Wednesday, August 5, 2009

SIKIT TAPI LAMA...

Post ni nak qada yang hari tu la sebab dah 3 hari tak post artikel.Masa nak ambil gambar hari Isnin tu aku pun turun la untuk Persatuan Keceriaan dan Rekreasi.Aku pilih persatuan-persatuan yang tak ada orang sebab kalau tak ada orang boleh la dapat jawatan.Aku dapat jawatan dan agak kecoh sebab semua nak duduk depan tapi semua kena berdiri.

Masa penggambaran hoki pula agak pelik kerana lebih 15 orang dan kebanyakkan hantu-hantu gambar dari darjah 5.Dulu masa mula-mula sertai persatuan cuma ada lebih kurang 10 orang dan kesemuanya darjah 6.Aku pun halau la hantu-hantu tak berkenaan itu tapi Puan Muniroh cakap jangan halau.Kata2nya berbunti begini " takpaa laa, diorang nak ambik gambaq dngn cikgu " aku pun tak kata apa-apa.

Selepas itu, aku pergi cari kayu hoki, mula-mula cikgu Ridzuan nak buat kayu jadi seperti piramid tapi tak jadi.Encik Shaheezam pula buat tapi buat macam biasa saja.Banyak kali jatuh Cikgu Shaheezam buat lagi.Ada yang kena langgar ada yang angin tiup.Penat juga cikgu buat.Akhir sekali sebelum nak bergambar sekali lagi jatuh jadi Cikgu Shaheezam buat lagi.Encik Zaidi pula goyangkan kayu guna kaki dia.

Hampir 30 minit juga nak ambil gambar sedangkan ada kurang 20 orang termasuk cikgu.Selepas habis itu aku naik atas dan panggil Ustaz Amir a.k.a Shazmer.Ajak dia turun bawah ke kantin.Cari telur.Untuk apa??? hehe disebabkan hari tu birthday Fahim jadi aku kira nak baling telur nak baling dekat dia.Nasib dia baik sebab tak ada kalau tak balik ni kena marah dengan mak.

Sekarang aku dah ada connection jadi tak perlu risau sebab operasi blog ni dah biasa....

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen