Friday, August 21, 2009

Tiada lagi...............

Keesokan harinya, umat islam seluruh dunia akan mula akan menunaikan salah satu rukun islam iaitu berpuasa pada bulan Ramadhan.Satu-satunya bulan yang kita tidak sabar-sabar untuk mendengar azan dari masjid berdekatan rumah kita.

Kalau dulu tak peduli tentang azan Maghrib tapi sekarang tak sabar-sabar nak berbuka.Tapi Allah mengatakan supaya berbuka bila tiba masanya.Lepas berbuka selalunya akan pergi melepak di masjid berdekatan.

Tiada lagi sarapan pagi, tiada lagi makan tengah hari hanya menanti waktu berbuka.Tiada lagi Choki-choki.Tiada lagi air mineral.Hari ini aku nak makan puas-puas!!!!!

Aku masih ingat tahun lalu, aku pergi jual mercun bola dekat Rusyidi dan Daniel.Sebab masa tu mak aku baru balik dari siam ( Thailand ) jadi aku pesan mercun bola,naga,botol,ketupat,mancis,roket,bunga api dan barang sewaktu dengannya.

Lepas raya masih ada lagi baki mercun bola sebab mak aku larang aku main mercun bola/ketupat/botol sebab agak bahaya tapi kalau yang lain tak la berapa kisah.Jadi aku pun jual la kepada rakan-rakanku di black market .

Sebenarnya 100 biji bola atau sepaket mercun tu harga nya 50 baht.Bersamaan dengan wang Malaysia iaitu Rm5 satu paket.Jadi harganya memang murah sebiji.Tapi orang juga 3 seringgit memang kaya la tauke mercun tu.

Kalau mercun mancis pula selalunya jual dalam Rm1 satu kotak tapi kalau beli dekat Siam dalam 10 kotak dua ringgit je.Bermaksud 20 sen saja 1 kotak.Tapi dekat kampung aku jual sekotak dalam 50 sen.

Jangan terkejut sebenarnya mercu roket tu murah jer dalam tiga ringgit 30 batang.Ada 1 mercun tu dipanggil mercun bom sebab bunyinya memang kuat.Kereta punya alarm pun boleh berbunyi.Kalau cucuh mercun tu boleh diibaratkan dengar 1 kampung la.Tapi mercun tu tak banyak ada dekat Malaysia sebab terlalu mahal.

Cuba fikir kadang-kadang tengok surat khabar nampak yang kastam merampas beribu mercun bunga api di sempadan.Apa diorang buat dengan mercun tu??? Bagi anak cucu diorang main la dekat Kedah satu hari mak aku tak kasi main mercun sebab ada rumah polis tapi anak polis main sekali jadi aku join la.

Memang best tengah bakar duit.Kalau sembahyang raya je mesti bapa saudara aku sentuh tentang mercun sampai tak larat cakap.Malangnya tahun ini aku tak ada stok mercun jadi belilah pada pembekal mercun di sekitar anda.

Nak tahu macam mana nak seludup mercun???? ( hehehe )

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen