Friday, August 14, 2009

Macam-macam ada...

Malaysia kan negara maju kalau nak pergi snorkeling pergi je Pulau Sipadan.Pulau Sipadan yang terletak di Sabah ini adalah antara pulau-pulau tercantik di dunia.Kalau nak berjudi pergi saja ke Genting Highland tapi kalau tak der duit pergi saja Taipan cari TOTO SPORT.Setaraf dengan L.A,Macau ataupun Monaco.

Hebatnya Malaysia ni tak dapat dinafikan lagi, Malaysia ni negara berbilang kaum, betul tak!! contohnya di Malaysia ada Melayu,Cina,India,Jawa,Indon,Bangla dan lain2.Kalau tak ada duit nak pergi Jakarta pergi saja Klang.Anda mesti berasa seperti berada di Jakarta.Jakarta neutral bukan buatan manusia.

Tu best duduk Malaysia, Nak makan semuanya ada dari Karipap sampai tosai sampai Bak Kut Teh.Berbilang kaumlah katakan, bahasa pun macam-macam ada seperti BM ( bahasa Mandrin ) BI ( Bahasa India ) dan macam-macam lagi.Tak lupa juga Bahasa Rojak dan Bahasa Pasar.

Kita sepatutnya kena bangga dapat tinggal di sebuah negara bernama Maaysia, rakyat dia pun hebat, kalau jalan malam dekat Dataran Merdeka banyak wheelie tuu...Ini bermaksud rakyat Malaysia semuanya berani.Berani menempah maut.Kadang2 seronok juga ada tunjuk perasaan jadi boleh la diorang kena water cannon.Bangga rakyat Malaysia!!!

Pernah satu hari sebuah penyelidik membuat kajian tentang negara paling kasar di bumi.Mereka meletakkan orang tua yang buta untuk melintas jalan dan juga menjatuhkan pen ke lantai.Jika mereka membantu bermaksud bagus tetapi jika sebaliknya faham2 saja lah...Kehebatan negaraku Malaysia tidak dapat dinafikan lagi kerana Malaysia mendapat tempat ke-2 terkasar.SYABAS MALAYSIA!!!

Orang-orangnya pun hebat-hebat belaka, banyak yang mengharumkan nama negara.Robert Kuok king of sugar kalau ditranslatekan raja gula dunia.Noordin Mat Top pun antara yang Malaysia yang patut dibanggakan.Menjadi pengganas paling dikehendaki di dunia selepas Osama B . Laden,Mullah Omar,Baitullah Mehsud.Memang top betul la dia ni.

Noordin Mat Top yang paling top di South East Asia ataupun Asia Tenggara dicari serata negara dan ditawarkan beratus ribu ringgit di Indonesia.Tapi Malaysia buat relax saja, maklumlah rakyat sendiri.Tiap2 tahun ada saja serangan dibuat oleh "Noordin and the gang"

Tak tahu kenapa banyak tulisan yang dienglishkan.

Hehehe...MERDEKA!!! ( 7x)
MALAYSIA!!!

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen