Thursday, September 10, 2009

It's OVER!!!

Assalamualaikum, diharap semua sihat sejahtera dan dapat menjalani ibadah puasa.Jangan lupa pergi solat Tarawikh.Bulan-bulan puasa ini adalah alasan-alasan seperti gastrik.Bulan puasa je ada sakit ni bulan lain tak ada.

Aku tau ada yang pakai penutup hidung/mulut tu sebab lain bukannya sebab nak mencegah penularan H1N1.Nak cover mulut bau curry betul tak?? Hehehe bukan yang ini sebenarnya nak cerita.

Hari Selasa macam biasa BM tak ada masalah dengan Math.Tapi kali ini math teruk sikit kott...Sebab banyak hentam tapi rasanya dapat skor dekat Paper 1.Balik kena pergi tuisyen sana sini agak memenatkan.

Hari Rabu hari yang pendek menyeronokkan aku sebab boleh tidur nyenyak di atas katil.Tapi malam tu tak tidur sebab study Science & Bhasa Inggeris.Lepas soq pun tak tidur study lagi utk last minute.

Hari ini agak memenatkan semua calon.Aku sampai terlena masa Aptitud punya exam.Aku terbaca satu ayat itu yang mengatakan "anda harus optimis untuk berjaya" jadi aku pun buat2 Optimis la.Jadi aku ubah jadi Optimis Prime bagi sedap sikit.

Exam dah habis, 1 Malaysia ( hehehe ) harap dapat 5A untuk exam kali ini tapi ada satu konspirasi yang menakutkan masa aku spy orang2 dalam.Konspirasinya berbentuk begini :

Pada lebih satu bulan yang lepas, kerajaan Malaysia telah memansuhkan Program Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris ( PPSMI ).Ramai orang tidak menyokongnya apabila sebuah blog telah membuat poll tentang PPSMI dan menunjukkan jumlah tidak setuju.

Sebanyak 100,204 responden telah mengundi dan dan sebanyak 86,360 responden tidak bersetuju tentang memansuhkan PPSMI.Yang selebihnya bersetuju memansuhkan PPSMI.

Disebabkan ramai ibu bapa tidak bersetuju dan Menteri Pelajaran mengatakan ia adalah satu keputusan muktamad jadi mereka membina satu konspirasi.Ketika dalam UPSR,PMR dan SPM mereka memberi arahan kepada guru supaya tanda lebih tegas dan jika tertinggal satu perkataan mahupun satu huruf dikira salah.

Jadi rakyat Malaysia akan bersetuju untuk memansuhkan PPSMI.Itulah konspirasi kerajaan tetapi aku tak tahu hanya para guru yang menanda sahaja tahu.Tapi aku harap konspirasi ini tak wujud dalam exam kali ini.

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen