Friday, August 14, 2009

Demam oh demam....

Satu hari, tak salah patik hari Jumaat patik gering ( demam ).Jadi patik duduklah dirumah istana patik sambil melihat siaran TV1.Ketika itu, siarannya tidak salah patik adalah khutbah Jumaat di masjid negara.Patik mendengar khutbah kerana patik demam pada hari itu.

Ketikanya patik melihat siaran itu, patik ketawa akan tingkah laku seorang kanak2 kecil.Ketika imam membaca khutbah dia berdiri, berjalan dan sebagainya di sekitar tempatnya.Dia berada di saf paling hadapan.

Sekelilingnya seingat patik adalah para imam, sheikh, al-hafiz dan menteri.Malangnya mereka takut untuk menegur kerana takut murka.Budak kecil itu bermain-main sementara ayahandanya sedang mendengar di sebelahnya.

Ketika habis membaca khutbah, imam pun mengangkat takbir diikuti oleh makmum.Paling lawaknya, rupa-rupanya budak kecil tadi tak pandai solat.Tetapi umur lebih kurang 8 tahun.Asyik bergerak kesana-kemari sahaja.

Ketika rokok ehh silap rukuk dia asyik tengok kanan kiri seakan memerhatikan para jemaah yang lain.Patik masih ketawa melihat gelagat seorang budak ini.Patik melihat lagi gelagat budak kecil ini memang tak boleh duduk diam.

Memang patik begitu teruja melihat kehebatan seorang budak ini bersolat di masjid negara sambil diperhatikan oleh kamera.Dah la duduk saf depan, patik pun tak pernah solat duduk saf depan.

Nak tahu siapa gerangan budak kecil yang patik maksudkan ?

Ampun tuanku!! Sultan Terengganu? kenapa tak percaya, apabila bapa kepada budak itu iaitu DYMM Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin naik takhta menjadi agung.Anaknya yang pertama secara automatiknya menjadi sultan kepada Terengganu .

Ampun tuanku!! tidakah diajarnya cara-cara untuk bersolat? Mohon ampun tuanku!! bukan untuk menghina sultan tetapi sekadar berkongsi pengalaman.Patik tidak berniat memalukan sultan tetapi hanya sekadar tulisan.

Menjunjung kasih tuanku!!!

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen