Sunday, July 5, 2009

Selesema Babi / Influenza A / H1N1

H1N1 semakin lama semakin tinggi di Malaysia.Harapan rakyat adalah untuk membersihkan Selesema Babi ini dari Malaysia kerana jika tidak, Malaysia akan mengalami krisis ekonomi pelancongan kerana pelancong mengelak untuk ke luar negara.Negara pertama yang mencipta selesema babi ini adalah Mexico.

Mexico telah mengalami kerugian berjuta-juta ringgit apabila Influenza A ini merebak.3 minggu lepas aku ada baca surat khabar dan menteri kesihatan Indonesia berkata virus ini adalah ciptaan barat untuk mendapatkan keuntungan.Dengan menyebarkan virus, mereka juga boleh menjual ubatnya jadi mereka akan menjadi kaya-raya seperti dirancang oleh Profesor Klon dalam filem Cicak-man.

Setakat hari ini, H1N1 telah bertambah sehingga 359 diseluruh Malaysia. Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah mengesahkan bahawa 91,065 orang telah mengalami Selesema Babi.Ekonomi sesebuah negara akan lumpuh jika wabak ini berterusan.

Bagi aku, ini hanya pandangan sahaja jangan marah yer...Kalau Selesema Babi meningkat di negara Malaysia.Kemungkinan besar yang kerajaan akan menutup sekolah di sekitar lembah klang.Jadi kita boleh bercuti sekali lagi selama seminggu.

Mengikut cakap-cakap orang Perlis, dengar cerita disana sudah mempunyai 12 kes selesema babi tapi raja Perlis minta disembunyikan kerana ia akan memalukan imej Perlis selain membuat rakyat panik.Ini cuma dengar cerita betul ke tak betul aku tak tau.....

Jika anda mengalami simptom-simpton seperti ini sila berjumpa doktor atau jiran-jiran berdekatan :
  • Hidung semakin membesar.
  • Orang akan menjauhkan diri.
  • Selalu berbunyi seperti ****
  • Dan akhir sekali orang akan bersamak apabila menyentuh pesakit.

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen