Wednesday, September 30, 2009

Utamakan Keselamatan ( Safety First )

Tadi, ketika balik rumah aku pergi ke depan TV dan mencari apa-apa yang aku berminat untuk dilihat.Dari Supersport-Starworld-AXN-Cartoon Network-Animal Planet dan terjumpa dokumentari menarik di History Channel tentang bagaimana presiden Amerika dijaga.

Tapi sebelum itu, atas dasar patriotisme kena cerita dulu tentang Malaysia punya penjagaan Prime Minister selaku orang nombor 1 kita.

OK...Semasa aku pergi ke Dataran Parlimen haritu, PM menaiki kereta rasminya iaitu Proton Perdana Limosin bewarna hitam.Di depan dan dibelakang kereta di penuhi dengan polis.Polis menaiki kereta Rexton dan ada juga kereta Audi dibelakang kereta PM.Kiri dan kanan kereta ada polis yang menunggang motosikal.

Ada juga superbike ikut belakang itu untuk keselamatan PM ketika ke mana-mana.Kereta ini digunakan ketika apa-apa bentuk upacara rasmi kerajaan.Selepas itu, beliau boleh la nak naik kereta apa pun.Nak naik Merc ke BMW ke Bentley kerr..( aku rasa ditengah-tengah tu ada peti ais kot untuk dia minum )

Kali ini tentang mereka membawa antara manusia paling berkuasa didunia,presiden Amerika.Dari White House jika ingin ke lapangan terbang untuk membuat lawatan ke mana-mana negara asing akan mereka gunakan helikopter.

Sebanyak 3 helikopter dibawa bersama dan hanya 1 dinaiki presiden dan selebihnya sebagai umpan.Helikopter tersebut dinamakan Marine One.Helikopter tersebut bernilai ratusan juta dolar juga dan hanya membawa presiden dan first lady ( isteri presiden ) sahaja.

Selepas sampai ke lapangan terbang, mereka menaiki sebuah pesawat Boeing 747-200B atau namanya Air Force One.Harga sebuah kapal terbang ini bernilai lebih kurang $300 juta.Pesawat ini direka khas untuk presiden Amerika yang membuat penerbangan.

Pesawat ini boleh menempatkan beratus orang dan mempunyai kelengakapan lengkap didalamnya.Dengan dapur,bilik tidur dan lain2.Juga terdapat bilik mesyuarat untuk mereka bermesyuarat dengan orang2 bawahan mereka.

Presiden Amerika sukar untuk didekati kerana mereka menggunakan protokol lagi tinggi pangkat seseorang, lagi dekatlah mereka dengan kedudukan presiden mereka di dalam pesawat tersebut.Kapal ini juga boleh mengisi minyak ketika di udara tanpa perlu mendarat.Presidennya juga boleh memerintah Amerika hanya dari dalam Air Force One.

Sebelum presiden keluar dari pesawat.Para pengawal perlu memastikan bahawa diluar landasan ini semestinya selamat untuk presiden keluar.kesemua peserta untuk kunjugan kehormat akan diperiksa terlebih dahulu dengan alat anti-logam oleh pihak lapangan.

Setelah sampai ke destinasi dituju presiden, sebuah kereta yang bewarna hitam dan yang dinamakan Cadillac One.Kereta ini juga diberi nama ''The Beast".Harga kereta ini lebih kurang Rm1.65 juta.Kereta ini aku tak nak terangkan kerana dalam gambar yang aku siarkan ini dah ada segala maklumat kereta ini( click gambar ).Paling lawaknya, kereta yang bernilai lebih 1 juta ini hanya boleh memecut 110 km/h.Atas dasar keselamatan.

Monday, September 28, 2009

Penjelasan.....

Suatu ketika, Ustaz Ashrof pernah bersembang tentang rantai leher.Mengikut Islam, rantai boleh dipakai oleh lelaki.Selepas itu, salah seorang yang berada di situ bertanya kenapa dan antara jawapan yang diterima ada makna-makna tersembunyi.Dan Ustaz Ashrof pernah bertanya tentang maksud Peace terbalik.

Simbol ini berasal daripada simbol Syaitan yang diamalkan semasa upacara keagamaan.Simbol ini telah digunakan oleh Yasser Arafat ( Bekas Presiden Palestin ), Richard Nixon ( Bekas Presiden Amerika ) dan Winston Churchill ( Bekas Presiden Amerika ).

Lambang kedamaian pada tangan sebenarnya lambang gerakan iluminati.Tanda 'V' mempunyai pelbagai sejarah.'V' adalah dalam bahasa Roman bermaksud nombor 5 dan Adam Weishaupt menggunakan simbol ini sebagai "Law of Five" ( Hukum 5 ).

Di dalam tulisan Yahudi, huruf V ( Van ) dan membawa maksud Nail ( kuku ).The Nail adalah salah satu tanda rahsia syaitan yang digunakan semasa upacara penyembahan berhala.Syaitan sengaja membiarkan kita tahu bahawa tanda itu tanda kegemarannya.

Anton Lavey, pengasas Church of Satan ataupun Gereja Syaitan menggunakan simbol peace sebagai latar belakang mimbarnya dalam upacara penyembahan.Ada juga pendapat yang mengatakan simbol peace terbalik itu adalah simbol kumpulan anti-kristian ( antichrist ). Mereka mengambil salib kristian lalu mematahkannya ke atas dan terus menterbalikkannya.

*** Iluminati adalah salah satu pergerakkan Yahudi yang menguasai dunia.
*** Adam Weishaupt adalah pengasas kepada iluminati.

Sunday, September 27, 2009

Mana datangnya lagu negaraku???

Ada sesetengah orang mengatakan lagu negaraku diciplak dari lagu lagu Indonesia yang bertajuk "Terang Bulan".Tapi dinafikan oleh tokoh negarawan Malaysia yang mengatakan tidak menciplak dari lagu itu.

Sejarah lagu "Negaraku" datangnya dari lagu Mamula Moon oleh Pierre Jean de Branger dari Perancis.Lagu itu dibawa masuk oleh seorang sultan yang menggembara ke luar negara dan mendengar lagu Mamula Moon.

Kemudian negeri Perak mengambil lagu Mamula Moon menjadi lagu negeri mereka pada tahun 1901 dengan tajuk lagu negeri itu "Allah Lanjutkan Usia Sultan".Dari situ, Malaysia telah mengambil menjadi lagu kebangsaan.

( 1857 )


( 1901 )


( 1947 )


Ini bermaksud Indonesia mengambil lagu negeri Perak dan ketika pembentukkan Malaysia, Malaysia mengambil balik lagu negeri Perak dan Indonesia mengatakan Malaysia mencuri lagu Terang Bulan dari Malaysia.Dakwaan mereka tidak benar kerana lagu yang usianya 100 tahun ini diambil dari Mamula Moon - Allah Lanjutkan Usia Sultan (Malaysia) - Terang Bulan (Indonesia) - Negaraku.

Saturday, September 26, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri/Boboran Siyam/Korite

Seperti biasa, umat Islam akan merayakan Syawal selepas 30 hari umat Islam berpuasa di bulan Ramadan.Kebanyakkan warga kota akan pulang ke kampung halaman masing-masing untuk beraya bersama keluarga.Ada juga yang terpaksa menunaikan tanggunjawab untuk kita semua.

Aku pulang kekampung halaman aku lebih awal sedikit kerana nak bersama keluarga di kampungku.Balik ke Kedah selepas itu pergi ke Perlis.Mana2pun boleh raya tapi tahun ni nak raya dekat Kedah.

Malam belum raya aku pergi jalan-jalan dekat pekan untuk mencari apa-apa yang boleh dicari untuk dibeli untuk raya keesokan harinya.Seperti siang hari kerana masih ramai orang membeli barangan-barangan raya.Lagipun harga semua murah-murah sebab last day.

Pagi raya, macam biasa makan ketupat rendang puas-puas sebab dah sebulan aku tak breakfast.Pergilah aku ke masjid Zahir dan di depan itulah ada sejarah manis aku (hehehe).Tengok tempat duduk semua dah penuh sebab datang lewat.Kena berdiri la tapi aku masuk jugak langgar habis orang2 dihadapan dan dapat duduk di hadapan.

Masa lepas takbir raya orang berdiri aku terus kehadapan nak duduk saf depan la ( ada makna tu ). Selepas habis mendengar khutbah aku terus ke hadapan dan beratur untuk beraya dengan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dan juga menteri besar Kedah.

Lepas itu terus keluar dari masjid ternampak sebuah kereta idaman dan kebanyakkan dipakai raja-raja sahaja.Rolls Royce Phantom bewarna silver bernombor ( tak ada nombor ) yang dipakai Sultan Kedah.

Balik rumah makan dan makan sampai kenyang dan masuk bilik tidur.

*** Kalau ada open house ke jemputlah aku sekali...Hehehe

Wednesday, September 16, 2009

1Malaysia F1 Team

Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan tentang kemasukkan pasukan Malaysia yang diberi nama 1Malaysia F1 Team.Sebelum ini, Alex Yoong adalah satu-satunya rakyat Malaysia yang pernah berlumba bersama-sama Michael Schumacher menerusi pasukan yang diwakilinya KL Minardi.

Oleh kerana prestasi yang tidak memberangsangkan, beliau tidak lagi mewakili Minardi kerana KL Minardi tersebut sudah bankrap dan menyertai A1.Prestasinya begitu cemerlang kerana berjaya mendapat tempat ke-5 pada tahun 2005-2006.Namun prestasinya merosot dan menyertai GP2 Asia menerusi pasukan Qi-Meritus Mahara.

Pada kali ini, Malaysia F1 team yang bekerjasama dengan Lotus dan Proton membentuk pasukan 1Malaysia F1 team atau dipendekkan kepada Lotus F1 team.Pasukan ini juga disokong penuh oleh MAM dan SIC.

Pengerusi Eksekutif Naza, SM Nasaruddin SM Nasimuddin turut menaja pasukan tersebut dikongsi bersama CEO Air Asia, Tony Fernadez.Kemungkinan juga jika tiada lagi kontrak bersama BMW Sauber, Petronas juga akan turut bersama menaja Lotus F1 team ini.

Lotus F1 team ini akan berpangkalan di Norfolk,England lebih kurang 16 km dari kilang Lotus di England.Kilang ini akan membangunkan jentera F1 dan turut pernah menjayakan program F1 untuk pasukan Toyota.

Sukan lumba kereta yang juga paling tinggi dalam kebanyakan perlumbaan ini memerlukan sekurang-kurangnya Rm 1 billion untuk membangunkan pasukan Lotus tersebut.Pada musim kali ini, perlumbaan disertai 10 pasukan iaitu Ferrari,Renault,Mclaren-Mercedes,Force India,Redbull,Torro Rosso,William dan juga Brawn GP.Pada musim hadapan pula dijangka sebanyak 13 pasukan akan menyertai bermakna lebih kuran 26 buah kereta F1.

Jika dahulu, ketika sebelum perlumbaan BMW sauber akan berada dihadapan ketika berarak pada tahun hadapan Lotus F1 Team akan mengetuai perarakan di Sepang International Circuit.Kemasukkan pasukan ini juga akan membuatkan Malaysia dikenali di mata dunia menerusi gambar2 iklan yang dilekatkan di jentera Lotus F1 team.Walaupun kosnya mencecah Rm 1 billion ( 1 Malaysia 1 Billion ), mungkin akan menguntungkan kerana pelancong semakin bertambah kerana lebih kurang 200 buah negara menyaksikan perlumbaan tersebut dan hampir 600 juta orang menyaksikan pada satu perlumbaan

Kata perdana menteri, para pelumba juga dari Malaysia tetapi tidak disahkan lagi, mungkin Fairuz Fauzy akan berlumba bersama Alex Yoong.Ataupun perlu memanggil Robert Kubica dan Fernando Alonso untuk mewakili Lotus.Tetapi setiap kumpulan perlu mempunyai 3 pelumba iaitu 2 orang pelumba utama dan satu lagi simpanan kerana jika ada kemalangan, pelumba simpanan boleh menggatikan seperti yang berlaku kepada Felipe Massa.

Pasukan yang berada di pitstop ( tukang cuci helmet,tukar tayar,tambah minyak ) juga akan terdiri dari rakyat Malaysia.Najib juga ingin menaruh harapan agar lagu "Negaraku" berkumandang ketika para pelumba negara memenangi perlumbaan dan berdiri megah di atas podium.Sepang International Circuit akan menjadi tempat practice pasukan 1Malaysia F1 team.



Kepada semua yang menyambut Hari Raya Aidilfitri, SELAMAT HARI RAYA.Yang pulang ke kampung itu berhati-hati agar dapat datang kembali dan jangan lupa bayar zakat fitrah.Harap tukar duit dekat bank secepat mungkin sebelum bank kehabisan duit.

Tuesday, September 15, 2009

2 kisah di bulan Ramadhan

Kisah1: Tentang seorang lelaki kafir atau namanya Oka bercakap dengan Orang Muslim yang bernama OM ketika dia tengah berwuduk.

Oka : Oikk apahall luu ambikk wuduk?
Om : Sebab tadi terbatal, terkentut!
Oka : Apapasal lu kentut belakang lu basuh kepala,kaki,tangan.
Om : Ntah...Tuhan aku suruh,aku ikut saja.
Oka : Jelas..Luu punya agama tarak benar,arahan yang tuhan lu suruh tak logik.
Om : Kebenaran tidak semestinya logik.
Oka : Apa buktinya??
Om : Nak bukti...Mehh ikut aku...

Encik Om membawa Encik Oka ke sebuah pintu dan menyepit tangannya...Encik OK menjerit kesakitan...

Oka : Ahhh...Tangan gua sakitt laa...Lepass rr....
Om : Haa...Ni la yang aku nak cakap dekat kau, aku sepit tangan kau kenapa mulut kau yang menjerit.Sama juga dengan aku...Bukan semua tak logik tu maksud tak benar......

Kisah ke-2 : Encik Om tengah bersembang di sebuah kedai mamak bersama Encik Oka.

Oka : Luu punya tuhan tarakk adil la.
Om : Apahal??
Oka : Sebabnya, lu cakap kalau manusia buat jahat maksud api neraka dengan setan, setan relax saja dalam api neraka cuma manusia saja sakit...
OM : Kenapa pulak?
Oka : Luu cakap setan buat daripada api jadi talakk sakit sebab dia dalam neraka jugak api, manusia buat dari tanah mestilah hangus terbakar.Setan talak sakit...
Om : Manaboleh!! tuhan aku cakap semua kena bakar api neraka...
Oka : Luu caya la sama lu punya tuhan!! tarakk betull lu punya tuhan manyak tipu...

Om relax saja pergi ke toilet untuk basuh tangan.Dan dia berjalan dan terserempak dengan tanah lalu diambilnya dan membaling tanah untuk kedahi Encik Oka.Encik Oka meraung kesakitan.

Oka : Cilakoi lu...Nak hare...Lu baling tanah sama gua...Wa mau sue luu...Esok luu dapat surat dari wa punya lawyer.
Om : Hahhaa...Aku takot laa dengan lawyer kau...

Ketika di mahkamah...

Tuan Hakim : Mengapa kamu membaling plaintif dengan tanah.
Om : Maaf tuan hakim, saya nak buktikan apa yang saya kata adalah benar.
Tuan Hakim : Apa yang dia cakap?
Om : Dia cakap yang ketika didalam api neraka manusia terseksa dan syaitan hanya biasa sahaja.
Tuan Hakim : Apa masalah kamu?
Om : Saya nak buktikan yang manusia yang diperbuat dari tanah juga akan sakit kalau kena tanah, dan begitu juga syaitan.
Tuan Hakim : Ooo...Macam tu, sekarang kesalahan kamu adalah mencederakan plaintif, jadi kamu dikehendaki membayar denda Rm300 kepada pihak polis dan Rm500 ke plaintif atas kecederaannya.

Sunday, September 13, 2009

SHOPPING

Seperti biasa, dekat2 nak raya ini ada saja sale dengna shopping complex dekat sekitar Kuala Lumpur ni.Ada juga yang shopping dekat Petaling Street ataupun Bazar Ramadhan yang berdekatan dengan rumah anda.

Di bandaraya Kuala Lumpur ini setiap jalan mesti ada saja 1 shopping complex yang boleh dishopping biasa la dah nak dekat raya ada la pergi beli baju raya.Semalam aku baru balik dari shopping juga di Pavillion Kuala Lumpur, tapi tak banyak beli jadi aku berhijrah ke KLCC.Dekat sana baju boleh tahan la.

Ketika di Pavillion, aku tengok ada fashion show dari Tang's.Mungkin anda ada pergi shopping juga dekat mana2.Bukan satu je tempat nak shopping.Midvalley,OU,Sogo dan macam-macam tempat lagi yang boleh dishopping tapi kalau ada duit sikit boleh la pergi beli di Singapore.

Kadang-kadang sesetengah kedai dalam Shopping Complex tu ada pintu dan setengah lagi tiada pintu.Kenapa? Kadang2 orang macam aku ni suka merayau dalam Shopping Complex sebab mak aku suka tengok handbag, Coach la Bonia la macam-macam aku tak suka jadi aku merayau-rayau sorang-sorang dalam shopping complex.Kalau pintu tak ada aku akan masuk buat relax jee tapi kalau ada pintu, aku takkan masuk.Sebabnya?? Lu pikir rr sendiri

Kalau nak beli jam tangan boleh la pergi ke kedai seperti Tag Heuer,Rolex ataupun Chopard.Tapi raya selalunya orang tak beli jam, jadi boleh la pergi beli baju Guess,Zara,Versace,Espirit,Ralph Lauren,Bum,Topman,Hugo Boss,Raoul,Giordano,Diesel,Padini,LV,Burberry ataupun Massimo Dutti.

Tapi kalau nak beli handbag boleh la pergi ke Anna Sui,Coach,Gucci,Chanel ataupun yang di atas.Tapi bab2 fasion ni Malaysia pun ada orang yang hebat juga di pentas antarabangsa.Jangan pandang rendah dekat Malaysia seperti Padini, terkenal di mata dunia.Fasion Designer kita, Jimmy Choo antara Malaysian yang ada nama di London tentang fasion.

SELAMAT BERSHOPPING/BERAYA

Friday, September 11, 2009

Sultan Brunei

Hari ini sebenarnya tak berapa ada topik tapi aku cari topik yang boleh ditulis.Selepas membaca sebuah artikel, artikel ini boleh aku kongsi dengan anda semua.Seperti tajuk yang diatas, artikel ini tentang Sultan Brunei.

Brunei memang kaya dengan hasil tanahnya yang mempunyai petroleum dan juga gas asli dan menjadi punca pendapatan negara itu.Negara ini seluas 5,765 km2.Dengan populasi penduduk sebanyak 400,000 orang.Dan dijangka negara ini akan bertambah populasinya sehingga 700,000 menjelang 2050.


Majoriti penduduk Brunei beragama Islam dan diikuti agama Buddha dan Kristian.Negara kecil ini antara negara paling stabil dalam ekonominya dan kuasa mutlak negara itu terletak kepada sultannya yang bernama Sultan Hassanal Bolkiah.

Sultan Hassanal Bolkiah ni dia punya kediaman namanya Istana Nurul Iman.Istana ini mempunyai 1,788 bilik dan 257 bilik mandi.Keluasan Istana ini sebesar 200,000m2.Kediaman ini adalah kediaman terbesar selepas Forbidden City di China.

Kekayaan Sultan Hassanal Bolkiah memang tidak boleh dinafikan lagi.Sultan ini mempunyai lebih kurang dari 3000 hingga 6000 buah kereta dengan harga lebih $4 billion( Rm13.5 billion ).Baginda juga telah mendapat pengiktirafan dari Guinness World

Record kerana mempunyai kenderaan paling banyak didunia.
Antara kereta-kereta baginda adalah Porsche Carrera GT, Lamborghini Diablo J ota , Porsche 959, Bugatti EB110, Bugatti Veyron( kereta termahal didunia ),Lamborghini Murciela go LP640, Maybach 62, Jaguar XJR-15 dan 6 buah biji kereta Dauer 962s.Ferrari FX( Ferrari FX hanya tujuh buah biji dibina dan 6 daripadanya milik keluarga diraja Brunei ),


Bentley Continental R,Ferrari Mythos( hanya dibina 2 biji dan 1
milik Sultan Brunei ),Ferrari 456 GT Sedans,Mercedes-Benz CLK-GTR, McLaren F1,Cizeta-Moroder V16T,Bentley Java( hanya 2 biji dibina dan 1 milik Sultan ),Bentley Dominator 4x4,Aston Martin AM3,Mercedes Benz 300SL,Rolls Royce Phantom/VI


Daily Mirror dari United Kingdom telah membuat liputan terhadap kenderaan pada tahun 2007 dan mendapati sultan mempunyai 531 Mercedes Benz, 367,Ferrari, 362 Bentley, 185 BMW, 177 Jaguar, 160 Porsche, 130 Rolls Royce dan 20 Lamborghini.
Lagi tentang kekayaan Sultan Brunei.Baginda mempunyai sebuah Boieng 747-400 dan dihiasi dengan emas yang diramal berharga $233 juta ( Rm 815 juta ) dilengkap barangan dalaman kapal terbang berharga $3 juta ( Rm11 juta ).


Haaa...Ini ada satu video yang boleh membuatkan anda tertawa dan mempunyai banyak moral dalam video ini....











September Eleven ( 11/9 )

Kalau kita hulusi kata-kata En.Zaidi semalam sebenarnya ada membawa maksud.Dia sebenarnya berkata tak payah datang hari ini tapi dia tak cakap macam tu.Jadi sebab itu juga aku tak datang juga.

Ada sebab juga yang aku tak datang hari ini sebab hari ini agak berbahaya dari hari yang lain.Aku cakap betul ni, memandangkan hari ini 11 September adalah ulang tahun ke-8 peristiwa serangan Seven Eleven...Ehh silap September Eleven ( 11/9 ).

Kajian pernah dilakukan terhadap peristiwa Sebelas September ini dan mendapat sedikit kebetulan kajian itu yang mengatakan hari ni tak feng shui :

Bandar ''New York City" a
da 11 huruf
Negara "Afghanistan" ada 11 huruf
Nama "George W Bush" ada 11 huruf

Ni antara sebab-sebab aku duduk rumah, ntah-ntah ada kapal terbang jatuh ke sekolah ker.Ada lagi kajian aku :

New York City adalah negeri ke-11 Amerika
Kapal terbang pertama melanggar World Trade Centre bernombor 11
Kapal terbang bernombor 11 itu membawa 92 penumpang ( 9+2=11 )
Kapal terbang bernombor 77 juga melanggar WTC membawa 65 penumpang ( 6+5=11 )
Peristiwa ini disebut juga September Eleven ataupun 9/11 ( 9+1+1=11 )

Baru sikit , adalagi kajian yang dilakukan, :

Jumlah penumpang yang terkorban dalam rampasan pesawat itu seramai 254 orang ( 2+5+4=11 )
Tarikh 11 September adalah hari yang ke 254 dalam kalendar bagi setahun. ( 2+5+4=11 )
pengeboman di Madrid berlaku pada 3/11/2004. ( 3+1+1+2+0+0+4=11 )
Tragedi ini berlaku selepas 911 hari terjadinya serangan WTC ( 9+1+1=11 )

Tapi semuanya ada muslihatnya jadi sila buka Microsoft Word dan tulis "Q33 NY".Q33 NY adalah nombor pesawat yang melanggar WTC itu.Tukarkan perkataan tersebut ke Wingdings dan besarkan ke size 48."Apa korang nampak???"

Satu hari nanti aku akan jelaskan misteri ini.Ada kena mengena dengan jewish juga.


Thursday, September 10, 2009

It's OVER!!!

Assalamualaikum, diharap semua sihat sejahtera dan dapat menjalani ibadah puasa.Jangan lupa pergi solat Tarawikh.Bulan-bulan puasa ini adalah alasan-alasan seperti gastrik.Bulan puasa je ada sakit ni bulan lain tak ada.

Aku tau ada yang pakai penutup hidung/mulut tu sebab lain bukannya sebab nak mencegah penularan H1N1.Nak cover mulut bau curry betul tak?? Hehehe bukan yang ini sebenarnya nak cerita.

Hari Selasa macam biasa BM tak ada masalah dengan Math.Tapi kali ini math teruk sikit kott...Sebab banyak hentam tapi rasanya dapat skor dekat Paper 1.Balik kena pergi tuisyen sana sini agak memenatkan.

Hari Rabu hari yang pendek menyeronokkan aku sebab boleh tidur nyenyak di atas katil.Tapi malam tu tak tidur sebab study Science & Bhasa Inggeris.Lepas soq pun tak tidur study lagi utk last minute.

Hari ini agak memenatkan semua calon.Aku sampai terlena masa Aptitud punya exam.Aku terbaca satu ayat itu yang mengatakan "anda harus optimis untuk berjaya" jadi aku pun buat2 Optimis la.Jadi aku ubah jadi Optimis Prime bagi sedap sikit.

Exam dah habis, 1 Malaysia ( hehehe ) harap dapat 5A untuk exam kali ini tapi ada satu konspirasi yang menakutkan masa aku spy orang2 dalam.Konspirasinya berbentuk begini :

Pada lebih satu bulan yang lepas, kerajaan Malaysia telah memansuhkan Program Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris ( PPSMI ).Ramai orang tidak menyokongnya apabila sebuah blog telah membuat poll tentang PPSMI dan menunjukkan jumlah tidak setuju.

Sebanyak 100,204 responden telah mengundi dan dan sebanyak 86,360 responden tidak bersetuju tentang memansuhkan PPSMI.Yang selebihnya bersetuju memansuhkan PPSMI.

Disebabkan ramai ibu bapa tidak bersetuju dan Menteri Pelajaran mengatakan ia adalah satu keputusan muktamad jadi mereka membina satu konspirasi.Ketika dalam UPSR,PMR dan SPM mereka memberi arahan kepada guru supaya tanda lebih tegas dan jika tertinggal satu perkataan mahupun satu huruf dikira salah.

Jadi rakyat Malaysia akan bersetuju untuk memansuhkan PPSMI.Itulah konspirasi kerajaan tetapi aku tak tahu hanya para guru yang menanda sahaja tahu.Tapi aku harap konspirasi ini tak wujud dalam exam kali ini.