Friday, July 10, 2009

"Woii Muhyiddin lalu sebelah kitaorang"

Itulah kata-kata oleh Fahim yang mengatakan Tan Sri Muhyiddin Yassin datang ke sekolah bersama kementerian.Walaubagaimanapun aku tidak percaya yang Timbalan Perdana Menteri nak datang ke sekolah.

Fahim cakap " rugi korang tak join geng kompang kalau x leh tengok Muhyiddin " aku tak percaya lagi sebab tak ada alasan yang kukuh.Aku pernah tengok Timbalan Perdana Menteri atau perdana Menteri di suatu tempat dan mereka mempunyai sambutan hebat.Cuma kompang je yang menyambut para pelawat.

Takkan murid-murid tidak diberitahu tentang kehadiran Timbalan Perdana Menteri walaupun dia menteri pelajaran.Mustahil dan apa yang aku tengok ada 2 kereta di depan tapak perhimpunan.Kereta itu yang aku tengok pula buruk-buruk.Takkan menteri nak naik kereta buruk.

Mengikut undang-undang, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri akan diawasi oleh polis walau ke mana jua mereka pergi dengan syarat iaitu lawatan rasmi.Muhyiddin adalah Timbalan Perdana Menteri jadi semestinya diekori polis.Ataupun Muhyiddin datang ke sekolah dan tidak membuat lawatan rasmi.Tapi kementerian pelajaran ada sekali dan ini adalah lawatan rasmi.

Sepastinya kementerian datang dengan urusan kerja yang rasmi.Jikalau tiada polis mengawasi beliau, aku hanya nampak dua biji kereta dan kedua-duanya kereta kementerian.Muhyiddin akan naik kereta sendiri.Muhyiddin tidak akan naik kereta seperti itu dan ini lawatan rasmi jadi semestinya dia akan naik kereta rasmi iaitu Perdana Executive.Aku tak nampak pun Perdana.

!!!!!
Jadi apa yang aku nak katakan ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak datang kesekolah kita dengan alasan-alasan diatas.Jadi jangan sesuka hati nak tipu orang.

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen