Friday, August 7, 2009

Tanda2 kiamat...

Seperti dijanjikan semalam, aku hari ini tak bercuti jadi aku kena la tulis tentang-tentang kiamat seperti semalam.Aku mulakan tanda-tanda kecil berpandukan hadis :

Penaklukan Baitulmuqaddis
Rasulullah S.A.W telah bersabda " Sesungguhnya aku telah menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.Satu daripadanya adalah penaklukan Baitulmuqaddis."

Zina Bermaharajalela
" Dan tinggalah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar ( keldai ).Maka pada zaman inilah datangnya hari kiamat."

Pemimpin terdiri orang yang jahil dan fasik

Bermaharajalela alat muzik

Pada akhir zaman, akan terjadinya tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. Ada yang bertanya kepada rasulullah " Wahai rasulullah bila hal ini terjadi? " Jawab rasulullah " Apabila bermaharajalela bunyi-bunyian ( muzik ) dan penyanyi2 wanita ."

Menghias masjid dengan membanggakan
Di antara tanda2 hari kiamat ialah manusia bermegah-megah dengan masjid untuk didirikan .

Ramai orang menunutut ilmu kerana pangkat dan kedudukan
Ramai orang2 yang soleh meninggal dunia

Orang hina mendapatkan kedudukan yang tinggi
Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani


Mengucapkan salam kepada orang yang kenal sahaja
"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad


Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya bertelanjang sahaja
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a."Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."


Bulan sabit kelihatan besar
Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani


Esok sambung la sbab pnjg sgt...

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen