Wednesday, August 12, 2009

BANGGA MALAYSIA!!!

Satu hari yang cerah, aku belajar bersama rakan2ku di sebuah kelas.Ketika itu matapelajaran Sivik dan guru dalam mata pelajaran itu ingin menerapkan semangat patriotisme kepada murid kelas itu.Kejadian ini berlaku dalam 3 - 4 tahun lepas.

Ketika cikgu sedang mengajar, aku baca buku Sivik tentang patriotisme.Ketika membaca, guru yang mengajar aku bertanya " Siapa yang tak suka duduk Malaysia berdiri " aku dengan selamba berdiri dan dalam 30 orang lebih, yang berdiri hanya dalam 5 orang

Cikgu bertanya seorang demi seorang kenapa tak bangga dengan rakyat Malaysia, aku menjawab " Bosan laa...Malaysia tak ada papa.Dah la panass...Tak derr tempat-tempat best." Cikgu bertanya kepada aku lagi " Jadi, kamu nak duduk negara mana?"

Aku pun menjawab "Itali". Aku ingat, kejadian ini terjadi tahun 2006 sebab ada World Cup.Aku minat Itali jadi terpengaruh dengan negara Itali.Cikgu yang ajar aku tak cakap apa-apa tapi dia cakap kena bangga dengan negara sendiri.

Selepas 3 tahun, baru aku tahu yang apa kurangnya Malaysia, Malaysia juga mendapat sambutah hebat dari para pelancong.Twin Tower tu pernah jadi menara tertinggi. Tahukah anda yang Petronas Twin Tower memegang dua rekod. satu adalah antara yang tertinggi lagi satu adalah menara berkembar antara tertinggi.

Macam-macam ada dekat Malaysia...

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen