Thursday, August 27, 2009

Letih...

Kelmarin aku dan ayah aku pergi ke Melaka kerana perlu pergi ke mahkamah Melaka.Aku bertolak selepas subuh dan terus pergi ke Melaka.Dalam sejam lebih juga sampai Melaka.

Setelah sampai ke Melaka ayah aku cari tempat letak kereta dan terus masuk ke dalam majistret Melaka.Perbicaraan bermula jam 8.30 pagi tapi ayah aku sampai jam 8.45 pagi.Nasib baik tuan majistret tak masuk lagi.

Hampir 30 orang datang dan memberi kertas masing-masing kepada petugas yang berada dalam dewan perbicaraan.Polis juga ada di dalam dewan ini dan memberi amaran supaya menutup telefon ketika majistret bersidang.

Lebih kurang jam 9.15 pagi tuan majistret masuk dan semua orang berdiri.Jurubahasa terus memanggil pesalah-pesalah trafik untuk kehadapan untuk dibicarakan.Pesalah harus berdiri di hadapan hakim. Kata-kata jurubahasa

Jurubahasa : Encik .... ...... telah melakukan kesalahan lalu lintas dengan ..... ..... pada ..... .... jam ..... ..... dengan menaiki motosikal/motokar bernombor ...... ...... mengaku atau tidak mengaku?

Pesalah : Mengaku tuan majistret.

Tuan majistret : Ada apa-apa rayuan?

Pesalah : Minta tuan majistret dikurangkan bayaran denda kerana ............. ( alasan )

Tuan majistret : didenda Rm ...... gagal bayar ...... ( hari ) penjara / amaran

Macam tu la suasana di dalam mahkamah di Melaka yang dihakimi oleh tuan majistret Muhammad Hazri. Sebenarnya mak aku kena pergi tetapi mak aku malas nak pergi sebab dia tak pandai cakap depan hakim jadi ayah aku ganti tempat mak aku atas kesalahan trafik.

Selepas beberapa orang dibicarakan tiba masa ayah aku ke hadapan, jurubahasa tadi membaca kesalahan itu dan ayah aku mengaku bersalah.Jadi tuan hakim tanya ada apa2 rayuan ayah aku minta kurang denda.

Majistret tu cakap nak gantung lesen mak aku tapi ayah aku pandai cakap nak kelentong majistret jadi tuan majistret pun hanya bagi denda.

Di mahkamah tak boleh bawa kamera, sebab itu kebanyakkan wartawan di TV tidak dapat merakam perbicaraan di dalam mahkamah hanya membuat lukisan.Adab juga perlu dijaga seperti tidak boleh duduk silang kaki atau yang agak tidak sopan.

Jika melanggar arahan itu mungkin dihalau keluar dewan.Di sebuah negara luar, seorang lelaki yang memasuki mahkamah dikenakan denda atas kesalahan menghina mahkamah kerana menguap dan menggeliat.....Hehehe

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen