Saturday, September 26, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri/Boboran Siyam/Korite

Seperti biasa, umat Islam akan merayakan Syawal selepas 30 hari umat Islam berpuasa di bulan Ramadan.Kebanyakkan warga kota akan pulang ke kampung halaman masing-masing untuk beraya bersama keluarga.Ada juga yang terpaksa menunaikan tanggunjawab untuk kita semua.

Aku pulang kekampung halaman aku lebih awal sedikit kerana nak bersama keluarga di kampungku.Balik ke Kedah selepas itu pergi ke Perlis.Mana2pun boleh raya tapi tahun ni nak raya dekat Kedah.

Malam belum raya aku pergi jalan-jalan dekat pekan untuk mencari apa-apa yang boleh dicari untuk dibeli untuk raya keesokan harinya.Seperti siang hari kerana masih ramai orang membeli barangan-barangan raya.Lagipun harga semua murah-murah sebab last day.

Pagi raya, macam biasa makan ketupat rendang puas-puas sebab dah sebulan aku tak breakfast.Pergilah aku ke masjid Zahir dan di depan itulah ada sejarah manis aku (hehehe).Tengok tempat duduk semua dah penuh sebab datang lewat.Kena berdiri la tapi aku masuk jugak langgar habis orang2 dihadapan dan dapat duduk di hadapan.

Masa lepas takbir raya orang berdiri aku terus kehadapan nak duduk saf depan la ( ada makna tu ). Selepas habis mendengar khutbah aku terus ke hadapan dan beratur untuk beraya dengan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dan juga menteri besar Kedah.

Lepas itu terus keluar dari masjid ternampak sebuah kereta idaman dan kebanyakkan dipakai raja-raja sahaja.Rolls Royce Phantom bewarna silver bernombor ( tak ada nombor ) yang dipakai Sultan Kedah.

Balik rumah makan dan makan sampai kenyang dan masuk bilik tidur.

*** Kalau ada open house ke jemputlah aku sekali...Hehehe

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen