Wednesday, September 16, 2009

1Malaysia F1 Team

Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan tentang kemasukkan pasukan Malaysia yang diberi nama 1Malaysia F1 Team.Sebelum ini, Alex Yoong adalah satu-satunya rakyat Malaysia yang pernah berlumba bersama-sama Michael Schumacher menerusi pasukan yang diwakilinya KL Minardi.

Oleh kerana prestasi yang tidak memberangsangkan, beliau tidak lagi mewakili Minardi kerana KL Minardi tersebut sudah bankrap dan menyertai A1.Prestasinya begitu cemerlang kerana berjaya mendapat tempat ke-5 pada tahun 2005-2006.Namun prestasinya merosot dan menyertai GP2 Asia menerusi pasukan Qi-Meritus Mahara.

Pada kali ini, Malaysia F1 team yang bekerjasama dengan Lotus dan Proton membentuk pasukan 1Malaysia F1 team atau dipendekkan kepada Lotus F1 team.Pasukan ini juga disokong penuh oleh MAM dan SIC.

Pengerusi Eksekutif Naza, SM Nasaruddin SM Nasimuddin turut menaja pasukan tersebut dikongsi bersama CEO Air Asia, Tony Fernadez.Kemungkinan juga jika tiada lagi kontrak bersama BMW Sauber, Petronas juga akan turut bersama menaja Lotus F1 team ini.

Lotus F1 team ini akan berpangkalan di Norfolk,England lebih kurang 16 km dari kilang Lotus di England.Kilang ini akan membangunkan jentera F1 dan turut pernah menjayakan program F1 untuk pasukan Toyota.

Sukan lumba kereta yang juga paling tinggi dalam kebanyakan perlumbaan ini memerlukan sekurang-kurangnya Rm 1 billion untuk membangunkan pasukan Lotus tersebut.Pada musim kali ini, perlumbaan disertai 10 pasukan iaitu Ferrari,Renault,Mclaren-Mercedes,Force India,Redbull,Torro Rosso,William dan juga Brawn GP.Pada musim hadapan pula dijangka sebanyak 13 pasukan akan menyertai bermakna lebih kuran 26 buah kereta F1.

Jika dahulu, ketika sebelum perlumbaan BMW sauber akan berada dihadapan ketika berarak pada tahun hadapan Lotus F1 Team akan mengetuai perarakan di Sepang International Circuit.Kemasukkan pasukan ini juga akan membuatkan Malaysia dikenali di mata dunia menerusi gambar2 iklan yang dilekatkan di jentera Lotus F1 team.Walaupun kosnya mencecah Rm 1 billion ( 1 Malaysia 1 Billion ), mungkin akan menguntungkan kerana pelancong semakin bertambah kerana lebih kurang 200 buah negara menyaksikan perlumbaan tersebut dan hampir 600 juta orang menyaksikan pada satu perlumbaan

Kata perdana menteri, para pelumba juga dari Malaysia tetapi tidak disahkan lagi, mungkin Fairuz Fauzy akan berlumba bersama Alex Yoong.Ataupun perlu memanggil Robert Kubica dan Fernando Alonso untuk mewakili Lotus.Tetapi setiap kumpulan perlu mempunyai 3 pelumba iaitu 2 orang pelumba utama dan satu lagi simpanan kerana jika ada kemalangan, pelumba simpanan boleh menggatikan seperti yang berlaku kepada Felipe Massa.

Pasukan yang berada di pitstop ( tukang cuci helmet,tukar tayar,tambah minyak ) juga akan terdiri dari rakyat Malaysia.Najib juga ingin menaruh harapan agar lagu "Negaraku" berkumandang ketika para pelumba negara memenangi perlumbaan dan berdiri megah di atas podium.Sepang International Circuit akan menjadi tempat practice pasukan 1Malaysia F1 team.



Kepada semua yang menyambut Hari Raya Aidilfitri, SELAMAT HARI RAYA.Yang pulang ke kampung itu berhati-hati agar dapat datang kembali dan jangan lupa bayar zakat fitrah.Harap tukar duit dekat bank secepat mungkin sebelum bank kehabisan duit.

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen