar 200,000m2.Kediaman ini adalah kediaman terbesar selepas Forbidden City di China.

Kekayaan Sultan Hassanal Bolkiah memang tidak boleh dinafikan lagi.Sultan ini mempunyai lebih kurang dari 3000 hingga 6000 buah kereta dengan harga lebih $4 billion( Rm13.5 billion ).Baginda juga telah mendapat pengiktirafan dari Guinness World

Record kerana mempunyai kenderaan paling banyak didunia.
Antara kereta-kereta baginda adalah Porsche Carrera GT, Lamborghini Diablo J ota , Porsche 959, Bugatti EB110, Bugatti Veyron( kereta termahal didunia ),Lamborghini Murciela go LP640, Maybach 62, Jaguar XJR-15 dan 6 buah biji kereta Dauer 962s.Ferrari FX( Ferrari FX hanya tujuh buah biji dibina dan 6 daripadanya milik keluarga diraja Brunei ),


Bentley Continental R,Ferrari Mythos( hanya dibina 2 biji dan 1
milik Sultan Brunei ),Ferrari 456 GT Sedans,Mercedes-Benz CLK-GTR, McLaren F1,Cizeta-Moroder V16T,Bentley Java( hanya 2 biji dibina dan 1 milik Sultan ),Bentley Dominator 4x4,Aston Martin AM3,Mercedes Benz 300SL,Rolls Royce Phantom/VI


Daily Mirror dari United Kingdom telah membuat liputan terhadap kenderaan pada tahun 2007 dan mendapati sultan mempunyai 531 Mercedes Benz, 367,Ferrari, 362 Bentley, 185 BMW, 177 Jaguar, 160 Porsche, 130 Rolls Royce dan 20 Lamborghini.
Lagi tentang kekayaan Sultan Brunei.Baginda mempunyai sebuah Boieng 747-400 dan dihiasi dengan emas yang diramal berharga $233 juta ( Rm 815 juta ) dilengkap barangan dalaman kapal terbang berharga $3 juta ( Rm11 juta ).


Haaa...Ini ada satu video yang boleh membuatkan anda tertawa dan mempunyai banyak moral dalam video ini....











No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen