Monday, August 31, 2009

MERDEKA di Dataran Parlimen

Hari ini, genaplah negara kita Malaysia merdeka selama 52 tahun.Pagi tadi, aku pergi ke dataran parlimen untuk menyaksikan perarakan kemerdekaan.Pada mulanya, pihak kerajaan ingin membuat sambutan kemerdekaan di stadium Nasional Bukit Jalil tetapi disebabkan pandemik H1N1.

Aku bertolak ke parlimen lepas sahaja bersahur.Pada sambutan hari ini hanya dapat menempatkan 1800 orang sahaja dan kesemuanya kontijen yang mengambil bahagian dalam sambutan kali ini.Hanya beberapa orang sahaja orang awam yang dapat masuk ke dalam dataran


Sambutan bermula jam 7.00 pagi dengan kemasukkan pasukan keselamatan.Pelbagai persembahan diadakan ketika sambutan kali ini.Tiba masa menyanyi lagu kebangsaan kita " Negaraku " sebanyak 14 das tembakan meriam dilepaskan yang membawa maksud ke semua 14 negeri di Malaysia.


Pada tahun ini, tema kemerdekaan kali ini adalah "1Malaysia" dibawah gagasan perdana menteri Malaysia kita iaitu Dato' Sri Najib Tun Razak.Rakyat didahulukan,Pencapaian diutamakan untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum di seluruh Malaysia.


Kesemua jemaah menteri hadir begitu juga diplomat-diplomat negara luar hadir ke upacara sambutan kemerdekaan.Indonesia,Brunei,Turki,Arab Saudi dan banyak lagi delegasi datang ke upacara ini.Tidak lupa juga atache-atache dari kebanyakkan negara seperti Zimbabwe datang ke sambutan kali ini.


Walaubagaimanapun, tidak kelihatan bekas Perdana Menteri kita, Tun Abdullah Ahmad Badawi begitu juga dengan Tun Mahathir Mohammad.Mungkin mereka celebrate di tempat lain.Pada tahun ini, sambutan kemerdekaan negara dibuat kesederhanaan sahaja.


Kesemua pemimpin negara seperti agong,ketua polis negara,general,ketua setiausaha negara,ketua hakim negara dan ramai lagi hadir pada hari ini.Aku hanya duduk di belakang general sahaja sebab tak ada tempat duduk.


Panglima Angkatan Tentera hari ini adalah hari terakhir beliau berkhidmat apabila 1 September ini beliau akan digantikan dengan Ketua Tentera Udara Diraja Malaysia, Tan Sri Ariffin.Selepas itu, pengacara iaitu Mahathir Lokman mengumumkan keberangkatan pulang DYMM agong.


Dengan menaiki kereta favouritenya yang pernah aku lihat di J.W Marriot iaitu Maybach berwarna hitamnya.Selepas itu, Y.A.B perdana menteri menaiki Perdana Limosinenya pulang diikuti Y.A.B Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Selepas itu, tibanya masa menteri balik dan hampir kesemuanya menaiki kereta nasional.Disitu, kesemua kontijen membuat satu barisan panjang ketika balik.Aku turut serta melihat kesemua menteri.Ada yang buka tingkap ada yang carret tak nak buka tingkap.


Aku sempat salam dengan Dato Mustapa Mohamed, Dato Seri Dr. Ng Yen Yen,Datuk Ahmad Shabery Cheek, Datuk Ismail Sabri Yaakob dan ramai lagi.Dan tidak lupa juga dengan James Bond Melayu kita, Dato' Jins Shamsuddin.


Ada juga yang tak sempat salam seperi General Malaysia yang menaiki Perdana bernombor " Z1 " dan ketua polis negara, Tan Sri Musa Hassan.Ada juga yang tak nak buka tingkap.Tiba masa ketua Setiausaha negara ada dalam 5 kontijen pergi sekat laluan kereta dan apa mereka cakap.... " Tan Sri mintakk bonuss raya tahunn niee... "


Berani diorangg sekat jalan ketua setiausaha negara yerr.Selepas semua menteri habis para delegasi dan atache pula balik.Ada sebuah kereta Jaguar berbendera Amerika.Aku tengok belakang macam Robert Gates ( Menteri pertahanan Amerika ) tapi salah orang rupanya.Cuma duta Amerika saja.


Dan harapan aku supaya aku dapat melihat Malaysia merdeka seabad dan melihat wawasan para perdana menteri kita tentang Wawasan 2020.Begitu juga kepada Dato' Seri Najib Tun Razak supaya hasrat 1Malaysianya tercapai.

Thursday, August 27, 2009

Letih...

Kelmarin aku dan ayah aku pergi ke Melaka kerana perlu pergi ke mahkamah Melaka.Aku bertolak selepas subuh dan terus pergi ke Melaka.Dalam sejam lebih juga sampai Melaka.

Setelah sampai ke Melaka ayah aku cari tempat letak kereta dan terus masuk ke dalam majistret Melaka.Perbicaraan bermula jam 8.30 pagi tapi ayah aku sampai jam 8.45 pagi.Nasib baik tuan majistret tak masuk lagi.

Hampir 30 orang datang dan memberi kertas masing-masing kepada petugas yang berada dalam dewan perbicaraan.Polis juga ada di dalam dewan ini dan memberi amaran supaya menutup telefon ketika majistret bersidang.

Lebih kurang jam 9.15 pagi tuan majistret masuk dan semua orang berdiri.Jurubahasa terus memanggil pesalah-pesalah trafik untuk kehadapan untuk dibicarakan.Pesalah harus berdiri di hadapan hakim. Kata-kata jurubahasa

Jurubahasa : Encik .... ...... telah melakukan kesalahan lalu lintas dengan ..... ..... pada ..... .... jam ..... ..... dengan menaiki motosikal/motokar bernombor ...... ...... mengaku atau tidak mengaku?

Pesalah : Mengaku tuan majistret.

Tuan majistret : Ada apa-apa rayuan?

Pesalah : Minta tuan majistret dikurangkan bayaran denda kerana ............. ( alasan )

Tuan majistret : didenda Rm ...... gagal bayar ...... ( hari ) penjara / amaran

Macam tu la suasana di dalam mahkamah di Melaka yang dihakimi oleh tuan majistret Muhammad Hazri. Sebenarnya mak aku kena pergi tetapi mak aku malas nak pergi sebab dia tak pandai cakap depan hakim jadi ayah aku ganti tempat mak aku atas kesalahan trafik.

Selepas beberapa orang dibicarakan tiba masa ayah aku ke hadapan, jurubahasa tadi membaca kesalahan itu dan ayah aku mengaku bersalah.Jadi tuan hakim tanya ada apa2 rayuan ayah aku minta kurang denda.

Majistret tu cakap nak gantung lesen mak aku tapi ayah aku pandai cakap nak kelentong majistret jadi tuan majistret pun hanya bagi denda.

Di mahkamah tak boleh bawa kamera, sebab itu kebanyakkan wartawan di TV tidak dapat merakam perbicaraan di dalam mahkamah hanya membuat lukisan.Adab juga perlu dijaga seperti tidak boleh duduk silang kaki atau yang agak tidak sopan.

Jika melanggar arahan itu mungkin dihalau keluar dewan.Di sebuah negara luar, seorang lelaki yang memasuki mahkamah dikenakan denda atas kesalahan menghina mahkamah kerana menguap dan menggeliat.....Hehehe

Monday, August 24, 2009

Manyakk ONG!!!

Tadi, aku pergi ke kompleks PKNS di Shah Alam untuk mengambil bubur lambuk yang datangnya khas dari Kambung Baru.Memang famous bubur ni dan sedap sekali dimakan selepas berbuka puasa.

Masa aku sampai ke kompleks tersebut, aku turun dari kereta dan tiba-tiba ada terasa sesuatu di kepala, jadi aku meminta adik aku yang perempuan supaya tengok dan apa yang dia cakap aku kepala aku diberak tahi burung ( jahanam kau burung ).

Nasib baik bulan puasa je, kalau tak aku dah lama menyumpah burung itu.Ataupun aku boleh pergi Da Ma Cai untuk beli nombor ekor mungkin dapat menang.Jackpot...Hehehe

Aku macam biasa beratur dan ambil 2 kali bubur lambuk.Dia bagi pakej sekali dengan air jadi buka ni sedap la.

Bulan puasa ini selalunya orang tak buat aktiviti2 hiburan dan banyak aktiviti ibadat.Kita hanya puasa 13 jam sehari dan selebihnya boleh makan tetapi negara seperti Perancis berpuasa 18 jam sehari kerana waktu siang amat panjang.

Friday, August 21, 2009

Tiada lagi...............

Keesokan harinya, umat islam seluruh dunia akan mula akan menunaikan salah satu rukun islam iaitu berpuasa pada bulan Ramadhan.Satu-satunya bulan yang kita tidak sabar-sabar untuk mendengar azan dari masjid berdekatan rumah kita.

Kalau dulu tak peduli tentang azan Maghrib tapi sekarang tak sabar-sabar nak berbuka.Tapi Allah mengatakan supaya berbuka bila tiba masanya.Lepas berbuka selalunya akan pergi melepak di masjid berdekatan.

Tiada lagi sarapan pagi, tiada lagi makan tengah hari hanya menanti waktu berbuka.Tiada lagi Choki-choki.Tiada lagi air mineral.Hari ini aku nak makan puas-puas!!!!!

Aku masih ingat tahun lalu, aku pergi jual mercun bola dekat Rusyidi dan Daniel.Sebab masa tu mak aku baru balik dari siam ( Thailand ) jadi aku pesan mercun bola,naga,botol,ketupat,mancis,roket,bunga api dan barang sewaktu dengannya.

Lepas raya masih ada lagi baki mercun bola sebab mak aku larang aku main mercun bola/ketupat/botol sebab agak bahaya tapi kalau yang lain tak la berapa kisah.Jadi aku pun jual la kepada rakan-rakanku di black market .

Sebenarnya 100 biji bola atau sepaket mercun tu harga nya 50 baht.Bersamaan dengan wang Malaysia iaitu Rm5 satu paket.Jadi harganya memang murah sebiji.Tapi orang juga 3 seringgit memang kaya la tauke mercun tu.

Kalau mercun mancis pula selalunya jual dalam Rm1 satu kotak tapi kalau beli dekat Siam dalam 10 kotak dua ringgit je.Bermaksud 20 sen saja 1 kotak.Tapi dekat kampung aku jual sekotak dalam 50 sen.

Jangan terkejut sebenarnya mercu roket tu murah jer dalam tiga ringgit 30 batang.Ada 1 mercun tu dipanggil mercun bom sebab bunyinya memang kuat.Kereta punya alarm pun boleh berbunyi.Kalau cucuh mercun tu boleh diibaratkan dengar 1 kampung la.Tapi mercun tu tak banyak ada dekat Malaysia sebab terlalu mahal.

Cuba fikir kadang-kadang tengok surat khabar nampak yang kastam merampas beribu mercun bunga api di sempadan.Apa diorang buat dengan mercun tu??? Bagi anak cucu diorang main la dekat Kedah satu hari mak aku tak kasi main mercun sebab ada rumah polis tapi anak polis main sekali jadi aku join la.

Memang best tengah bakar duit.Kalau sembahyang raya je mesti bapa saudara aku sentuh tentang mercun sampai tak larat cakap.Malangnya tahun ini aku tak ada stok mercun jadi belilah pada pembekal mercun di sekitar anda.

Nak tahu macam mana nak seludup mercun???? ( hehehe )

Monday, August 17, 2009

Nak cuti???

Yooo...Eh silap Assalamualaikum kelmarin kedengaran khabar berita tentang jangkitan wabak terbaru iaitu Influenza A( H1N1 ). Wabak yang marinya dari Mexico kini telah merebak ke semua negara di bumi ini.

Antara satu-satunya wabak yang agak hebat ini kerana penyakit ini kebanyakkan berjangkit.Dan negara yang pertamanya adalah Mexico jadi apa yang nak dikatakan ialah wabak ini naik kapal terbang untuk menjangkiti seseorang.

Jika dilihat pada situasi semasa, kes yang terkumpul di Malaysia sebanyak lebih 4,200 kes di seluruh Malaysia.Jumlah kematian di Malaysia juga dicatatkan sebanyak 67kematian dan mereka yang mudah dijangkiti adalah yang mempunyai penyakit kronik ( bukan sakit gigi ataupun perut ), asma,imuniti rendah,obesiti,kecacatan otak dan lain2.

Kanak-kanak di bawah 5 tahun senang dijangkiti jadi sesiapa yang mempunyai adik bersiap sedialah mengawasi adik anda.Warga emas berumur 65 tahun ke atas juga senang dijangkiti.Nasib baik ayah aku baru 40 lebih saja ( hehehe ).

Penyakit ini berjangkit melalui titisan cecair sedang bercakap.Kepada Mak Bedah-mak bedah yang suka bercakap itu kurang2kanlah.Bersin ( no comment ) dan juga batuk.

Pandemik ini telah meragut lebih 1,500 orang di seluruh dunia dan sebanyak 208,990 kes terkumpul di seluruh dunia.Tetapi ada lagi satu pesanan dari World Health Organization ( WHO ) lebih banyak orang terkena jangkitan ini.

WHO telah mengatakan bahawa jumlah sebenar jangkitan virus ini ialah 20 kali ganda dari kes sebenar.Ini bermaksud di Malaysia mempunyai 4,225 kes.
4,225 x 20 = 84,500

Beerti lebih 80 ribu rakyat Malaysia telah menghidap virus Selesema Babi atau lebih handsome dipanggil Influenza A.Mungkin mereka semua dikalangan kita....Menakutkan!!!

Harga topeng mulut pula dikatakan dinaikan 10 kali ganda dari harga asalnya.Kebanyakkan barangan itu habis dijual di klinik-klinik sekitar rumah kita.Aku masih ingat pada jerebu dulu2.Aku kena pakai topeng tapi buang sebab agak panas.Dikatakan harga asal topeng muka itu sekitar 50 sen tetapi ada yang menaikan sewenang2nya.

Aku sampai sekarang tak pakai, dalam fikiran murid seperti aku hanya mahu cuti.Agar sekolah ditutup untuk kita berfoya-foya dirumah.Tapi bukan boleh keluar hanya melancong di dalam rumah.Perancis mengatakan yang mereka akan menutup sekolah sekiranya 3 kes dilaporkan di sekolah berkenaan.

Emiriah Arab Bersatu pula memberikan cuti kepada semua pelajar pelajar bagi mencegah penularan H1N1 ini.Bak kata pepatah " Mencegah lebih baik dari merawat ".Sastera Melayu tuu hehehe.... Aku rasa maksud dia kalau tak sakit macam mana nak merawat.Betul la kot....Dan mencegah tu ertinya jangan terkena jangkitan.Kalau kena mesti kena rawat...

Aku dapat tahu seorang pelajar kelas 6 Rajin telah pengsan semasa bermain bersama rakannya di kelas tapi aku malas nak ulas lanjut la sebab ada orang lebih boleh ulas sebab maklumat yang akan diberikan pastinya tepat.Pada pagi tadi Imran Haziq mengarahkan sesiapa yang mempunyai simpton H1N1 seperti batuk,selesema dan lain2 turun ke bawah.

Aku rasa selesema aku dah seminggu tak surut2 lagi jadi turun la bawah dengan 1 harapan.Harapan cikgu beri arahan tak perlu datang ke sekolah.Dan impian menjadi kenyataan tetapi kena juga sebab cikgu cakap kalau biasa-biasa saja datang ke sekolah tetapi kalau sampai nak pengsan lebih elok lepak rumah...

ADIOS...Pandai cakap Mexico ( betul kerr )

Friday, August 14, 2009

Macam-macam ada...

Malaysia kan negara maju kalau nak pergi snorkeling pergi je Pulau Sipadan.Pulau Sipadan yang terletak di Sabah ini adalah antara pulau-pulau tercantik di dunia.Kalau nak berjudi pergi saja ke Genting Highland tapi kalau tak der duit pergi saja Taipan cari TOTO SPORT.Setaraf dengan L.A,Macau ataupun Monaco.

Hebatnya Malaysia ni tak dapat dinafikan lagi, Malaysia ni negara berbilang kaum, betul tak!! contohnya di Malaysia ada Melayu,Cina,India,Jawa,Indon,Bangla dan lain2.Kalau tak ada duit nak pergi Jakarta pergi saja Klang.Anda mesti berasa seperti berada di Jakarta.Jakarta neutral bukan buatan manusia.

Tu best duduk Malaysia, Nak makan semuanya ada dari Karipap sampai tosai sampai Bak Kut Teh.Berbilang kaumlah katakan, bahasa pun macam-macam ada seperti BM ( bahasa Mandrin ) BI ( Bahasa India ) dan macam-macam lagi.Tak lupa juga Bahasa Rojak dan Bahasa Pasar.

Kita sepatutnya kena bangga dapat tinggal di sebuah negara bernama Maaysia, rakyat dia pun hebat, kalau jalan malam dekat Dataran Merdeka banyak wheelie tuu...Ini bermaksud rakyat Malaysia semuanya berani.Berani menempah maut.Kadang2 seronok juga ada tunjuk perasaan jadi boleh la diorang kena water cannon.Bangga rakyat Malaysia!!!

Pernah satu hari sebuah penyelidik membuat kajian tentang negara paling kasar di bumi.Mereka meletakkan orang tua yang buta untuk melintas jalan dan juga menjatuhkan pen ke lantai.Jika mereka membantu bermaksud bagus tetapi jika sebaliknya faham2 saja lah...Kehebatan negaraku Malaysia tidak dapat dinafikan lagi kerana Malaysia mendapat tempat ke-2 terkasar.SYABAS MALAYSIA!!!

Orang-orangnya pun hebat-hebat belaka, banyak yang mengharumkan nama negara.Robert Kuok king of sugar kalau ditranslatekan raja gula dunia.Noordin Mat Top pun antara yang Malaysia yang patut dibanggakan.Menjadi pengganas paling dikehendaki di dunia selepas Osama B . Laden,Mullah Omar,Baitullah Mehsud.Memang top betul la dia ni.

Noordin Mat Top yang paling top di South East Asia ataupun Asia Tenggara dicari serata negara dan ditawarkan beratus ribu ringgit di Indonesia.Tapi Malaysia buat relax saja, maklumlah rakyat sendiri.Tiap2 tahun ada saja serangan dibuat oleh "Noordin and the gang"

Tak tahu kenapa banyak tulisan yang dienglishkan.

Hehehe...MERDEKA!!! ( 7x)
MALAYSIA!!!

Demam oh demam....

Satu hari, tak salah patik hari Jumaat patik gering ( demam ).Jadi patik duduklah dirumah istana patik sambil melihat siaran TV1.Ketika itu, siarannya tidak salah patik adalah khutbah Jumaat di masjid negara.Patik mendengar khutbah kerana patik demam pada hari itu.

Ketikanya patik melihat siaran itu, patik ketawa akan tingkah laku seorang kanak2 kecil.Ketika imam membaca khutbah dia berdiri, berjalan dan sebagainya di sekitar tempatnya.Dia berada di saf paling hadapan.

Sekelilingnya seingat patik adalah para imam, sheikh, al-hafiz dan menteri.Malangnya mereka takut untuk menegur kerana takut murka.Budak kecil itu bermain-main sementara ayahandanya sedang mendengar di sebelahnya.

Ketika habis membaca khutbah, imam pun mengangkat takbir diikuti oleh makmum.Paling lawaknya, rupa-rupanya budak kecil tadi tak pandai solat.Tetapi umur lebih kurang 8 tahun.Asyik bergerak kesana-kemari sahaja.

Ketika rokok ehh silap rukuk dia asyik tengok kanan kiri seakan memerhatikan para jemaah yang lain.Patik masih ketawa melihat gelagat seorang budak ini.Patik melihat lagi gelagat budak kecil ini memang tak boleh duduk diam.

Memang patik begitu teruja melihat kehebatan seorang budak ini bersolat di masjid negara sambil diperhatikan oleh kamera.Dah la duduk saf depan, patik pun tak pernah solat duduk saf depan.

Nak tahu siapa gerangan budak kecil yang patik maksudkan ?

Ampun tuanku!! Sultan Terengganu? kenapa tak percaya, apabila bapa kepada budak itu iaitu DYMM Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin naik takhta menjadi agung.Anaknya yang pertama secara automatiknya menjadi sultan kepada Terengganu .

Ampun tuanku!! tidakah diajarnya cara-cara untuk bersolat? Mohon ampun tuanku!! bukan untuk menghina sultan tetapi sekadar berkongsi pengalaman.Patik tidak berniat memalukan sultan tetapi hanya sekadar tulisan.

Menjunjung kasih tuanku!!!

Wednesday, August 12, 2009

BANGGA MALAYSIA!!!

Satu hari yang cerah, aku belajar bersama rakan2ku di sebuah kelas.Ketika itu matapelajaran Sivik dan guru dalam mata pelajaran itu ingin menerapkan semangat patriotisme kepada murid kelas itu.Kejadian ini berlaku dalam 3 - 4 tahun lepas.

Ketika cikgu sedang mengajar, aku baca buku Sivik tentang patriotisme.Ketika membaca, guru yang mengajar aku bertanya " Siapa yang tak suka duduk Malaysia berdiri " aku dengan selamba berdiri dan dalam 30 orang lebih, yang berdiri hanya dalam 5 orang

Cikgu bertanya seorang demi seorang kenapa tak bangga dengan rakyat Malaysia, aku menjawab " Bosan laa...Malaysia tak ada papa.Dah la panass...Tak derr tempat-tempat best." Cikgu bertanya kepada aku lagi " Jadi, kamu nak duduk negara mana?"

Aku pun menjawab "Itali". Aku ingat, kejadian ini terjadi tahun 2006 sebab ada World Cup.Aku minat Itali jadi terpengaruh dengan negara Itali.Cikgu yang ajar aku tak cakap apa-apa tapi dia cakap kena bangga dengan negara sendiri.

Selepas 3 tahun, baru aku tahu yang apa kurangnya Malaysia, Malaysia juga mendapat sambutah hebat dari para pelancong.Twin Tower tu pernah jadi menara tertinggi. Tahukah anda yang Petronas Twin Tower memegang dua rekod. satu adalah antara yang tertinggi lagi satu adalah menara berkembar antara tertinggi.

Macam-macam ada dekat Malaysia...

Tuesday, August 11, 2009

SAMBUNG LAGii...

API

" Api akan membakar semua, api ini terpadam di Lembah Berehut, ramai mendapat azab daari api ini, api ini akan membakar dan memusnahkan manusia mahupun harta milik mereka, api akan terus meliputi bumi selama lapan hari bagaikan awan dan angin, malam akan menjadi lebih bahang dari siang. Api akan menjulang dari atas kepala manusia hinggalah ke langit yang paling tinggi, dan akan berlaku bunyi yang terlalu bising di antara langit dan bumi bagaikan guruh."

Awal tahun 90-an. Iraq dan Kuwait telah bersengketa hinggakan tercetusnya perang.Perang ini juga melibatkan Amerika.Perang Teluk pertama ini memang sama seperti dinyatakan oleh hadis.Banyak telaga minyak terbakar...Telaga minyak berehut telah tertutup minyaknya... Dari kebakaran telaga minyak perang ini, keadaan malamnya memang bahang dari siang.Api dari kebakaran telaga minyak ini menjulang tinggi

PENYEMBELIHAN

"Sebelum kemuculan Imam Mahadi, pembunuuhan dan penyembelihan sesama manusia semakin menjadi-jadi dan keadaan menjadi kacau bilau."

Imam Mahadi hanya akan muncul sehingga mereka yang tidak bersalah disembeluh beramai-ramai, dia akan muncul apabila pembunuhan dan penyembelihan ini tidak lagi diterima oleh langit dan bumi.

Dalam peperangan di abad ke 20 ini, tidak kurang 65 juta nyawa melayan, malah sepanjang abad ke 20 ini, hasil dari pertelingkahan politik, tidak kurang dari 180 juta nyawa telah terkorban... Pembunuhan secara beramai-ramai menjadi trend pada perang hari ini.


KEJATUHAN PEMERINTAHAN

" Penduduk Mesir dan Syam akan membunuh raja dan pemerintah mereka" Kata-kata hadis yang diungkap 1400 tahun yang lalu menjadi kenyataan.

Anwar Sadat ( gambar ) pemimpin Mesir dibunuh dalam tahun 1981.Presiden yang memerintah Mesir dari 1970. Pada tahun 1920 Presiden Salehuddin Basher bekas Presiden Syria telah terbunuh pada 1921.Perdana Menteri Syria, Droubi Pasha telah dibunuh, pada tahun 1949.Muhsen Al Barazi yang juga Perdana Menteri Syria telah dibunuh. 1951 Raja Abdullah Jordan telah diunuh. 1982 pemimpin Falangis, Presiden Bashir Gamayel Lubnan dibunuh.Pada 13 Ferbruari ( Hari jadi siapa la tuuhh ) rafik Hairi bekas Perdana Menteri Lubnan dibunuh dengan meletakkan bom di kenderaan yang dinaikinya.

Monday, August 10, 2009

Tanda2 besar

Perang di Tanah SUCI

Sambungan dari petanda-petanda kecil ke petanda.Sebenarnya, banyak petanda2 hari kiamat sudahpun berlaku di hadapan kita namun kita tidak menyedari peristiwa itu dan menganggap ia peristiwa biasa.Tanda2 ini telah diberitahu oleh Nabi Muhammad S.A.W 1400 tahun mengikut hadis2nya.

" Dan biasanya kami tidak menurunkan tanda2 itu melainkan untuk menjadikan amaran". ( Al-Israk:59 )

Nabi pernah berkata antara tanda besar kiamat ialah "Orang akan pergi menunaikan haji tanpa mengikut imam, apabila sampai di Mina, puak2 akan berbunuhan sesama sendiri bagaikan anjing. Dan akan berlaku peperangan besar-besaran, sehingga setiap kaki akan tenggelam dalam tasik darah.. "

Orang Islam terlupa, atau buat2 lupa atau mungkin tidak perasan yang petanda ini sudahpun berlaku.Pada 20 November 1979, telah berlaku serangan keatas kaabah.Waktu itu adalah musim haji. 500 orang militan fanatik telah menyerang dan mengambil alih Masjidil Haram Mekah.

Kumpulan itu diketuai oleh seorang lelaki yang bernama Juhaiman ibn Muhammad ibn Saif al Utaibi, yang mahu umat Islam mengaku bahawa Muhammad bin Abdullah al Qahtani iaitu abang iparnya itu sebagai Imam Mahadi.Kumpulan Militan itu berjaya menawan Masjidil Haram.

Pasukan tentera khas Arab Saudi cuba memecah masuk pintu masjid dengan belbagai cara termasuk menggunakan kereta kebal namun tidak berjaya.Menteri Pertahanan Arab Saudi, Putera Sultan akhirnya meminta bantuan dari tentera Pakistan.General Zia Ul Haq telah mengarahkan tenteranya memberi bantuan dan berjaya menawan semula masjid.Sebaik sahaja masuk masjid, didapati banyak mayat bergelimpangan.Kumpulan militan itu cuba melarikan diri dengan menggunakan terowong bawah tanah tetapi lubang itu telah dituang air penuh.

Pertempuran itu menyaksikan yang 255 jemaah haji dan golongan militan telah terbunuh manakala 560 telah tercedera.127 terbunuh dan 451 cedera bagi pihak Arab Saudi.

Peristiwa itu berlaku pada hari pertama 1400 hijrah bersamaan 21 November 1979.Pada 1407 hijrah pula telah terjadi peristiwa yang seakan sama pada musim haji dan telah mengorbankan 402 nyawa.Kejadian itu telah diberitahu di dalam hadis " tunggulah berlakunya peperangan pada bulan syawal, dan penyembelihan sesama Islam pada bulan Zulhijjah.Jemaah terkorban pada bulan Zulhijjah dan darah akan tertumpah dan yang suci menjadi tercemar belakunya dosa2 besar berhampiran Kaabah." Kejadian itu berlaku pada 1407 hijrah dan berlaku di luar tetapi berdekatan dengan Kaabah.

Gerhana pada Ramadan berturut-turut

Nabi berkata '' Sebelum kemunculan Imam Mahadi, akan berlakunya secara berturut-turut dua gerhana pada bulan Ramadan"

Gerhana bulan atau matahari bukan peristiwa yang pelik tetapi bila berlakunya pada bulan Ramadan memang sesuatu yang agak pelik.

Dalam tahun 1982, gerhana bulan dan matahari berlaku berturut-turut dalam bulan Ramadan selama dua tahun berturut-turut.Iaitu berlaku pada 1981 bersamaan 1401 hijrah, gerhana bulan telah berlaku pada 15 Ramadan dan diikuti pula gerhana matahari pada 29 Ramadan pada 1402 hijrah.

Bintang Berekor

Sebelum munculnya Imam Mahadi sebutir bintang berekor iaitu komet akan muncul dari timur menurut 1 hadis.Komet itu akan muncul sebaik sahaja peristiwa gerhana pada bulan Ramadan ( dalam artikel lepas ).

Pada tahun 1989, sebuah komet yang diberi nama Komet Helley diliht lalu berdekatan dengan bumi, arahnya memang dari timur menuju ke barat.

Nabi Muhammad bersabda semasa kemunculan komet berekor bintang berekor, kaum Nabi Noh akan dibinasakan.Nabi Ibrahim akan dibakar dan Firaun yang menyeksa Nabi Musa akan terhapus.Kemunculan terakhir buntang berekor menandakan kedatangan Imam Mahadi.

Sesungguhnya bintang adalah sebagai satu tanda kepada manusia. Pada malam Nabi Muhammad S.A.W dilahirkan, sebutir bintang muncul di langit. Istana raja Parsi menjadi retak dan runtuh. Api majusi yang membakar beratus ribu tahun terus padam.Tasik Sawa mengecil sehingga ternampaknya perigi rahsianya.

Saturday, August 8, 2009

Sambungg...


Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita

Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim


Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar

Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad

Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai

Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim

Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa
Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)

Banyaknya sifat bohong, pendeknya waktu, dekatnya jarak-jarak antara pasar-pasar." - Riwayat Bukhari

Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda



Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti 'bulu merpati' yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga." - Sahih Abu Daud & Nasai

Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.
Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.

Orang akan mendirikan hubungan dengan orang tak dikenali dan memutuskan hubungan dengan yang rapat dan disayangi.

Orang akan melakukan homoseksual.
Akan terdapat ramai anak luar nikah.
- Abdullah Ibn Mas'ood (R.A.)
Berkurangnya sifat amanah


Terasa berat untuk menjalankan syariah (zakat dijadikan hutang)

Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibunya
Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi beramah dengan rakannya

Suara manusia meninggi (menjerit dan berteriak) di masjid-masjid

Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik

Lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikan tetapi kerana takut akan kejahatannya

Dari Ali dan Abu Hurairah r.a.: "Apabila harta rampasan perang (milik umum) dikuasai segelintir orang sahaja, barang amanah menjadi rampasan, harta zakat menjadi hutang, seorang lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, berbuat baik kepada temannya dan berbuat kasar kepada bapanya, suara-suara tinggi di masjid-masjid, yang menjadi pemimpin suatu kaum (bangsa) adalah orang yang hina (berkelakuan/bersifat keji) di antara mereka dan orang yang menjadi ketua suatu suku (kabilah) adalah orang fasik di antara mereka, seorang lelaki dihormati kerana takut jahatnya, arak biasa diminum, sutera biasa dipakai (oleh lelaki), munculnya penyanyi perempuan dan alat-alat muzik, orang yang di kalangan umat terkemudian akan melaknat (mengutuk) umat terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka menunggu kedatangan angin merah atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji secara berterusan". - Riwayat Tarmizi

Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan

Mendahulukan lelaki menjadi imam bukan kerana ilmu tetapi kerana suara...

Penjualan jawatan atau kepemimpinan (politik wang)

Memandang rendah kepada darah

Rasulullah bersabda: "Bersegeralah untuk melakukan amal soleh apabila telah muncul enam perkara: perlantikan pemimpin yang boodoh, ramainya bilangan anggota polis, penjualan kepemimpinan, tiada penghargaan terhadap darah, pemutusan silaturrahim, orang mabuk menjadikan al-Quran sebagai alat nyanyi yang mereka mendahulukan seseorang antara mereka menjadi imam agar dapat menyanyikannya walaupun orang tersebut paling sedikit ilmunya." - Sahih Riwayat Tabrani & Ahmad


Seorang isteri bekerja dalam satu syarikat dengan suaminya. (Malah isteri berpangkat lebih besar)

Dari riwayat Ibnu Masud: "Di pintu gerbang (dekatnya) hari kiamat: Salam hanya kepada orang yang khusus (sudah dikenalinya), tersebar dan berkembangnya perdagangan sehingga seorang isteri membantu suaminya berdagang" - Sahih Lighairihi Riwayat Ahmad


Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam

Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya)." - Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.


Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat direndahkan

Sungguh hebat dia, sunggu jarang orang seperti dia dan sungguh pintar dia sedangkan di dalamnya tidak ada iman sedikitpun" - Riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tarmizi, Ibnu Majah


Banyak orang berharap untuk mati kerana banyaknya kekacauan ataupun kesengsaraan

"Tidak akan berlaku kiamat sehingga apabila seorang lelaki melalui sebuah kubur maka ia akan berkata: 'Aduhai seandainya aku juga berada ditempatnya.'" - Riwayat Bukhari dan Muslim

Banyaknya berlaku
Banyaknya berlaku huru-hara yang menyebarkan kejahatan
Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan

"Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat, banyaknya berlaku gempa bumi, timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan iaitu pembunuhan - Sahih Bukhari

Munculnya mati mendadak atau mati secara tiba-tiba
Masjid dijadikan jalan iaitu seseorang muslim melalui masjid tanpa melakukan solat
Masjid dijadikan sebagai jalan-jalan dan timbulnya mati mendadak" - Hasan At-Tayalisy.

esok Tanda2 besar pula....

Friday, August 7, 2009

Tanda2 kiamat...

Seperti dijanjikan semalam, aku hari ini tak bercuti jadi aku kena la tulis tentang-tentang kiamat seperti semalam.Aku mulakan tanda-tanda kecil berpandukan hadis :

Penaklukan Baitulmuqaddis
Rasulullah S.A.W telah bersabda " Sesungguhnya aku telah menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.Satu daripadanya adalah penaklukan Baitulmuqaddis."

Zina Bermaharajalela
" Dan tinggalah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar ( keldai ).Maka pada zaman inilah datangnya hari kiamat."

Pemimpin terdiri orang yang jahil dan fasik

Bermaharajalela alat muzik

Pada akhir zaman, akan terjadinya tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. Ada yang bertanya kepada rasulullah " Wahai rasulullah bila hal ini terjadi? " Jawab rasulullah " Apabila bermaharajalela bunyi-bunyian ( muzik ) dan penyanyi2 wanita ."

Menghias masjid dengan membanggakan
Di antara tanda2 hari kiamat ialah manusia bermegah-megah dengan masjid untuk didirikan .

Ramai orang menunutut ilmu kerana pangkat dan kedudukan
Ramai orang2 yang soleh meninggal dunia

Orang hina mendapatkan kedudukan yang tinggi
Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani


Mengucapkan salam kepada orang yang kenal sahaja
"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad


Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya bertelanjang sahaja
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a."Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."


Bulan sabit kelihatan besar
Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani


Esok sambung la sbab pnjg sgt...

Thursday, August 6, 2009

Hartanah di bulan

Assalamualaikum, sebenarnya pagi tadi aku dengan kawan-kawan berbincang tentang kiamat jadi aku pun nak tulis la hari ini.Tapi artikel ini aku tulis semalam jadi aku akan qada' artikel tentang tanda2 hari kiamat esok la.Insyaalah...

Tahukah anda boleh memiliki sebidang tanah dibulan? kenapa tak percaya!! memang tawaran yang aku buat ini macam gurauan saja tapi kenyataan.Sebenarnya penjualan tanah di bulan sudah lama bermula dan dibuat oleh syarikat Lunar Embassy yang juga satu-satunya syarikat yang mempunyai hak undang-undang untuk membuat penjualan tanah dibulan.

Pada tahun 1980 Encik Dennis M Hope telah menyerahkan kenyataan hakmilik kepada PBB serta kerajaan Amerika dan Russia.Surat itu menyatakan yang dia mempunyai hak undang-undang ke atas hakmilik tanah dibulan.

Hasil dari pengiklanan menjual tanah di bulan, Lunar Embassy mendapat banyak respon yang agak positif.Banyak orang berebut-rebut membeli tanah di bulan termasuk dua orang bekas presiden Amerika, kakitangan NASA.Tidak lupa juga Selebriti dunia seperti pelakon dalam siri Star Trek.

Macam mana boleh beli tanah tapi kita bukan boleh duduk di bulan.Orang yang beli ni agaknya tak betul juga.

Ramai orang membeli tanah tersebut untuk dihadiahkan kepada seseorang. Ada yang membeli tanah itu dan menjualnya semula membuat seperti satu perniagaan. Senarai pembeli tanah di bulan terdiri dari peguam, doktor, pelakon, pemandu teksi ( ada duit kerr ), polis, jururawat dan lain2.

Sehingga kini, senarai pemilik hartanah di bulan sebanyak 1, 137, 262. Ianya satu-satunya harta yang boleh dilihat dari muka bumi tapi tak nampak la kawasan kita.

Setiap pembeli akan diberi satu surat perjanjian yang menunjukkan sebagai anda tuan punya yang sah dengan tanah seluar satu ekar. Geran tanah itu akan menunjukkan pelan lokasi kedudukan tanah yang dimiliki itu dengan tanda ''X".

Setiap keping tanah yang sudah dijual oleh Syarikat Lunar Embassy tidak akan boleh dijual kepada orang lain.Bermakna satu ekar bidang tanah itu tidak akan dijual tetapi sebagai pemilik tanah ( tuan empunya tanah ) boleh menjual semula tanah dibulan itu kepada orang lain.

Semua pemilik tanah di bulan didaftarkan di pengkalan data pada bulan Februari 2004.Nama-nama pemilik tanah itu telah dihantar ke bulan melalui isi TransOrbital.Pengkalan data yang terletak di atas permukaan bulan.

Sedikit comment,
kita adalah penduduk bumi dan mengapa kita mempunyai hak untuk membeli tanah di bulan.Tanah bulan adalah hak milik bulan contohnya seperti kerajaan Singapura membuat geran tanah di kawasan Malaysia.Semestinya tidak sah.Jadi penduduk bumi tiada hak untuk menjual tanah di bulan.

Orang yang menjual hartanah di bulan sememangnya seorang yang bijak dan pandai.Mereka memperbodohkan lebih 1 juta pemilik tanah dibulan.Modal mereka hanya mencipta geran saja dan 99.999% lagi keuntungan buta saja.

Macam mana lawyer boleh buat satu keputusan yang agak bodoh.Klau bodoh takkan jadi lawyer kot tapi mungkin la nama jer lawyer tapi tak ada pengiktirafan.Ni satu lagi menujukkan kebohan Amerika apabila 2 orang presidennya membeli tanah di bulan.Kalau nak kata presiden ni bodoh serba tak kena.Sebab presiden Amerika merangkap sebagai antara orang paling berkuasa dekat dunia...Tuu maksud orang barat ni agak bengong...hehehe...

Kajian...

Hehehe...Dekat sini ada 1 kajian yang aku lakukan kelmarin dan telah mendapat resultnya.

Aku membuat kajian tentang antara-antara orang paling kaya.Hari tu sekali aku dah buat kajian tentang mereka yang 50 % dari mereka tu pernah buang sekolah tapi hari ini aku buat kajian sekali lagi.


Bill Gates, sapa tak kenal orang paling kaya di dunia buat masa sekarang.Buat pengetahuan anda yang Bill Gates ini adalah penghidap autisme.

Tauke Microsoft ni yang korang guna sekarang ni selalu masuk court sebab dia ni terlebih pandai rasanya.Dia nak control internet.Cara-caranya sesiapa yang hendak melayari internet harus menggunakan Microsoft.




Dia ni pula Ingvar Kamprad, " sapa tak kenal pun " dia ni tauke Ikano atau Ikea.Dia ni tak salah aku asal Sweden.Tapi kalau tengok muka macam tak betul dia.Orang tua mana ni...










Dia ni pula jutawan dari Amerika yang bernama Warrant Buffet.Aku bukan mengagung-agungkan diorang tapi sebab buat kajian.Kerja dia mencari sumber alam seperti emas dan mengumpul Rm100 billion.

Satu soalan : apa persamaan diorang dengan aku...

Jawapan : Dua-dua tak kenal masing-masing.

salah!!! mengikut apa yang aku lakukan adalah mereka bertiga ini iaitu antara orang terkaya di dunia ni pakai cermin mata.Hehehe.Sama macam aku dan kenapa mereka pakai cermin mata? Sebabnya dia ni rabun, siang malam ( masa belum kaya ) tengok komputer sebab nak beli saham jadi matanya rabun.Dah kaya asyik kira duit tapi tak nampak jadi mereka pun pakai cermin mata.Sama la macam aku hehehe...Tuu jerr kajian aku...

Wednesday, August 5, 2009

SIKIT TAPI LAMA...

Post ni nak qada yang hari tu la sebab dah 3 hari tak post artikel.Masa nak ambil gambar hari Isnin tu aku pun turun la untuk Persatuan Keceriaan dan Rekreasi.Aku pilih persatuan-persatuan yang tak ada orang sebab kalau tak ada orang boleh la dapat jawatan.Aku dapat jawatan dan agak kecoh sebab semua nak duduk depan tapi semua kena berdiri.

Masa penggambaran hoki pula agak pelik kerana lebih 15 orang dan kebanyakkan hantu-hantu gambar dari darjah 5.Dulu masa mula-mula sertai persatuan cuma ada lebih kurang 10 orang dan kesemuanya darjah 6.Aku pun halau la hantu-hantu tak berkenaan itu tapi Puan Muniroh cakap jangan halau.Kata2nya berbunti begini " takpaa laa, diorang nak ambik gambaq dngn cikgu " aku pun tak kata apa-apa.

Selepas itu, aku pergi cari kayu hoki, mula-mula cikgu Ridzuan nak buat kayu jadi seperti piramid tapi tak jadi.Encik Shaheezam pula buat tapi buat macam biasa saja.Banyak kali jatuh Cikgu Shaheezam buat lagi.Ada yang kena langgar ada yang angin tiup.Penat juga cikgu buat.Akhir sekali sebelum nak bergambar sekali lagi jatuh jadi Cikgu Shaheezam buat lagi.Encik Zaidi pula goyangkan kayu guna kaki dia.

Hampir 30 minit juga nak ambil gambar sedangkan ada kurang 20 orang termasuk cikgu.Selepas habis itu aku naik atas dan panggil Ustaz Amir a.k.a Shazmer.Ajak dia turun bawah ke kantin.Cari telur.Untuk apa??? hehe disebabkan hari tu birthday Fahim jadi aku kira nak baling telur nak baling dekat dia.Nasib dia baik sebab tak ada kalau tak balik ni kena marah dengan mak.

Sekarang aku dah ada connection jadi tak perlu risau sebab operasi blog ni dah biasa....

Sunday, August 2, 2009

Penting sangat ke UPSR??

Sorry post terakhir aku agak kusut sekali ayatnya sebab masa tak berapa mencukupi nak tulis.Bulan ini aku tak tulis artikel lagi jadi hari ini aku nak tulis la selalunya aku cuti hari ini.Tapi dah lama cuti jadi hari ini aku luangkan masa sedikit dengan blog aku.

1 Ogos 1Malaysia 1 Rusuhan....

Malas la nak cerita, hari ini aku nak cerita tentang penting sangat ke UPSR ini, ada yang kata tak relevan ada yang kata mesti diteruskan.Jadi aku ada 1 karangan fakta kepada anda....

Dekat bawah ini ada senarai orang paling kaya pada tahun 2006 :

  1. Bill Gates - $ 60 billion
  2. Warrent Buffet - $ 42 billion
  3. Carlos Slim Hellu - $ 30 billion
  4. Ingvar Kamprad - $ 28 billion
  5. Laksmi Mittal - $ 23 bliion
  6. Paul Allen - $ 22 billion
  7. Bernard Arnault
  8. Luis Vuitton } $ 21 billion
  9. Cristian Dior
  10. Putera Alwaleed Bin Talad Alsaud - $ 20 billion
  11. Kenneth Thompson - $ 19.6 billion
  12. Li-Ka Shing - $ 18.4 billion
  13. Roman Abramovich - $ 17.6 billion
  14. Michael Dell- $ 17.2 billion
Yang peliknya, 7 daripada 14 orang kaya didunia pernah berhenti sekolah dan tidak meneruskan pelajaran.Ada yang kena buang dari universiti ataupun kolej yang mereka belajar.50 % dari mereka orang-orang yang tidak berpelajaran.

Kesimpulannya disini adalah 'A' tidak penting untuk mereka yang penting adalah perkataan tidak berputus asa ada dalam diri mereka.Dan mereka belajar dari kesalahan yang mereka lakukan.

Relax rr...UPSR lambat lagi macam dekat atas la 'A' tak pentingg...

Tahukah anda yang Nepal adalah salah satu negara yang benderanya tidak berbentuk rectangle.