Monday, August 17, 2009

Nak cuti???

Yooo...Eh silap Assalamualaikum kelmarin kedengaran khabar berita tentang jangkitan wabak terbaru iaitu Influenza A( H1N1 ). Wabak yang marinya dari Mexico kini telah merebak ke semua negara di bumi ini.

Antara satu-satunya wabak yang agak hebat ini kerana penyakit ini kebanyakkan berjangkit.Dan negara yang pertamanya adalah Mexico jadi apa yang nak dikatakan ialah wabak ini naik kapal terbang untuk menjangkiti seseorang.

Jika dilihat pada situasi semasa, kes yang terkumpul di Malaysia sebanyak lebih 4,200 kes di seluruh Malaysia.Jumlah kematian di Malaysia juga dicatatkan sebanyak 67kematian dan mereka yang mudah dijangkiti adalah yang mempunyai penyakit kronik ( bukan sakit gigi ataupun perut ), asma,imuniti rendah,obesiti,kecacatan otak dan lain2.

Kanak-kanak di bawah 5 tahun senang dijangkiti jadi sesiapa yang mempunyai adik bersiap sedialah mengawasi adik anda.Warga emas berumur 65 tahun ke atas juga senang dijangkiti.Nasib baik ayah aku baru 40 lebih saja ( hehehe ).

Penyakit ini berjangkit melalui titisan cecair sedang bercakap.Kepada Mak Bedah-mak bedah yang suka bercakap itu kurang2kanlah.Bersin ( no comment ) dan juga batuk.

Pandemik ini telah meragut lebih 1,500 orang di seluruh dunia dan sebanyak 208,990 kes terkumpul di seluruh dunia.Tetapi ada lagi satu pesanan dari World Health Organization ( WHO ) lebih banyak orang terkena jangkitan ini.

WHO telah mengatakan bahawa jumlah sebenar jangkitan virus ini ialah 20 kali ganda dari kes sebenar.Ini bermaksud di Malaysia mempunyai 4,225 kes.
4,225 x 20 = 84,500

Beerti lebih 80 ribu rakyat Malaysia telah menghidap virus Selesema Babi atau lebih handsome dipanggil Influenza A.Mungkin mereka semua dikalangan kita....Menakutkan!!!

Harga topeng mulut pula dikatakan dinaikan 10 kali ganda dari harga asalnya.Kebanyakkan barangan itu habis dijual di klinik-klinik sekitar rumah kita.Aku masih ingat pada jerebu dulu2.Aku kena pakai topeng tapi buang sebab agak panas.Dikatakan harga asal topeng muka itu sekitar 50 sen tetapi ada yang menaikan sewenang2nya.

Aku sampai sekarang tak pakai, dalam fikiran murid seperti aku hanya mahu cuti.Agar sekolah ditutup untuk kita berfoya-foya dirumah.Tapi bukan boleh keluar hanya melancong di dalam rumah.Perancis mengatakan yang mereka akan menutup sekolah sekiranya 3 kes dilaporkan di sekolah berkenaan.

Emiriah Arab Bersatu pula memberikan cuti kepada semua pelajar pelajar bagi mencegah penularan H1N1 ini.Bak kata pepatah " Mencegah lebih baik dari merawat ".Sastera Melayu tuu hehehe.... Aku rasa maksud dia kalau tak sakit macam mana nak merawat.Betul la kot....Dan mencegah tu ertinya jangan terkena jangkitan.Kalau kena mesti kena rawat...

Aku dapat tahu seorang pelajar kelas 6 Rajin telah pengsan semasa bermain bersama rakannya di kelas tapi aku malas nak ulas lanjut la sebab ada orang lebih boleh ulas sebab maklumat yang akan diberikan pastinya tepat.Pada pagi tadi Imran Haziq mengarahkan sesiapa yang mempunyai simpton H1N1 seperti batuk,selesema dan lain2 turun ke bawah.

Aku rasa selesema aku dah seminggu tak surut2 lagi jadi turun la bawah dengan 1 harapan.Harapan cikgu beri arahan tak perlu datang ke sekolah.Dan impian menjadi kenyataan tetapi kena juga sebab cikgu cakap kalau biasa-biasa saja datang ke sekolah tetapi kalau sampai nak pengsan lebih elok lepak rumah...

ADIOS...Pandai cakap Mexico ( betul kerr )

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen