Monday, July 13, 2009

Tertipu

Menjawab persoalan Elena tentang mengapa aku tak update pada hujung minggu adalah kerana aku cuti umum.Setiap hari sekolah kecuali hari Ahad jadi aku ambil kesempatan itu untuk menonton Transformer di pawagam berdekatan.Hari Sabtu pula kerana nak berehat jadi selepas sahaja aku balik dari sekolah terus bungkus diri aku dalam selimut.Hari ini, setelah membuat kajian, aku telah ditipu.

Family anda mesti berasa gembira tentang pengumuman yang dibuat oleh perdana menteri Malaysia yang bermula dengan kehappyan dan keangryan.Hebat English aku.....Kita diumumkan dengan pemberian diskaun 20 % kepada semua rakyat Malaysia yang menggunakan lebuh raya.Setelah aku mendapat tahu, aku terus memberitahu mak aku dan ternyata mereka gembira.

Selepas aku membacanya sekali lagi, ada syarat-syarat yang agak memeranjatkan aku.Diskaun ini hanya kepada kesemua pengguna lebuh raya yang memakai Touch & Go dan Smart Tag sahaja dan melebihi 80 kali dalam sebulan.Mengapa aku kata ditipu :

Touch & Go kebanyakkan dipakai oleh orang KL dan juga Selangor.Kepada orang kampung kebanyakkan tidak mempunyai kemudahan Touch & Go.Lain la kepada golongan seperti kita.Satu penipuan jika anda tidak mempunyai Touch & Go.

Seperti orang luar bandar, mereka kadang membuat perjalanan jauh dan jarang menggunakan kemudahan Touch & Go.Mereka sememangnya tidak akan mendapat diskaun 20 % dari kerajaan Malaysia.Jadi ini bermaksud yang diskaun hanya khusus kepada orang seperti kita.

Pengguna yang menggunakan lebuhraya lebih daripada 80 kali dapat menerima diskaun 20%.Pelik, 80 kali dalam sebulan adalah satu penipuan besar.Bayangkan, anda pergi kerja sekali bayar tol dan balik sekali.Bermaksud 2 kali sehari.Dalam sebulan baru 60 kali dan tidak mencapai 80 kali lagi dan dalam masa 30 hari.Seseorang bekerja hanya 22 hari dan selebihnya cuti hujung minggu.

Mungkin jika seseorang itu menggunakan lebuhraya 4 kali sehari layak mendapat diskaun 20% dan diskaun hanya dapat dinikmati selama 10 hari terakhir pada sesuatu bulan.Ini adalah diskaun yang tidak ikhlas seperti pemberian diskaun 5 peratus itu.

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen