Thursday, August 6, 2009

Hartanah di bulan

Assalamualaikum, sebenarnya pagi tadi aku dengan kawan-kawan berbincang tentang kiamat jadi aku pun nak tulis la hari ini.Tapi artikel ini aku tulis semalam jadi aku akan qada' artikel tentang tanda2 hari kiamat esok la.Insyaalah...

Tahukah anda boleh memiliki sebidang tanah dibulan? kenapa tak percaya!! memang tawaran yang aku buat ini macam gurauan saja tapi kenyataan.Sebenarnya penjualan tanah di bulan sudah lama bermula dan dibuat oleh syarikat Lunar Embassy yang juga satu-satunya syarikat yang mempunyai hak undang-undang untuk membuat penjualan tanah dibulan.

Pada tahun 1980 Encik Dennis M Hope telah menyerahkan kenyataan hakmilik kepada PBB serta kerajaan Amerika dan Russia.Surat itu menyatakan yang dia mempunyai hak undang-undang ke atas hakmilik tanah dibulan.

Hasil dari pengiklanan menjual tanah di bulan, Lunar Embassy mendapat banyak respon yang agak positif.Banyak orang berebut-rebut membeli tanah di bulan termasuk dua orang bekas presiden Amerika, kakitangan NASA.Tidak lupa juga Selebriti dunia seperti pelakon dalam siri Star Trek.

Macam mana boleh beli tanah tapi kita bukan boleh duduk di bulan.Orang yang beli ni agaknya tak betul juga.

Ramai orang membeli tanah tersebut untuk dihadiahkan kepada seseorang. Ada yang membeli tanah itu dan menjualnya semula membuat seperti satu perniagaan. Senarai pembeli tanah di bulan terdiri dari peguam, doktor, pelakon, pemandu teksi ( ada duit kerr ), polis, jururawat dan lain2.

Sehingga kini, senarai pemilik hartanah di bulan sebanyak 1, 137, 262. Ianya satu-satunya harta yang boleh dilihat dari muka bumi tapi tak nampak la kawasan kita.

Setiap pembeli akan diberi satu surat perjanjian yang menunjukkan sebagai anda tuan punya yang sah dengan tanah seluar satu ekar. Geran tanah itu akan menunjukkan pelan lokasi kedudukan tanah yang dimiliki itu dengan tanda ''X".

Setiap keping tanah yang sudah dijual oleh Syarikat Lunar Embassy tidak akan boleh dijual kepada orang lain.Bermakna satu ekar bidang tanah itu tidak akan dijual tetapi sebagai pemilik tanah ( tuan empunya tanah ) boleh menjual semula tanah dibulan itu kepada orang lain.

Semua pemilik tanah di bulan didaftarkan di pengkalan data pada bulan Februari 2004.Nama-nama pemilik tanah itu telah dihantar ke bulan melalui isi TransOrbital.Pengkalan data yang terletak di atas permukaan bulan.

Sedikit comment,
kita adalah penduduk bumi dan mengapa kita mempunyai hak untuk membeli tanah di bulan.Tanah bulan adalah hak milik bulan contohnya seperti kerajaan Singapura membuat geran tanah di kawasan Malaysia.Semestinya tidak sah.Jadi penduduk bumi tiada hak untuk menjual tanah di bulan.

Orang yang menjual hartanah di bulan sememangnya seorang yang bijak dan pandai.Mereka memperbodohkan lebih 1 juta pemilik tanah dibulan.Modal mereka hanya mencipta geran saja dan 99.999% lagi keuntungan buta saja.

Macam mana lawyer boleh buat satu keputusan yang agak bodoh.Klau bodoh takkan jadi lawyer kot tapi mungkin la nama jer lawyer tapi tak ada pengiktirafan.Ni satu lagi menujukkan kebohan Amerika apabila 2 orang presidennya membeli tanah di bulan.Kalau nak kata presiden ni bodoh serba tak kena.Sebab presiden Amerika merangkap sebagai antara orang paling berkuasa dekat dunia...Tuu maksud orang barat ni agak bengong...hehehe...

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen