Wednesday, July 29, 2009

Rindu kerr??

Aku tahu korang mesti rindu dekat blog aku sebab aku tak post.Ada masalah sikit dengan connection dekat rumah jadi aku datang CC sekejap untuk update blog.Blog punya pasal terpaksa aku datang CC.

Tadi masa dalam pukul 1.00 masa rehat tengah hari Ustaz Ashrof minta tolong aku ambil baju dia dekat motosikal dia jadi aku dengan kawan aku Fahim pergi la.Sambil bawa kunci tu cakap nak selongkar moto Ustaz.Setelah itu, sampailah aku ke destinasi ke tempat yang dituju.

Fahim pun buka la kunci nak ambil barang, tapi dia pergi buka bawah seat aku pun cakap dekat dia mana ada orang simpan barang bawah seat tak muat jadi dia pun tutup.Pergi dekat box belakang dan buka tapi nak cari kunci haram tak dapat.Hampir 10 minit cari kunci akhirnya jumpa kunci berwarna merah.

Dah jumpa kunci masalah lain pula timpa.Tak tahu nak buka.Aku cuba terbuka box tu aku pun angkat la dan aku cakap dekat Fahim yang kita kasi box ni dekat Ustaz lepas tu Ustaz buka sendiri.Dia cakap tak payah buat sendiri dan akhirnya boleh juga buka.Adam gelak saja tengok gelagat aku dengan Fahim.

Aritu aku pergi Uptown dekat Damansara sebab nak makan sikit.Aku tengok lebih kurang 6 biji moto Vespa dekat situ.Aku teringat 5 bulan lepas aku naik vespa sepupu aku punya.Tak salah aku Faggio nama vespa tu.

Masa tu aku dengan seorang sepupu aku ni dari KL balik Perlis.Sepupu aku ni tanya dekat cousin aku ni yang dia nak naik Vespa jadi cousin aku cakap "naik laa" Aku pun pelik mana kunci dia tapi dia gelak.Dia cakap Vespa tak ada kunci.Aku lagi pelik...Aku tanya macam mana nak start moto.Cari starter tak jumpa, cousin aku ni buat la sendiri.Rupa2nya dia sembunyi starter bawah Vespa.

Aku naik basikal manakala sepupu aku nie bawa Vespa.Form 3 bawa Vespa dah la berat.Cousin aku cakap minyak dah 'E' aku sekali lagi pening.E for Empty atau for Enough.Cukup untuj jalan.Lepas jalan satu round aku turun basikal dan naik sekali dengan sepupu aku Vespa.Aku naik la dengan orang yang tak ada lesen ni.

Jalan-jalan lebih kurang 10 minit ada satu halangan paling besar.Vespa ni kena naik bukit sikit dan dikelilingi oleh sawah padi.Kalau jatuh pun jatuh dalam sawah tak apa.Ketika itu, sepupu aku cakap yang dia kena bawa laju takut tak lepas jadi aku pegang kuat2.Ketika dia hendak memecut tu enjin mati.Dengan sendirinya moto tu jatuh ketepi dan terlentang di tengah jalan.

Tamatlah cerita aku, moto tu dah la baru cat nasi baik tak hilang warna.Cousin tu tuan moto sepupu tu aku punya sepupu la.Cousin tu pun sepupu aku juga.Betoll kerr aku cakap niee....

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen