Monday, August 31, 2009

MERDEKA di Dataran Parlimen

Hari ini, genaplah negara kita Malaysia merdeka selama 52 tahun.Pagi tadi, aku pergi ke dataran parlimen untuk menyaksikan perarakan kemerdekaan.Pada mulanya, pihak kerajaan ingin membuat sambutan kemerdekaan di stadium Nasional Bukit Jalil tetapi disebabkan pandemik H1N1.

Aku bertolak ke parlimen lepas sahaja bersahur.Pada sambutan hari ini hanya dapat menempatkan 1800 orang sahaja dan kesemuanya kontijen yang mengambil bahagian dalam sambutan kali ini.Hanya beberapa orang sahaja orang awam yang dapat masuk ke dalam dataran


Sambutan bermula jam 7.00 pagi dengan kemasukkan pasukan keselamatan.Pelbagai persembahan diadakan ketika sambutan kali ini.Tiba masa menyanyi lagu kebangsaan kita " Negaraku " sebanyak 14 das tembakan meriam dilepaskan yang membawa maksud ke semua 14 negeri di Malaysia.


Pada tahun ini, tema kemerdekaan kali ini adalah "1Malaysia" dibawah gagasan perdana menteri Malaysia kita iaitu Dato' Sri Najib Tun Razak.Rakyat didahulukan,Pencapaian diutamakan untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum di seluruh Malaysia.


Kesemua jemaah menteri hadir begitu juga diplomat-diplomat negara luar hadir ke upacara sambutan kemerdekaan.Indonesia,Brunei,Turki,Arab Saudi dan banyak lagi delegasi datang ke upacara ini.Tidak lupa juga atache-atache dari kebanyakkan negara seperti Zimbabwe datang ke sambutan kali ini.


Walaubagaimanapun, tidak kelihatan bekas Perdana Menteri kita, Tun Abdullah Ahmad Badawi begitu juga dengan Tun Mahathir Mohammad.Mungkin mereka celebrate di tempat lain.Pada tahun ini, sambutan kemerdekaan negara dibuat kesederhanaan sahaja.


Kesemua pemimpin negara seperti agong,ketua polis negara,general,ketua setiausaha negara,ketua hakim negara dan ramai lagi hadir pada hari ini.Aku hanya duduk di belakang general sahaja sebab tak ada tempat duduk.


Panglima Angkatan Tentera hari ini adalah hari terakhir beliau berkhidmat apabila 1 September ini beliau akan digantikan dengan Ketua Tentera Udara Diraja Malaysia, Tan Sri Ariffin.Selepas itu, pengacara iaitu Mahathir Lokman mengumumkan keberangkatan pulang DYMM agong.


Dengan menaiki kereta favouritenya yang pernah aku lihat di J.W Marriot iaitu Maybach berwarna hitamnya.Selepas itu, Y.A.B perdana menteri menaiki Perdana Limosinenya pulang diikuti Y.A.B Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Selepas itu, tibanya masa menteri balik dan hampir kesemuanya menaiki kereta nasional.Disitu, kesemua kontijen membuat satu barisan panjang ketika balik.Aku turut serta melihat kesemua menteri.Ada yang buka tingkap ada yang carret tak nak buka tingkap.


Aku sempat salam dengan Dato Mustapa Mohamed, Dato Seri Dr. Ng Yen Yen,Datuk Ahmad Shabery Cheek, Datuk Ismail Sabri Yaakob dan ramai lagi.Dan tidak lupa juga dengan James Bond Melayu kita, Dato' Jins Shamsuddin.


Ada juga yang tak sempat salam seperi General Malaysia yang menaiki Perdana bernombor " Z1 " dan ketua polis negara, Tan Sri Musa Hassan.Ada juga yang tak nak buka tingkap.Tiba masa ketua Setiausaha negara ada dalam 5 kontijen pergi sekat laluan kereta dan apa mereka cakap.... " Tan Sri mintakk bonuss raya tahunn niee... "


Berani diorangg sekat jalan ketua setiausaha negara yerr.Selepas semua menteri habis para delegasi dan atache pula balik.Ada sebuah kereta Jaguar berbendera Amerika.Aku tengok belakang macam Robert Gates ( Menteri pertahanan Amerika ) tapi salah orang rupanya.Cuma duta Amerika saja.


Dan harapan aku supaya aku dapat melihat Malaysia merdeka seabad dan melihat wawasan para perdana menteri kita tentang Wawasan 2020.Begitu juga kepada Dato' Seri Najib Tun Razak supaya hasrat 1Malaysianya tercapai.

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen