Monday, September 28, 2009

Penjelasan.....

Suatu ketika, Ustaz Ashrof pernah bersembang tentang rantai leher.Mengikut Islam, rantai boleh dipakai oleh lelaki.Selepas itu, salah seorang yang berada di situ bertanya kenapa dan antara jawapan yang diterima ada makna-makna tersembunyi.Dan Ustaz Ashrof pernah bertanya tentang maksud Peace terbalik.

Simbol ini berasal daripada simbol Syaitan yang diamalkan semasa upacara keagamaan.Simbol ini telah digunakan oleh Yasser Arafat ( Bekas Presiden Palestin ), Richard Nixon ( Bekas Presiden Amerika ) dan Winston Churchill ( Bekas Presiden Amerika ).

Lambang kedamaian pada tangan sebenarnya lambang gerakan iluminati.Tanda 'V' mempunyai pelbagai sejarah.'V' adalah dalam bahasa Roman bermaksud nombor 5 dan Adam Weishaupt menggunakan simbol ini sebagai "Law of Five" ( Hukum 5 ).

Di dalam tulisan Yahudi, huruf V ( Van ) dan membawa maksud Nail ( kuku ).The Nail adalah salah satu tanda rahsia syaitan yang digunakan semasa upacara penyembahan berhala.Syaitan sengaja membiarkan kita tahu bahawa tanda itu tanda kegemarannya.

Anton Lavey, pengasas Church of Satan ataupun Gereja Syaitan menggunakan simbol peace sebagai latar belakang mimbarnya dalam upacara penyembahan.Ada juga pendapat yang mengatakan simbol peace terbalik itu adalah simbol kumpulan anti-kristian ( antichrist ). Mereka mengambil salib kristian lalu mematahkannya ke atas dan terus menterbalikkannya.

*** Iluminati adalah salah satu pergerakkan Yahudi yang menguasai dunia.
*** Adam Weishaupt adalah pengasas kepada iluminati.

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen