Monday, August 24, 2009

Manyakk ONG!!!

Tadi, aku pergi ke kompleks PKNS di Shah Alam untuk mengambil bubur lambuk yang datangnya khas dari Kambung Baru.Memang famous bubur ni dan sedap sekali dimakan selepas berbuka puasa.

Masa aku sampai ke kompleks tersebut, aku turun dari kereta dan tiba-tiba ada terasa sesuatu di kepala, jadi aku meminta adik aku yang perempuan supaya tengok dan apa yang dia cakap aku kepala aku diberak tahi burung ( jahanam kau burung ).

Nasib baik bulan puasa je, kalau tak aku dah lama menyumpah burung itu.Ataupun aku boleh pergi Da Ma Cai untuk beli nombor ekor mungkin dapat menang.Jackpot...Hehehe

Aku macam biasa beratur dan ambil 2 kali bubur lambuk.Dia bagi pakej sekali dengan air jadi buka ni sedap la.

Bulan puasa ini selalunya orang tak buat aktiviti2 hiburan dan banyak aktiviti ibadat.Kita hanya puasa 13 jam sehari dan selebihnya boleh makan tetapi negara seperti Perancis berpuasa 18 jam sehari kerana waktu siang amat panjang.

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen