Tuesday, July 14, 2009

Senam...

Aku tengok senamrobik tu bukan nak bersenam pon lebih kepada hiburan.Ramai orang yang membawa baju PJ tapi aku malas ini kerana ramalan aku hari ini hujan.Itu adalah antara sebab aku tak bawa baju PJ.

Disebabkan hujan, rancangan ini ditukar tempat kedalam dewan.Dewan penuh sesak dengan manusia.Seperti yang dikatakan oleh Ismail, adalah tepat apabila pihak sekolah memutarkan lagu Michael Jackson Billy Jean dan Beat It.Ramai orang yang buat tak tahu je, ada juga yang sempat main Ping Pong ketika mereka tengah menari.

Senamrobik ini kalau dilihat sekejap saja tapi oleh kerana ceramah gigi yang disampaikan oleh nurse-nurse yang datang sekolah.Tujuannya kalau dilihat betul-betul nak sampaikan tentang ceramah gigi.

Sambung tentang Amir Arif, semasa aku ambil pensil lead yang dibeli Amir kepada aku terfikir nak bagi balik tetapi rugi, rezeki.Ingat senang nak dapat pensil lead shacker free.Jadi aku pun ambil la pensil tu.

Amir Arif ini bersikap keras kepala.Dia ni pandai mencuri barang-barang orang dan bila dia marah, mampus rr mesti kena punya....Paling hebat dia ni pakar dalam bidang perbetulkan pensil lead.

Satu hari, aku terasa ingin call dia jadi aku mencapai telefon bimbit aku lalu search Amir dan terpampang la nombor telefon dia.Aku pun call dan seorang lelaki mengangkat.Aku pun bertanya " Boleh bercakap dengan Amir Ariff " balas lelaki itu " Ini siapa?Boleh tahu " aku pun cakap " kawan dia " malangnya dia kata Amir Ariff pindah ke Kelatan bersama kakaknya. Sampai sekarang aku tak pernah tahu tentang dia........................

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen